Tag Archive | "mode"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P  Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem - filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36×24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Dilema DSLR…

Posted on 20 December 2009 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pasti ada diantara korang berada dalam dilema bila korang nak membuat pemilihan untuk membeli kamera digital SLR pertama korang… antara perkara yang selalu bermain difikiran korang pasti seperti “hrmmm Nikon ke Canon eh?”, “Sony ok jugak kan?” gitu-gitu lah… :D

Statement seperti “beli Canon lah… PRO banyak pakai Canon” atau, “Beli Nikon lah… accessories senang, murah… ” . Pada saya, ianya tidak benar sama sekali… Still, apa-apa pun, orang yang dibelakang kamera tu jugak yang menentukan hasil & kualiti sesuatu gambar tu… Kamera semahal mana pun, kalau basic pun korang tak kuat susah lah… kalau malas nak carik resoruce, memang lagi lah kan… ? :P

Berbalik pada topik kita tadi. Sekiranya korang dalam dilema nak pilih camera,  apa yang akan saya recommend atau sarankan kan kat korang ?

Pertama sekali, rujuk lah website DPreview ini… ianya sumber yang korang boleh percaya untuk korang mengcompare model2 kamera yang korang bakal miliki…

Kemudian, korang tengok kawan-kawan korang… majoriti, pakai kamera chap apa? kalau Nikon, saya akan cadangkan belilah Nikon… Kenapa? Accessories kamera DLSR ni mahal, terutama lensa-lensa nye… Jadi kalau korang ade group, korang boleh lah kongsi-kongsi kos hobi korang… boleh lah bertukar2 lensa dengan kawan-kawan korang… ye dak?

Pastikan, sebelum korang beli, test dulu model yang korang berkenan di hati tu… Pegang, peluk, lah kamera tu… ambil “feel”… Kadang-kadang, dah beli baru lah korang rase kamera tu terlalu kecil untuk korang… So, takut lah korang rase rugi kan… Pastu gunalah alasan yang korang dengan kamera tak serasi… jadi gambar pun tak cantik… PooOOodahhh !

Dan saya akan recommend korang rujuklah DPreview tu… Ianya akan menunjukkan statistik yang berupa lebih kurang begini…

Jadual ini di ambil dari DPreview.com . Ianya menunjukkan, brand yang mendapat jumlah klik tertinggi di website tersebut dalam tempoh 5 hari yang lepas.

capture2

Dan jadual di bawah ini pula menunjukkan , model kamera yang mendapat jumlah klik tertinggi dalam tempoh 5 hari yang lepas. Maknanye, popular lah tu… :P

capture

Dan, lepas korang dah decide, korang boleh lah rujuk di sini untuk tips-tips pemilihan kamera korang…  Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah… :) Harap, tips-tips yang ada di website ini membantu korang lah ye…

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Metering Mode? A tribute…

Posted on 31 July 2009 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

First of all mari kita bersama2 meluangkan sedikit masa untuk membaca al-fatihah buat saudara kita yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu… Al-Fatihah…

Mungkin ada antara korang yang tertanya2… Apa kena mengena Metering Mode (MM) dengan tribute? Ini kerana, seorang sahabat saya yang pernah saya kongsi berkenaan fotografi ini telah meninggal dunia pada ahad 26/7/2009 yang lepas… Perkara terakhir yang saya kongsikan bersama arwah ialah berkenaan metering… Saya pun terfikir yang saya tak pernah lagi berkongsi berkenaan metering jadi eloklah saya kongsikan disini untuk tatapan umum… :)

OK… Pertama sekali, perkara yang korang mesti tahu ialah, apa itu metering?. Metering ini bertujuan supaya camera dapat mendapatkan bacaan exposure yang sesuai untuk sesuatu keadaan…

Secara amnya, MM ini terbahagi kepada tiga iaitu Spot Metering, Center-weighted Metering dan Multizone Metering (nama ini akan berbeza mengikut kepada pengeluar kamera). Kepelbagaian ini digunakan untuk pelbagai situasi yang memerlukan jenis MM yang berbeza bergantung kepada situasi…

1) Spot Metering - Ianya kebiasaan merangkumi 1-5% viewfinder(viewfinder-merupakan tempat yang korang tengok tu… :D ) . Dan kebiasaanya berada ditengah-tengah viewfinder. Yang berwarna biru tu mewakali kawasan yang diliputi oleh spot metering. Untuk memahami lebih lanjut, pada mode spot metering, camera hanya akan membaca nilai exposure yang sesuai berdasarkan kawasan yang mengenai titik spot metering itu. Jadi kemungkinan untuk korang mendapat gambar yang mempunyai nilai exposure yang lebih tinggi atau rendah dikawasan lain adalah tinggi. Jadi, sesetengah camera(kebiasaanya pro-model) mempunyai function Multi-spot metering. Dimana korang boleh lock metering korang di lebih daripada satu titik dengan cara meng-recompose dan lock metering di kawasan yang korang inginkan.

meterspllusb

Spot Metering coverage. Sumber dari - http://www.mir.com.my

Tetapi alternatif yang korang boleh buat ialah kalau kamera korang tiada multispot metering ialah, korang boleh lah mendapatkan bacaan exposure korang berasingan. Sebagai contoh, 2 exposure di tempat yang berbeza, kemudian gunakan exposure yang sepatutnya berada di tengah2 antara dua bacaan tersebut.


2) Partial Metering - Sama seperti Spot Metering. Tapi, ianya mempunyai titik coverage yang lebih besar iaitu 10-15% daripada keseluruhan viewfinder. Seperti juga Spot Metering, mode ini sangat sesuai penggunaannya bila korang ingin mendapatkan bacaan exposure pada situasi yang mempunyai kontrast exposure yang tinggi

partial

Partial Metering coverage. Sumber dari - http://www.mir.com.my

3) Average Metering - Ianya meliputi keseluruhan viewfinder. Dimana, bacaan exposure akan diambil dari keseluruhan frame tanpa mengambil kira sebarang titik di dalam frame. kemudian camera akan mengambil bacaan exposure yang paling sesuai untuk situasi tersebut. Mode ini, bagus untuk merekan yang belum lagi mahir berkenaan metering mode dan applikasinya. MM inilah yang banyak digunakan dalam automatik mode sesebuah camera.

4) Center-weighted average metering - MM ini pula mengambil bacaan dari keseluruhan frame, tetapi 60-80% daripada bacaan, datang daripada tengah. Dimana, ianya seperti partial atau spot metering, tetapi, kemudian coverage metering itu berkembang keseluruhan frame.

centerweighted

Center-Weighted Average Metering coverage

5) Multizone/Matix Metering - Dipelopori oleh pembuat kamera Nikon, ianya boleh dikatakan antara sistem metering yang sangat berkesan. Dikenali sebagai Matrix Metering di Nikon, ianya mengambil kira nilai bacaan exposure dari pelbagai zon di dalam kamera. Kemudian menggabungkan bacaan tersebut untuk mendapat bacaan yang paling ideal. Mode ini juga lebih menumpukan bacaan exposure di kawasan yang berada di dalam fokus.

matrix

Matrix/Multizone Metering

Ini kerana, bacaan exposure bukan sahaja dipengaruhi oleh input yang diberi oleh sistem metering. Ianya turut di pengaruhi oleh contrast/hue warna subject, jarak antara subject dan backlighting.

Setakat ini sahaja yang saya rasa cukup untuk korang mengenali dan memahami sedikit berkenaan metering. Insya Allah dalam bahagian kedua berkenaan metering, saya akan kongsikan berkenaan penggunaan metering mode yang sesuai untuk sesuatu situasi.

Sekian…

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , ,

Sepetang bersama… Kenali Mode kamera korang… =)

Posted on 07 April 2009 by admin

Salam,

Petang tadi saya ade bertanyakan beberapa orang sahabat berkenaan, ape yang korang nak tau berkenaan kamera korang?… kemudian sorang tu jawap,

“mesti la pasal MODE2 yang ade dalam kamera aku….”

then lagi sorang cakap…

“mesti la kaler die… gambar mesti clear”

pastu lagi sorang lak jawap…

“ish aku tak tau la pasal camera-camera nieh bk… sambil tersipu2… ngeh ngeh ngeh”

Sebenarnya, apa yang diQuote pertama sekali di atas yang benar. Kenali MODE yang ada didalam kamera korang so that korang boleh achieve effect da hasil yang korang mahukan… tak bermakna kamera anda punya jumlah PIXEL yang besar tu menjanjikan gamba yang memuaskan.

Ianya lebih kepada bagaimana korang mengguna mode yang betul pada masa yang betul. Jadi bagaimana nak setting mode yang ada pada camera anda? Biarpun ianya hanya camera kompak biasa mahupun DSLR.

Ok, begini, rujuk rajah di bawah,

camera-modes

(sumber gambar dari - http://www.informationaddicts.com/camera-modes-made-easy)

saya akan terangkan secara mudah apa dan bagaimana mode-mode ini mempengaruhi gambar yang akan anda hasilkan. *memandangkan penerangan kali ini tertumpu kepada kes-kes macam kawan saya itu, jadi saya akan tekankan kepada penggunaan mode automatic. Abaikan mode-mode yang M, A, S, P atau Tv, Av semua tu ok…

1 - portrait-mode - Mode Portrait atau Potret : Seperti namanya, ianya berguna untuk anda mengambil gambar portrait di “siang” di mana sumber pengcahayaan lebih kuat. Siang kan… mesti la ade matahari atau, Indoor portrait di kawasan yang terang. Ianya juga akan turut mempengaruhi sistsem Auto Focus anda. Memandangkan kini, kebanyakan kamera kompak mempunyai teknologi Face Detection .

2- landscape-mode - Mode Landscape atau Pemandangan : As the name implies, cheewaahhh ! Ianya sangat berguna ketiak ketika anda mengambil gambar2 pemandangan yang indah ciptaan tuhan… Kenapa pakai mode ni? pakai mode lain pun keluar gamba? Begini, dalam lens anda tu, ada satu mechanism bernama Aperture. Bila mode landscape digunakan, aperture tersebut akan mengecil untuk membolehkan gambar yang dihasilkan mempunyai kawasan yang berada dalam focus seluas mungkin atau lebih dikenali sebagai Depth of Field . Apabila aperture yang digunakan kecil, Ianya akan turut mempengaruhi sharpness gambar tersebut.

3- night-portrait-mode - Night Portrait Mode - Mode ini pula bersesuaian untuk digunakan jika korang nak ambil gamba kawan2 korang waktu malam…  Mode ni, akan membuatkan kamera korang akan mengira Exposure yang balance untuk meng-expose-kan subjek korang iaitu kawan2 korang beserta background korang sekali. Ianya bukanlah membuatkan background korang terang sebagaimana subjek korang, tetapi, ianya membuatkan background korang tak la gelap gelita… Ianya juga akan menyebabkan kamera anda menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing2…  Walaubagai manapun, saya menasihatkan korang supaya menggunakan tripod sekiranya anda perlu menggunakan mode ini.

4- night-mode - Night Mode - Night mode ini bersesuaian jika korang nak ambil gambar ketika malam… Ataupun sumber cahaya yang malap… Ianya juga akan menyebabkan kamera korang menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing2…

5- macro-mode - Macro Mode - Mode macro ini akan membenarkan camera  korang mencapai jarak fokus yang lebih dekat. Dimana, camera s korang akan mampu untuk fokus pada objek2 yang berdekatan dengan lensa. Ianya secara tak langsung membuatkan subjek  korang kelihatan lebih besar dan dekat.

6- sport-mode - Sport Mode - Mode ini sangat berguna jika s korang di dalam situasi dimana s korang perlu meng-freeze-kan subjek s korang. Contohnya, ketika anak2 s korang sedang berlari-lari di taman, pasti korang nak ambil gambar diorg untuk kenangan masa depan kan…? kalau pakai mode portrait, nescaya akan kabur lah gamba tersebut… *kenapa & mengapa? akan diterangkan later dalam entry yang lain…

Gunakan mode ini untuk mengambil gambar sukan ataupun candid… Kerana kamera korang akan menggunakan kelajuan shutter yang lebih laju untuk meng-freeze-kan subjek  korang… Tak percaya? ambil kamera s korang dan tangkap gambar kipas korang yang sedang berpusing.

Sekian buat masa ini… Selamat mencuba…

regards

BK…

Comments (9)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION