Hello, hari ni yang menulis BK adalah saya, Aziel Azhar, bukan admin BK (Syed Fadhil) seperti selalunya. Senang cerita, hari ini saya ‘mempoyokan’ diri sendiri untuk ‘enter frame’ di BK.com setelah sekian lama hanya di belakang tabir dan lebih banyak luangkan masa di blog Cherita Pictures dan blog super perasan saya sendiri.
Owh, jika ada yang belum tahu, di weblog Cherita Pictures kadang-kadang kami kongsikan tips tentang pengalaman atau apa yang kami lakukan dalam tugas kami sebagai photographer. Kami bukanlah sifu, tapi cuma berkongsi tips-tips yang kadang-kadang nampak remeh tapi boleh bawa perbezaan yang besar, untuk dimanfaatkan bersama. Kalau nak intai, jemputlah jenguk ke weblog Cherita Pictures, cari ruangan “Thoughts & Tips“.
Ok, I digress :p . Tujuan entri kali ni adalah untuk memperkenalkan ini:
Tak lama lagi, ini boleh didapati daripada BelajarKamera.com. Apa tu? Camera straps. Jadi anda tak perlu jadi ‘duta tidak berbayar’ kepada brand kamera yang anda gunakan. Hihihi.. Tak lama je lagi, beberapa hari je. Limited ni. So pastikan anda jenguk BelajarKamera.com lagi untuk tahu details lebih lanjut, kalau anda mahu sesuatu yang lain daripada orang lain dan nak ‘Shoot in Style’. Strap yang kiut-miut ni SUDAH MULA DIJUAL. Checkout ENTRY TERBARU ni untuk tengok model yang ada. Ok? Ciao!








