Archive | Kenali Photoshop

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Selective Process kat dalam photoshop ;)

Posted on 12 April 2010 by admin

Salam,

First of all, minta maaf sebab lama tak update… tak berkesempatan… Agak busy semenjak dua menjak ni…

So, entry ini saya akan buat tutorial berkenaan selective process menggunakan photoshop… Apa itu “selective process” ?

Ok, sebagai contoh, pernah tak korang tengok gambar orang ada warna, tapi background diorg hitam putih? tu lah konsepnya… Tapi, ianya tak la berkenaan warna sahaja… Korang boleh blur kan gambar korang mengikut keperluaan korang… atau gunakan kreativiti korang dalam perisian photoshop… Ianya di gelar selective kerana prosess itu hanya berlaku pada sebahagian gambar korang sahaja…

Ni contoh gambar nya… *Klik pada gambar untuk versi yang lebih besar*

gg3b0012-edits

Jadi sekarang, macam mana nak dapat hasil begini?

Mula-mula, buka gambar korang di photoshop, *saya menggunakan Photoshop CS4. Kemudian korang klik pada ikon yang saya bulatkan dibawah. Ianya terletak pada Layer Pallette.

1

Untuk gambar ini, saya gunakan effect Black and white. Korang boleh juga gunakan effect2 lain mengikut keperluan korang.

Kemudian nanti akan ada lagi satu layer di atas gambar korang. Itu ialah layer mask. Dan ianya pernah diterangkan dalam tutorial berkenaan photoshop pada entry sebelum ini…

2

Dan adjust secukup rasa….Kemudian, korang kena berus (Shortcut “B”) semula hanya bahagian yang tak nak effect tu di apply kan ke gambar korang… Pastikan berus korang berwarna putih jika adjustment layer korang berwarna hitam dan vice versa…  Zoom in supaya korang boleh berus dengan lebih detail dan kemas…Adjust brush punya properties dengan meng-right click brush tersebut pada gambar mengikut keperluan dan keselesaan korang…

screenshot003

Kemudian flatten kan layer korang dan save kan gambar tersebut…

screenshot002

Maka dapatlah korang effect yang korang nak… senang kan? Ini gambar sebelum dan selepas…

main

Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama…

Sekian terima kasih…

Comments (3)

Tags: , , , , , , , , , ,

Clone stamp tool @ Healing Brush tool

Posted on 15 June 2009 by admin

Salam semua…

Kali ini saya akan membuat simple tutorial berkenaan penggunaan tool di dalam photoshop yang di kenali sebagai Healing brush Tool…  Apa tujuan Healing brush ni? Ianya sangat berguna kalau korang nak buang segala cacat cela di subject korang… Contoh yang paling mudah, pembuangan jerawat… Selain jerawat, korang boleh jugak buang bekas2 parut dan kedutan… Dengan erti kate lain, apa sahaja cacat cela lah…

Sebagai permulaan… Korang prepare lah gambar orang yang ada jerawat… dan buka di photoshop… If korang wondering photoshop version apa saya pakai, ianya ialah version CS3… jangan risau, photoshop ni version mana2 pun lebih kurang aje…  dah buka gambar di photoshop?

First sekali korang kena buat duplicate layer untuk gambar korang tu… korang pergi dekat Layer > Duplicate layer (1)… Dan akan ada window(2) yang keluar untuk korang namakan layer duplicate korang tu… kenapa kena duplicate? Ini supaya kalau korang boleh tengok before and after korang buang jerawat tu just dengan click kat gambar mata layer korang tu…

(1)wwl2008

(2) wwl2009 Then korang nama layer duplicate tu as Clone Stamp atau apa2 yang korang suka… tak nak pun tak pe…  Korang akan dapat lihat ada layer baru (3)  di atas background layer korang…

(3) wwl2010 Pastu korang carik kat sebelah kiri korang kat layer palette tu, ada simbol macam plaster (4)… atau korang tekan J kat keyboard korang…

(4) wwl2011 Lepas korang da dapat Healing brush tool tu

korang kena tekan button alternate sambil klik pada bahagian kulit yang tiada jerawat dan mempunyai tone warna yang sama atau hampir sama… (5) sebaiknya, bahagian yang berdekatan dengan jerawat tersebut… kemudian korang lepas button alternate klik pada jerawat tu… Korang repeat lah step di atas pada semua tempat yang korang nak buang jerawat tu…

(5) wwl2012

dan last sekali korang flatten kan balik layer (6) tapi dengan right click pada layer yang korang duplicate tu dan pergi ke flatten image… lepas tu korang save lah balik gambar tadi tu…

(6)wwl2013

Dan ini gambar sebelum da selepas… Selamat mencuba… ;)

b4nafter

*Ralat - Ianya Sebenarnya ialah Healing brush tool… bukan clone stamp… harap maaf dan terima kasih kepada cik aziel… :D


Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Bermain dengan White Balance ?

Posted on 10 June 2009 by admin

Salam readers…

Minggu lepas saya ada menulis berkenaan White Balance… Dan saya ada nyatakan bagaimana korang nak bermain dengan white balance untuk mendapatkan effect warna yang lebih menarik…  Walaubagai manapun, ianya hanya terhad di applikasikan pada sesetengah gambar sahaja… To be specific, gambar2 sunset atau sunrise… Ini kerana, ianya melibatkan tone2 warna, dan jika tone2 warna pada kulit manusia di ubah, ianya akan menyebabkan orang itu kelihatan seperti alien… :D

Berbalik pada topik kita…  Bila korang pergi ke tepi pantai, dating ke, family day ke etc2… Mesti korang nak tangkap gambar sunset atau sunrise sebagai kenang kenangan kan?  Tapi korang tau tak, yang dengan camera digital korang, korang boleh enhance warna langit tanpa korang perlu edit kat dalam photoshop?  Tapi bagaimana? Ingat kan dalam kamera korang ade setting untuk white balance seperti yang dibincangkan disini ? Sekarang saya akan tunjuk kan apa yang saya maksudkan… *saya menggunakan software adobe photoshop lightroom supaya memudahkan penyampaian… Konsepnya sama sahaja… Semua setting tersebut ada di dalam kamera korang…

wwl20041
1) Gambar yang ini ialah dari default camera saya iaitu - Auto White Balance
wwl2005
2) Dan ini di tukar kepada White Balance untuk Daylight - Perhatikan bagaimana ianya kelihatan lebih kebiru-biruan sedikit.
wwl2006
3)Yang ini pula di tukar kepada White balance Shade - Perhatikan ianya lebih ke-Oren-Oren-an sedikit… :D

Begitulah seterusnya… Korang cuba relatekan apa yang saya dah terang kan dalam entry White Balance yang lepas dan cuba applykan… Tak perlu tunggu nak dating tepi pantai untuk mencuba… kat depan rumah pun bole… janji ada langit… jangan test dekat siling  rumah sudah… hehehehehe Dan melangkah lebih lanjut sedikit… (*sikit je heheheh ) ialah untuk mereka yang mempunyai kamera yang mempunyai setting untuk kelvin korang boleh lah cuba untuk bermain2 dengan nilai kelvin tersebut pada kamera korang…

4) Perhatikan saya telah menaik kan bacaan kelvin saya… Dan perhatikan perubahan warna yang lebih ketara…

wwl2007

Selamat mencuba ye… ;) Sekian terima kasih…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , ,

Basic Penggunaan Layer Mask Adjustment

Posted on 04 May 2009 by admin

Salam  Semua…

Hari ini saya akan bercherita berkenaan basic penggunaan layer di dalam perisian photoshop… :D

Kenapa kita kena guna layer? Ini kerana, kalau korang guna layer, korang lebih fleksible lah… So, kalau korang buat salah takde lah kena guna button hikmat CTRL -Z… kehkehkeh…. Dan apa itu Adjustment layer mask nieh? ianya berguna kalau korang nak adjust atau modify gambar korang kat area yang tertentu sahaja…  Sebagai contoh, korang nak adjust kat area langit je untuk bagi kawasan langit tu jadi lagi chantik kan kaler dia… tapi kat kawasan bawah tu tak maintain gitu… gitu lah maksud saya… Sebagai contoh la eh… refer gambar bawah ni,

wwl1b4

Pada setengah orang, macam ni pun da ok, tapi kite boleh enhance lagi color dia… jadi macam gini…

wwl1after

Macam mana nak buat gini ? Macam mana nak adjust langit sahaja? atau daratan sahaja? Segalanya bermula begini… hehehehhe Mula2, korang buka la gambar korang yang korang nak adjust tu… Lepas tu, korang pegi kat bawah layer pallette tu, korang klik pada ikon yang ke 4 dari kiri. Yang tulis “click to create a new fill or adjustment layer” tu… *pastikan semasa korang klik adjustment layer kat bawah layer pallette tu, layer yang background tu berhighlight bermakna aktif.

1

Then, korang ambil adjustment “brightness & contrast”.  Lepas tu, korang akan dapat window gini, dan kalau korang nak namekan layer yang terhasil, Just double click kat name layer tu then korang namakan lah dengan nama langit ke, langit biruku ke, apa2 yang patut lah…

2

Then, korang adjust lah mengikut sedap mata memandang… then hit OK… kalo korang nak tengok sebelum/selepas. Korang just klik kat button mata yang kat tepi layer langit korang tu… Sekarang, kan korang nak adjust kat langit je kan? So, sekarang korang kena brush pulak bahagian langit tu… Senang je… kan layer langit korang tu… Korang perasan tak ade satu petak putih?

3

By default, petak tu akan jadi warna putih (layer mask thumbnail)… membawa maksud, kira adjustment yang korang apply sedang aktif… Jadi sekarang, korang akan meng-de-aktif-kan bahagian darat korang… Dengan cara mem-brush bahagian darat korang…  Lepas korang dah pasti kan yang layer mask thumbnail korang tu kaler putih dan klik pada layer mask thumbnail yang warna putih tu untuk memastikan ianya aktif… Korang pergi ke sebelah kiri, “*refer gambar kat atas” pastikan yang saya highlight tu jadi kaler hitam… Cuma klik kat anak panah bengkok tu… Itu ialah di mana korang akan set kan foreground color korang…  Selepas tu pergi ke brush dan korang berus kan bahagian darat korang… So, sekarang, bahagian darat korang tak akan dapat adjustment yang korang apply untuk langit tu… Dan, kalau korang nak apply untuk darat korang pula. Korang just ulang step diatas dan at the end nanti, korang brush bahagian langit pula…

Adjustment layer ni ada pelbagai fungsi… Cubalah explore untuk tahu the power of photoshop…  Dan untuk mendapat kan result seperti di atas, ade macam2 cara korang bole explore… Sebagai contoh, level, curve dan bermacam lagi…

Selamat mencuba !

sekian wassalam… :)

Comments (2)

Tags: , , , , , , , , , ,

Alamakkk ! Gambar Gelap… ! =(

Posted on 20 April 2009 by admin

Salam semua…

Pernah kan situasi macam ni terjadi kepada korang… ? Korang tangkap-tangkap gambar, tiba-tiba gambar korang jadi gelap… Tambah memburukkan keadaan, korang tak boleh nak tangkap semula gambar tersebut… Jadi apa yang korang boleh lakukan?

Kali ini, saya akan berkongsi berkenaan bagaimana untuk menyelamatkan gambar anda yang gelap atau term yang sebetulnya ialah “underexposed” . Masih ingat berkenaan “exposure” ?

Jadi, apa yang korang boleh lakukan? Nak delete, sayang…    Dengan sedikit pengetahuan mengenai penggunaan software seperti Adobe Photoshop (PS) atau Microsoft Office Picture Manager (MOPM), korang boleh menyelamatkan gambar-gambar korang yang underexpose tu… Kenapa saya mention MOPM? biasa PS je bila orang berbicara berkenaan gambar? PS ialah software yang boleh dikatakan sangat complicated… Interface yang mengelirukan, di samping pembabitan penggunaan layer yang mengelirukan. Oleh itu, setakat nak adjust brightness je, pakai MOPM pun bolehhhh…. hehehehe… lagipun, MOPM saya pasti semua orang ada…  Walau bagai manapun, hari ini, saya akan berbicara berkenaan pengguna PS untuk menyelamatkan gambar anda.

Contoh ini menggunakan software Adobe Photoshop CS 3…

1) Ini contoh gambar saya yang gelap tu…

img_4085

2) Then korang bukak gambar korang yang gelap tu kat PS dengan menggunakan command ( ctrl + o ) atau File > Open   .

3) Selepas itu, korang pergi ke, Layer > New Adjustment Layer > Level

level1

4) Lepas tu, akan ade window kecik keluar. Itulah menu untuk korang adjust Level korang.

level

* Kenapa Level? Bukan Brightness & Contrast?  . Begini, korang perasan tak bende yang macam graf kat window baru tu? Itulah “histogram” . Histogram ni berfungsi untuk memberitahu jurugambar kadar detail yang terdapat di dalam Shadow atau Highlight sesebuah gambar atau lebih tepat lagi dynamic range sesebuah gambar… Bila historgram ni berat ke kiri seperti gambar di atas, bermakna gambar anda gelap atau underexpose dan sekiranya ianya berat ke kanan pula, ianya bermakna gambar anda terlebih terang.  Jadi, maklumat tonal range korang terkandung pada histogram ini. Jadi function Level kat PS akan membenarkan korang meng-adjust kadar highlight mahupun shadow anda berdasarkan histogram itu tadi.

5) Korang perhatikan bulatan merah pada gambar di bawah. Yang dekat levels punya window tu. OK, itu lah di mana kita adjust slider highlight (paling kanan) / shadow (paling kiri) / atau midtone (tengah) untuk mendapatkan kecerahan gambar yang ideal.

screenshot0021

6) Korang juga boleh check sebelum dan selepas dengan meng - OFF- kan Adjustment Layer korang balik seperti gambar di bawah.

* Gambar ini ialah animated gif. Sila tunggu sebentar… :D

animated

Dan hasilnya…

2

Sekian sahaja buat masa ini. Selamat mencuba… :)

Comments (11)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION