Tag Archive | "gambar gelap"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Canon? Nikon? Sony? Pentax?

Posted on 08 October 2009 by admin

Salam semua…

Belum terlambat kan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya untuk pembaca yang beragama Islam… Dan Selamat Deepavali kepada pembaca yang beragama Hindu yang akan merayakan diwali pada 17 October ini…

Sorry kerana lama menyepi… Agak sibuk sejak kebelakangan ini… Tapi hari ini, saya gagahkan diri untuk menaip… hehehhe… Saya selalu mendapat soalan2 seperti, “camera apa elok eh?” “canon ke nikon? Sony pun ok gak ke?” gitu2 lah… Korang faham2 lah ye… Kire orang nak beli kamera, tapi dalam dilemma… Kawan2 ramai pakai Canon tapi hati nak beli Nikon…

Entry ini saya akan guide korang… Saya ni bukan lah promoter Canon, Nikon atau Sony… Tapi just nak share pengalaman saya selama berkepompongcimpung dalam bidang ini…  Saya bukan nak cerita berkenaan baik buruk satu2 sistem(brand) ni… Tapi saya akan compare base from logic yang korang sendiri boleh tentukan…  :)

Ok, kita mulakan begini…

Penghasilan Warna (Color reproduction): Ramai mengatakan, yang sistem Nikon mempunyai kotrast warna (kepekatan warna) yang lebih cantik berbanding sistem yang lain… Pada saya, ianya bergantung pada bagaimana korang setting output camera korang… Maksud saya, untuk Canon kan ada menu untuk korang adjust kontrast, sharpness, skin tone etc… Atau Pictures Style… Begitu jugalah dengan sistem lain… kalau korang nak lebih kontrast, korang adjust lah kat picture style tu… apa susah? ye dak?

Sharpness: Ini satu perkara yang selalu didebatkan oleh profesional… Ramai yang berdebat kata Canon lebih sharp dari Nikon lah atau sebaliknya… Pada pendapat saya, sharpness ni bergantung pada lens dan teknik yang betul… Kalau beli camera beribu-ribu… Lens mahal2 tapi salah cara penggunaan pun tak jadi juga kan?   Kalau bagi camera brand sony atau pentax sekali pun, kalau betul cara penggunaan InsyaAllah hasilnya memuaskan hati…

Built & Erganomik: Tidak dinafikan camera Nikon mempunyai built quality yang bagus untuk range beginner mereka sebagai contoh Nikon D70 yang setara dengan Canon 350D… Kalau di bandingkan sebelah menyebelah, memang nampak beza 350D seperti printer canon iP 1000 series… Manakala D70 itu memang nampak yang buatannya sangat teguh… *saya ada menggunakan Canon 350D, walaupun kecil, masih kukuh setelah digunakan dengan lasak selama 3 tahun… ;) * Tapi, untuk profesional punya series, built quality kedua2 sistem sangat kukuh…  Dari segi erganomik, secara jujur, Sony lebih maju, walaupun baru menceburkan diri dalam pembuatan camera DSLR, rekaan camera mereka sangat menarik, terutamanya Sony A700 yang dipasangkan dengan battery grip… Kan sexy tu… :D

Nikon D70s


Sparepart & Accesories & Aftersales: Jangan risau… Di Malaysia ini, sekiranya korang setakat nak benda2 yang biasa orang pakai, kemungkinan besar ada… Just cari di forum2 photography yang localbase seperti, photomalaysia.com & Shutterasia.com. Dan untuk aftersales service, secara jujur, Canon mempunyai aftersales yang terbaik setakat ini… Pergi sahaja ke pusat servis canon di peremba square, subang… Korang akan rasa bagaimana korang dilayan sebaiknya oleh kakitangan Canon Malaysia… :) Dan korang tak perlu jadi “seseorang” untuk mendapat layanan tersebut… :) Situasi sebaliknya korang akan dapat di Nikon service center… (saya harap staff2 nikon akan baca ini) . Seorang sahabat forum menghantar speedlight untuk di servis & tukar bulp etc… Bayangkan ianya mengambil masa 2 MINGGU ! Kalau korang cari makan pakai camera kan dah susah? ye dak?

Seperkara yang ingin saya tambah… korang mesti pernah dengar camera Nikon ada yang tak bole Autofokus dengan sesetengah lens… ini penjelasannya  Di tulis oleh – http://loctormayat.com/blogs

“Wei…. this lens can autofocus on D40/40X/60/5000 or not?”

Well…. at first it’s easy to answer but after a while.. it gets frustrated to keep answering the same thing over and over again to newer and newer members.

ANYWAY… your camera WILL autofocus if you use the following:

  • Any lenses that has ‘DX’ on the description
  • Any ‘AF-S’ lenses

If you decide to use OTHER type of lens, then you can only use MANUAL FOCUS

So… the next time you decide to be spoon fed and ask people, “Can AF on D60 or not?”… please google the lens or check it out on Nikon website..

For example:
AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED
AF-S Nikkor 300mm f/4D IF-ED

Verdict : Yahoo… AF supported!!!

AF Nikkor 85mm f/1.4D IF
AF Zoom-Nikkor 80-200mm f/2.8D ED

Verdict : Awww crap…need to manual focus!!

~ the end ~

Jadi sekarang… bukanlah sistem camera yang tentukan gambar korang cantik ke tidak… korang tu… :D So, research secukupnya, berguru dan belajar lah secukupnya…

Sekian… :)

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Vanguard Up-Rise 48 Camera Back Pack – Review

Posted on 05 June 2009 by admin

Salam semua… *klik pada gambar untuk lihat Hi-Resolution

hehehe… Hari ini entry saya agak berbeza di mana saya akan menambah lagi satu kategori… iaitu kategori untuk review peralatan berkenaan fotografi… dan mungkin juga review kamera… :D

Saya ni (saya yakin ramai juga yang sama) suka kan satu alat yang boleh multi function… Ianya lebih jimat dan praktikal… Dan selama ini saya tercari-cari beg camera yang boleh memuatkan segalanya untuk saya… dari camera, laptop, segala cable yang perlu, kalis air dan bla bla bla… :D So, sebelum beg di atas ni keluar, saya menggunakan beg spesis Lowepro Fastpack 250… Ianya boleh la setakat nak memenuhi syarat2 saya di atas… Tapi, sebagai seorang penunggang motorsikal yang tegar… :D   Saya perlukan baju hujan untuk beg camera saya… Malangnya beg tu tiada benda itu… beg cap lowepro yang ada rain cover ialah di kalangan AW series sahaja ye… Malangnya beg lowepro yang ada AW tu mahal ya amat !… tak percaya? tengok DISINI… Selepas lama menanti, sebuah kedai kamera di KL ni pun ade membawa satu produk baru… Yang agak jarang di dengar di Malaya ini… iaitu Vanguard U.S.A …   Dan hati saya terpaut pada model Up Rise 48… Ianya produk baru dari Vanguard… Even kat website die pun tak update lagi… apa daa… chait… ! jeng jeng jeng! img_6903 img_6906 img_6905 img_6914Sebelah kiri ialah Lowepro fastpack 250 & kanan ialah Vanguard Up-Rise 48 Built quality… Pada saya setanding dengan Lowepro… Pada harga yang lebih rendah ! Dan ianya ada apa yang lowepro fastpack tiada… Sebagai Contoh : Back Air vent… *imagine kalau macam saya ni kena shooting sambil bawak beg berjam-jam… Berpeluh jantan dibuatnye kat belakang… img_6924Vanguard Up rise 48 img_6925 Tripod Holder… Tak berapa perlu… tapi bagus kalau ada. img_6917 Bawah beg di perbuat daripada material kalis air… Jadi korang boleh la letak atas lantai basah tanpa syak wasangka… gunakan tanpa was-was… bukan macam lowepro… img_6928Vanguard Up rise 48 img_6929Lowepro Fastpack 250 Side access… Korang boleh access camera tanpa korang kena bukak beg letak kat lantai, pastu buka pula zip… img_6912 Dan tak lupa kepada…laptop compartment… img_6911 Dan yang paling penting tahap gaban ialah… Rain Cover… yay ! img_6910 Dan yang paling penting tahao gaban kuasa dua ialah……..

Harganya…!!!

Ianya boleh didapati di kedai Tony DigitalsMania… Malangnya… untuk Up-Rise 48… Dah habis… saya beli yang last stock die simpan… heheheheh Harap2 korang dapat benefit dari apa yang saya tulis di sini… *saya tak dapat komisen satu sen pun dari tuan empunya kedai… Saya buat review ni kerana saya rasa benda baik harus di kongsi bersama…

Sekian… terima kasih… :)

Comments (16)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Tips Ambil Gambar Portret…

Posted on 12 May 2009 by admin

Salam semua…

Pernah tak korang terfikir untuk menangkap gambar portrait korang dengan lebih elok? Supaya kamera yang korang beli mahal2 tu tak membazir? Mesti pernah kan?…

Sebelum saya mulakan, sekiranya korang ni baru kat website ini. Saya cadangkan korang baca berkenaan komposisi atau composition dulu… Ini untuk mengelakan korang confuse lak kang…

Apakah faktor yang perlu korang pertimbangkan kalau nak tangkap gambar portret ?

1) Latar Belakang / Background(BG) – BG yang menarik, dan tak berserabut macam sabut kelapa adalah penting dalam menentukan samada portret korang berjaya ke tak… Sebagai contoh… Jangan lah korang ambil gambar portret dengan memasukan sekali signboard2 yang tak patut… seperti signboard jamban ke… unless, ianya juga turut membantu dalam menguatkan element di dalam gambar tersebut… Ada juga cara lain untuk “membuang” BG korang… hehehehe… refer gambar ini : ( memperkenalkan Prabu ! Dusyum Dush dush ! hero tamil dari chennai… )

img_4703

Dengan menggunakan fokal length yang jauh, saya berjaya membuang BG yang serabut di belakang prabu… BG yang blur jer ini dinamakan Bokeh. Bokeh merupakan lawan kepada sharpness atau fokus… Bokeh berasal dari bahasa jepun boke yang  jika di direct translatekan bermaksud fuzzy… Bagaimana korang nak dapat “bokeh” ni pakai kamera kompak korang? haaa…. camni… kamera korang mesti bole zoom kan? jadi korang zoom in ke subjek korang pada jarak yang paling minimum yang muat untuk korang masuk kan at least setengah badan… Contoh seperti gambar hero kita… Mungkin korang tak dapat kualiti background blur/bokeh yang sama… Tapi kalau korang berjaya dapat blur2 kat belakang tu…  itulah konsep dia…

2) Pengcahayaan – Korang pernah tak ambil gambar membelakangkan matahari?  dan gambar korang jadi gelap? pernah kan… Oleh itu gunakan lah flash untuk situasi tersebut… dan sebaiknya, elak kan daripada membelakangkan matahari… kalau tak, akan terhasil lah effect silhouette . Sebaiknya, korang ambil gambar kat bawah pokok di mana pokok akan bertindak menjadi sebagai pelembut/diffuser untuk mengurangkan keterikan matahari…  Lagi pun, buat ape berdiri tengah panas… ? ehehehehehe….   Walau bagaimana pun, tak semestinya membelakangkan matahari itu tak elok… korang bole membuat effect yang sangat menarik sebenarnye… tapi jangan le time tengah2 hari tu… sebagai contoh…

img_4701

Gambar di atas di ambil kira2 jam 6.30 petang waktu malaysia… bukan jepun ok… perhatikan bagaimana matahari telah menghasilkan outline yang menarik pada belakang  subject saya… pengcahayaan begini di capai tanpa penggunaan sebarang flash… hanya teknik exposure yang betul sahaja…. yang korang boleh capai dengan apa2 kamera sekalipun…. Tapi bukan sahaja membelakangkan matahari atau backlight sahaja menarik, meng-tepi-kan matahari atau side lighting pun boleh menghasilkan effect yang menarik juga… Contoh seperti gambar di bawah… Kedua2 effect ini membantu membuatkan subject korang lebih terampil / stand out dari background dia…

img_4671

Tak Nak Rokok !

*Entry ini akan bersambung Insya Allah dalam minggu ni juga…  Terima kasih… ;)

Comments (6)

Tags: , , , , , , , , ,

Basic Penggunaan Layer Mask Adjustment

Posted on 04 May 2009 by admin

Salam  Semua…

Hari ini saya akan bercherita berkenaan basic penggunaan layer di dalam perisian photoshop… :D

Kenapa kita kena guna layer? Ini kerana, kalau korang guna layer, korang lebih fleksible lah… So, kalau korang buat salah takde lah kena guna button hikmat CTRL -Z… kehkehkeh…. Dan apa itu Adjustment layer mask nieh? ianya berguna kalau korang nak adjust atau modify gambar korang kat area yang tertentu sahaja…  Sebagai contoh, korang nak adjust kat area langit je untuk bagi kawasan langit tu jadi lagi chantik kan kaler dia… tapi kat kawasan bawah tu tak maintain gitu… gitu lah maksud saya… Sebagai contoh la eh… refer gambar bawah ni,

wwl1b4

Pada setengah orang, macam ni pun da ok, tapi kite boleh enhance lagi color dia… jadi macam gini…

wwl1after

Macam mana nak buat gini ? Macam mana nak adjust langit sahaja? atau daratan sahaja? Segalanya bermula begini… hehehehhe Mula2, korang buka la gambar korang yang korang nak adjust tu… Lepas tu, korang pegi kat bawah layer pallette tu, korang klik pada ikon yang ke 4 dari kiri. Yang tulis “click to create a new fill or adjustment layer” tu… *pastikan semasa korang klik adjustment layer kat bawah layer pallette tu, layer yang background tu berhighlight bermakna aktif.

1

Then, korang ambil adjustment “brightness & contrast”.  Lepas tu, korang akan dapat window gini, dan kalau korang nak namekan layer yang terhasil, Just double click kat name layer tu then korang namakan lah dengan nama langit ke, langit biruku ke, apa2 yang patut lah…

2

Then, korang adjust lah mengikut sedap mata memandang… then hit OK… kalo korang nak tengok sebelum/selepas. Korang just klik kat button mata yang kat tepi layer langit korang tu… Sekarang, kan korang nak adjust kat langit je kan? So, sekarang korang kena brush pulak bahagian langit tu… Senang je… kan layer langit korang tu… Korang perasan tak ade satu petak putih?

3

By default, petak tu akan jadi warna putih (layer mask thumbnail)… membawa maksud, kira adjustment yang korang apply sedang aktif… Jadi sekarang, korang akan meng-de-aktif-kan bahagian darat korang… Dengan cara mem-brush bahagian darat korang…  Lepas korang dah pasti kan yang layer mask thumbnail korang tu kaler putih dan klik pada layer mask thumbnail yang warna putih tu untuk memastikan ianya aktif… Korang pergi ke sebelah kiri, “*refer gambar kat atas” pastikan yang saya highlight tu jadi kaler hitam… Cuma klik kat anak panah bengkok tu… Itu ialah di mana korang akan set kan foreground color korang…  Selepas tu pergi ke brush dan korang berus kan bahagian darat korang… So, sekarang, bahagian darat korang tak akan dapat adjustment yang korang apply untuk langit tu… Dan, kalau korang nak apply untuk darat korang pula. Korang just ulang step diatas dan at the end nanti, korang brush bahagian langit pula…

Adjustment layer ni ada pelbagai fungsi… Cubalah explore untuk tahu the power of photoshop…  Dan untuk mendapat kan result seperti di atas, ade macam2 cara korang bole explore… Sebagai contoh, level, curve dan bermacam lagi…

Selamat mencuba !

sekian wassalam… :)

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Kenapa Saya Tulis Blog Ini ???

Posted on 28 April 2009 by admin

Kadang-kadang, manusia ni macam2 jenis orang ade la… pernah saya katekan dah kat entry saya yang first sekali DISINI.

Jadi saya sekali lagi tulis supaya orang lain tak salah faham… Blog ni bukan untuk mengajar korang jadi profesional photographer… Cukup setakat korang tau basic je dah lah dan, supaya korang tak salahkan kamera korang kalo gambar korang tak cantik… :-P hehehehe.  Yang lain2 tu sure korang boleh  google je…  Bukan ape, saya tak nak la nanti those pro2 nanti cakap saya ni memandai je pulak kan…

Lagi satu, orang selalu tanye, pasal nak upgrade dari PnS camera ke Dslr… boleh… tak salah… bukan duit saya pun… tapi kalo PnS pun tak tau nak pakai… camne nak faham basic Dslr… Unless lah korang rajin nak baca nota2 yang ade kat internet… Tu pun ade berlambak still orang kate takde resource… kalo ade pun complicated sangatlah, kurang faham bahasa inggeris lah… Dan dengan complain macam itu lah lahirnya blog ini… yay !… tutorial basic photography dalam bahasa yang paling mudah difahami… harap2 lah ye…  Korang harus ingat… tak semua term dalam photography sesuai nak di bahasa melayukan… Saya masih ingat , satu insiden di mana seorang hamba Allah ni tanya lah berkenaan flash photography… Jadi saya kebetulan tau lah sikit berkenaan bende yang die nak tau tu… tapi tak tau camne nak explain in bahasa melayu… pasal saye pun tak tau nak terjemahkan die camne… so saye pun reply lah in english… pastu adelah sorang hamba Allah yang lain ni pulak quote reply saya tu dengan – “fuhhh !!! mengeja aku baca !” Apa da… hehehe… takpe… harap2 dengan lahirnya belajarkamera.com ini, dapatlah membantu korang mengimprovekan hasil gambar korang… supaya pembelian kamera korang yang mahal2 tu berbaloi… bukan setakat SLR je… kamera kompak pun bolehhh !

So, kalo korang rase korang nak jadi propesonal profesional, saya letak kan link-link di bawah ini sebagai rujukan korang…

1) www.photography-on-the.net – Tempat di mana saya mula2 belajar berkenaan photography

2) www.photomalaysia.com – Tempat di mana saya kenal, belajar, bermasyarakat

3) www.fototeacher.com – Dikendalikan oleh Adan photography

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , ,

Alamakkk ! Gambar Gelap… ! =(

Posted on 20 April 2009 by admin

Salam semua…

Pernah kan situasi macam ni terjadi kepada korang… ? Korang tangkap-tangkap gambar, tiba-tiba gambar korang jadi gelap… Tambah memburukkan keadaan, korang tak boleh nak tangkap semula gambar tersebut… Jadi apa yang korang boleh lakukan?

Kali ini, saya akan berkongsi berkenaan bagaimana untuk menyelamatkan gambar anda yang gelap atau term yang sebetulnya ialah “underexposed” . Masih ingat berkenaan “exposure” ?

Jadi, apa yang korang boleh lakukan? Nak delete, sayang…    Dengan sedikit pengetahuan mengenai penggunaan software seperti Adobe Photoshop (PS) atau Microsoft Office Picture Manager (MOPM), korang boleh menyelamatkan gambar-gambar korang yang underexpose tu… Kenapa saya mention MOPM? biasa PS je bila orang berbicara berkenaan gambar? PS ialah software yang boleh dikatakan sangat complicated… Interface yang mengelirukan, di samping pembabitan penggunaan layer yang mengelirukan. Oleh itu, setakat nak adjust brightness je, pakai MOPM pun bolehhhh…. hehehehe… lagipun, MOPM saya pasti semua orang ada…  Walau bagai manapun, hari ini, saya akan berbicara berkenaan pengguna PS untuk menyelamatkan gambar anda.

Contoh ini menggunakan software Adobe Photoshop CS 3…

1) Ini contoh gambar saya yang gelap tu…

img_4085

2) Then korang bukak gambar korang yang gelap tu kat PS dengan menggunakan command ( ctrl + o ) atau File > Open   .

3) Selepas itu, korang pergi ke, Layer > New Adjustment Layer > Level

level1

4) Lepas tu, akan ade window kecik keluar. Itulah menu untuk korang adjust Level korang.

level

* Kenapa Level? Bukan Brightness & Contrast?  . Begini, korang perasan tak bende yang macam graf kat window baru tu? Itulah “histogram” . Histogram ni berfungsi untuk memberitahu jurugambar kadar detail yang terdapat di dalam Shadow atau Highlight sesebuah gambar atau lebih tepat lagi dynamic range sesebuah gambar… Bila historgram ni berat ke kiri seperti gambar di atas, bermakna gambar anda gelap atau underexpose dan sekiranya ianya berat ke kanan pula, ianya bermakna gambar anda terlebih terang.  Jadi, maklumat tonal range korang terkandung pada histogram ini. Jadi function Level kat PS akan membenarkan korang meng-adjust kadar highlight mahupun shadow anda berdasarkan histogram itu tadi.

5) Korang perhatikan bulatan merah pada gambar di bawah. Yang dekat levels punya window tu. OK, itu lah di mana kita adjust slider highlight (paling kanan) / shadow (paling kiri) / atau midtone (tengah) untuk mendapatkan kecerahan gambar yang ideal.

screenshot0021

6) Korang juga boleh check sebelum dan selepas dengan meng – OFF- kan Adjustment Layer korang balik seperti gambar di bawah.

* Gambar ini ialah animated gif. Sila tunggu sebentar… :D

animated

Dan hasilnya…

2

Sekian sahaja buat masa ini. Selamat mencuba… :)

Comments (14)

Tags: , , , , ,

Silhouette atau bukan silhouette

Posted on 06 April 2009 by admin

Silhouette atau tak silhouette

Silhouette atau tak silhouette

Secara mudahnya, dalam fotografi, silhouette adalah apabila subjek kelihatan sebagai bentuk hitam dengan latar belakang yang lebih cerah. Ia telah menjadi satu ekspresi artistik dalam fotografi, yang mana setiap fotografer mempunyai cara dan citarasa mereka tersendiri untuk melakukannya.

Secara teknikalnya, effect silhouette boleh dicapai dengan apa saja sumber cahaya dan biasanya cahaya matahari adalah contoh penggunaan sumber cahaya yang paling mudah/biasa kita lihat dalam gambar-gambar yang menggunakan effect silhouette.

Dalam penggunaan effect silhouette, sesetengah orang lebih senang untuk mendapatkan imej subjek yang 100% gelap berbanding latarbelakangnya. Ada juga yang mempunyai citarasa yang berbeza dengan hanya memastikan subjeknya separa gelap (rujukan).

Bagi saya, dalam penggunaan effect silhouette ini, kesesuaiannya adalah bergantung kepada apakah mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut. Dalam gambar di atas, saya lebih senang menjadikan subjek itu separa gelap sebab background yang cerah tu bukanla subject utama yang cuba saya tonjolkan. Gambar ini diambil daripada sebuah majlis pertunangan dan sudah tentunya si gadis adalah subjek utama saya. But, anyway, saya create effect silhouette ini just because saya sukakan moodnya.  Jadi, untuk masih mengekalkan penekanan kepada si gadis, saya pilih untuk hanya ‘meng-separa-gelap-kan’ subjek saya.

Tapi, berbeza pulak kalau saya cuba ambil gambar subjek saya berlatarbelakangkan pemandangan sunset. Mungkin, dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil, antara gambar yang akan saya pilih adalah gambar yang menggunakan silhouette effect dengan subjeknya yang 100% gelap. Sebab? Pemandangan sunset itu juga mungkin merupakan satu mesej yang ingin saya sampaikan melalui gambar tersebut.

Jadi, gunakanlah teknik effect silhouette ni mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri. Macam mana nak gunakan/dapatkan effect silhouette? Hmmm..itu kenalah tunggu post yang lain kut?…daaa…

Comments (5)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION