Salam…
Tajuk kali ini saya akan mempromosi satu event yang akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur. Kenapa saya nak promote? Kerana ianya juga boleh menjadi satu tempat di mana korang boleh mencuba dan mempraktikkan skill-skill fotografi korang…
Apa yang ada di sana nanti? , pelbagai aktiviti akan berlangusng antaranya ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!
Selain itu korang berpeluang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
Macam mana nak ke times square? Korang boleh menaiki monorail dan berhenti di Stesen Imbi. Dan korang juga boleh menaiki teksi atau bas.
Dan untuk maklumat lanjut, sila ke link ini - www.gatsby.com.my/streetfair
Sekian, Terima kasih daun keladi…








