Tag Archive | "fotografi"

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tips Asas Fotografi Landskap/Pemandangan

Posted on 18 July 2011 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekian… Korang semua apa khabar ? baik ? harus baik kann… :)

Ok untuk entry kali ini saya akan bercerita berkenaan landscape photography. Satu cabang fotografi yang saya cukup gemari. Cuma kekangan masa tidak membenarkan saya untuk lebih banyak berjalan untuk meng-explore tempat-tempat yang cantik di bumi Malaysia ini…

Seperti sebelum ini pernah saya sharekan berkenaan Tips-Tips untuk mengambil gambar bunga di SINI, kali ini tips ini ialah berkenaan bagaimana untuk mengambil gambar landskap dengan betul dan cantik… InsyaAllah…

f22 , 15 sec , ISO 100 , On tripod

Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah setting kamera yang betul untuk gambar landskap. Untuk gambar landskap, adalah penting untuk korang dapat merakam seberapa banyak detail yang ada, tak kira dalam bentuk detail pada gambar atau detail pada exposure. Untuk memaksimumkan detail yang dirakam pada gambar, adalah penting untuk korang memgunakan bukaan aperture yang KECIL. Yup, kecil seperti f8 dan ke atas. Ini kerana, apabila menggunakan aperture yang kecil, kawasan yang akan berada di dalam fokus adalah lebih banyak. Atau lebih tepat lagi lebih luas DEPTH OF FIELD.

Selain daripada setting untuk exposure, antara setting yang korang perlukan ialah MIRROR LOCK UP. Mirror Lock Up ini haruslah di ENABLE. Apa itu Mirror Lock Up ?.  Ianya ialah satu setting untuk mengurangkan gegaran dalam didalam kamera yang terhasil apabila cermin didalam kamera korang naik ke atas untuk membenarkan cahaya masuk mengenai sensor kamera korang. (try buka lensa korang dan korang akan nampak itu cermin lah… ). Apabila setting ini di ENABLE. Sejurus korang menekan shutter, viewfinder korang akan gelap, ini kerana cermin itu telah naik ke atas terlebih dahulu sebelum shutter korang terbuka untuk mendapatkan exposure .Kemudian, adalah baik untuk menggunakan mode self timer atau lebih baik korang gunakan remote control untuk mendapatkan exposure kerana ini dapat mengurangkan gegaran yang terhasil apabila korang meletakkan tangan pada kamera korang.

Owhh… tak lupa juga, gunakan ISO yang paling rendah seperti 100 atau 50* (*sekiranya ada)

Keduanya, peralatan. Selain dari kamera korang yang mahal dan canggih tu, peralatan yang boleh dikatakan wajib, harus, perlu, ada ialah TRIPOD. Kenapa? sekiranya korang faham berkenaan EXPOSURE, apabila bukaan aperture mengecil seperti yang yang cadangkan diatas, shutter speed korang akan menjadi perlahan, terutama sekali apabila suasana yang gelap seperti waktu malam atau senja. Jadi untuk mengelakkkan gambar korang bergegar bak terkena gempa macam di Jepun tempoh hari tripod ialah kawan baik korang sekiranya ingin menceburi landskap fotografi secara serius.

Sekarang korang dah boleh untuk mengambil gambar landskap. Tapi bagaimana patut korang compose atau apakah teknik composition yang patut korang ikut ? Kini kita akan masuk kebahagian yang sedikit mencabar, iaitu bagaimana nak tukar gambar landskap yang membosankan kepada yang lebih menarik… Kebanyakan mereka yang baru berjinak dengan fotografi landskap, korang akan mempunyai kecenderungan untuk membahagikan frame korang kepada 2. Dan mereka juga mempunyai kecenderungan mengambil gambar ketika tiada pengcahayaan yang dramatik. Sebagai contoh gambar dibawah.

Tiada yang salah dengan gambar dibawah cuma ianya akan menjadi sedikit membosankan lah… Langit  biru yang tidak menarik sebegini akan menyebabkan penonton merasakan tiada yang menarik dengan gambar ini. Inilah yang saya maksudkan dengan membahagikan frame kepada 2. Tapi bagaimana sekiranya korang meletakkan sedikit “interest” pada gambar korang seperti gambar dibawah.

Untuk gambar ini, saya telah membahagikan frame kepada 3 bahagian. Dengan meletakkan “subject of interest” pada bahagian hadapan frame atau foreground ini akan membantu mereka yang melihat gambar ini lebih menghargai gambar ini kerana beberapa elemen yang telah dimasukkan kedalam gambar. Composition pada gambar ini adalah hampir sama dengan gambar yang pertama diatas. :) . Dan perhatikan bagaimana pengcahayaan yang lebih menarik dapat menaikkan mood pada gambar tersebut. Untuk gambar yang ketiga ini, saya mengambil bacaan exposure pada batu di foreground dan kemudiannya saya menggunakan graduated ND filter untuk mengelakkan langit daripada menjadi terlampau cerah. Korang boleh baca berkenaan filter di SINI

Tidak lupa juga, antara perkara yang perlu korang ambil perhatian ketika mengambil gambar landskap ialah garisan lurus yang melintang pada frame korang iaitu garisan pembahagi antara darat dan bumi. Adalah sebaiknya ialah tidak senget benget. Ini akan membuatkan bumi kelihatan senget. :P

Okehhh… Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini… Diharap entry ini dapat membantu korang dalam mengambil gambar landskap yang lebih berkualiti… :)

p/s – Silalah join group belajarkamera.com di Facebook. Hanya search “belajarkamera.com

p/s/s – tak lupa juga, LIKE lah page Facebook penaja utama belajarkamera.com iaitu Cherita Pictures.

Comments (3)

Tags: , , , , , ,

Bokeh Dengan Hanya Kit Lens?

Posted on 13 January 2011 by Aziel Azhar

Entri ini ditulis oleh Aziel Azhar dan boleh didapati di blognya.

.

Kali ni saya nak tulis tentang 1 perkara yang paling kerap ditanya oleh samada pembaca BelajarKamera.com mahupun kawan-kawan yang baru nak nak berjinak-jinak dalam fotografi.  Biasanya pertanyaan tu akan berbunyi macam ni :

Macam mana nak buat subjek yg kita fokus saja yang sharp tapi yang lain semua blur?

Nanti ada yang akan jawap :

Oooh, itu kena pakai lens yang boleh bukak aperture besar (nombor/nilai aperture kecik). 2.8 kah, 1.8 kah, baru boleh…

….dengan penuh keyakinan.

Maka si fulan bin/binti si fulan yang bertanya pun sangatlah teruja untuk menambah lens baru dalam koleksinya kerana sebelum itu dia cuma ada kit lense 18-55mm sahaja, yang bukaan aperturenya cuma boleh pergi setakat 3.5-5.6 sahaja. Malam itu juga tabung ayam terpaksa dinodai sekali lagi demi memenuhi hasrat yang membara. Atau, terus cari kalendar kuda untuk tengok bila bonus keluar dan hitung balance kad kredit yang perlu dilangsaikan untuk tambah kredit baru :D .  Ngeee… *senyum seboleh-boleh sampai ke telinga*.

Tuan-tuan dan puan-puan, ingin effect blur di belakang tanpa menodai tabung ayam anda? Itupun kalau ada tabung ayam lah, kalau tak ada, tabung itik kah, tabung botol susu kah, semua pun boleh jadi mangsa.

Kalau anda belum cuba ini, silakan cuba dulu. Nanti kalau rasa dah bosan dengan effect blur atau bahasa teknikalnya bokeh yang kurang ‘creamy’, baru lah penuhi nafsu serakah anda dengan lense yang boleh buka aperture seluas-luasnya.

Untuk entri ini, semua gambar-gambar dibawah hanya menggunakan lense 18-55mm Canon.

GAMBAR#1

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture: f 5.0
  • ISO : 1600
  • Focal length : 35mm

.

Lense canon 18-55mm ni, dia punya jarak fokus paling minimum (minimum focusing distance) ialah 0.28m/0.9kaki. Jadi, saya boleh pergi sehampir 0.28meter (28 cm) daripada subjek. Kalau pergi dekat hidung, mungkin boleh kira bulu hidung agaknya. Saya tak pernah buat lagi pulak :p.

Ada nampak nilai 2.8, 2.0, 1.8 atau lebih rendah dari itu? Ade? Ade? Takde kan? Untuk gambar-gambar dalam entri ini, saya guna Manual (M) mode untuk dapatkan full-control ke atas kamera saya. Walaupun macam tu, bila saya gunakan focal length yang panjang (in this case 35mm), secara automatik cik kit lens kita ni cuma boleh buka aperture sampai f5.0 saja. Jadi dalam kes ini si fulan bin/binti si fulan yang saya cerita di atas tadi pun gusarlah sebab katanya kawan dia cakap kena guna aperture yang besar-besar dan besar belaka (nilai f sekecil yang boleh), baru boleh dapat blur-blur gitu.

Eh, tapi macam mana saya boleh blurkan muka adik saya kat belakang tu dengan hanya f5.0? Bukan silap mata, tak payah susah-susah tambah blur dalam Photoshop pun. Just move closer to to your subject, dalam kes gambar ni saya nak fokus pada jari adik saya, kat bahagian yang ada bulu tu, sebab saya jeles kenapa bulu jari dia pendek tapi bulu jari saya panjang *tak kena mengena*. Jadi saya pergi sedekat yang mungkin dengan jari dia.

.

GAMBAR#2

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 1600
  • Focal length : 55mm

Untuk Gambar#2 ni lagilah, aperture 5.6 je. Bagi bokeh-mania (penggila bokeh kehkehkeh :p), f5.6 ibarat macam syiling 50sen je. Kalau bagi kat peminta sedekah pun tak rasa apa walaupun lepas tu nampak peminta sedekah tu masuk 7Eleven beli slurpee, tukar duit syiling berbungkus-bungkus dan panggil teksi tanpa bertemankan tongkat si butanya – dengan kata lain, setakat 50 sen, tak heranlah kena tipu dengan peminta sedekah. Jauh gila lari topik ni, kan? :D

So, macam mana dalam gambar kat atas background dia boleh blur sedangkan guna f5.6? Magic kah? Photoshop kah? Dan kenapa blur/bokeh gambar#2 lebih ‘ganas’ daripada gambar#1 sedangkan kalau compare f5.0 dengan f5.6, dah sah-sah f5.0 (gambar#1) lagi besar bukaan aperturenya tapi kenapa gambar#2 ni lagi bokehlicious?

Ahah!. Ada 2 sebab di sini. Pertama, nampak focal length yang saya guna untuk gambar#2? Saya guna focal length paling panjang bagi lens tersebut iaitu 55mm. Kedua, jarak antara subject dengan background dalam gambar#2, lebih besar berbanding gambar#1. Lagi jauh jarak antara subject dengan background, lagi blurrrrrrrrr lah. Itu pun nak ajar ke? :p

.

GAMBAR#3

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f3.5
  • ISO : 1600
  • Focal length : 18mm

.

Gambar ketiga ni pulak, saya guna focal length yang paling pendek pada lens ni, 18mm, sebab saya nak dapatkan gambar wide. Dengan lens 18-55mm ni, bila kita guna focal length yang pendek, barulah dia lembut hati boleh bagi aperture 3.5 :p. Kalau tak, walaupun anda guna Manual mode jangan haraplah anda akan berjaya buat dia jadi f3.5 sekiranya anda gunakan focal length panjang (55mm contohnya).  Sebab tu kat lens tu tulis 3.5-5.6. Kenapa dia macam tu? Err, itu kita cerita lain kali haaa… Jadi jangan ingat dial/button pada kamera anda tu bermasalah, memang nature lense tu macam tu. Kamera anda tak salah tau, kesian dia.

.

Jadi kesimpulan kita hari ini, apa dia kawan-kawan?

Untuk dapatkan blur/bokeh yang ‘ganas’, rahsianya adalah :

  1. Gunakan aperture yang paling besar pada lens anda. Lagi kecik nilai aperture tu, lagi besar bukaannya dan lagi lazatlah bokeh/blur nya – Ini adalah fakta yang paling biasa kita dengar ( I mean, jika anda peminat fotografi lah. Kalau tak, memanglah tak pernah dengar). Dan selalunya ramai yang hanya berpandukan fakta ini semata-mata tapi tak pertimbangkan fakta-fakta lain seperti di bawah.
  2. Minimumkan jarak antara kamera dengan subjek. Move as close as possible to your subject, bergantung kepada minimum focusing distance lens anda. Macam mana nak tau dia punya minimum focusing distance? Tengok je kat bahagian tepi lense tu ada tulis contohnya macam ni “0.28m/0.9ft”.
  3. Maksimumkan jarak antara subject dengan background supaya background tu boleh ‘dibuang jauh-jauh’. – ini logik, kan? makin jauh background tu, makin blurlah dia.
  4. Gunakan focal length paling panjang pada lens anda. Kalau lens anda 16-35mm, gunalah 35mm. Kalau 17-70mm, gunalah 70mm. Bila anda dah fixkan focal length tu begitu, bermakna anda tak daptat nak zzom in/out kan, jadi gunakanlah kaki anda untuk tujuan zooming – maksud saya bergeraklah ke depan or ke belakang kalau perlu. Faham kan maksud saya? Tak faham jugak? Kalau tak faham, tengok contoh kat bawah ni :

.

Kedua-dua gambar ni menggunakan lens dan kamera yang sama, kelajuan shutter yang sama, focal length yang sama, bukaan aperture yang sama , ISO yang sama, dan difokus kepada bahagian yang sama dalam bulatan merah. Saja je saya ulang perkataan ‘yang sama’ tu banyak kali, kalau buat karangan Bahasa Melayu kat sekolah mesti kena potong markah sebab struktur ayat tak bagus.  Tapi cuba tengok apa yang berbeza dan macam mana boleh dapat perbezaan macam tu? :

GAMBAR#4

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 400
  • Focal length : 55mm

.

#GAMBAR5

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 400
  • Focal length : 55mm

.

Dah dapat apa perbezaannya? Gambar#5 lebih ‘ganas’  bokeh nya berbanding gambar#4 kan? Macam mana boleh dapatkan perbezaan macam tu sedangkan semua settingnya sama? Jawapannya macam yang saya sebut kat point nombor 4 kat atas tadi lah – zoom pakai kaki! Bukan pusingkan focusing ring lens tu guna kaki daaaaa, tapi bergeraklah ke depan-belakang mengikut keperluan. Err, tak semestinya guna kakilah sebenarnya, saya guna roda kerusi je, sebab saya ambil gambar ni kat atas meja saya sambil duduk atas kerusi :p .

Jadi, encik/cik yang bernama si fulan bin/binti si fulan tadi, dah try ni belum? Kalau belum bermakna tak patut anda menodai tabung ayam anda untuk menambah koleksi lens anda selagi anda belum cuba ini. Kesian tabung ayam tu, tak sempat nak penuh. Lagi sedih kalau tabung ayam tu anak anda yang punya. Malam-malam mesti dia mengigau jatuh katil jerit-jerit “Tidaaaaaaaakkkkkkk….” :p.

Kesimpulannya, tak semestinya anda kena berbelanja lebih untuk mendapatkan kepuasan yang anda cari, kerana anda mungkin belum habis explore apa yang anda miliki.

Selamat mencuba! :D

Comments (37)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Upgrading ? Lensa atau Flash ?

Posted on 05 November 2010 by admin

Salam sejahtera buat semua pembaca…

Seperti tajuk di atas, (ceh macam nak buat surat rasmi… :P ) , Ok, korang mesti pernah ada dilema dimana korang dapat bonus akhir tahun dan korang tak tahu apa yang patut korang beli… Sama ada flash atau lensa…?

Jadi, entry ini adalah bertujuan untuk meng-guide korang untuk menjadi lebih tahu tentang apa yang korang perlukan atau mahukan… Sekiranya korang mempunyai bajet yang terhad, apa yang saya boleh cadangkan ialah korang beli lah flash / speedlite / lampu denyar dulu… Ini kerana, ianya akan sangat lah membantu dalam mengambil gambar indoor walaupun korang hanya menggunakan kit lens atau lens yang mempunyai bukaan maksimum aperture yang kecil… Mungkin ada sesetengah orang merasakan flash ni agak leceh untuk dipikul ke hulu ke hilir. Tapi, percayalah (baca macam lagu Dato Siti :P ), ianya sangat membantu.  Ataupun, korang belilah flash yang kompak seperti Canon 270EX ini… Untuk pengguna Nikon turut ada, cuma saya tak pasti apakah model nya… Yang third party pun ada seperti Nissin dan sebagainya… Berbelanjalah dengan bijak… :)

Kemudian berkenaan lensa. Mungkin ada yang mempunyai bajet yang besar untuk peralatan fotografi mereka, jadi bolehlah korang upgrade lensa korang kepada yang lebih berkualiti… Juga, lensa korang cukup untuk melitupi dari wide ke telephoto… Membeli lensa pada saya pelaburan yang bijak. Ini kerana, harga lensa tidak jatuh secepat harga body camera. Juga, lensa tidak cepat outdated berbanding body camera…

Jadi, di harap dengan entry yang ringkas ini dapat membantu korang memilih… Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan ye… Bukan mengikut kemahuan… :)

Ada sebarang komen? atau pertanyaan? Tinggalkan di ruangan komen di bawah… owhhh… Belajarkamera.com turut berada di facebook ! Ini linknya… Sama-sama kita berdiskusi ye… :)

Sekian… :)

Comments (41)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Pameran Fotografi III oleh Photomalaysia.com

Posted on 01 November 2010 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Korang pernah pergi pameran fotografi? Pernah tertanya bagaimana satu gambar yang bagus dari segi teknikal dan turut mempunyai makna yang tersirat atau artistic mat salleh kata…? Jadi korang harus lah pergi ke pameran fotografi yang di anjurkan oleh forum fotografi Malaysia yang terbesar iaitu PhotoMalaysia.com.

Sedikit penerangan berkenaan pameran ini yang di petik dari forum tersebut.

We are proud to announce the opening of the exhibition today. A soft launch and ceremony will be held soon to mark the 3rd time PhotoMalaysia had taken the initiative to put forward work and photographs of their member to public.

78 participants had submitted a total of 275 photographs during the 3 months submission period. Curators Mr Alex Moh and Azrul had a tough time selecting the materials for the exhibition. Finally 25 pictures were selected and printed before being mounted to the exhibition panels.

Members are welcome to view the exhibition. Apart from being inspired by the amazing photographs by the members, take this opportunity to meet fellow members and grab the chance to pick up valuable tips from others.

We thank the advisors En. Yusof, Mr. Maxby and En Noordin , the organising committee led by eddieputera for organising this annual event.

We also value the efforts of Mr. Alex Moh and En Azrul for their contributions. Mr Alex of Nikon centre had been the pillar to the success of the exhibition and his assistance had been phenomenal. Original entry HERE.

Dey cakap banyak,  mana la itu pameran? hehehehe sorry terlupa pula… Dibawah ialah butiran nya…

Pameran photomalaysia yang ke 3 ini akan berlangsung di Nikon Center, Berjaya Times Square.

Tarikh : 1st November hingga 12th December
Masa : 10 pagi  – 10 malam setiap hari
MASUK PERCUMA

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Metering Lock…?

Posted on 20 July 2010 by admin

Metering Lock? Kunci meter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi handsome dan cun… :P

Pernah tak korang menghadapi masalah apabila korang nak ambil gambar potret berbaju gelap atau terang? Dimana, bila subjek korang berbaju gelap,muka mereka akan kelihatan terlalu cerah seperti dilimpah cahaya keimanan… :D manakala, kalau subjek korang berbaju putih atau cerah, muka mereka akan kelihatan sedikit gelap bagai baru lepas ber“tanning” di pantai Pulau Perhentian…?

Situasi di atas terjadi apabila kamera korang tidak mengambil bacaan exposure di tempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, apabila subjek korang memakai baju hitam, kamera korang akan mengambil bacaan exposure di baju. Ini kerana, kebanyakan kamera akan mengambil bacaan exposure berdasarkan kawasan yang berada di dalam frame. Dan kebiasaan mereka yang tidak mengetahui berkenaan metering lock, akan terus mengambil gambar tanpa mengambil kira tempat yang sepatutnya untuk mengambil bacaan exposure.

Jadi, entry kali ini akan membantu korang mengatasi masalah di atas dan sebagai panduan untuk korang mendalami fungsi metering lock pada kamera korang. Pertama sekali, korang kena  pastikan yang korang tahu mengenai metering mode. Ianya boleh di baca di ENTRY ini. Lebih baik jangan teruskan membaca entry ni selagi belum baca tahu apa itu metering mode, nanti korang confuse.

Sekiranya kamera korang mempunyai mode spot metering. Apa yang korang boleh lakukan ialah, korang ambil bacaan exposure di muka subjek korang atau dibahagian mana yang korang nak tonjolkan pada subjek korang. Ini supaya subjek korang akan mendapat bacaan exposure yang betul di kawasan yang sepatutnya.

Bagaimana untuk lock bacaan tersebut? SILA RUJUK MANUAL KAMERA. Ianya bergantung pada jenis kamera. Lain jenama/system lain caranya.

Selain daripada menggunakan spot metering, apa yang korang boleh lakukan ialah. Korang boleh zoom in kepada subjek korang dan lock-kan bacaan exposure tersebut. Kemudian recompose semula. Itulah yang kerap dilakukan oleh saya. Ini kerana bukan setiap masa kita perlu menggunakan spot metering. Jadi berdasarkan pengalaman saya, dengan cara meng-zoom in kepada subjek dan lock metering turut membantu dalam mendapatkan bacaan exposure yang betul pada subjek saya.

img_6094-edit-2s

Perhatikan gambar di atas. Ianya tidak menggunakan spot metering. Tetapi, menggunakan teknik yang telah saya kongsikan diatas. Gambar diatas diambil ketika situasi pengcahayaan dimana, cahaya yang mengenai bahagian belakang subjek adalah lebih terang daripada bahagian hadapan subjek. Apa yang saya lakukan ialah. Mengambil bacaan pada bahagian muka sahaja. Dengan cara ini, saya dapat exposure yang betul pada Point of Interest subjek iaitu muka beliau dan pada masa yang sama, menonjolkan pakaian yang dipakai oleh beliau. Dengan sedikit pengetahuan tentang dimana sepatutnya korang mengambil bacaan exposure, korang boleh menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Berbaloi dengan pelaburan korang yang beribu-ribu lemon itu. :P

Sekian, Selamat Mencuba….

Comments (6)

Tags: , , , , , , , ,

Shoot in Style camera strap…

Posted on 25 June 2010 by admin

Stok baru dah pun sampai ! Jadi, selamat membeli belah… !

Pernah tak korang rasakan yang kamera korang ni perlukan make-over ? dah la warna hitam je, bosan lah tengok !… Tapi tak kan la korang nak hantar kamera korang tu pergi buat airbrush kan? hehehehhe…

Memperkenalkan aksesori untuk kamera korang ! Double Sided Camera Strap ! atau Strap kamera Dua Belah… errr… bunyi macam pelik kan? :P Strap ini mempunyai design yang funky lagi fancy gitu… Sesuai untuk mereka yang energedikgetic lagi ceria. Strap ini berukuran 21.6″ x 1.6″ x 0.4″ . Dibuat khas untuk muat kebanyakan kamera DSLR.  Hanya flip untuk menyesuaikan dengan mood dan pakaian korang ! :D

Turut disertakan PERCUMA ialah pengelap skrin ! Jadi, sekiranya skrin korang terkena kotoran atau korang terpegang skrin korang, tak perlulah panik untuk cari kain pengelap. :D

Sekiranya korang tertanya bagaimana korang nak order bende yang kiutmiut macam korang ni?

Begini caranya,

Pilih salah satu design yang korang berkenan dari di bawah ini.

a

Kod Strap : A -  OUT OF STOCK !

Code Strap E

Kod Strap : E  - OUT OF STOCK !

Code Strap I

Kod Strap : I 

Code Strap K

Kod Strap : OUT OF STOCK !

Code Strap I

Kod strap :  L – OUT OF STOCK !


MAKLUMAT HARGA

  • HARGA :RM 55.00 setiap satu -tidak termasuk kos pos
  • KOS POS:
  1. Semenanjung Malaysia: RM 10.00
  2. Sabah & Sarawak: RM 15.00
  • SELF-COLLECT :
  1. Boleh dilakukan di sekitar Bandar Sri Permaisuri (Cheras) & Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang) sahaja The Studium (studio Cherita Pictures™) yang terletak di Prima Saujana Kajang. Walaubagaimanapun, masih perlu buat pembayaran penuh dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form, sebab kami tak dapat reservekan strap anda tanpa bayaran penuh. Sila nyatakan anda mahu self-collect item berkenaan, di bahagian pesanan dalam order form. Pihak kami akan menghubungi anda untuk mengatur masa dan tarikh untuk self-collection.
  2. Penjualan adalah berdasarkan first come, first serve . Jadi untuk mengelakkan anda terlepas strap idaman anda, sila buat pembayaran terus (harga strap+kos pos(jika ada)) mengikut maklumat akaun dia atas dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form di bawah.  Sekiranya berlaku kehabisan stok, pihak kami akan segera menghubungi anda dan memulangkan wang anda 100%. Hanya order form yang dilampirkan dengan bukti pembelian sahaja dianggap sebagai pesanan yang sah.

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

  • No. Akaun : 562526116557
  • Bank : MAYBANK
  • Beneficiary : CHERITA PICTURES
  • Email : shop[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)
  • Sekiranya ingin membeli lebih daripada satu unit, sila tinggalkan pesanan didalam Order Form dibawah. Sertakan kuantiti dan modelnya sekali.

Selamat menjamu mata dan membuat pesanan… . Cepat-cepat, sebelum habis :) .

BORANG ORDER STRAP SiS ver.1
  1. BORANG ORDER STRAP SiS ver.1
BUTIRAN PEMBELI
  1. BUTIRAN PEMBELI
  2. *Butiran wajib **Email yang sah diperlukan
BUTIRAN PESANAN
  1. BUTIRAN PESANAN
  2. Kod barangan untuk dipesan
PENGESAHAN
  1. PENGESAHAN
LAIN-LAIN
  1. LAIN-LAIN
 

cforms contact form by delicious:days

Comments (27)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Apa itu sharp dan soft?

Posted on 17 June 2010 by admin

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi baik hati. :D

Mungkin ada antara korang yang keliru berkenaan berapa jelas atau sharp sesuatu gambar itu. Faktor ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kualiti sesuatu gambar itu.

Jadi, apa itu Sharp? Adakah gambar itu tajam seperti pisau? Kali ini saya biarkan gambar gambar ini yang menjelaskan.

Pertama, buka gambar korang kat dalam komputer korang. Kemudian, zoom kan gambar tersebut hingga 100%. Dan perhatikan detail-detail pada gambar tersebut.

Gambar yang sharp ialah dimana korang boleh melihat dengan jelas detail-detail pada gambar tersebut. Seperti contoh di dibawah.

comparison2

Manakala, sekiranya gambar korang soft atau tidak sharp seperti yang sepatutnya, korang tidak akan dapat melihat detail-detail nya. Sebagai contoh gambar kucing yang comel di bawah.

comparison3

Jadi diharap dengan penjelasan yang tak seberapa ini, dapat membantu korang dalam memahami apa antara faktor yang menentukan kualiti sesuatu gambar.

Sekian… :)

Comments (6)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Kenali Automatic Exposure Bracketing (AEB)

Posted on 26 April 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Pernah tak korang mengalami situasi dimana keadaan cahaya di tempat yang korang nak ambil gambar tu susah untuk korang menentukan apakah setting yang sesuai?

Salam satu cara untuk korang menghadapi situasi begini ialah dengan bermain dengan setting kamera korang dan mengambil beberapa shoot dengan setting yang berbeza. Masalah dengan teknik ini ialah, korang hanya membuang masa korang dan pada masa yang sama, korang berkemungkinan akan terlepas moment atau saat-saat berharga korang… cheewaahh… :P

Boleh dikatakan, hampir semua model DSLR mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai Automatic Exposure Bracketing (AEB) dan kamera kompak yang advance juga mungkin mempunyai fungsi ini.

Exposure Bracketing

Apa yang terjadi bila korang menggunakan fungsi ini? ianya akan mengambil beberapa shoots yang mempunyai exposure yang berbeza tanpa memerlukan korang menukar setting kamera… haaa… magic tak? :P   Apa yang dilakukan oleh fungsi AEB ini ialah, apabila fungsi ini diaktifkan, sebagai contoh, korang pakai Mode Aperture priority dan aperture korang di set kan ke f5.6 dan ISO 200. Kamera korang akan menggunakan nilai shutter yang berbeza untuk ianya mendapatkan sekurang-kurangnya 3 shoots yang mempunyai bacaan exposure yang berbeza… bermakna, ianya antara exposure yang di tengah-tengah “0″ (exposure yang betul) tu, -1(gelap sikit) dan +1(terang sikit).

Bagaimana rupa dia nanti? rujuk gambar dibawah dan lihat bagaimana gambar-gambar tersebut mempunyai exposure yang berbeza…  *Kalau tak tahu exposure tu apa, sila semak kembali apa yang telah dikongsikan website ini. Usaha tangga kejayaan… :D

brack

Dan begitulah juga sekiranya korang menggunakan mode shutter priority. Sentiasa rujuk kepada manual korang dimana letaknya fungsi ini.

Apabila fungsi ini di pilih, saya nasihatkan korang pakai lah shutter mode yang macam machine gun tu… supaya korang tak perlu tekan shutter tu banyak-banyak kali.

Diharap dengan apa yang dikongsi kali ini akan membuatkan pengalaman fotografi korang lebih bermakanmakna… :P

Sekian… Selamat mencuba… :)

Comments (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Selective Process kat dalam photoshop ;)

Posted on 12 April 2010 by admin

Salam,

First of all, minta maaf sebab lama tak update… tak berkesempatan… Agak busy semenjak dua menjak ni…

So, entry ini saya akan buat tutorial berkenaan selective process menggunakan photoshop… Apa itu “selective process” ?

Ok, sebagai contoh, pernah tak korang tengok gambar orang ada warna, tapi background diorg hitam putih? tu lah konsepnya… Tapi, ianya tak la berkenaan warna sahaja… Korang boleh blur kan gambar korang mengikut keperluaan korang… atau gunakan kreativiti korang dalam perisian photoshop… Ianya di gelar selective kerana prosess itu hanya berlaku pada sebahagian gambar korang sahaja…

Ni contoh gambar nya… *Klik pada gambar untuk versi yang lebih besar*

gg3b0012-edits

Jadi sekarang, macam mana nak dapat hasil begini?

Mula-mula, buka gambar korang di photoshop, *saya menggunakan Photoshop CS4. Kemudian korang klik pada ikon yang saya bulatkan dibawah. Ianya terletak pada Layer Pallette.

1

Untuk gambar ini, saya gunakan effect Black and white. Korang boleh juga gunakan effect2 lain mengikut keperluan korang.

Kemudian nanti akan ada lagi satu layer di atas gambar korang. Itu ialah layer mask. Dan ianya pernah diterangkan dalam tutorial berkenaan photoshop pada entry sebelum ini…

2

Dan adjust secukup rasa….Kemudian, korang kena berus (Shortcut “B”) semula hanya bahagian yang tak nak effect tu di apply kan ke gambar korang… Pastikan berus korang berwarna putih jika adjustment layer korang berwarna hitam dan vice versa…  Zoom in supaya korang boleh berus dengan lebih detail dan kemas…Adjust brush punya properties dengan meng-right click brush tersebut pada gambar mengikut keperluan dan keselesaan korang…

screenshot003

Kemudian flatten kan layer korang dan save kan gambar tersebut…

screenshot002

Maka dapatlah korang effect yang korang nak… senang kan? Ini gambar sebelum dan selepas…

main

Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama…

Sekian terima kasih…

Comments (8)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Posted on 10 March 2010 by admin

Salam…

Tajuk kali ini saya akan mempromosi satu event yang akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur. Kenapa saya nak promote? Kerana ianya juga boleh menjadi satu tempat di mana korang boleh mencuba dan mempraktikkan skill-skill fotografi korang…

Apa yang ada di sana nanti? , pelbagai aktiviti akan berlangusng antaranya ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!


Selain itu korang berpeluang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Macam mana nak ke times square? Korang boleh menaiki monorail dan berhenti di Stesen Imbi. Dan korang juga boleh menaiki teksi atau bas. :D

Dan untuk maklumat lanjut, sila ke link ini – www.gatsby.com.my/streetfair

01

Sekian, Terima kasih daun keladi… :)

Comments (2)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION