Tag Archive | "jarak fokal"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gambar tak fokus dan bergegar?

Posted on 23 February 2010 by admin

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kualiti sesuatu gambar.  Dan banyak juga faktor yang meyumbang kepada gambar yang tidak berjaya. Antaranya ialah kualiti fokus dan sharpness gambar tersebut.  Mungkin korang biasa dengar term ini - “Camera Shake and Poor Focus” .  Inilah antara dua faktor yang sering kita dengar berkenaan kualiti sesuatu gambar.Topik kita kali ini. kita akan belajar apa itu camera shake dan poor focusing dan cara mencegahnya.

Camera Shake - Gambar bergegar bagai ada gempa bumi.

Contoh gambar yang mengalami camera shake

Contoh gambar yang mengalami camera shake

Camera shake ini, di define sebagai, berlaku pergerakan kepada kamera ketika shutter sedang terbuka dan sensor korang tengah merakam kan sesuatu scene itu. Inilah yang menyebabkan gambar korang mcm bergegar tu. Kamera sangat sensitif kepada gegaran ketika process merakam tu sedang berlaku. Terutamanya ketika bukaan shutter yang lama atau nilai shutter yang perlahan seperti mengambil gambar landskap malam atau gambar air mengalir. Sebarang pergerakan walaupun ketika jari korang menekan shutter sudah cukup untuk menyebabkan gegaran tersebut.

Sebab itulah, sekiranya korang lebih kepada mengambil gambar pemandangan, adalah sangat di sarankan korang membeli remote shutter atau cable release shutter untuk kamera korang. Ini akan dapat mengurangkan gegaran yang berpunca dari tangan korang semasa menekan shutter tersebut.

Untuk kamera kompak pula, faktor ini mungkin terjadi kerana korang  menggunakan mode yang tidak sesuai untuk merakam sesuatu situasi. Sebagai contoh, korang  ambil gambar anak korang berlari menggunakan mode portrait, ini akan menyebabkan gambar korang seperti bergegar. Jadi, gunakanlah mode sukan atau sport mode di mana bukaan shutter korang akan menjadi lebih laju.

Untuk pengguna DSLR pula, adalah penting untuk korang memastikan nilai kelajuan shutter korang lebih laju daripada nilai fokal length lens korang. Ada yang mencadangkan, nilai shutter korang sebaiknya dua kali lebih tinggi dari nilai fokal length korang sebagai contoh, sekiranya lens korang 24mm, nilai shutter korang sebaiknya 24 x 2 = 48 . Jadi korang set kan nilai shutter korang kepada 1/ 50 .

Sesetengah lens atau kamera kini, mempunyai sistem Image Stabilizer atau Vibration Reduction . Ini sangat membantu dalam mencegah camera shake.  Camera shake ini akan semakin berkurangan apabila terdapat banyak cahaya ketika korang nak menghasilkan sesuatu gambar kerana nilai shutter korang akan semakin laju. Jadi, pemahaman terhadap exposure adalah salah satu faktor yang dapat membantu korang dalam mencegah camera shake ini.

Poor Focusing - Gambar tidak sharp.

img_7016

Contoh gambar Out of Focus

Ini boleh terjadi apabila korang mempunyai masalah dengan lens korang atau kebiasaanya, korang sendiri yang bermasalah. Kenapa lens? sesetengah lens, mempunyai keboleh meng-autofocus yang sangat perlahan. Jadi, apabila korang nak ambil gambar subjek yang bergerak, kamera korang tak sempat nak fokus kepada subjek tersebut, dan korang khuatir yang korang tak sempat, korang pun tekan sahaja shutter tanpa mengambil kira sama ada subjek korang sudah in-focus. Maka terjadilah satu fenomena yang di panggil Out-of-Focus atau OOF. Ini secara tak langsung turut merupakan user error lah juga. Korang harus pastikan yang kamera korang dapat fokus pada subjek korang sebelum korang menekan shutter korang. Untuk membantu korang didalam fokusing, pastikan korang mengaktifkan “autofocus confirmation beep” . Ini sangat membantu apabila korang meng-fokus sebelum mengambil gambar. Kemudian. pastikan autofokus point korang !. Ini sangat penting untuk memastikan bahagian yang sepatut “in-focus“, fokus sepatutnya.

Untuk pengguna kamera kompak, ianya biasanya terjadi apabila korang menggunakan macro mode untuk mengambil gambar landskap. Ini kerana, macro mode di buat supaya kamera korang boleh fokus kepada subjek yang berada dekat dengan kamera korang. Dan sesetengah pengguna kamera kompak tidak tahu yang dengan menekan shutter button setengah, kamera akan fokus terlebih dahulu. Kemudian barulah korang menekan shutter button sepenuhnya.

Di harap entry ini membantu korang dalam permasalahan yang pernah korang alami sebelum ini.

Sekian terima kasih… =)

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P  Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem - filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36×24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Baru & Tips ambil gambar bunga api…

Posted on 28 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salan sejahtera,

Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…

Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…

Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?

1) Tripod -  Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…

2) Filter -  Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…

3) Remote Shutter - Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…

Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…

1) Shutter - Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure - Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)

2) Aperture - Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…

3) Mirror Lock Up - Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…

4) ISO Sensitivity - Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…

Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter

Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi… :)

Sekian…

Comments (1)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Bermain dengan White Balance ?

Posted on 10 June 2009 by admin

Salam readers…

Minggu lepas saya ada menulis berkenaan White Balance… Dan saya ada nyatakan bagaimana korang nak bermain dengan white balance untuk mendapatkan effect warna yang lebih menarik…  Walaubagai manapun, ianya hanya terhad di applikasikan pada sesetengah gambar sahaja… To be specific, gambar2 sunset atau sunrise… Ini kerana, ianya melibatkan tone2 warna, dan jika tone2 warna pada kulit manusia di ubah, ianya akan menyebabkan orang itu kelihatan seperti alien… :D

Berbalik pada topik kita…  Bila korang pergi ke tepi pantai, dating ke, family day ke etc2… Mesti korang nak tangkap gambar sunset atau sunrise sebagai kenang kenangan kan?  Tapi korang tau tak, yang dengan camera digital korang, korang boleh enhance warna langit tanpa korang perlu edit kat dalam photoshop?  Tapi bagaimana? Ingat kan dalam kamera korang ade setting untuk white balance seperti yang dibincangkan disini ? Sekarang saya akan tunjuk kan apa yang saya maksudkan… *saya menggunakan software adobe photoshop lightroom supaya memudahkan penyampaian… Konsepnya sama sahaja… Semua setting tersebut ada di dalam kamera korang…

wwl20041
1) Gambar yang ini ialah dari default camera saya iaitu - Auto White Balance
wwl2005
2) Dan ini di tukar kepada White Balance untuk Daylight - Perhatikan bagaimana ianya kelihatan lebih kebiru-biruan sedikit.
wwl2006
3)Yang ini pula di tukar kepada White balance Shade - Perhatikan ianya lebih ke-Oren-Oren-an sedikit… :D

Begitulah seterusnya… Korang cuba relatekan apa yang saya dah terang kan dalam entry White Balance yang lepas dan cuba applykan… Tak perlu tunggu nak dating tepi pantai untuk mencuba… kat depan rumah pun bole… janji ada langit… jangan test dekat siling  rumah sudah… hehehehehe Dan melangkah lebih lanjut sedikit… (*sikit je heheheh ) ialah untuk mereka yang mempunyai kamera yang mempunyai setting untuk kelvin korang boleh lah cuba untuk bermain2 dengan nilai kelvin tersebut pada kamera korang…

4) Perhatikan saya telah menaik kan bacaan kelvin saya… Dan perhatikan perubahan warna yang lebih ketara…

wwl2007

Selamat mencuba ye… ;) Sekian terima kasih…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Lensa & Focal Length

Posted on 30 April 2009 by admin

Salam Semua…

Tajuk yang saya akan bicarakan hari ini ialah berkenaan lensa dan focal length… Korang mesti pernah dengar mase korang beli kamera, orang kedai kamera tu cakap pasal lens-lens ni semua kan… ?Perkara biasa yang korang akan dengar ialah berkenaan bukaan maximum Aperture sesuatu lens tu, dan focal length dia…

Apa yang korang perlu tahu berkenaan lens korang ?

First of all, saye akan terangkan berkenaan apa itu maximum aperture (MA). MA merupakan jumlah bukaan aperture yang paling besar pada sebuah lens itu… keyword dia is “the bigger the better !” hehehehe… betul… tak tipu… To date, MA yang paling besar setakat ini ialah f0.95 , iaitu pada lens Leica Noctilux 50mm . Masih ingat tentang exposure? Rasional bukaan aperture yang besar ini ialah di mana korang berhadapan dengan situasi yang gelap dan memerlukan jumlah cahaya yang banyak untuk menangkap gambar…  Jadi mempunyai lens yang mempunyai MA yang besar merupakan satu advantage yang tinggi untuk korang…

Kedua, Focal length (FL) atau selepas di bahasa malaysia kan oleh saya dipanggil jarak fokal… hehehehe… FL ni secara mudahnya merupakan jarak penglihatan korang bila korang menggunakan lens tersebut… Masa korang beli kamera korang, korang perasan tak yang “zoom 10X la 20X la… ” haaa… bende tu lah ekceli … :D FL ni dikira dalam unit milimeter (MM) . Sebagai contoh, bila korang tengok kat depan lens korang tu, kan ade 24mm - 70mm , 15mm - 60mm … Itu lah yang dimaksudkan dengan FL… Itu merupakan indication untuk bagitahu korang berkenaan FL lens tersebut… Semakin kecil nombor tersebut, semakin lebarlah jarak penglihatan korang… dan semakin tinggi nombor tersebut, semakin tiruslah jarak penglihatan korang… atau dalam kate lain nya, semakin jauh korang boleh lihat melalui lens tersebut… Rujuk gambar di bawah… focallength

Kalau korang pernah dengar wide angle lens, Ultra wide angle lens, zoom lens, telephoto lens. itu lah cara mudah untuk memberitahu orang lens ape yang korang ade…

Ketiga, perbezaan zoom lens dengan prime lens. Zoom lens ni ialah lens yang korang baca macam kat atas tadi, lens yang ade pelbagai FL dalam satu lens… Macam 18-55mm atau 24-70mm gitu… manakala, prime lens ni ialah, lens yang mempunyai satu FL length sahaja dan ianya tetap ! ngak bisa berubah… atau fix focal length… seperti 24mm , 35mm, 50mm gitu…kenapa nak kena buat gitu pulok ? gini, perbezaan antara dua di atas ialah, berat lens tersebut… Zoom lens lebih berat daripada Prime lens disebabkan zoom lens memerlukan lebih banyak lens element di dalam pembinaan dia… Tapi, prime lens tak… Selain daripada itu, prime lens lebih sharp daripada zoom lens pada bukaan aperture yang maksimum… Kedua faktor diatas jugalah yang menyebabkan kedua2 jenis lens tersebut mempunyai peminat yang tersendiri…  Masing2 ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tepuk dada tanya selera… Jangan tepuk kuat2 sangat pulak… :D

Saya rasa setakat ni je dulu berkenaan lens ni kot… Pada hemat saya, 2 perkara ni je yang penting basic yang korang perlu tahu atau wajib tahu berkenaan kamera… hehehehe…

Comments (4)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION