Tag Archive | "aperture"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu filter? penapis minyak? penapis udara? :D

Posted on 29 October 2009 by admin

Salam to everyone… Hari ini, saya akan bercerita tentang filter… Bukan penapis minyak mahupun penapis udara, tapi filter yang digunakan dalam fotografi. Mungkin ada yang tak tahu macam mana rupa filter tu kan… Begini lah rupa die… Ianya mempunyai size yang tertentu… Size tu pula bergantung pada saiz thread lens korang… (bahagian paling depan lens korang tu) , paling besar filter setakat yang saya tahu ialah 82mm… yang paling kecil saya tak tau… Ianya akan di pasang pada depan lens korang… Macam ni, Gambar di atas menunjukkan kedudukan filter tersebut… Kita pergi kepada jenis2 filter yang terdapat di pasaran dan yang kerap digunakan, secara ringkasnya… (nanti korang dah terer korang akan tahu lebih detail part ni… ;) ) UV filter – Filter ni antara accessory wajib untuk kamera korang… Ianya bertujuan untuk memprotect lens element korang yang paling depan tu daripada bercalar…  Selain itu, seperti namanya, ianya turut menapis sinaran UV yang akan menyebabkan haziness… Circular Polarizer Filter (CPL) – Filter ni ada dua fungsi, pertama – ianya membuang reflection pada cermin atau permukaan air dan kedua, ianya mampu menambah contrast pada langit…  Lihat rajah di bawah;

Ihsan - wikipedia.com

Ihsan - wikipedia.com


ihsan wikipedia

ihsan wikipedia

Gambar di atas menunjukan sebelum(kiri) dan selepas(kanan) menggunakan polarizer filter… kan cantik gitu… :D Neutral Density Filter (ND) – Filter ini bertujuan untuk menghad kan kemasukan cahaya kedalam kamera korang… Ianya berguna bila korang nak tangkap gambar portrait pada siang hari menggunakan bukaan aperture yang besar… Atau, kalau korang nak tangkap gambar air tapi nak pakai slow shutter speed supaya air tu nampak macam kapas-kapas gitu… :D ND filter ni di kategorikan dengan nilai ND 2, ND 4, ND 8 kebiasaannya… Semakin besar nombor ND nye, semakin gelap lah filter itu jadi, semakin kurang lah jumlah cahaya yang masuk…

ihsan photoanswers.co.uk

ihsan photoanswers.co.uk

Graduated ND Filter – Ianya sama dengan ND filter… cuma ianya graduated (bukan graduate unversity mana2 eh… :P ) . Begini, filter ini, hanya separuh daripada filter itu yang gelap… bermaksud, atas gelap kemudian ianya semakin terang…Tak faham? gini lah rupa dia…

http://www.nathangriffin.com

http://www.nathangriffin.com

Ada debat yang mengatakan, penggunaan filter ini, akan mengurangkan kualiti gambar korang… Pada pendapat saya, kalau dengan filter ini kita boleh mengimprove gambar secara menyeluruh, kenapa kita perlu risau dengan satu defect yang akan terhasil dek penggunaan filter ini? kan? Saya rasa setakat ini sahaja ringkas berkenaan filter… Sekian, Terimalah kasih… :P

Comments (9)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Canon? Nikon? Sony? Pentax?

Posted on 08 October 2009 by admin

Salam semua…

Belum terlambat kan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya untuk pembaca yang beragama Islam… Dan Selamat Deepavali kepada pembaca yang beragama Hindu yang akan merayakan diwali pada 17 October ini…

Sorry kerana lama menyepi… Agak sibuk sejak kebelakangan ini… Tapi hari ini, saya gagahkan diri untuk menaip… hehehhe… Saya selalu mendapat soalan2 seperti, “camera apa elok eh?” “canon ke nikon? Sony pun ok gak ke?” gitu2 lah… Korang faham2 lah ye… Kire orang nak beli kamera, tapi dalam dilemma… Kawan2 ramai pakai Canon tapi hati nak beli Nikon…

Entry ini saya akan guide korang… Saya ni bukan lah promoter Canon, Nikon atau Sony… Tapi just nak share pengalaman saya selama berkepompongcimpung dalam bidang ini…  Saya bukan nak cerita berkenaan baik buruk satu2 sistem(brand) ni… Tapi saya akan compare base from logic yang korang sendiri boleh tentukan…  :)

Ok, kita mulakan begini…

Penghasilan Warna (Color reproduction): Ramai mengatakan, yang sistem Nikon mempunyai kotrast warna (kepekatan warna) yang lebih cantik berbanding sistem yang lain… Pada saya, ianya bergantung pada bagaimana korang setting output camera korang… Maksud saya, untuk Canon kan ada menu untuk korang adjust kontrast, sharpness, skin tone etc… Atau Pictures Style… Begitu jugalah dengan sistem lain… kalau korang nak lebih kontrast, korang adjust lah kat picture style tu… apa susah? ye dak?

Sharpness: Ini satu perkara yang selalu didebatkan oleh profesional… Ramai yang berdebat kata Canon lebih sharp dari Nikon lah atau sebaliknya… Pada pendapat saya, sharpness ni bergantung pada lens dan teknik yang betul… Kalau beli camera beribu-ribu… Lens mahal2 tapi salah cara penggunaan pun tak jadi juga kan?   Kalau bagi camera brand sony atau pentax sekali pun, kalau betul cara penggunaan InsyaAllah hasilnya memuaskan hati…

Built & Erganomik: Tidak dinafikan camera Nikon mempunyai built quality yang bagus untuk range beginner mereka sebagai contoh Nikon D70 yang setara dengan Canon 350D… Kalau di bandingkan sebelah menyebelah, memang nampak beza 350D seperti printer canon iP 1000 series… Manakala D70 itu memang nampak yang buatannya sangat teguh… *saya ada menggunakan Canon 350D, walaupun kecil, masih kukuh setelah digunakan dengan lasak selama 3 tahun… ;) * Tapi, untuk profesional punya series, built quality kedua2 sistem sangat kukuh…  Dari segi erganomik, secara jujur, Sony lebih maju, walaupun baru menceburkan diri dalam pembuatan camera DSLR, rekaan camera mereka sangat menarik, terutamanya Sony A700 yang dipasangkan dengan battery grip… Kan sexy tu… :D

Nikon D70s


Sparepart & Accesories & Aftersales: Jangan risau… Di Malaysia ini, sekiranya korang setakat nak benda2 yang biasa orang pakai, kemungkinan besar ada… Just cari di forum2 photography yang localbase seperti, photomalaysia.com & Shutterasia.com. Dan untuk aftersales service, secara jujur, Canon mempunyai aftersales yang terbaik setakat ini… Pergi sahaja ke pusat servis canon di peremba square, subang… Korang akan rasa bagaimana korang dilayan sebaiknya oleh kakitangan Canon Malaysia… :) Dan korang tak perlu jadi “seseorang” untuk mendapat layanan tersebut… :) Situasi sebaliknya korang akan dapat di Nikon service center… (saya harap staff2 nikon akan baca ini) . Seorang sahabat forum menghantar speedlight untuk di servis & tukar bulp etc… Bayangkan ianya mengambil masa 2 MINGGU ! Kalau korang cari makan pakai camera kan dah susah? ye dak?

Seperkara yang ingin saya tambah… korang mesti pernah dengar camera Nikon ada yang tak bole Autofokus dengan sesetengah lens… ini penjelasannya  Di tulis oleh – http://loctormayat.com/blogs

“Wei…. this lens can autofocus on D40/40X/60/5000 or not?”

Well…. at first it’s easy to answer but after a while.. it gets frustrated to keep answering the same thing over and over again to newer and newer members.

ANYWAY… your camera WILL autofocus if you use the following:

  • Any lenses that has ‘DX’ on the description
  • Any ‘AF-S’ lenses

If you decide to use OTHER type of lens, then you can only use MANUAL FOCUS

So… the next time you decide to be spoon fed and ask people, “Can AF on D60 or not?”… please google the lens or check it out on Nikon website..

For example:
AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED
AF-S Nikkor 300mm f/4D IF-ED

Verdict : Yahoo… AF supported!!!

AF Nikkor 85mm f/1.4D IF
AF Zoom-Nikkor 80-200mm f/2.8D ED

Verdict : Awww crap…need to manual focus!!

~ the end ~

Jadi sekarang… bukanlah sistem camera yang tentukan gambar korang cantik ke tidak… korang tu… :D So, research secukupnya, berguru dan belajar lah secukupnya…

Sekian… :)

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Lensa & Focal Length

Posted on 30 April 2009 by admin

Salam Semua…

Tajuk yang saya akan bicarakan hari ini ialah berkenaan lensa dan focal length… Korang mesti pernah dengar mase korang beli kamera, orang kedai kamera tu cakap pasal lens-lens ni semua kan… ?Perkara biasa yang korang akan dengar ialah berkenaan bukaan maximum Aperture sesuatu lens tu, dan focal length dia…

Apa yang korang perlu tahu berkenaan lens korang ?

First of all, saye akan terangkan berkenaan apa itu maximum aperture (MA). MA merupakan jumlah bukaan aperture yang paling besar pada sebuah lens itu… keyword dia is “the bigger the better !” hehehehe… betul… tak tipu… To date, MA yang paling besar setakat ini ialah f0.95 , iaitu pada lens Leica Noctilux 50mm . Masih ingat tentang exposure? Rasional bukaan aperture yang besar ini ialah di mana korang berhadapan dengan situasi yang gelap dan memerlukan jumlah cahaya yang banyak untuk menangkap gambar…  Jadi mempunyai lens yang mempunyai MA yang besar merupakan satu advantage yang tinggi untuk korang…

Kedua, Focal length (FL) atau selepas di bahasa malaysia kan oleh saya dipanggil jarak fokal… hehehehe… FL ni secara mudahnya merupakan jarak penglihatan korang bila korang menggunakan lens tersebut… Masa korang beli kamera korang, korang perasan tak yang “zoom 10X la 20X la… ” haaa… bende tu lah ekceli … :D FL ni dikira dalam unit milimeter (MM) . Sebagai contoh, bila korang tengok kat depan lens korang tu, kan ade 24mm – 70mm , 15mm – 60mm … Itu lah yang dimaksudkan dengan FL… Itu merupakan indication untuk bagitahu korang berkenaan FL lens tersebut… Semakin kecil nombor tersebut, semakin lebarlah jarak penglihatan korang… dan semakin tinggi nombor tersebut, semakin tiruslah jarak penglihatan korang… atau dalam kate lain nya, semakin jauh korang boleh lihat melalui lens tersebut… Rujuk gambar di bawah… focallength

Kalau korang pernah dengar wide angle lens, Ultra wide angle lens, zoom lens, telephoto lens. itu lah cara mudah untuk memberitahu orang lens ape yang korang ade…

Ketiga, perbezaan zoom lens dengan prime lens. Zoom lens ni ialah lens yang korang baca macam kat atas tadi, lens yang ade pelbagai FL dalam satu lens… Macam 18-55mm atau 24-70mm gitu… manakala, prime lens ni ialah, lens yang mempunyai satu FL length sahaja dan ianya tetap ! ngak bisa berubah… atau fix focal length… seperti 24mm , 35mm, 50mm gitu…kenapa nak kena buat gitu pulok ? gini, perbezaan antara dua di atas ialah, berat lens tersebut… Zoom lens lebih berat daripada Prime lens disebabkan zoom lens memerlukan lebih banyak lens element di dalam pembinaan dia… Tapi, prime lens tak… Selain daripada itu, prime lens lebih sharp daripada zoom lens pada bukaan aperture yang maksimum… Kedua faktor diatas jugalah yang menyebabkan kedua2 jenis lens tersebut mempunyai peminat yang tersendiri…  Masing2 ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tepuk dada tanya selera… Jangan tepuk kuat2 sangat pulak… :D

Saya rasa setakat ni je dulu berkenaan lens ni kot… Pada hemat saya, 2 perkara ni je yang penting basic yang korang perlu tahu atau wajib tahu berkenaan kamera… hehehehe…

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Kenapa Saya Tulis Blog Ini ???

Posted on 28 April 2009 by admin

Kadang-kadang, manusia ni macam2 jenis orang ade la… pernah saya katekan dah kat entry saya yang first sekali DISINI.

Jadi saya sekali lagi tulis supaya orang lain tak salah faham… Blog ni bukan untuk mengajar korang jadi profesional photographer… Cukup setakat korang tau basic je dah lah dan, supaya korang tak salahkan kamera korang kalo gambar korang tak cantik… :-P hehehehe.  Yang lain2 tu sure korang boleh  google je…  Bukan ape, saya tak nak la nanti those pro2 nanti cakap saya ni memandai je pulak kan…

Lagi satu, orang selalu tanye, pasal nak upgrade dari PnS camera ke Dslr… boleh… tak salah… bukan duit saya pun… tapi kalo PnS pun tak tau nak pakai… camne nak faham basic Dslr… Unless lah korang rajin nak baca nota2 yang ade kat internet… Tu pun ade berlambak still orang kate takde resource… kalo ade pun complicated sangatlah, kurang faham bahasa inggeris lah… Dan dengan complain macam itu lah lahirnya blog ini… yay !… tutorial basic photography dalam bahasa yang paling mudah difahami… harap2 lah ye…  Korang harus ingat… tak semua term dalam photography sesuai nak di bahasa melayukan… Saya masih ingat , satu insiden di mana seorang hamba Allah ni tanya lah berkenaan flash photography… Jadi saya kebetulan tau lah sikit berkenaan bende yang die nak tau tu… tapi tak tau camne nak explain in bahasa melayu… pasal saye pun tak tau nak terjemahkan die camne… so saye pun reply lah in english… pastu adelah sorang hamba Allah yang lain ni pulak quote reply saya tu dengan – “fuhhh !!! mengeja aku baca !” Apa da… hehehe… takpe… harap2 dengan lahirnya belajarkamera.com ini, dapatlah membantu korang mengimprovekan hasil gambar korang… supaya pembelian kamera korang yang mahal2 tu berbaloi… bukan setakat SLR je… kamera kompak pun bolehhh !

So, kalo korang rase korang nak jadi propesonal profesional, saya letak kan link-link di bawah ini sebagai rujukan korang…

1) www.photography-on-the.net – Tempat di mana saya mula2 belajar berkenaan photography

2) www.photomalaysia.com – Tempat di mana saya kenal, belajar, bermasyarakat

3) www.fototeacher.com – Dikendalikan oleh Adan photography

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Kaitan Shutter, Aperture dan ISO…

Posted on 23 April 2009 by admin

Apakah kaitan antara Shutter, Aperture dan ISO… ? Adakah mereka adik beradik ? sepupu ? atau jiran ???

Ketiga2 ini merupakan faktor paling penting dalam photography… Ianya menentukan exposure sesuatu gambar tersebut. Selain exposure, ianya turut mempengaruhi faktor lain seperti “depth of field” atau keluasan fokus , sharpness dan lain-lain…

Penggunaan ketiga-tiga faktor ini dalam penghasilan sesuatu gambar itu perlulah harmoni memandangkan ianya merupakan faktor penentu kepada exposure sesuatu gambar itu…

Harmoni? mengapa saya kata harmoni? begini… kita bermula dengan kenali apa itu tiga komponen ini dahulu…

1 ) Shutter -

shutter

Satu komponen di dalam kamera dimana ianya berfungsi untuk menentukan  jumlah cahaya yang akan masuk di dalam ke sensor atau filem sesebuah camera itu sendiri pada jumlah masa yang tertentu. Kelajuan nya dikira dalam millisecond atau milisaat… laju tuuu….

2) Aperture

aperture

Aperture juga menjalankan fungsi dimana ianya menentukan jumlah cahaya yang akan masuk melalui lens dan terus ke sensor atau filem. Aperture juga mempengaruhi beberapa perkara lain di dalam photography sebagai contoh depth of field atau darjah subjek di dalam focus dan ianya turut mempengaruhi sharpness sesuatu gambar itu sendiri. Aperture dibaca dalam unit “f” contoh nya, f2.8 , f4, f5.6 gitu… Dan aperture mempunyai bacaan yang terbalik dari keadaan fizikal dia… Semakin besar bukaan aperture itu, semakin kecil lah nombor dia… rujuk rajah di bawah…

462px-aperture_diagramsvg

3) ISO sensitivity atau speed

iso

Setengah orang panggil sensitivity setengah panggil speed… suka hati korang lah nak panggil ape. – Ini pula merupakan tahap ke-sensitif- an sensor atau filem anda terhadap cahaya. Kalau korang masih ingat la kan, masa zaman filem dulu, pegi kedai gambar ah chong beli filem, mesti die cakap “bili ini filem ampat latus punya laa… ini manyak telang punya woOoo… waaa gelenti punyaaa”. 400 Itulah ISO sensitivity or speed. Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200… camera canggih-canggih & mahal-mahal ni ade yang ISO sampai 3200 sampai 6400 pun ade… fuyooOooohhh… ISO ni penting bila korang nak tangkap gambar malam-malam kan… Gelap… jadi korang naik kan la ISO kamera korang tu…

Jadi sekarang, bagaimana mereka berkait… ? korang mesti ingat lagi pasal exposure kan? ingat tak pasal exposure indicator? .  Perhatikan kamera korang, tengok pada exposure indicator tu,  seperti yang kita bincang kan kat dalam entry berkenaan exposure, tiga perkara di atas saling berkaitan antara satu sama lain…

Secara mudah nak faham lah. Bila shutter korang perlahan, jadi ianya membenarkan lebih banyak cahaya masuk mengenai sensor korang… Jadi, aperture pula akan menjalankan tugas untuk mengecilkan bukaan dia untuk mengurangkan jumlah kemasukan cahaya . Macam tu juga lah bila shutter korang laju… Aperture akan membuka lebih besar untuk membenarkan lebih cahaya masuk.

Situasi di atas pula (shutter laju atau slow/aperture besar atau kecil) di tentukan oleh tahap kesensitifan sensor… which is ISO lah… Apabila ISO korang makin sensitif terhadap cahaya . Jadi korang perlulah melajukan shutter dan mengecilkan aperture untuk korang dapat exposure yang ideal… Dan, begitulah juga sebaliknya…

Inilah kaitan antara mereka bertiga secara ringkasnya… jadi korang rasa diorang ni apa?

*Tajuk seperti Depth of Field, dan perkara-perkara yang complicated yang related dengan Shutter, Aperture, ISO ni, saya rase elok di cover dalam entry berasingan… hehehehe

Sekian…

Wassalam…

Comments (10)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION