Salam Semua…
Hari ini saya akan bercherita berkenaan basic penggunaan layer di dalam perisian photoshop…
Kenapa kita kena guna layer? Ini kerana, kalau korang guna layer, korang lebih fleksible lah… So, kalau korang buat salah takde lah kena guna button hikmat CTRL -Z… kehkehkeh…. Dan apa itu Adjustment layer mask nieh? ianya berguna kalau korang nak adjust atau modify gambar korang kat area yang tertentu sahaja… Sebagai contoh, korang nak adjust kat area langit je untuk bagi kawasan langit tu jadi lagi chantik kan kaler dia… tapi kat kawasan bawah tu tak maintain gitu… gitu lah maksud saya… Sebagai contoh la eh… refer gambar bawah ni,
Pada setengah orang, macam ni pun da ok, tapi kite boleh enhance lagi color dia… jadi macam gini…
Macam mana nak buat gini ? Macam mana nak adjust langit sahaja? atau daratan sahaja? Segalanya bermula begini… hehehehhe Mula2, korang buka la gambar korang yang korang nak adjust tu… Lepas tu, korang pegi kat bawah layer pallette tu, korang klik pada ikon yang ke 4 dari kiri. Yang tulis “click to create a new fill or adjustment layer” tu… *pastikan semasa korang klik adjustment layer kat bawah layer pallette tu, layer yang background tu berhighlight bermakna aktif.
Then, korang ambil adjustment “brightness & contrast”. Lepas tu, korang akan dapat window gini, dan kalau korang nak namekan layer yang terhasil, Just double click kat name layer tu then korang namakan lah dengan nama langit ke, langit biruku ke, apa2 yang patut lah…
Then, korang adjust lah mengikut sedap mata memandang… then hit OK… kalo korang nak tengok sebelum/selepas. Korang just klik kat button mata yang kat tepi layer langit korang tu… Sekarang, kan korang nak adjust kat langit je kan? So, sekarang korang kena brush pulak bahagian langit tu… Senang je… kan layer langit korang tu… Korang perasan tak ade satu petak putih?
By default, petak tu akan jadi warna putih (layer mask thumbnail)… membawa maksud, kira adjustment yang korang apply sedang aktif… Jadi sekarang, korang akan meng-de-aktif-kan bahagian darat korang… Dengan cara mem-brush bahagian darat korang… Lepas korang dah pasti kan yang layer mask thumbnail korang tu kaler putih dan klik pada layer mask thumbnail yang warna putih tu untuk memastikan ianya aktif… Korang pergi ke sebelah kiri, “*refer gambar kat atas” pastikan yang saya highlight tu jadi kaler hitam… Cuma klik kat anak panah bengkok tu… Itu ialah di mana korang akan set kan foreground color korang… Selepas tu pergi ke brush dan korang berus kan bahagian darat korang… So, sekarang, bahagian darat korang tak akan dapat adjustment yang korang apply untuk langit tu… Dan, kalau korang nak apply untuk darat korang pula. Korang just ulang step diatas dan at the end nanti, korang brush bahagian langit pula…
Adjustment layer ni ada pelbagai fungsi… Cubalah explore untuk tahu the power of photoshop… Dan untuk mendapat kan result seperti di atas, ade macam2 cara korang bole explore… Sebagai contoh, level, curve dan bermacam lagi…
Selamat mencuba !
sekian wassalam…












