Tag Archive | "contrast"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Dilema DSLR…

Posted on 20 December 2009 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pasti ada diantara korang berada dalam dilema bila korang nak membuat pemilihan untuk membeli kamera digital SLR pertama korang… antara perkara yang selalu bermain difikiran korang pasti seperti “hrmmm Nikon ke Canon eh?”, “Sony ok jugak kan?” gitu-gitu lah… :D

Statement seperti “beli Canon lah… PRO banyak pakai Canon” atau, “Beli Nikon lah… accessories senang, murah… ” . Pada saya, ianya tidak benar sama sekali… Still, apa-apa pun, orang yang dibelakang kamera tu jugak yang menentukan hasil & kualiti sesuatu gambar tu… Kamera semahal mana pun, kalau basic pun korang tak kuat susah lah… kalau malas nak carik resoruce, memang lagi lah kan… ? :P

Berbalik pada topik kita tadi. Sekiranya korang dalam dilema nak pilih camera,  apa yang akan saya recommend atau sarankan kan kat korang ?

Pertama sekali, rujuk lah website DPreview ini… ianya sumber yang korang boleh percaya untuk korang mengcompare model2 kamera yang korang bakal miliki…

Kemudian, korang tengok kawan-kawan korang… majoriti, pakai kamera chap apa? kalau Nikon, saya akan cadangkan belilah Nikon… Kenapa? Accessories kamera DLSR ni mahal, terutama lensa-lensa nye… Jadi kalau korang ade group, korang boleh lah kongsi-kongsi kos hobi korang… boleh lah bertukar2 lensa dengan kawan-kawan korang… ye dak?

Pastikan, sebelum korang beli, test dulu model yang korang berkenan di hati tu… Pegang, peluk, lah kamera tu… ambil “feel”… Kadang-kadang, dah beli baru lah korang rase kamera tu terlalu kecil untuk korang… So, takut lah korang rase rugi kan… Pastu gunalah alasan yang korang dengan kamera tak serasi… jadi gambar pun tak cantik… PooOOodahhh !

Dan saya akan recommend korang rujuklah DPreview tu… Ianya akan menunjukkan statistik yang berupa lebih kurang begini…

Jadual ini di ambil dari DPreview.com . Ianya menunjukkan, brand yang mendapat jumlah klik tertinggi di website tersebut dalam tempoh 5 hari yang lepas.

capture2

Dan jadual di bawah ini pula menunjukkan , model kamera yang mendapat jumlah klik tertinggi dalam tempoh 5 hari yang lepas. Maknanye, popular lah tu… :P

capture

Dan, lepas korang dah decide, korang boleh lah rujuk di sini untuk tips-tips pemilihan kamera korang…  Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah… :) Harap, tips-tips yang ada di website ini membantu korang lah ye…

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu filter? penapis minyak? penapis udara? :D

Posted on 29 October 2009 by admin

Salam to everyone… Hari ini, saya akan bercerita tentang filter… Bukan penapis minyak mahupun penapis udara, tapi filter yang digunakan dalam fotografi. Mungkin ada yang tak tahu macam mana rupa filter tu kan… Begini lah rupa die… Ianya mempunyai size yang tertentu… Size tu pula bergantung pada saiz thread lens korang… (bahagian paling depan lens korang tu) , paling besar filter setakat yang saya tahu ialah 82mm… yang paling kecil saya tak tau… Ianya akan di pasang pada depan lens korang… Macam ni, Gambar di atas menunjukkan kedudukan filter tersebut… Kita pergi kepada jenis2 filter yang terdapat di pasaran dan yang kerap digunakan, secara ringkasnya… (nanti korang dah terer korang akan tahu lebih detail part ni… ;) ) UV filter – Filter ni antara accessory wajib untuk kamera korang… Ianya bertujuan untuk memprotect lens element korang yang paling depan tu daripada bercalar…  Selain itu, seperti namanya, ianya turut menapis sinaran UV yang akan menyebabkan haziness… Circular Polarizer Filter (CPL) – Filter ni ada dua fungsi, pertama – ianya membuang reflection pada cermin atau permukaan air dan kedua, ianya mampu menambah contrast pada langit…  Lihat rajah di bawah;

Ihsan - wikipedia.com

Ihsan - wikipedia.com


ihsan wikipedia

ihsan wikipedia

Gambar di atas menunjukan sebelum(kiri) dan selepas(kanan) menggunakan polarizer filter… kan cantik gitu… :D Neutral Density Filter (ND) – Filter ini bertujuan untuk menghad kan kemasukan cahaya kedalam kamera korang… Ianya berguna bila korang nak tangkap gambar portrait pada siang hari menggunakan bukaan aperture yang besar… Atau, kalau korang nak tangkap gambar air tapi nak pakai slow shutter speed supaya air tu nampak macam kapas-kapas gitu… :D ND filter ni di kategorikan dengan nilai ND 2, ND 4, ND 8 kebiasaannya… Semakin besar nombor ND nye, semakin gelap lah filter itu jadi, semakin kurang lah jumlah cahaya yang masuk…

ihsan photoanswers.co.uk

ihsan photoanswers.co.uk

Graduated ND Filter – Ianya sama dengan ND filter… cuma ianya graduated (bukan graduate unversity mana2 eh… :P ) . Begini, filter ini, hanya separuh daripada filter itu yang gelap… bermaksud, atas gelap kemudian ianya semakin terang…Tak faham? gini lah rupa dia…

http://www.nathangriffin.com

http://www.nathangriffin.com

Ada debat yang mengatakan, penggunaan filter ini, akan mengurangkan kualiti gambar korang… Pada pendapat saya, kalau dengan filter ini kita boleh mengimprove gambar secara menyeluruh, kenapa kita perlu risau dengan satu defect yang akan terhasil dek penggunaan filter ini? kan? Saya rasa setakat ini sahaja ringkas berkenaan filter… Sekian, Terimalah kasih… :P

Comments (9)

Tags: , , , , , , , , ,

Sepetang bersama… Kenali Mode kamera korang… =)

Posted on 07 April 2009 by admin

Salam,

Petang tadi saya ade bertanyakan beberapa orang sahabat berkenaan, ape yang korang nak tau berkenaan kamera korang?… kemudian sorang tu jawap,

“mesti la pasal MODE2 yang ade dalam kamera aku….”

then lagi sorang cakap…

“mesti la kaler die… gambar mesti clear”

pastu lagi sorang lak jawap…

“ish aku tak tau la pasal camera-camera nieh bk… sambil tersipu2… ngeh ngeh ngeh”

Sebenarnya, apa yang diQuote pertama sekali di atas yang benar. Kenali MODE yang ada didalam kamera korang so that korang boleh achieve effect da hasil yang korang mahukan… tak bermakna kamera anda punya jumlah PIXEL yang besar tu menjanjikan gamba yang memuaskan.

Ianya lebih kepada bagaimana korang mengguna mode yang betul pada masa yang betul. Jadi bagaimana nak setting mode yang ada pada camera anda? Biarpun ianya hanya camera kompak biasa mahupun DSLR.

Ok, begini, rujuk rajah di bawah,

camera-modes

(sumber gambar dari – http://www.informationaddicts.com/camera-modes-made-easy)

saya akan terangkan secara mudah apa dan bagaimana mode-mode ini mempengaruhi gambar yang akan anda hasilkan. *memandangkan penerangan kali ini tertumpu kepada kes-kes macam kawan saya itu, jadi saya akan tekankan kepada penggunaan mode automatic. Abaikan mode-mode yang M, A, S, P atau Tv, Av semua tu ok…

1 – portrait-mode – Mode Portrait atau Potret : Seperti namanya, ianya berguna untuk anda mengambil gambar portrait di “siang” di mana sumber pengcahayaan lebih kuat. Siang kan… mesti la ade matahari atau, Indoor portrait di kawasan yang terang. Ianya juga akan turut mempengaruhi sistsem Auto Focus anda. Memandangkan kini, kebanyakan kamera kompak mempunyai teknologi Face Detection .

2- landscape-mode – Mode Landscape atau Pemandangan : As the name implies, cheewaahhh ! Ianya sangat berguna ketiak ketika anda mengambil gambar2 pemandangan yang indah ciptaan tuhan… Kenapa pakai mode ni? pakai mode lain pun keluar gamba? Begini, dalam lens anda tu, ada satu mechanism bernama Aperture. Bila mode landscape digunakan, aperture tersebut akan mengecil untuk membolehkan gambar yang dihasilkan mempunyai kawasan yang berada dalam focus seluas mungkin atau lebih dikenali sebagai Depth of Field . Apabila aperture yang digunakan kecil, Ianya akan turut mempengaruhi sharpness gambar tersebut.

3- night-portrait-mode – Night Portrait Mode – Mode ini pula bersesuaian untuk digunakan jika korang nak ambil gamba kawan2 korang waktu malam…  Mode ni, akan membuatkan kamera korang akan mengira Exposure yang balance untuk meng-expose-kan subjek korang iaitu kawan2 korang beserta background korang sekali. Ianya bukanlah membuatkan background korang terang sebagaimana subjek korang, tetapi, ianya membuatkan background korang tak la gelap gelita… Ianya juga akan menyebabkan kamera anda menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing2…  Walaubagai manapun, saya menasihatkan korang supaya menggunakan tripod sekiranya anda perlu menggunakan mode ini.

4- night-mode – Night Mode – Night mode ini bersesuaian jika korang nak ambil gambar ketika malam… Ataupun sumber cahaya yang malap… Ianya juga akan menyebabkan kamera korang menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing2…

5- macro-mode – Macro Mode – Mode macro ini akan membenarkan camera  korang mencapai jarak fokus yang lebih dekat. Dimana, camera s korang akan mampu untuk fokus pada objek2 yang berdekatan dengan lensa. Ianya secara tak langsung membuatkan subjek  korang kelihatan lebih besar dan dekat.

6- sport-mode – Sport Mode – Mode ini sangat berguna jika s korang di dalam situasi dimana s korang perlu meng-freeze-kan subjek s korang. Contohnya, ketika anak2 s korang sedang berlari-lari di taman, pasti korang nak ambil gambar diorg untuk kenangan masa depan kan…? kalau pakai mode portrait, nescaya akan kabur lah gamba tersebut… *kenapa & mengapa? akan diterangkan later dalam entry yang lain…

Gunakan mode ini untuk mengambil gambar sukan ataupun candid… Kerana kamera korang akan menggunakan kelajuan shutter yang lebih laju untuk meng-freeze-kan subjek  korang… Tak percaya? ambil kamera s korang dan tangkap gambar kipas korang yang sedang berpusing.

Sekian buat masa ini… Selamat mencuba…

regards

BK…

Comments (13)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION