Tag Archive | "jerawat"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P   Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem – filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36x24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Baru & Tips ambil gambar bunga api…

Posted on 28 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salan sejahtera,

Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…

Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…

Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?

1) Tripod -  Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…

2) Filter -  Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…

3) Remote Shutter – Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…

Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…

1) Shutter – Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure – Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)

2) Aperture – Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…

3) Mirror Lock Up – Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…

4) ISO Sensitivity – Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…

Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter

Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi… :)

Sekian…

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Dilema DSLR…

Posted on 20 December 2009 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pasti ada diantara korang berada dalam dilema bila korang nak membuat pemilihan untuk membeli kamera digital SLR pertama korang… antara perkara yang selalu bermain difikiran korang pasti seperti “hrmmm Nikon ke Canon eh?”, “Sony ok jugak kan?” gitu-gitu lah… :D

Statement seperti “beli Canon lah… PRO banyak pakai Canon” atau, “Beli Nikon lah… accessories senang, murah… ” . Pada saya, ianya tidak benar sama sekali… Still, apa-apa pun, orang yang dibelakang kamera tu jugak yang menentukan hasil & kualiti sesuatu gambar tu… Kamera semahal mana pun, kalau basic pun korang tak kuat susah lah… kalau malas nak carik resoruce, memang lagi lah kan… ? :P

Berbalik pada topik kita tadi. Sekiranya korang dalam dilema nak pilih camera,  apa yang akan saya recommend atau sarankan kan kat korang ?

Pertama sekali, rujuk lah website DPreview ini… ianya sumber yang korang boleh percaya untuk korang mengcompare model2 kamera yang korang bakal miliki…

Kemudian, korang tengok kawan-kawan korang… majoriti, pakai kamera chap apa? kalau Nikon, saya akan cadangkan belilah Nikon… Kenapa? Accessories kamera DLSR ni mahal, terutama lensa-lensa nye… Jadi kalau korang ade group, korang boleh lah kongsi-kongsi kos hobi korang… boleh lah bertukar2 lensa dengan kawan-kawan korang… ye dak?

Pastikan, sebelum korang beli, test dulu model yang korang berkenan di hati tu… Pegang, peluk, lah kamera tu… ambil “feel”… Kadang-kadang, dah beli baru lah korang rase kamera tu terlalu kecil untuk korang… So, takut lah korang rase rugi kan… Pastu gunalah alasan yang korang dengan kamera tak serasi… jadi gambar pun tak cantik… PooOOodahhh !

Dan saya akan recommend korang rujuklah DPreview tu… Ianya akan menunjukkan statistik yang berupa lebih kurang begini…

Jadual ini di ambil dari DPreview.com . Ianya menunjukkan, brand yang mendapat jumlah klik tertinggi di website tersebut dalam tempoh 5 hari yang lepas.

capture2

Dan jadual di bawah ini pula menunjukkan , model kamera yang mendapat jumlah klik tertinggi dalam tempoh 5 hari yang lepas. Maknanye, popular lah tu… :P

capture

Dan, lepas korang dah decide, korang boleh lah rujuk di sini untuk tips-tips pemilihan kamera korang…  Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah… :) Harap, tips-tips yang ada di website ini membantu korang lah ye…

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , ,

Clone stamp tool @ Healing Brush tool

Posted on 15 June 2009 by admin

Salam semua…

Kali ini saya akan membuat simple tutorial berkenaan penggunaan tool di dalam photoshop yang di kenali sebagai Healing brush Tool…  Apa tujuan Healing brush ni? Ianya sangat berguna kalau korang nak buang segala cacat cela di subject korang… Contoh yang paling mudah, pembuangan jerawat… Selain jerawat, korang boleh jugak buang bekas2 parut dan kedutan… Dengan erti kate lain, apa sahaja cacat cela lah…

Sebagai permulaan… Korang prepare lah gambar orang yang ada jerawat… dan buka di photoshop… If korang wondering photoshop version apa saya pakai, ianya ialah version CS3… jangan risau, photoshop ni version mana2 pun lebih kurang aje…  dah buka gambar di photoshop?

First sekali korang kena buat duplicate layer untuk gambar korang tu… korang pergi dekat Layer > Duplicate layer (1)… Dan akan ada window(2) yang keluar untuk korang namakan layer duplicate korang tu… kenapa kena duplicate? Ini supaya kalau korang boleh tengok before and after korang buang jerawat tu just dengan click kat gambar mata layer korang tu…

(1)wwl2008

(2) wwl2009 Then korang nama layer duplicate tu as Clone Stamp atau apa2 yang korang suka… tak nak pun tak pe…  Korang akan dapat lihat ada layer baru (3)  di atas background layer korang…

(3) wwl2010 Pastu korang carik kat sebelah kiri korang kat layer palette tu, ada simbol macam plaster (4)… atau korang tekan J kat keyboard korang…

(4) wwl2011 Lepas korang da dapat Healing brush tool tu

korang kena tekan button alternate sambil klik pada bahagian kulit yang tiada jerawat dan mempunyai tone warna yang sama atau hampir sama… (5) sebaiknya, bahagian yang berdekatan dengan jerawat tersebut… kemudian korang lepas button alternate klik pada jerawat tu… Korang repeat lah step di atas pada semua tempat yang korang nak buang jerawat tu…

(5) wwl2012

dan last sekali korang flatten kan balik layer (6) tapi dengan right click pada layer yang korang duplicate tu dan pergi ke flatten image… lepas tu korang save lah balik gambar tadi tu…

(6)wwl2013

Dan ini gambar sebelum da selepas… Selamat mencuba… ;)

b4nafter

*Ralat – Ianya Sebenarnya ialah Healing brush tool… bukan clone stamp… harap maaf dan terima kasih kepada cik aziel… :D


Comments (2)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION