Tag Archive | "tutorial"

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Selective Process kat dalam photoshop ;)

Posted on 12 April 2010 by admin

Salam,

First of all, minta maaf sebab lama tak update… tak berkesempatan… Agak busy semenjak dua menjak ni…

So, entry ini saya akan buat tutorial berkenaan selective process menggunakan photoshop… Apa itu “selective process” ?

Ok, sebagai contoh, pernah tak korang tengok gambar orang ada warna, tapi background diorg hitam putih? tu lah konsepnya… Tapi, ianya tak la berkenaan warna sahaja… Korang boleh blur kan gambar korang mengikut keperluaan korang… atau gunakan kreativiti korang dalam perisian photoshop… Ianya di gelar selective kerana prosess itu hanya berlaku pada sebahagian gambar korang sahaja…

Ni contoh gambar nya… *Klik pada gambar untuk versi yang lebih besar*

gg3b0012-edits

Jadi sekarang, macam mana nak dapat hasil begini?

Mula-mula, buka gambar korang di photoshop, *saya menggunakan Photoshop CS4. Kemudian korang klik pada ikon yang saya bulatkan dibawah. Ianya terletak pada Layer Pallette.

1

Untuk gambar ini, saya gunakan effect Black and white. Korang boleh juga gunakan effect2 lain mengikut keperluan korang.

Kemudian nanti akan ada lagi satu layer di atas gambar korang. Itu ialah layer mask. Dan ianya pernah diterangkan dalam tutorial berkenaan photoshop pada entry sebelum ini…

2

Dan adjust secukup rasa….Kemudian, korang kena berus (Shortcut “B”) semula hanya bahagian yang tak nak effect tu di apply kan ke gambar korang… Pastikan berus korang berwarna putih jika adjustment layer korang berwarna hitam dan vice versa…  Zoom in supaya korang boleh berus dengan lebih detail dan kemas…Adjust brush punya properties dengan meng-right click brush tersebut pada gambar mengikut keperluan dan keselesaan korang…

screenshot003

Kemudian flatten kan layer korang dan save kan gambar tersebut…

screenshot002

Maka dapatlah korang effect yang korang nak… senang kan? Ini gambar sebelum dan selepas…

main

Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama…

Sekian terima kasih…

Comments (3)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P  Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem - filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36×24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Baru & Tips ambil gambar bunga api…

Posted on 28 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salan sejahtera,

Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…

Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…

Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?

1) Tripod -  Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…

2) Filter -  Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…

3) Remote Shutter - Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…

Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…

1) Shutter - Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure - Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)

2) Aperture - Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…

3) Mirror Lock Up - Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…

4) ISO Sensitivity - Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…

Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter

Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi… :)

Sekian…

Comments (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bagaimana ambil gambar hari sukan sekolah?

Posted on 23 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jangan salah faham dengan tajuk kali ini, maksud saya dengan tajuk di atas ialah bagaimana korang nak ambil gambar aksi, atau dengan lebih detail, gambar sukan. Ramai ibu bapa kini mempunyai camera yang mempunyai keupayaan seperti DSLR… malangnya, tak di-fully-utilize-kan , Rugi kan?…Korang sedar tak camera korang mampu menghasil kualiti yang hampir setara dengan profesional? Ada caranya… dengan teknik yang betul korang mesti boleh… Malaysia Boleh maaa ! … :D

Ok, untuk gambar aksi yang elok… kamera korang seeloknya mempunyai focal length yang jauh (telephoto lens/zoom lens) yang mempunyai focal length seperti 70-200mm, 55-200mm atau untuk yang bukan SLR, yang mempunyai optical zoom 10x gitu…  dan yang sewaktu dengannya… kenapa? takkan la korang nak ambil gambar orang main bola kat depan2 korang kan… hehehehhe

10x

Kemudian, mode untuk auto-focusing korang, hendaklah di tukar kepada jenis focusing yang untuk sukan tu… Seperti, mode yang mempunyai continuous focusing di mana sistem autofocus akan mengikut subject korang yang berada di dalam zon fokus korang… Ini untuk memastikan subject korang akan sentiasa berada di dalam fokus…   Mode ini di kenali sebagai AI SERVO untuk sistem camera canon. Nama ini berlainan untuk sistem camera yang lain…hanya nama sahaja berlainan, tapi, fungsi yang sama.

autofocusmode

Ok, kali ini kita masuk bab berkenaan shooting mode apa yang korang kena pakai, pada saya, the best ialah Tv atau Shutter Priority Mode… Di mana korang control shutter speed korang… Korang mesti nak shutter speed yang laju kan? takut nanti slow sangat gambar gegar atau shake… Shutter speed yang bersesuaian? bergantung kepada pengcahayaan… kalau korang kat dalam bangunan, kalau pakai shutter speed 1/1000 memang tak nampak ape lah nanti kan… Jadi, guna lah shutter speed yang cukup rendah untuk mendapatkan exposure yang elok, dan cukup laju untuk me-minimize-kan camera shake. Aperture akan di pilih secara automatik oleh camera… Ingat, shutter priority kan… :)

Dan tak lupa, gunakan burst atau continuous shutter mode atau yang shutter macam machine gun tu… :D

Ok, cukup berkenaan teknikal, kite beralih kepada composition dan what do and donts…  Sebagai contoh, kalau gambar tersebut ialah permainan bola sepak, korang masukkan kan lah gambar bola tu sekali… barulah nampak jenis sukan yang dimainkan…  Composition, still tertakluk dalam akta rule of third yang pernah saya kongsi di SINI.  Dan timing sangat penting… Bila korang akan menekan shutter korang, akan menentukan ekspresi wajah subject korang… sila rujuk gambar di bawah:

img_6937

Gambar ini juga mempunyai kelemahan, iaitu background yang kurang menarik. Jadi kalau korang ambil gambar sukan, pastikan korang berada di lokasi yang sesuai… supaya gambar korang mempunyai background yang menarik…

Rasanya, cukup untuk tips kali ini… Korang try lah ye…

Selamat mencuba… Sekian, wassalam… :)

Comments (3)

Tags: , , , , , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Posted on 06 April 2009 by admin

And welcome… to www.belajarkamera.com

Web blog ini bertujuan untuk saye menulis berkenaan photography it self dari sudut pandangan saya dan serba sedikit saya akan berkongsi pengetahuan saya yang ada dalam bidang photography ni serba sedikit… dari basic hinggalah ke advance. And maybe later on, saye akan include-kan juga serba sedikit berkenaan penggunaan perisian Adobe Photoshop. Website ini juga tidak tertumpu kepada pengguna DSLR camera sahaja. Camera ape pun boleh… Dari beginner point & shoot camera hingga lah ke prosumer point and shoot camera.  Atau dengan name lain die camera compact, kecik, padat, mampat ?

Tutorial yang ade dalam website ni bukan lah untuk professional ataupun advance amatur. Tapi kalau ade professional yang terlalu tu and nak betul kan ape point2 yang nampak cam salah jew, sila lah… Ianya untuk mereka yang berminat dalam photography tapi maybe takde mase nak jumpa geng-geng photography untuk outing atau suri rumah yang beli camera tapi, sayangnye, anda tak dapat hasil yang anda inginkan…

Juga untuk mereka yang stuck kat AUTO MODE atau lebih dikenali sebagai the GREEN BOX MODE. Korang harus sedar yang, mode-mode lain yang ade kat camera korang tu ade tujuan die. Dan korang bole explore bende tu untuk create effect yang menarik, tertarik kau memang dabooOommmM giteww… hehehehhe

Buat mase ni korang belajarlah pasal camera dulu… pasal terer macam mane pun photoshop, kalo gamba cam hampeh, hampeh gak… kuikuikui… hehehehhe … jangan mare…. Saye ni nak kate pandai tu takde lah… tapi boleh la sikit-sikit… jadi saye kongsi lah sikit2 ilmu ni… bukan bawak mati pun kan…? Kan ? kan ? kan ? ….

Bookmark lah website ni atau RSS lah die… heheheh…

Regards,

BK…

Comments (6)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION