Tag Archive | "komposisi"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P  Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem - filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36×24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Baru & Tips ambil gambar bunga api…

Posted on 28 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salan sejahtera,

Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…

Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…

Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?

1) Tripod -  Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…

2) Filter -  Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…

3) Remote Shutter - Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…

Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…

1) Shutter - Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure - Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)

2) Aperture - Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…

3) Mirror Lock Up - Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…

4) ISO Sensitivity - Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…

Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter

Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi… :)

Sekian…

Comments (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bagaimana ambil gambar hari sukan sekolah?

Posted on 23 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jangan salah faham dengan tajuk kali ini, maksud saya dengan tajuk di atas ialah bagaimana korang nak ambil gambar aksi, atau dengan lebih detail, gambar sukan. Ramai ibu bapa kini mempunyai camera yang mempunyai keupayaan seperti DSLR… malangnya, tak di-fully-utilize-kan , Rugi kan?…Korang sedar tak camera korang mampu menghasil kualiti yang hampir setara dengan profesional? Ada caranya… dengan teknik yang betul korang mesti boleh… Malaysia Boleh maaa ! … :D

Ok, untuk gambar aksi yang elok… kamera korang seeloknya mempunyai focal length yang jauh (telephoto lens/zoom lens) yang mempunyai focal length seperti 70-200mm, 55-200mm atau untuk yang bukan SLR, yang mempunyai optical zoom 10x gitu…  dan yang sewaktu dengannya… kenapa? takkan la korang nak ambil gambar orang main bola kat depan2 korang kan… hehehehhe

10x

Kemudian, mode untuk auto-focusing korang, hendaklah di tukar kepada jenis focusing yang untuk sukan tu… Seperti, mode yang mempunyai continuous focusing di mana sistem autofocus akan mengikut subject korang yang berada di dalam zon fokus korang… Ini untuk memastikan subject korang akan sentiasa berada di dalam fokus…   Mode ini di kenali sebagai AI SERVO untuk sistem camera canon. Nama ini berlainan untuk sistem camera yang lain…hanya nama sahaja berlainan, tapi, fungsi yang sama.

autofocusmode

Ok, kali ini kita masuk bab berkenaan shooting mode apa yang korang kena pakai, pada saya, the best ialah Tv atau Shutter Priority Mode… Di mana korang control shutter speed korang… Korang mesti nak shutter speed yang laju kan? takut nanti slow sangat gambar gegar atau shake… Shutter speed yang bersesuaian? bergantung kepada pengcahayaan… kalau korang kat dalam bangunan, kalau pakai shutter speed 1/1000 memang tak nampak ape lah nanti kan… Jadi, guna lah shutter speed yang cukup rendah untuk mendapatkan exposure yang elok, dan cukup laju untuk me-minimize-kan camera shake. Aperture akan di pilih secara automatik oleh camera… Ingat, shutter priority kan… :)

Dan tak lupa, gunakan burst atau continuous shutter mode atau yang shutter macam machine gun tu… :D

Ok, cukup berkenaan teknikal, kite beralih kepada composition dan what do and donts…  Sebagai contoh, kalau gambar tersebut ialah permainan bola sepak, korang masukkan kan lah gambar bola tu sekali… barulah nampak jenis sukan yang dimainkan…  Composition, still tertakluk dalam akta rule of third yang pernah saya kongsi di SINI.  Dan timing sangat penting… Bila korang akan menekan shutter korang, akan menentukan ekspresi wajah subject korang… sila rujuk gambar di bawah:

img_6937

Gambar ini juga mempunyai kelemahan, iaitu background yang kurang menarik. Jadi kalau korang ambil gambar sukan, pastikan korang berada di lokasi yang sesuai… supaya gambar korang mempunyai background yang menarik…

Rasanya, cukup untuk tips kali ini… Korang try lah ye…

Selamat mencuba… Sekian, wassalam… :)

Comments (3)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Dilema DSLR…

Posted on 20 December 2009 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pasti ada diantara korang berada dalam dilema bila korang nak membuat pemilihan untuk membeli kamera digital SLR pertama korang… antara perkara yang selalu bermain difikiran korang pasti seperti “hrmmm Nikon ke Canon eh?”, “Sony ok jugak kan?” gitu-gitu lah… :D

Statement seperti “beli Canon lah… PRO banyak pakai Canon” atau, “Beli Nikon lah… accessories senang, murah… ” . Pada saya, ianya tidak benar sama sekali… Still, apa-apa pun, orang yang dibelakang kamera tu jugak yang menentukan hasil & kualiti sesuatu gambar tu… Kamera semahal mana pun, kalau basic pun korang tak kuat susah lah… kalau malas nak carik resoruce, memang lagi lah kan… ? :P

Berbalik pada topik kita tadi. Sekiranya korang dalam dilema nak pilih camera,  apa yang akan saya recommend atau sarankan kan kat korang ?

Pertama sekali, rujuk lah website DPreview ini… ianya sumber yang korang boleh percaya untuk korang mengcompare model2 kamera yang korang bakal miliki…

Kemudian, korang tengok kawan-kawan korang… majoriti, pakai kamera chap apa? kalau Nikon, saya akan cadangkan belilah Nikon… Kenapa? Accessories kamera DLSR ni mahal, terutama lensa-lensa nye… Jadi kalau korang ade group, korang boleh lah kongsi-kongsi kos hobi korang… boleh lah bertukar2 lensa dengan kawan-kawan korang… ye dak?

Pastikan, sebelum korang beli, test dulu model yang korang berkenan di hati tu… Pegang, peluk, lah kamera tu… ambil “feel”… Kadang-kadang, dah beli baru lah korang rase kamera tu terlalu kecil untuk korang… So, takut lah korang rase rugi kan… Pastu gunalah alasan yang korang dengan kamera tak serasi… jadi gambar pun tak cantik… PooOOodahhh !

Dan saya akan recommend korang rujuklah DPreview tu… Ianya akan menunjukkan statistik yang berupa lebih kurang begini…

Jadual ini di ambil dari DPreview.com . Ianya menunjukkan, brand yang mendapat jumlah klik tertinggi di website tersebut dalam tempoh 5 hari yang lepas.

capture2

Dan jadual di bawah ini pula menunjukkan , model kamera yang mendapat jumlah klik tertinggi dalam tempoh 5 hari yang lepas. Maknanye, popular lah tu… :P

capture

Dan, lepas korang dah decide, korang boleh lah rujuk di sini untuk tips-tips pemilihan kamera korang…  Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah… :) Harap, tips-tips yang ada di website ini membantu korang lah ye…

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Siapalah aku tanpa Ibu…

Posted on 10 May 2009 by admin

Sempena hari Ibu ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada pembaca sekalian… hargailah ibu kita selagi dia masih ada…  Saya ingin berkongsi nukilan hati saya…  Hari ini saya menerima komen di flickr page saya… Komen berkenaan gambar yang saya ambil ketika melaksanakan tugasan untuk dagangnet technologies sdn bhd di beberapa rumah anak yatim di sekitar lembah klang…  Komen tersebut di hantar oleh admin flickr page Ini. Ianya kemudian membuatkan saya pergi ke website ini pula…

Kemudian membuatkan saya mengimbas kembali pengalaman saya ketika menjalankan liputan fotografi ketika di rumah2 anak yatim bersama staf2 dari dagangnet technologies… Apa yang saya fikirkan ialah, ketika kita sedang sibuk meraikan ibu kita… Makan diluar bersama2 ibu… belikan hadiah untuk ibu… pasti seronokkan? dapat membuatkan ibu bahagia… dan betapa beruntungnya kita boleh berada di rumah, bersama ibu tercinta… Makan masakan ibu…

Tetapi apa yang anak2 ini dapat? makan mengharapkan derma daripada dermawan… pakai pakaian yang diharapkan dari dermawan…  Mereka tak punya ibu untuk mendengar luahan hati kecil mereka… mereka tak punya ibu untuk masak makanan kegemaran mereka… mereka tak punya ibu untuk membelai mereka ketika mahu tidur…Di hari ibu… mereka tak punya ibu untuk di rai kan… Barangkali, mereka hanya mampu mengimbau kembali memori mereka bersama ibu…

Betapa bertuahnya kita… punya ibu di samping kita… Oleh itu hargailah ibu kita…

Sekiranya anda peduli… lawatilah laman web ini… ( http://www.rumahamal.org )  Daripada anda menghabiskan masa membaca email-email forward kat office tu… Ada baiknya anda melihat apa yang di alami sendiri oleh kanak2 ini…

Saya kongsikan gambar2 yang di ambil ketika saya menjalankan tugasan di sana… tatapi wajah-wajah yang tidak berdosa ini… yang hanya inginkan sedikit belas dari anda… Entri penuh boleh di lihat disini

1)

Were brothers...

We're brothers...

2)

Survival

Survival

3)

4)

5)

6)

Sekian… terima kasih… :)

Comments (0)

Tags: , , , , , , , ,

Composition , komposisi, “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?”

Posted on 09 April 2009 by admin

Composition , komposisi, “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?”

Salam readers…

Harini saya akan menulis berkenaan Composition atau “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?” . Mungkin ini berbunyi sedikit rumit , tapi percayalah, ianya tak serumit mane pun…

Bila korang tengok kt LCD camera korang, pernah tak korang terfikir, “macam mana eh, cantik nak tangkap gambar ni…” atau, “ish, macam boring je angle nie… ” Perkara yang korang ragukan inilah yang dipanggil composition.

Otak korang berhempas pulas untuk berfikir dimana patut atau bagaimana anda patut letakkan subjek anda di dalam gambar atau ketika anda framing untuk sesuatu gambar. Harus di ingat, tak semua orang dilahirkan kreatif dan inovatif . :D Jadi, di dalam fotografi, telah ditetapkan kire macam undang-undang lah… or better called Rule Of Thumb.

Ok, jadi bagaimana korang nak dapatkan composition yang terbaik lagi da boommb ?

Pernahkan anda terdengar berkenaan Rule Of Third (RO3) ?

*Jangan confuse dengan Rule of thumb , ianya tiada kena mengena.

RO3 ni ialah peraturan yang telah di tetap kan atau di cadangkan di dalam fotografi dimana, ianya mencadangkan supaya kedudukan subjek korang atau daya tarikan utama di dalam gambar korang harus lah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih . Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 garis tegak dan 2 garis melintang yang korang perlu bayangkan di dalam di dalam framing korang.

Atau secara susahnya ;

The rule of thirds is a compositional rule of thumb in visual arts such as painting, photography and design.[1] The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would

(Source ; wiki - http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds )

Tak faham? Saya tau korang mesti tak faham. Rujuk rajah di bawah .

ruleofthirds

(Sumber grafik dari ; http://photoinf.com/Golden_Mean/Michael_Fodor/Photo_School_-_Rule_of_Thirds/ruleofthirds.jpg)

Perasan bagaimana 2 garis tegak dan melintang itu berada di dalam framing korang? Haaa… tu lah die RO3… Titik yang di maksudkan ialah, Titik di mana garis tersebut bertemu dan membentuk simpang empat. Hehehehe… bukan round about eh… :P

Jadi contohnya kalo korang nak ambil gambar boyfriend ke, girlfriend ke, bini ke, laki ke kan… pastu korang nak memuatkan sekali dengan pemandangan kat belakang korang tu kan. Jangan la letak diorg kat tengah-tengah frame. Letak la tepi sikit… cantik sikit gambar tu…

Lagi satu, kalu korang nak ambil gambar portrait lah kan… Seeloknye, korang compose gambar korang tu supaye bahagian mata subjek korang tu kena pada titik tu. Sebagai contoh ;

img_2177

Dapat tak idea berkenaan composition ni? Line composition ni, ade sesetengah model kamera ade tersedia bina dalam. Ada yang takde… Jadi korang kena bayangkan lah…

Walaupun RO3 ni dikatakan Undang-undang . Cuba korang ikut apa yang dicadangkan, ianya mampu memberikan impak yang tinggi dalam gambar korang. Jika korang masih ragu-ragu, Jangan segan untuk tinggal kan soalan anda di ruangan komen. :)

Percayalah…~ ~ ~ ~ bak lagu dato’ siti nurhaliza kite…

Sekian…

Comments (9)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION