Tag Archive | "tutorial photoshop bahasa melayu"

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tips Asas Fotografi Landskap/Pemandangan

Posted on 18 July 2011 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekian… Korang semua apa khabar ? baik ? harus baik kann… :)

Ok untuk entry kali ini saya akan bercerita berkenaan landscape photography. Satu cabang fotografi yang saya cukup gemari. Cuma kekangan masa tidak membenarkan saya untuk lebih banyak berjalan untuk meng-explore tempat-tempat yang cantik di bumi Malaysia ini…

Seperti sebelum ini pernah saya sharekan berkenaan Tips-Tips untuk mengambil gambar bunga di SINI, kali ini tips ini ialah berkenaan bagaimana untuk mengambil gambar landskap dengan betul dan cantik… InsyaAllah…

f22 , 15 sec , ISO 100 , On tripod

Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah setting kamera yang betul untuk gambar landskap. Untuk gambar landskap, adalah penting untuk korang dapat merakam seberapa banyak detail yang ada, tak kira dalam bentuk detail pada gambar atau detail pada exposure. Untuk memaksimumkan detail yang dirakam pada gambar, adalah penting untuk korang memgunakan bukaan aperture yang KECIL. Yup, kecil seperti f8 dan ke atas. Ini kerana, apabila menggunakan aperture yang kecil, kawasan yang akan berada di dalam fokus adalah lebih banyak. Atau lebih tepat lagi lebih luas DEPTH OF FIELD.

Selain daripada setting untuk exposure, antara setting yang korang perlukan ialah MIRROR LOCK UP. Mirror Lock Up ini haruslah di ENABLE. Apa itu Mirror Lock Up ?.  Ianya ialah satu setting untuk mengurangkan gegaran dalam didalam kamera yang terhasil apabila cermin didalam kamera korang naik ke atas untuk membenarkan cahaya masuk mengenai sensor kamera korang. (try buka lensa korang dan korang akan nampak itu cermin lah… ). Apabila setting ini di ENABLE. Sejurus korang menekan shutter, viewfinder korang akan gelap, ini kerana cermin itu telah naik ke atas terlebih dahulu sebelum shutter korang terbuka untuk mendapatkan exposure .Kemudian, adalah baik untuk menggunakan mode self timer atau lebih baik korang gunakan remote control untuk mendapatkan exposure kerana ini dapat mengurangkan gegaran yang terhasil apabila korang meletakkan tangan pada kamera korang.

Owhh… tak lupa juga, gunakan ISO yang paling rendah seperti 100 atau 50* (*sekiranya ada)

Keduanya, peralatan. Selain dari kamera korang yang mahal dan canggih tu, peralatan yang boleh dikatakan wajib, harus, perlu, ada ialah TRIPOD. Kenapa? sekiranya korang faham berkenaan EXPOSURE, apabila bukaan aperture mengecil seperti yang yang cadangkan diatas, shutter speed korang akan menjadi perlahan, terutama sekali apabila suasana yang gelap seperti waktu malam atau senja. Jadi untuk mengelakkkan gambar korang bergegar bak terkena gempa macam di Jepun tempoh hari tripod ialah kawan baik korang sekiranya ingin menceburi landskap fotografi secara serius.

Sekarang korang dah boleh untuk mengambil gambar landskap. Tapi bagaimana patut korang compose atau apakah teknik composition yang patut korang ikut ? Kini kita akan masuk kebahagian yang sedikit mencabar, iaitu bagaimana nak tukar gambar landskap yang membosankan kepada yang lebih menarik… Kebanyakan mereka yang baru berjinak dengan fotografi landskap, korang akan mempunyai kecenderungan untuk membahagikan frame korang kepada 2. Dan mereka juga mempunyai kecenderungan mengambil gambar ketika tiada pengcahayaan yang dramatik. Sebagai contoh gambar dibawah.

Tiada yang salah dengan gambar dibawah cuma ianya akan menjadi sedikit membosankan lah… Langit  biru yang tidak menarik sebegini akan menyebabkan penonton merasakan tiada yang menarik dengan gambar ini. Inilah yang saya maksudkan dengan membahagikan frame kepada 2. Tapi bagaimana sekiranya korang meletakkan sedikit “interest” pada gambar korang seperti gambar dibawah.

Untuk gambar ini, saya telah membahagikan frame kepada 3 bahagian. Dengan meletakkan “subject of interest” pada bahagian hadapan frame atau foreground ini akan membantu mereka yang melihat gambar ini lebih menghargai gambar ini kerana beberapa elemen yang telah dimasukkan kedalam gambar. Composition pada gambar ini adalah hampir sama dengan gambar yang pertama diatas. :) . Dan perhatikan bagaimana pengcahayaan yang lebih menarik dapat menaikkan mood pada gambar tersebut. Untuk gambar yang ketiga ini, saya mengambil bacaan exposure pada batu di foreground dan kemudiannya saya menggunakan graduated ND filter untuk mengelakkan langit daripada menjadi terlampau cerah. Korang boleh baca berkenaan filter di SINI

Tidak lupa juga, antara perkara yang perlu korang ambil perhatian ketika mengambil gambar landskap ialah garisan lurus yang melintang pada frame korang iaitu garisan pembahagi antara darat dan bumi. Adalah sebaiknya ialah tidak senget benget. Ini akan membuatkan bumi kelihatan senget. :P

Okehhh… Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini… Diharap entry ini dapat membantu korang dalam mengambil gambar landskap yang lebih berkualiti… :)

p/s – Silalah join group belajarkamera.com di Facebook. Hanya search “belajarkamera.com

p/s/s – tak lupa juga, LIKE lah page Facebook penaja utama belajarkamera.com iaitu Cherita Pictures.

Comments (3)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Fasa baru dan Kenali Asas Flash Photography…

Posted on 08 July 2011 by admin

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian…

Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat saya untuk meng-update blog ini kerana kesibukan yang melanda diri ini… :(   Sebenarnya dah banyak entry2 di draftkan, tapi tak punya masa untuk menyiapkan draft2 tersebut…

Fasa baru ? apa yang fasa baru ? ingin saya kongsikan dengan korang sekalian yang saye sudahpun selamat di-ijab kabul kan pada 18 jun 2011 yang lepas… Isteri saya iaitu juga admin belajarkamera.com dan cheritapictures.com /business partner selama ini kini selamat menjadi LIFE PARTNER… :)   Saya sharekan satu gambar yang diambil oleh photographer kami di studio kami.

Ok, berbalik pada tujuan entry ini ditulis… Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan Flash / Speedlite / Lampu Denyar /. Ini antara nama yang selalu kita dengar dikalangan jurugambar. Tapi apa fungsi dia ? Adakah sebagai aksessori tambahan sekadar penghias kamera ? atau mempunyai peranan besar dalam meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan ?

Flash ini berfungsi sebagai sumber cahaya tambahan apabila sumber cahaya tidak mencukupi dan ianya turut berguna untuk mengurangkan bayang-bayang yang tidak diingini yang terhasil daripada sumber cahaya yang lain iaitu matahari mahupun lampu rumah/spotlight dan sebagainya…

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai flash yang terbina dalam kamera sendiri. Ada juga yang tidak mempunyai flash terbina dlm tetapi ianya kebiasanya ialah model2 profesional seperti Canon 1 series dan Nikon profesional series.

Selain daripada itu, terdapat juga flash luaran (external flash) yang mempunyai kuasa yang lebih kuat dan lebih flexible berbanding flash terbina dalam. Flash ini juga boleh di kawal arah cahaya yang dihasilkan dan membenarkan jurugambar menjadi lebih kreatif didalam bermain dengan pengcahayaan.

Entry ini tidak akan menceritakan bagaimana flash berfungsi atau mode apa yang patut korang pakai kerana ianya  agak rumit untuk diceritakan. Walaubagaimanapun, korang boleh lah google sendiri berkenaan TTL  untuk mengetahui dengan lebih detail. Secara asasnya TTL  merupakan bagaimana kamera korang mengambil bacaan exposure melalui lens korang supaya flash tersebut tahu berapa kuat ia patut menyalakan sesuatu scene itu. Disebabkan ianya melalui lens korang maka nama nya ialah TTL . TTL bermaksud  Through The Lens.  Dikalangan pembuat kamera, mereka menamakan sistem ini dengan pelbagai nama. Seperti ETTL, A-TTL, i-TTL dan lain-lain. Mode TTL ini merupakan mode full automatik sepenuhnya untuk flash, korang hanya pasangkan dan ianya akan menyala setiap kali shutter kamera ditekan. Flash turut mempunyai mode manual dimana kekuatan flash tersebut dikawal oleh pengguna sendiri.

Apa yang penting pada saya untuk pengguna flash yang baru ialah, bagaimana korang menggunakan flash korang supaya ianya tidak terlalu terang dan menghasilkan bayang pada subjek korang dan antara teknik2 dan tips berguna didalam flash photography.

1) Bounce Flash – Korang tahu kah semakin besar permukaan sumber cahaya korang semakin lembut cahaya yang dihasilkan ? Disinilan konsep bounce flash ini diguna pakai. Apabila korang menghalakan flash korang ke siling dan membiarkan ianya di pantulkan ke subjek korang, cahaya tersebut akan menjadi lebih lembut dan lebih natural berbanding korang menghalakan flash terus ke subjek korang. Apabila flash dihalakan terus kepada subjek korang, maka akan terhasilah bayang-bayang yang tak hensem di belakang subjek korang. Dan ini, antara perkara yang tidak di ingini di dalam flash photography.  Tak percaya ? cubalah … :)   Tapi biarlah rasional… kalau tiada siling macam mana hendak dipantulkan pula ya ? :P

2) Bounce Kad – Apabila tiada siling atau siling terlalu tinggi untuk menggunakan teknik bounce, photographer biasa akan menggunakan alatan seperti bounce card untuk menggantikan siling dan menghasilkan efek yang lebih kurang sama dengan bounce flash. Beginilah lebih kurang rupa dia…

DIY Bounce card - http://www.themoment2cherish.com/DIY-Bounce-Card/

3) Diffuser – Selalu dikaitkan dengan alat yang disangkut di tutup pada depan flash dimana ianya akan melembutkan atau meng-diffuse cahaya flash korang supaya ianya tidak terlalu kasar atau harsh. Diffuser terdapat dalam pelbagai jenis dan menghasilkan output yang berbeza-beza. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.

www.stofen.com

http://www.jayceooi.com/2008/10/04/gary-fong-whaletail-flash-diffuser-reporter-clone-review/


Universal flash-diffuser - http://camera-shop.co.nz/universal-soft-flash-bounce-diffuser-for-all-flash-p-212.html

lambency flash diffuser : http://lucifer-doom.blogspot.com/2007/12/lambency-flash-diffuser-review.html

Ini lah antara jenis-jenis flash diffuser yang ada dipasaran. Setiap jenis ni akan menghasilkan effect yang berbeza-beza. Jadi tepuk dada tanyalah selera. Sekian untuk kali ini.

Comments (9)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Upgrading ? Lensa atau Flash ?

Posted on 05 November 2010 by admin

Salam sejahtera buat semua pembaca…

Seperti tajuk di atas, (ceh macam nak buat surat rasmi… :P ) , Ok, korang mesti pernah ada dilema dimana korang dapat bonus akhir tahun dan korang tak tahu apa yang patut korang beli… Sama ada flash atau lensa…?

Jadi, entry ini adalah bertujuan untuk meng-guide korang untuk menjadi lebih tahu tentang apa yang korang perlukan atau mahukan… Sekiranya korang mempunyai bajet yang terhad, apa yang saya boleh cadangkan ialah korang beli lah flash / speedlite / lampu denyar dulu… Ini kerana, ianya akan sangat lah membantu dalam mengambil gambar indoor walaupun korang hanya menggunakan kit lens atau lens yang mempunyai bukaan maksimum aperture yang kecil… Mungkin ada sesetengah orang merasakan flash ni agak leceh untuk dipikul ke hulu ke hilir. Tapi, percayalah (baca macam lagu Dato Siti :P ), ianya sangat membantu.  Ataupun, korang belilah flash yang kompak seperti Canon 270EX ini… Untuk pengguna Nikon turut ada, cuma saya tak pasti apakah model nya… Yang third party pun ada seperti Nissin dan sebagainya… Berbelanjalah dengan bijak… :)

Kemudian berkenaan lensa. Mungkin ada yang mempunyai bajet yang besar untuk peralatan fotografi mereka, jadi bolehlah korang upgrade lensa korang kepada yang lebih berkualiti… Juga, lensa korang cukup untuk melitupi dari wide ke telephoto… Membeli lensa pada saya pelaburan yang bijak. Ini kerana, harga lensa tidak jatuh secepat harga body camera. Juga, lensa tidak cepat outdated berbanding body camera…

Jadi, di harap dengan entry yang ringkas ini dapat membantu korang memilih… Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan ye… Bukan mengikut kemahuan… :)

Ada sebarang komen? atau pertanyaan? Tinggalkan di ruangan komen di bawah… owhhh… Belajarkamera.com turut berada di facebook ! Ini linknya… Sama-sama kita berdiskusi ye… :)

Sekian… :)

Comments (41)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Pameran Fotografi III oleh Photomalaysia.com

Posted on 01 November 2010 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Korang pernah pergi pameran fotografi? Pernah tertanya bagaimana satu gambar yang bagus dari segi teknikal dan turut mempunyai makna yang tersirat atau artistic mat salleh kata…? Jadi korang harus lah pergi ke pameran fotografi yang di anjurkan oleh forum fotografi Malaysia yang terbesar iaitu PhotoMalaysia.com.

Sedikit penerangan berkenaan pameran ini yang di petik dari forum tersebut.

We are proud to announce the opening of the exhibition today. A soft launch and ceremony will be held soon to mark the 3rd time PhotoMalaysia had taken the initiative to put forward work and photographs of their member to public.

78 participants had submitted a total of 275 photographs during the 3 months submission period. Curators Mr Alex Moh and Azrul had a tough time selecting the materials for the exhibition. Finally 25 pictures were selected and printed before being mounted to the exhibition panels.

Members are welcome to view the exhibition. Apart from being inspired by the amazing photographs by the members, take this opportunity to meet fellow members and grab the chance to pick up valuable tips from others.

We thank the advisors En. Yusof, Mr. Maxby and En Noordin , the organising committee led by eddieputera for organising this annual event.

We also value the efforts of Mr. Alex Moh and En Azrul for their contributions. Mr Alex of Nikon centre had been the pillar to the success of the exhibition and his assistance had been phenomenal. Original entry HERE.

Dey cakap banyak,  mana la itu pameran? hehehehe sorry terlupa pula… Dibawah ialah butiran nya…

Pameran photomalaysia yang ke 3 ini akan berlangsung di Nikon Center, Berjaya Times Square.

Tarikh : 1st November hingga 12th December
Masa : 10 pagi  – 10 malam setiap hari
MASUK PERCUMA

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Apa itu sharp dan soft?

Posted on 17 June 2010 by admin

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi baik hati. :D

Mungkin ada antara korang yang keliru berkenaan berapa jelas atau sharp sesuatu gambar itu. Faktor ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kualiti sesuatu gambar itu.

Jadi, apa itu Sharp? Adakah gambar itu tajam seperti pisau? Kali ini saya biarkan gambar gambar ini yang menjelaskan.

Pertama, buka gambar korang kat dalam komputer korang. Kemudian, zoom kan gambar tersebut hingga 100%. Dan perhatikan detail-detail pada gambar tersebut.

Gambar yang sharp ialah dimana korang boleh melihat dengan jelas detail-detail pada gambar tersebut. Seperti contoh di dibawah.

comparison2

Manakala, sekiranya gambar korang soft atau tidak sharp seperti yang sepatutnya, korang tidak akan dapat melihat detail-detail nya. Sebagai contoh gambar kucing yang comel di bawah.

comparison3

Jadi diharap dengan penjelasan yang tak seberapa ini, dapat membantu korang dalam memahami apa antara faktor yang menentukan kualiti sesuatu gambar.

Sekian… :)

Comments (6)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Selective Process kat dalam photoshop ;)

Posted on 12 April 2010 by admin

Salam,

First of all, minta maaf sebab lama tak update… tak berkesempatan… Agak busy semenjak dua menjak ni…

So, entry ini saya akan buat tutorial berkenaan selective process menggunakan photoshop… Apa itu “selective process” ?

Ok, sebagai contoh, pernah tak korang tengok gambar orang ada warna, tapi background diorg hitam putih? tu lah konsepnya… Tapi, ianya tak la berkenaan warna sahaja… Korang boleh blur kan gambar korang mengikut keperluaan korang… atau gunakan kreativiti korang dalam perisian photoshop… Ianya di gelar selective kerana prosess itu hanya berlaku pada sebahagian gambar korang sahaja…

Ni contoh gambar nya… *Klik pada gambar untuk versi yang lebih besar*

gg3b0012-edits

Jadi sekarang, macam mana nak dapat hasil begini?

Mula-mula, buka gambar korang di photoshop, *saya menggunakan Photoshop CS4. Kemudian korang klik pada ikon yang saya bulatkan dibawah. Ianya terletak pada Layer Pallette.

1

Untuk gambar ini, saya gunakan effect Black and white. Korang boleh juga gunakan effect2 lain mengikut keperluan korang.

Kemudian nanti akan ada lagi satu layer di atas gambar korang. Itu ialah layer mask. Dan ianya pernah diterangkan dalam tutorial berkenaan photoshop pada entry sebelum ini…

2

Dan adjust secukup rasa….Kemudian, korang kena berus (Shortcut “B”) semula hanya bahagian yang tak nak effect tu di apply kan ke gambar korang… Pastikan berus korang berwarna putih jika adjustment layer korang berwarna hitam dan vice versa…  Zoom in supaya korang boleh berus dengan lebih detail dan kemas…Adjust brush punya properties dengan meng-right click brush tersebut pada gambar mengikut keperluan dan keselesaan korang…

screenshot003

Kemudian flatten kan layer korang dan save kan gambar tersebut…

screenshot002

Maka dapatlah korang effect yang korang nak… senang kan? Ini gambar sebelum dan selepas…

main

Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama…

Sekian terima kasih…

Comments (8)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Posted on 10 March 2010 by admin

Salam…

Tajuk kali ini saya akan mempromosi satu event yang akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur. Kenapa saya nak promote? Kerana ianya juga boleh menjadi satu tempat di mana korang boleh mencuba dan mempraktikkan skill-skill fotografi korang…

Apa yang ada di sana nanti? , pelbagai aktiviti akan berlangusng antaranya ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!


Selain itu korang berpeluang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Macam mana nak ke times square? Korang boleh menaiki monorail dan berhenti di Stesen Imbi. Dan korang juga boleh menaiki teksi atau bas. :D

Dan untuk maklumat lanjut, sila ke link ini – www.gatsby.com.my/streetfair

01

Sekian, Terima kasih daun keladi… :)

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P   Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem – filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36x24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Baru & Tips ambil gambar bunga api…

Posted on 28 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salan sejahtera,

Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…

Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…

Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?

1) Tripod -  Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…

2) Filter -  Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…

3) Remote Shutter – Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…

Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…

1) Shutter – Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure – Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)

2) Aperture – Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…

3) Mirror Lock Up – Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…

4) ISO Sensitivity – Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…

Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter

Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi… :)

Sekian…

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bagaimana ambil gambar hari sukan sekolah?

Posted on 23 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jangan salah faham dengan tajuk kali ini, maksud saya dengan tajuk di atas ialah bagaimana korang nak ambil gambar aksi, atau dengan lebih detail, gambar sukan. Ramai ibu bapa kini mempunyai camera yang mempunyai keupayaan seperti DSLR… malangnya, tak di-fully-utilize-kan , Rugi kan?…Korang sedar tak camera korang mampu menghasil kualiti yang hampir setara dengan profesional? Ada caranya… dengan teknik yang betul korang mesti boleh… Malaysia Boleh maaa ! … :D

Ok, untuk gambar aksi yang elok… kamera korang seeloknya mempunyai focal length yang jauh (telephoto lens/zoom lens) yang mempunyai focal length seperti 70-200mm, 55-200mm atau untuk yang bukan SLR, yang mempunyai optical zoom 10x gitu…  dan yang sewaktu dengannya… kenapa? takkan la korang nak ambil gambar orang main bola kat depan2 korang kan… hehehehhe

10x

Kemudian, mode untuk auto-focusing korang, hendaklah di tukar kepada jenis focusing yang untuk sukan tu… Seperti, mode yang mempunyai continuous focusing di mana sistem autofocus akan mengikut subject korang yang berada di dalam zon fokus korang… Ini untuk memastikan subject korang akan sentiasa berada di dalam fokus…   Mode ini di kenali sebagai AI SERVO untuk sistem camera canon. Nama ini berlainan untuk sistem camera yang lain…hanya nama sahaja berlainan, tapi, fungsi yang sama.

autofocusmode

Ok, kali ini kita masuk bab berkenaan shooting mode apa yang korang kena pakai, pada saya, the best ialah Tv atau Shutter Priority Mode… Di mana korang control shutter speed korang… Korang mesti nak shutter speed yang laju kan? takut nanti slow sangat gambar gegar atau shake… Shutter speed yang bersesuaian? bergantung kepada pengcahayaan… kalau korang kat dalam bangunan, kalau pakai shutter speed 1/1000 memang tak nampak ape lah nanti kan… Jadi, guna lah shutter speed yang cukup rendah untuk mendapatkan exposure yang elok, dan cukup laju untuk me-minimize-kan camera shake. Aperture akan di pilih secara automatik oleh camera… Ingat, shutter priority kan… :)

Dan tak lupa, gunakan burst atau continuous shutter mode atau yang shutter macam machine gun tu… :D

Ok, cukup berkenaan teknikal, kite beralih kepada composition dan what do and donts…  Sebagai contoh, kalau gambar tersebut ialah permainan bola sepak, korang masukkan kan lah gambar bola tu sekali… barulah nampak jenis sukan yang dimainkan…  Composition, still tertakluk dalam akta rule of third yang pernah saya kongsi di SINI.  Dan timing sangat penting… Bila korang akan menekan shutter korang, akan menentukan ekspresi wajah subject korang… sila rujuk gambar di bawah:

img_6937

Gambar ini juga mempunyai kelemahan, iaitu background yang kurang menarik. Jadi kalau korang ambil gambar sukan, pastikan korang berada di lokasi yang sesuai… supaya gambar korang mempunyai background yang menarik…

Rasanya, cukup untuk tips kali ini… Korang try lah ye…

Selamat mencuba… Sekian, wassalam… :)

Comments (7)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION