Tag Archive | "bagaimana"

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tips Asas Fotografi Landskap/Pemandangan

Posted on 18 July 2011 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekian… Korang semua apa khabar ? baik ? harus baik kann… :)

Ok untuk entry kali ini saya akan bercerita berkenaan landscape photography. Satu cabang fotografi yang saya cukup gemari. Cuma kekangan masa tidak membenarkan saya untuk lebih banyak berjalan untuk meng-explore tempat-tempat yang cantik di bumi Malaysia ini…

Seperti sebelum ini pernah saya sharekan berkenaan Tips-Tips untuk mengambil gambar bunga di SINI, kali ini tips ini ialah berkenaan bagaimana untuk mengambil gambar landskap dengan betul dan cantik… InsyaAllah…

f22 , 15 sec , ISO 100 , On tripod

Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah setting kamera yang betul untuk gambar landskap. Untuk gambar landskap, adalah penting untuk korang dapat merakam seberapa banyak detail yang ada, tak kira dalam bentuk detail pada gambar atau detail pada exposure. Untuk memaksimumkan detail yang dirakam pada gambar, adalah penting untuk korang memgunakan bukaan aperture yang KECIL. Yup, kecil seperti f8 dan ke atas. Ini kerana, apabila menggunakan aperture yang kecil, kawasan yang akan berada di dalam fokus adalah lebih banyak. Atau lebih tepat lagi lebih luas DEPTH OF FIELD.

Selain daripada setting untuk exposure, antara setting yang korang perlukan ialah MIRROR LOCK UP. Mirror Lock Up ini haruslah di ENABLE. Apa itu Mirror Lock Up ?.  Ianya ialah satu setting untuk mengurangkan gegaran dalam didalam kamera yang terhasil apabila cermin didalam kamera korang naik ke atas untuk membenarkan cahaya masuk mengenai sensor kamera korang. (try buka lensa korang dan korang akan nampak itu cermin lah… ). Apabila setting ini di ENABLE. Sejurus korang menekan shutter, viewfinder korang akan gelap, ini kerana cermin itu telah naik ke atas terlebih dahulu sebelum shutter korang terbuka untuk mendapatkan exposure .Kemudian, adalah baik untuk menggunakan mode self timer atau lebih baik korang gunakan remote control untuk mendapatkan exposure kerana ini dapat mengurangkan gegaran yang terhasil apabila korang meletakkan tangan pada kamera korang.

Owhh… tak lupa juga, gunakan ISO yang paling rendah seperti 100 atau 50* (*sekiranya ada)

Keduanya, peralatan. Selain dari kamera korang yang mahal dan canggih tu, peralatan yang boleh dikatakan wajib, harus, perlu, ada ialah TRIPOD. Kenapa? sekiranya korang faham berkenaan EXPOSURE, apabila bukaan aperture mengecil seperti yang yang cadangkan diatas, shutter speed korang akan menjadi perlahan, terutama sekali apabila suasana yang gelap seperti waktu malam atau senja. Jadi untuk mengelakkkan gambar korang bergegar bak terkena gempa macam di Jepun tempoh hari tripod ialah kawan baik korang sekiranya ingin menceburi landskap fotografi secara serius.

Sekarang korang dah boleh untuk mengambil gambar landskap. Tapi bagaimana patut korang compose atau apakah teknik composition yang patut korang ikut ? Kini kita akan masuk kebahagian yang sedikit mencabar, iaitu bagaimana nak tukar gambar landskap yang membosankan kepada yang lebih menarik… Kebanyakan mereka yang baru berjinak dengan fotografi landskap, korang akan mempunyai kecenderungan untuk membahagikan frame korang kepada 2. Dan mereka juga mempunyai kecenderungan mengambil gambar ketika tiada pengcahayaan yang dramatik. Sebagai contoh gambar dibawah.

Tiada yang salah dengan gambar dibawah cuma ianya akan menjadi sedikit membosankan lah… Langit  biru yang tidak menarik sebegini akan menyebabkan penonton merasakan tiada yang menarik dengan gambar ini. Inilah yang saya maksudkan dengan membahagikan frame kepada 2. Tapi bagaimana sekiranya korang meletakkan sedikit “interest” pada gambar korang seperti gambar dibawah.

Untuk gambar ini, saya telah membahagikan frame kepada 3 bahagian. Dengan meletakkan “subject of interest” pada bahagian hadapan frame atau foreground ini akan membantu mereka yang melihat gambar ini lebih menghargai gambar ini kerana beberapa elemen yang telah dimasukkan kedalam gambar. Composition pada gambar ini adalah hampir sama dengan gambar yang pertama diatas. :) . Dan perhatikan bagaimana pengcahayaan yang lebih menarik dapat menaikkan mood pada gambar tersebut. Untuk gambar yang ketiga ini, saya mengambil bacaan exposure pada batu di foreground dan kemudiannya saya menggunakan graduated ND filter untuk mengelakkan langit daripada menjadi terlampau cerah. Korang boleh baca berkenaan filter di SINI

Tidak lupa juga, antara perkara yang perlu korang ambil perhatian ketika mengambil gambar landskap ialah garisan lurus yang melintang pada frame korang iaitu garisan pembahagi antara darat dan bumi. Adalah sebaiknya ialah tidak senget benget. Ini akan membuatkan bumi kelihatan senget. :P

Okehhh… Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini… Diharap entry ini dapat membantu korang dalam mengambil gambar landskap yang lebih berkualiti… :)

p/s – Silalah join group belajarkamera.com di Facebook. Hanya search “belajarkamera.com

p/s/s – tak lupa juga, LIKE lah page Facebook penaja utama belajarkamera.com iaitu Cherita Pictures.

Comments (3)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Fasa baru dan Kenali Asas Flash Photography…

Posted on 08 July 2011 by admin

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian…

Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat saya untuk meng-update blog ini kerana kesibukan yang melanda diri ini… :(   Sebenarnya dah banyak entry2 di draftkan, tapi tak punya masa untuk menyiapkan draft2 tersebut…

Fasa baru ? apa yang fasa baru ? ingin saya kongsikan dengan korang sekalian yang saye sudahpun selamat di-ijab kabul kan pada 18 jun 2011 yang lepas… Isteri saya iaitu juga admin belajarkamera.com dan cheritapictures.com /business partner selama ini kini selamat menjadi LIFE PARTNER… :)   Saya sharekan satu gambar yang diambil oleh photographer kami di studio kami.

Ok, berbalik pada tujuan entry ini ditulis… Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan Flash / Speedlite / Lampu Denyar /. Ini antara nama yang selalu kita dengar dikalangan jurugambar. Tapi apa fungsi dia ? Adakah sebagai aksessori tambahan sekadar penghias kamera ? atau mempunyai peranan besar dalam meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan ?

Flash ini berfungsi sebagai sumber cahaya tambahan apabila sumber cahaya tidak mencukupi dan ianya turut berguna untuk mengurangkan bayang-bayang yang tidak diingini yang terhasil daripada sumber cahaya yang lain iaitu matahari mahupun lampu rumah/spotlight dan sebagainya…

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai flash yang terbina dalam kamera sendiri. Ada juga yang tidak mempunyai flash terbina dlm tetapi ianya kebiasanya ialah model2 profesional seperti Canon 1 series dan Nikon profesional series.

Selain daripada itu, terdapat juga flash luaran (external flash) yang mempunyai kuasa yang lebih kuat dan lebih flexible berbanding flash terbina dalam. Flash ini juga boleh di kawal arah cahaya yang dihasilkan dan membenarkan jurugambar menjadi lebih kreatif didalam bermain dengan pengcahayaan.

Entry ini tidak akan menceritakan bagaimana flash berfungsi atau mode apa yang patut korang pakai kerana ianya  agak rumit untuk diceritakan. Walaubagaimanapun, korang boleh lah google sendiri berkenaan TTL  untuk mengetahui dengan lebih detail. Secara asasnya TTL  merupakan bagaimana kamera korang mengambil bacaan exposure melalui lens korang supaya flash tersebut tahu berapa kuat ia patut menyalakan sesuatu scene itu. Disebabkan ianya melalui lens korang maka nama nya ialah TTL . TTL bermaksud  Through The Lens.  Dikalangan pembuat kamera, mereka menamakan sistem ini dengan pelbagai nama. Seperti ETTL, A-TTL, i-TTL dan lain-lain. Mode TTL ini merupakan mode full automatik sepenuhnya untuk flash, korang hanya pasangkan dan ianya akan menyala setiap kali shutter kamera ditekan. Flash turut mempunyai mode manual dimana kekuatan flash tersebut dikawal oleh pengguna sendiri.

Apa yang penting pada saya untuk pengguna flash yang baru ialah, bagaimana korang menggunakan flash korang supaya ianya tidak terlalu terang dan menghasilkan bayang pada subjek korang dan antara teknik2 dan tips berguna didalam flash photography.

1) Bounce Flash – Korang tahu kah semakin besar permukaan sumber cahaya korang semakin lembut cahaya yang dihasilkan ? Disinilan konsep bounce flash ini diguna pakai. Apabila korang menghalakan flash korang ke siling dan membiarkan ianya di pantulkan ke subjek korang, cahaya tersebut akan menjadi lebih lembut dan lebih natural berbanding korang menghalakan flash terus ke subjek korang. Apabila flash dihalakan terus kepada subjek korang, maka akan terhasilah bayang-bayang yang tak hensem di belakang subjek korang. Dan ini, antara perkara yang tidak di ingini di dalam flash photography.  Tak percaya ? cubalah … :)   Tapi biarlah rasional… kalau tiada siling macam mana hendak dipantulkan pula ya ? :P

2) Bounce Kad – Apabila tiada siling atau siling terlalu tinggi untuk menggunakan teknik bounce, photographer biasa akan menggunakan alatan seperti bounce card untuk menggantikan siling dan menghasilkan efek yang lebih kurang sama dengan bounce flash. Beginilah lebih kurang rupa dia…

DIY Bounce card - http://www.themoment2cherish.com/DIY-Bounce-Card/

3) Diffuser – Selalu dikaitkan dengan alat yang disangkut di tutup pada depan flash dimana ianya akan melembutkan atau meng-diffuse cahaya flash korang supaya ianya tidak terlalu kasar atau harsh. Diffuser terdapat dalam pelbagai jenis dan menghasilkan output yang berbeza-beza. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.

www.stofen.com

http://www.jayceooi.com/2008/10/04/gary-fong-whaletail-flash-diffuser-reporter-clone-review/


Universal flash-diffuser - http://camera-shop.co.nz/universal-soft-flash-bounce-diffuser-for-all-flash-p-212.html

lambency flash diffuser : http://lucifer-doom.blogspot.com/2007/12/lambency-flash-diffuser-review.html

Ini lah antara jenis-jenis flash diffuser yang ada dipasaran. Setiap jenis ni akan menghasilkan effect yang berbeza-beza. Jadi tepuk dada tanyalah selera. Sekian untuk kali ini.

Comments (9)

Tags: , , , , , ,

Bokeh Dengan Hanya Kit Lens?

Posted on 13 January 2011 by Aziel Azhar

Entri ini ditulis oleh Aziel Azhar dan boleh didapati di blognya.

.

Kali ni saya nak tulis tentang 1 perkara yang paling kerap ditanya oleh samada pembaca BelajarKamera.com mahupun kawan-kawan yang baru nak nak berjinak-jinak dalam fotografi.  Biasanya pertanyaan tu akan berbunyi macam ni :

Macam mana nak buat subjek yg kita fokus saja yang sharp tapi yang lain semua blur?

Nanti ada yang akan jawap :

Oooh, itu kena pakai lens yang boleh bukak aperture besar (nombor/nilai aperture kecik). 2.8 kah, 1.8 kah, baru boleh…

….dengan penuh keyakinan.

Maka si fulan bin/binti si fulan yang bertanya pun sangatlah teruja untuk menambah lens baru dalam koleksinya kerana sebelum itu dia cuma ada kit lense 18-55mm sahaja, yang bukaan aperturenya cuma boleh pergi setakat 3.5-5.6 sahaja. Malam itu juga tabung ayam terpaksa dinodai sekali lagi demi memenuhi hasrat yang membara. Atau, terus cari kalendar kuda untuk tengok bila bonus keluar dan hitung balance kad kredit yang perlu dilangsaikan untuk tambah kredit baru :D .  Ngeee… *senyum seboleh-boleh sampai ke telinga*.

Tuan-tuan dan puan-puan, ingin effect blur di belakang tanpa menodai tabung ayam anda? Itupun kalau ada tabung ayam lah, kalau tak ada, tabung itik kah, tabung botol susu kah, semua pun boleh jadi mangsa.

Kalau anda belum cuba ini, silakan cuba dulu. Nanti kalau rasa dah bosan dengan effect blur atau bahasa teknikalnya bokeh yang kurang ‘creamy’, baru lah penuhi nafsu serakah anda dengan lense yang boleh buka aperture seluas-luasnya.

Untuk entri ini, semua gambar-gambar dibawah hanya menggunakan lense 18-55mm Canon.

GAMBAR#1

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture: f 5.0
  • ISO : 1600
  • Focal length : 35mm

.

Lense canon 18-55mm ni, dia punya jarak fokus paling minimum (minimum focusing distance) ialah 0.28m/0.9kaki. Jadi, saya boleh pergi sehampir 0.28meter (28 cm) daripada subjek. Kalau pergi dekat hidung, mungkin boleh kira bulu hidung agaknya. Saya tak pernah buat lagi pulak :p.

Ada nampak nilai 2.8, 2.0, 1.8 atau lebih rendah dari itu? Ade? Ade? Takde kan? Untuk gambar-gambar dalam entri ini, saya guna Manual (M) mode untuk dapatkan full-control ke atas kamera saya. Walaupun macam tu, bila saya gunakan focal length yang panjang (in this case 35mm), secara automatik cik kit lens kita ni cuma boleh buka aperture sampai f5.0 saja. Jadi dalam kes ini si fulan bin/binti si fulan yang saya cerita di atas tadi pun gusarlah sebab katanya kawan dia cakap kena guna aperture yang besar-besar dan besar belaka (nilai f sekecil yang boleh), baru boleh dapat blur-blur gitu.

Eh, tapi macam mana saya boleh blurkan muka adik saya kat belakang tu dengan hanya f5.0? Bukan silap mata, tak payah susah-susah tambah blur dalam Photoshop pun. Just move closer to to your subject, dalam kes gambar ni saya nak fokus pada jari adik saya, kat bahagian yang ada bulu tu, sebab saya jeles kenapa bulu jari dia pendek tapi bulu jari saya panjang *tak kena mengena*. Jadi saya pergi sedekat yang mungkin dengan jari dia.

.

GAMBAR#2

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 1600
  • Focal length : 55mm

Untuk Gambar#2 ni lagilah, aperture 5.6 je. Bagi bokeh-mania (penggila bokeh kehkehkeh :p), f5.6 ibarat macam syiling 50sen je. Kalau bagi kat peminta sedekah pun tak rasa apa walaupun lepas tu nampak peminta sedekah tu masuk 7Eleven beli slurpee, tukar duit syiling berbungkus-bungkus dan panggil teksi tanpa bertemankan tongkat si butanya – dengan kata lain, setakat 50 sen, tak heranlah kena tipu dengan peminta sedekah. Jauh gila lari topik ni, kan? :D

So, macam mana dalam gambar kat atas background dia boleh blur sedangkan guna f5.6? Magic kah? Photoshop kah? Dan kenapa blur/bokeh gambar#2 lebih ‘ganas’ daripada gambar#1 sedangkan kalau compare f5.0 dengan f5.6, dah sah-sah f5.0 (gambar#1) lagi besar bukaan aperturenya tapi kenapa gambar#2 ni lagi bokehlicious?

Ahah!. Ada 2 sebab di sini. Pertama, nampak focal length yang saya guna untuk gambar#2? Saya guna focal length paling panjang bagi lens tersebut iaitu 55mm. Kedua, jarak antara subject dengan background dalam gambar#2, lebih besar berbanding gambar#1. Lagi jauh jarak antara subject dengan background, lagi blurrrrrrrrr lah. Itu pun nak ajar ke? :p

.

GAMBAR#3

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f3.5
  • ISO : 1600
  • Focal length : 18mm

.

Gambar ketiga ni pulak, saya guna focal length yang paling pendek pada lens ni, 18mm, sebab saya nak dapatkan gambar wide. Dengan lens 18-55mm ni, bila kita guna focal length yang pendek, barulah dia lembut hati boleh bagi aperture 3.5 :p. Kalau tak, walaupun anda guna Manual mode jangan haraplah anda akan berjaya buat dia jadi f3.5 sekiranya anda gunakan focal length panjang (55mm contohnya).  Sebab tu kat lens tu tulis 3.5-5.6. Kenapa dia macam tu? Err, itu kita cerita lain kali haaa… Jadi jangan ingat dial/button pada kamera anda tu bermasalah, memang nature lense tu macam tu. Kamera anda tak salah tau, kesian dia.

.

Jadi kesimpulan kita hari ini, apa dia kawan-kawan?

Untuk dapatkan blur/bokeh yang ‘ganas’, rahsianya adalah :

  1. Gunakan aperture yang paling besar pada lens anda. Lagi kecik nilai aperture tu, lagi besar bukaannya dan lagi lazatlah bokeh/blur nya – Ini adalah fakta yang paling biasa kita dengar ( I mean, jika anda peminat fotografi lah. Kalau tak, memanglah tak pernah dengar). Dan selalunya ramai yang hanya berpandukan fakta ini semata-mata tapi tak pertimbangkan fakta-fakta lain seperti di bawah.
  2. Minimumkan jarak antara kamera dengan subjek. Move as close as possible to your subject, bergantung kepada minimum focusing distance lens anda. Macam mana nak tau dia punya minimum focusing distance? Tengok je kat bahagian tepi lense tu ada tulis contohnya macam ni “0.28m/0.9ft”.
  3. Maksimumkan jarak antara subject dengan background supaya background tu boleh ‘dibuang jauh-jauh’. – ini logik, kan? makin jauh background tu, makin blurlah dia.
  4. Gunakan focal length paling panjang pada lens anda. Kalau lens anda 16-35mm, gunalah 35mm. Kalau 17-70mm, gunalah 70mm. Bila anda dah fixkan focal length tu begitu, bermakna anda tak daptat nak zzom in/out kan, jadi gunakanlah kaki anda untuk tujuan zooming – maksud saya bergeraklah ke depan or ke belakang kalau perlu. Faham kan maksud saya? Tak faham jugak? Kalau tak faham, tengok contoh kat bawah ni :

.

Kedua-dua gambar ni menggunakan lens dan kamera yang sama, kelajuan shutter yang sama, focal length yang sama, bukaan aperture yang sama , ISO yang sama, dan difokus kepada bahagian yang sama dalam bulatan merah. Saja je saya ulang perkataan ‘yang sama’ tu banyak kali, kalau buat karangan Bahasa Melayu kat sekolah mesti kena potong markah sebab struktur ayat tak bagus.  Tapi cuba tengok apa yang berbeza dan macam mana boleh dapat perbezaan macam tu? :

GAMBAR#4

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 400
  • Focal length : 55mm

.

#GAMBAR5

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 400
  • Focal length : 55mm

.

Dah dapat apa perbezaannya? Gambar#5 lebih ‘ganas’  bokeh nya berbanding gambar#4 kan? Macam mana boleh dapatkan perbezaan macam tu sedangkan semua settingnya sama? Jawapannya macam yang saya sebut kat point nombor 4 kat atas tadi lah – zoom pakai kaki! Bukan pusingkan focusing ring lens tu guna kaki daaaaa, tapi bergeraklah ke depan-belakang mengikut keperluan. Err, tak semestinya guna kakilah sebenarnya, saya guna roda kerusi je, sebab saya ambil gambar ni kat atas meja saya sambil duduk atas kerusi :p .

Jadi, encik/cik yang bernama si fulan bin/binti si fulan tadi, dah try ni belum? Kalau belum bermakna tak patut anda menodai tabung ayam anda untuk menambah koleksi lens anda selagi anda belum cuba ini. Kesian tabung ayam tu, tak sempat nak penuh. Lagi sedih kalau tabung ayam tu anak anda yang punya. Malam-malam mesti dia mengigau jatuh katil jerit-jerit “Tidaaaaaaaakkkkkkk….” :p.

Kesimpulannya, tak semestinya anda kena berbelanja lebih untuk mendapatkan kepuasan yang anda cari, kerana anda mungkin belum habis explore apa yang anda miliki.

Selamat mencuba! :D

Comments (37)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Upgrading ? Lensa atau Flash ?

Posted on 05 November 2010 by admin

Salam sejahtera buat semua pembaca…

Seperti tajuk di atas, (ceh macam nak buat surat rasmi… :P ) , Ok, korang mesti pernah ada dilema dimana korang dapat bonus akhir tahun dan korang tak tahu apa yang patut korang beli… Sama ada flash atau lensa…?

Jadi, entry ini adalah bertujuan untuk meng-guide korang untuk menjadi lebih tahu tentang apa yang korang perlukan atau mahukan… Sekiranya korang mempunyai bajet yang terhad, apa yang saya boleh cadangkan ialah korang beli lah flash / speedlite / lampu denyar dulu… Ini kerana, ianya akan sangat lah membantu dalam mengambil gambar indoor walaupun korang hanya menggunakan kit lens atau lens yang mempunyai bukaan maksimum aperture yang kecil… Mungkin ada sesetengah orang merasakan flash ni agak leceh untuk dipikul ke hulu ke hilir. Tapi, percayalah (baca macam lagu Dato Siti :P ), ianya sangat membantu.  Ataupun, korang belilah flash yang kompak seperti Canon 270EX ini… Untuk pengguna Nikon turut ada, cuma saya tak pasti apakah model nya… Yang third party pun ada seperti Nissin dan sebagainya… Berbelanjalah dengan bijak… :)

Kemudian berkenaan lensa. Mungkin ada yang mempunyai bajet yang besar untuk peralatan fotografi mereka, jadi bolehlah korang upgrade lensa korang kepada yang lebih berkualiti… Juga, lensa korang cukup untuk melitupi dari wide ke telephoto… Membeli lensa pada saya pelaburan yang bijak. Ini kerana, harga lensa tidak jatuh secepat harga body camera. Juga, lensa tidak cepat outdated berbanding body camera…

Jadi, di harap dengan entry yang ringkas ini dapat membantu korang memilih… Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan ye… Bukan mengikut kemahuan… :)

Ada sebarang komen? atau pertanyaan? Tinggalkan di ruangan komen di bawah… owhhh… Belajarkamera.com turut berada di facebook ! Ini linknya… Sama-sama kita berdiskusi ye… :)

Sekian… :)

Comments (41)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Apa itu sharp dan soft?

Posted on 17 June 2010 by admin

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi baik hati. :D

Mungkin ada antara korang yang keliru berkenaan berapa jelas atau sharp sesuatu gambar itu. Faktor ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kualiti sesuatu gambar itu.

Jadi, apa itu Sharp? Adakah gambar itu tajam seperti pisau? Kali ini saya biarkan gambar gambar ini yang menjelaskan.

Pertama, buka gambar korang kat dalam komputer korang. Kemudian, zoom kan gambar tersebut hingga 100%. Dan perhatikan detail-detail pada gambar tersebut.

Gambar yang sharp ialah dimana korang boleh melihat dengan jelas detail-detail pada gambar tersebut. Seperti contoh di dibawah.

comparison2

Manakala, sekiranya gambar korang soft atau tidak sharp seperti yang sepatutnya, korang tidak akan dapat melihat detail-detail nya. Sebagai contoh gambar kucing yang comel di bawah.

comparison3

Jadi diharap dengan penjelasan yang tak seberapa ini, dapat membantu korang dalam memahami apa antara faktor yang menentukan kualiti sesuatu gambar.

Sekian… :)

Comments (6)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Selective Process kat dalam photoshop ;)

Posted on 12 April 2010 by admin

Salam,

First of all, minta maaf sebab lama tak update… tak berkesempatan… Agak busy semenjak dua menjak ni…

So, entry ini saya akan buat tutorial berkenaan selective process menggunakan photoshop… Apa itu “selective process” ?

Ok, sebagai contoh, pernah tak korang tengok gambar orang ada warna, tapi background diorg hitam putih? tu lah konsepnya… Tapi, ianya tak la berkenaan warna sahaja… Korang boleh blur kan gambar korang mengikut keperluaan korang… atau gunakan kreativiti korang dalam perisian photoshop… Ianya di gelar selective kerana prosess itu hanya berlaku pada sebahagian gambar korang sahaja…

Ni contoh gambar nya… *Klik pada gambar untuk versi yang lebih besar*

gg3b0012-edits

Jadi sekarang, macam mana nak dapat hasil begini?

Mula-mula, buka gambar korang di photoshop, *saya menggunakan Photoshop CS4. Kemudian korang klik pada ikon yang saya bulatkan dibawah. Ianya terletak pada Layer Pallette.

1

Untuk gambar ini, saya gunakan effect Black and white. Korang boleh juga gunakan effect2 lain mengikut keperluan korang.

Kemudian nanti akan ada lagi satu layer di atas gambar korang. Itu ialah layer mask. Dan ianya pernah diterangkan dalam tutorial berkenaan photoshop pada entry sebelum ini…

2

Dan adjust secukup rasa….Kemudian, korang kena berus (Shortcut “B”) semula hanya bahagian yang tak nak effect tu di apply kan ke gambar korang… Pastikan berus korang berwarna putih jika adjustment layer korang berwarna hitam dan vice versa…  Zoom in supaya korang boleh berus dengan lebih detail dan kemas…Adjust brush punya properties dengan meng-right click brush tersebut pada gambar mengikut keperluan dan keselesaan korang…

screenshot003

Kemudian flatten kan layer korang dan save kan gambar tersebut…

screenshot002

Maka dapatlah korang effect yang korang nak… senang kan? Ini gambar sebelum dan selepas…

main

Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama…

Sekian terima kasih…

Comments (8)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gambar tak fokus dan bergegar?

Posted on 23 February 2010 by admin

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kualiti sesuatu gambar.  Dan banyak juga faktor yang meyumbang kepada gambar yang tidak berjaya. Antaranya ialah kualiti fokus dan sharpness gambar tersebut.  Mungkin korang biasa dengar term ini – “Camera Shake and Poor Focus” .  Inilah antara dua faktor yang sering kita dengar berkenaan kualiti sesuatu gambar.Topik kita kali ini. kita akan belajar apa itu camera shake dan poor focusing dan cara mencegahnya.

Camera Shake – Gambar bergegar bagai ada gempa bumi.

Contoh gambar yang mengalami camera shake

Contoh gambar yang mengalami camera shake

Camera shake ini, di define sebagai, berlaku pergerakan kepada kamera ketika shutter sedang terbuka dan sensor korang tengah merakam kan sesuatu scene itu. Inilah yang menyebabkan gambar korang mcm bergegar tu. Kamera sangat sensitif kepada gegaran ketika process merakam tu sedang berlaku. Terutamanya ketika bukaan shutter yang lama atau nilai shutter yang perlahan seperti mengambil gambar landskap malam atau gambar air mengalir. Sebarang pergerakan walaupun ketika jari korang menekan shutter sudah cukup untuk menyebabkan gegaran tersebut.

Sebab itulah, sekiranya korang lebih kepada mengambil gambar pemandangan, adalah sangat di sarankan korang membeli remote shutter atau cable release shutter untuk kamera korang. Ini akan dapat mengurangkan gegaran yang berpunca dari tangan korang semasa menekan shutter tersebut.

Untuk kamera kompak pula, faktor ini mungkin terjadi kerana korang  menggunakan mode yang tidak sesuai untuk merakam sesuatu situasi. Sebagai contoh, korang  ambil gambar anak korang berlari menggunakan mode portrait, ini akan menyebabkan gambar korang seperti bergegar. Jadi, gunakanlah mode sukan atau sport mode di mana bukaan shutter korang akan menjadi lebih laju.

Untuk pengguna DSLR pula, adalah penting untuk korang memastikan nilai kelajuan shutter korang lebih laju daripada nilai fokal length lens korang. Ada yang mencadangkan, nilai shutter korang sebaiknya dua kali lebih tinggi dari nilai fokal length korang sebagai contoh, sekiranya lens korang 24mm, nilai shutter korang sebaiknya 24 x 2 = 48 . Jadi korang set kan nilai shutter korang kepada 1/ 50 .

Sesetengah lens atau kamera kini, mempunyai sistem Image Stabilizer atau Vibration Reduction . Ini sangat membantu dalam mencegah camera shake.  Camera shake ini akan semakin berkurangan apabila terdapat banyak cahaya ketika korang nak menghasilkan sesuatu gambar kerana nilai shutter korang akan semakin laju. Jadi, pemahaman terhadap exposure adalah salah satu faktor yang dapat membantu korang dalam mencegah camera shake ini.

Poor Focusing – Gambar tidak sharp.

img_7016

Contoh gambar Out of Focus

Ini boleh terjadi apabila korang mempunyai masalah dengan lens korang atau kebiasaanya, korang sendiri yang bermasalah. Kenapa lens? sesetengah lens, mempunyai keboleh meng-autofocus yang sangat perlahan. Jadi, apabila korang nak ambil gambar subjek yang bergerak, kamera korang tak sempat nak fokus kepada subjek tersebut, dan korang khuatir yang korang tak sempat, korang pun tekan sahaja shutter tanpa mengambil kira sama ada subjek korang sudah in-focus. Maka terjadilah satu fenomena yang di panggil Out-of-Focus atau OOF. Ini secara tak langsung turut merupakan user error lah juga. Korang harus pastikan yang kamera korang dapat fokus pada subjek korang sebelum korang menekan shutter korang. Untuk membantu korang didalam fokusing, pastikan korang mengaktifkan “autofocus confirmation beep” . Ini sangat membantu apabila korang meng-fokus sebelum mengambil gambar. Kemudian. pastikan autofokus point korang !. Ini sangat penting untuk memastikan bahagian yang sepatut “in-focus“, fokus sepatutnya.

Untuk pengguna kamera kompak, ianya biasanya terjadi apabila korang menggunakan macro mode untuk mengambil gambar landskap. Ini kerana, macro mode di buat supaya kamera korang boleh fokus kepada subjek yang berada dekat dengan kamera korang. Dan sesetengah pengguna kamera kompak tidak tahu yang dengan menekan shutter button setengah, kamera akan fokus terlebih dahulu. Kemudian barulah korang menekan shutter button sepenuhnya.

Di harap entry ini membantu korang dalam permasalahan yang pernah korang alami sebelum ini.

Sekian terima kasih… =)

Comments (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tips memilih kamera terpakai…

Posted on 25 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia…

WTS ? , ianya bermaksud Want To Sell atau ingin menjual… Term yang banyak digunakan masyarakat internet di seluruh dunia…  Kebanjiran model-model DSLR di pasaran kini, kita dapat lihat pasaran turut dibanjiri dengan kamera DSLR terpakai…  Bagi yang mampu, sudah tentu korang akan memilih untuk membeli yang baru… Manakala, untuk mereka yang kurang berkemampuan atau merasakan dengan kamera terpakai pun korang boleh ambil gambar yang cantik, kamera terpakai inilah yang menjadi pilihan korang… Ini kerana selain harga barangan terpakai adalah jauh lebih murah daripada yang baru, ianya tetap mampu memberikan hasil yang setara dengan model yang lebih advance dan baru… Provided, korang tahu pakai lah kan… :P

Entry kali ini ialah berkenaan tips yang sangat berguna untuk korang dalam memilih dan menilai kamera DSLR terpakai…  Ok, apa yang korang perlu dan wajib tengok dalam pemilihan kamera DSLR ni? Mesti ada di antara korang pernah dengar berkenaan “Shutter Count” ? saya terangkan sikit untuk mereka yang tak tahu… Shutter count merupakan jumlah pengatup atau shutter korang pernah bergerak untuk menghasilkan gambar… Semakin banyak nilainya, semakin susut lah nilai kamera tersebut kebiasaannya… Nilai ini bergantung pada tuan punya kamera, ada yang kedekut shutter count, ada yang belasah kamera cukup-cukup…

Shutter count kebiasaannya menjadi faktor utama yang korang perlu pertimbangkan untuk menilai sesuatu kamera DSLR… macam mana nak tengok? ada sesetengah model DSLR yang lama, korang perlu pergi ke pusat servis untuk mengetahui nilainya… manakala, untuk model yang baru korang boleh tengok sendiri menggunakan software khas… (Korang google sendiri lah ye.. :P ) .

kemudian, korang lihat pula keadaan luaran kamera tersebut, calar balar di bahagian bawah dan atas kamera (bahagian sangkut flash tu – “flash hot shoe”) menandakan ianya selalu digunakan secara extream…

Sebagai contoh,  sahabat saya ini… * Gambar ini di supply oleh beliau – ini hasil kerja beliau > LINK . Korang jangan manjakan sangat kamera korang… Ianya hanyalah sebuah tools… Tapi saya tak galakkan lah mengikut sahabat saya ini… Jangan jadikan contoh ye… :P                                                                                                    1dmii

Kemudian, korang check pula segala butang – butang yang ada… Takut nanti ade pula yang tercabut kan… Dan test lah ambil gambar pula pakai camera tersebut… Pastikan ianya masih berfungsi dengan baik. Pastikan jugak lens mount ketat… Bila korang pasang lens dan locked, ianya tak bergerak melampau-lampau… Sikit2 tu standard lah kan… Tanya sekali penjual tu sekiranya kotak dan segala aksessori yang datang sekali dengan kamera dibekalkan sekali ke tidak… Sekiranya tidak, korang try lah negotiate sikit… hehehehhe… Berkenaan harga, tu saya tak boleh nak cakap… Ianya bergantung kepada harga pasaran semasa… Sebaiknya, korang bawak lah kawan – kawan korang yang berpengalaman… Boleh la kawan tu tolong tengok kan…

Dan sebelum saya terlupa, saya tak galakkan korang membeli kamera terpakai secara online atau posting, terbaik ialah korang jumpa sendiri penjual tu… banyak kes dah jadi… Jadi, berhati-hatilah dalam bertransaksi…  Dan, tak lupa juga, korang boleh mencari kamera terpakai di www.mudah.my atau di FTZ .

Sekian, di harap info di atas membantu korang… :)

Comments (25)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P   Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem – filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36x24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Baru & Tips ambil gambar bunga api…

Posted on 28 December 2009 by admin

Assalamualaikum dan salan sejahtera,

Seperti tajuk di atas, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan tak lupa jugak kepada mereka yang menyambut Krismas pada 25hb yang lepas…

Entry kali saya akan berkongsi tips-tips untuk korang ambil gambar bunga api dengan berjaya… yay ! Selepas korang penat berkonsert, seperti biasa, kita akan disajikan dengan pertunjukan bunga api oleh penganjur… Korang mesti lah nak gunakan sebaiknya kan peluang yang ada… Rugi lah tak ambil gambar bunga api… Bukan senang tuu… Nak beli dan bakar sendiri macam tak berbaloi je kan? lagi pun kerajaan tak bagi kan… hehehehehe…

Ok, kita mulakan dengan peralatan… Apa peralatan yang wajib korang kena ada?

1) Tripod -  Ini kerana, korang akan ambil gambar bunga api menggunakan kelajuan shutter yang sangat perlahan… Even, ada yang tak tutup-tutup shutter (Bulp Exposure)…

2) Filter -  Filter ni boleh dikatakan wajib lah… kalau korang nak cantik kan… filter seeloknya ialah ND filter atau Polarizer filter pun boleh… Filter ni bertujuan untuk membenarkan korang mendapat exposure yang ideal pada kelajuan shutter yang perlahan masa korang ambil gambar bunga api tu nanti… Untuk mengelakkan gambar bunga api tu menjadi terlampau terang…

3) Remote Shutter – Kalau korang ada ni sangat bagus untuk prevent gambar korang daripada camera shake akibat kelajuan shutter yang terlalu rendah… kalau tiada, korang boleh menggunakan self timer korang… Kenapa? Ini kerana, kelajuan shutter korang terlampau slow, dan kalau korang tekan shutter sahaja, sebarang gegaran pada badan kamera boleh menjejaskan gambar korang…

Once korang dah ada peralatan yang sesuai, kita akan tengok setting apa yang terbaik untuk kamera korang pula…

1) Shutter – Sebaiknya seperlahan yang mungkin seperti 30 saat atau lebih . Lagi perlahan nilai shutter korang, lagi panjang lah bunga api tu punya percikan korang boleh rakam. Sebab itu lah, kalau korang ada remote shutter, korang boleh pakai bulp exposure tanpa perlu memegang kamera. (Bulp exposure – Penutupan shutter bergantung pada bila korang lepaskan shutter button tu…)

2) Aperture – Sekecil yang mungkin… f22-f32 ke gitu, Ini kerana korang nak kan, keseluruhan view korang menjadi sharp atau in fokus, jadi korang perlukan depth of field yang lebih luas…

3) Mirror Lock Up – Gunakan mirror-lock up ini untuk mengurangkan gegaran bila shutter korang dibuka…

4) ISO Sensitivity – Gunakan ISO yang paling rendah sekali seperti 100 atau 50…

Korang boleh juga try menggunakan kain hitam untuk menutup hadapan lens korang sementara menunggu bunga api yang seterusnya, ini akan meng-create effect seolah bunga api itu dibakar sekali… As if korang create multiple exposure pada satu bukaan shutter… Dengan syarat, korang gunakan bulp exposure mode dan mempunyai remote shutter

Rasanya cukup setakat ini… Selamat mencuba tips yang diberi… :)

Sekian…

Comments (2)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION