Tag Archive | "canon"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Fasa baru dan Kenali Asas Flash Photography…

Posted on 08 July 2011 by admin

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian…

Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat saya untuk meng-update blog ini kerana kesibukan yang melanda diri ini… :(   Sebenarnya dah banyak entry2 di draftkan, tapi tak punya masa untuk menyiapkan draft2 tersebut…

Fasa baru ? apa yang fasa baru ? ingin saya kongsikan dengan korang sekalian yang saye sudahpun selamat di-ijab kabul kan pada 18 jun 2011 yang lepas… Isteri saya iaitu juga admin belajarkamera.com dan cheritapictures.com /business partner selama ini kini selamat menjadi LIFE PARTNER… :)   Saya sharekan satu gambar yang diambil oleh photographer kami di studio kami.

Ok, berbalik pada tujuan entry ini ditulis… Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan Flash / Speedlite / Lampu Denyar /. Ini antara nama yang selalu kita dengar dikalangan jurugambar. Tapi apa fungsi dia ? Adakah sebagai aksessori tambahan sekadar penghias kamera ? atau mempunyai peranan besar dalam meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan ?

Flash ini berfungsi sebagai sumber cahaya tambahan apabila sumber cahaya tidak mencukupi dan ianya turut berguna untuk mengurangkan bayang-bayang yang tidak diingini yang terhasil daripada sumber cahaya yang lain iaitu matahari mahupun lampu rumah/spotlight dan sebagainya…

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai flash yang terbina dalam kamera sendiri. Ada juga yang tidak mempunyai flash terbina dlm tetapi ianya kebiasanya ialah model2 profesional seperti Canon 1 series dan Nikon profesional series.

Selain daripada itu, terdapat juga flash luaran (external flash) yang mempunyai kuasa yang lebih kuat dan lebih flexible berbanding flash terbina dalam. Flash ini juga boleh di kawal arah cahaya yang dihasilkan dan membenarkan jurugambar menjadi lebih kreatif didalam bermain dengan pengcahayaan.

Entry ini tidak akan menceritakan bagaimana flash berfungsi atau mode apa yang patut korang pakai kerana ianya  agak rumit untuk diceritakan. Walaubagaimanapun, korang boleh lah google sendiri berkenaan TTL  untuk mengetahui dengan lebih detail. Secara asasnya TTL  merupakan bagaimana kamera korang mengambil bacaan exposure melalui lens korang supaya flash tersebut tahu berapa kuat ia patut menyalakan sesuatu scene itu. Disebabkan ianya melalui lens korang maka nama nya ialah TTL . TTL bermaksud  Through The Lens.  Dikalangan pembuat kamera, mereka menamakan sistem ini dengan pelbagai nama. Seperti ETTL, A-TTL, i-TTL dan lain-lain. Mode TTL ini merupakan mode full automatik sepenuhnya untuk flash, korang hanya pasangkan dan ianya akan menyala setiap kali shutter kamera ditekan. Flash turut mempunyai mode manual dimana kekuatan flash tersebut dikawal oleh pengguna sendiri.

Apa yang penting pada saya untuk pengguna flash yang baru ialah, bagaimana korang menggunakan flash korang supaya ianya tidak terlalu terang dan menghasilkan bayang pada subjek korang dan antara teknik2 dan tips berguna didalam flash photography.

1) Bounce Flash – Korang tahu kah semakin besar permukaan sumber cahaya korang semakin lembut cahaya yang dihasilkan ? Disinilan konsep bounce flash ini diguna pakai. Apabila korang menghalakan flash korang ke siling dan membiarkan ianya di pantulkan ke subjek korang, cahaya tersebut akan menjadi lebih lembut dan lebih natural berbanding korang menghalakan flash terus ke subjek korang. Apabila flash dihalakan terus kepada subjek korang, maka akan terhasilah bayang-bayang yang tak hensem di belakang subjek korang. Dan ini, antara perkara yang tidak di ingini di dalam flash photography.  Tak percaya ? cubalah … :)   Tapi biarlah rasional… kalau tiada siling macam mana hendak dipantulkan pula ya ? :P

2) Bounce Kad – Apabila tiada siling atau siling terlalu tinggi untuk menggunakan teknik bounce, photographer biasa akan menggunakan alatan seperti bounce card untuk menggantikan siling dan menghasilkan efek yang lebih kurang sama dengan bounce flash. Beginilah lebih kurang rupa dia…

DIY Bounce card - http://www.themoment2cherish.com/DIY-Bounce-Card/

3) Diffuser – Selalu dikaitkan dengan alat yang disangkut di tutup pada depan flash dimana ianya akan melembutkan atau meng-diffuse cahaya flash korang supaya ianya tidak terlalu kasar atau harsh. Diffuser terdapat dalam pelbagai jenis dan menghasilkan output yang berbeza-beza. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.

www.stofen.com

http://www.jayceooi.com/2008/10/04/gary-fong-whaletail-flash-diffuser-reporter-clone-review/


Universal flash-diffuser - http://camera-shop.co.nz/universal-soft-flash-bounce-diffuser-for-all-flash-p-212.html

lambency flash diffuser : http://lucifer-doom.blogspot.com/2007/12/lambency-flash-diffuser-review.html

Ini lah antara jenis-jenis flash diffuser yang ada dipasaran. Setiap jenis ni akan menghasilkan effect yang berbeza-beza. Jadi tepuk dada tanyalah selera. Sekian untuk kali ini.

Comments (9)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Canon? Nikon? Sony? Pentax?

Posted on 08 October 2009 by admin

Salam semua…

Belum terlambat kan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya untuk pembaca yang beragama Islam… Dan Selamat Deepavali kepada pembaca yang beragama Hindu yang akan merayakan diwali pada 17 October ini…

Sorry kerana lama menyepi… Agak sibuk sejak kebelakangan ini… Tapi hari ini, saya gagahkan diri untuk menaip… hehehhe… Saya selalu mendapat soalan2 seperti, “camera apa elok eh?” “canon ke nikon? Sony pun ok gak ke?” gitu2 lah… Korang faham2 lah ye… Kire orang nak beli kamera, tapi dalam dilemma… Kawan2 ramai pakai Canon tapi hati nak beli Nikon…

Entry ini saya akan guide korang… Saya ni bukan lah promoter Canon, Nikon atau Sony… Tapi just nak share pengalaman saya selama berkepompongcimpung dalam bidang ini…  Saya bukan nak cerita berkenaan baik buruk satu2 sistem(brand) ni… Tapi saya akan compare base from logic yang korang sendiri boleh tentukan…  :)

Ok, kita mulakan begini…

Penghasilan Warna (Color reproduction): Ramai mengatakan, yang sistem Nikon mempunyai kotrast warna (kepekatan warna) yang lebih cantik berbanding sistem yang lain… Pada saya, ianya bergantung pada bagaimana korang setting output camera korang… Maksud saya, untuk Canon kan ada menu untuk korang adjust kontrast, sharpness, skin tone etc… Atau Pictures Style… Begitu jugalah dengan sistem lain… kalau korang nak lebih kontrast, korang adjust lah kat picture style tu… apa susah? ye dak?

Sharpness: Ini satu perkara yang selalu didebatkan oleh profesional… Ramai yang berdebat kata Canon lebih sharp dari Nikon lah atau sebaliknya… Pada pendapat saya, sharpness ni bergantung pada lens dan teknik yang betul… Kalau beli camera beribu-ribu… Lens mahal2 tapi salah cara penggunaan pun tak jadi juga kan?   Kalau bagi camera brand sony atau pentax sekali pun, kalau betul cara penggunaan InsyaAllah hasilnya memuaskan hati…

Built & Erganomik: Tidak dinafikan camera Nikon mempunyai built quality yang bagus untuk range beginner mereka sebagai contoh Nikon D70 yang setara dengan Canon 350D… Kalau di bandingkan sebelah menyebelah, memang nampak beza 350D seperti printer canon iP 1000 series… Manakala D70 itu memang nampak yang buatannya sangat teguh… *saya ada menggunakan Canon 350D, walaupun kecil, masih kukuh setelah digunakan dengan lasak selama 3 tahun… ;) * Tapi, untuk profesional punya series, built quality kedua2 sistem sangat kukuh…  Dari segi erganomik, secara jujur, Sony lebih maju, walaupun baru menceburkan diri dalam pembuatan camera DSLR, rekaan camera mereka sangat menarik, terutamanya Sony A700 yang dipasangkan dengan battery grip… Kan sexy tu… :D

Nikon D70s


Sparepart & Accesories & Aftersales: Jangan risau… Di Malaysia ini, sekiranya korang setakat nak benda2 yang biasa orang pakai, kemungkinan besar ada… Just cari di forum2 photography yang localbase seperti, photomalaysia.com & Shutterasia.com. Dan untuk aftersales service, secara jujur, Canon mempunyai aftersales yang terbaik setakat ini… Pergi sahaja ke pusat servis canon di peremba square, subang… Korang akan rasa bagaimana korang dilayan sebaiknya oleh kakitangan Canon Malaysia… :) Dan korang tak perlu jadi “seseorang” untuk mendapat layanan tersebut… :) Situasi sebaliknya korang akan dapat di Nikon service center… (saya harap staff2 nikon akan baca ini) . Seorang sahabat forum menghantar speedlight untuk di servis & tukar bulp etc… Bayangkan ianya mengambil masa 2 MINGGU ! Kalau korang cari makan pakai camera kan dah susah? ye dak?

Seperkara yang ingin saya tambah… korang mesti pernah dengar camera Nikon ada yang tak bole Autofokus dengan sesetengah lens… ini penjelasannya  Di tulis oleh – http://loctormayat.com/blogs

“Wei…. this lens can autofocus on D40/40X/60/5000 or not?”

Well…. at first it’s easy to answer but after a while.. it gets frustrated to keep answering the same thing over and over again to newer and newer members.

ANYWAY… your camera WILL autofocus if you use the following:

  • Any lenses that has ‘DX’ on the description
  • Any ‘AF-S’ lenses

If you decide to use OTHER type of lens, then you can only use MANUAL FOCUS

So… the next time you decide to be spoon fed and ask people, “Can AF on D60 or not?”… please google the lens or check it out on Nikon website..

For example:
AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED
AF-S Nikkor 300mm f/4D IF-ED

Verdict : Yahoo… AF supported!!!

AF Nikkor 85mm f/1.4D IF
AF Zoom-Nikkor 80-200mm f/2.8D ED

Verdict : Awww crap…need to manual focus!!

~ the end ~

Jadi sekarang… bukanlah sistem camera yang tentukan gambar korang cantik ke tidak… korang tu… :D So, research secukupnya, berguru dan belajar lah secukupnya…

Sekian… :)

Comments (2)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION