Assalamualaikum dan salan sejahtera,
Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…
Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…
Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?
1) Tripod - Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…
2) Filter - Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…
3) Remote Shutter - Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…
Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…
1) Shutter - Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure - Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)
2) Aperture - Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…
3) Mirror Lock Up - Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…
4) ISO Sensitivity - Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…
Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter…
Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi…
Sekian…







