Archive | Kenali Fotografi

Tags: , , , , , , , ,

Tips Ambil Gambar Portret… V2

Posted on 26 May 2009 by admin

Assalamualaikum w.b.t…

Saya memulakan entry ini dengan lafaz bismillah… Pertama sekali ingin saya memohon maaf kerana tidak sempat mengupdate entry berkenaan portrait ini secepat mungkin… Ini kerana saya dan Cherita Pictures agak sibuk kebelakangan ini… Nak tau kenapa? Sila lihat di sini

Ok, back to the topic… !

Setelah di bincangkan sedikit di sini. Kali ini, saya akan menulis berkenaan bagaimana korang nak ambil gambar dengan penggunaan fokal length yg lebar atau wide angle portrait… Bunyi macam susah… tapi ini ialah portrait yang selalu korang ambil menggunakan kamera kompak korang…  Di beri situasi di mana korang pergi ke suatu tempat yang ada pemandangan yang cantik lah… korang mesti nak merakam memori tersebut kan… Sekali dengan pemandangan tersebut… jadi apakah cara terbaik korang nak gunakan? …  Jadi apa yang korang boleh lakukan ialah, dengan meng-compose-kan gambar tersebut dengan cara yang betul seperti yang telah di bincangkan di sini . Tapi bagaimana?

img_2352-edit

Harap maaf, saya tiada gambar pemandangan yang sesuai dengan topik kita, jadi bayangkan sampan itu orang ye… hehehehehe….

Perhatikan di mana titik-titik pertemuan itu bertemu… Subject utama iaitu korang, dan subject secondary iaitu pemandangan itu sendiri sebaiknya berada pada titik pertemuan tersebut…  Senangkan?

Selamat mencuba… Korang ada cadangan topik apa yang sepatutnya di bincangkan selepas ini? Tinggal kan sebarang cadangan di ruangan komen ye.

Terima kasih daun keladi… =)

Comments (5)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Tips Ambil Gambar Portret…

Posted on 12 May 2009 by admin

Salam semua…

Pernah tak korang terfikir untuk menangkap gambar portrait korang dengan lebih elok? Supaya kamera yang korang beli mahal2 tu tak membazir? Mesti pernah kan?…

Sebelum saya mulakan, sekiranya korang ni baru kat website ini. Saya cadangkan korang baca berkenaan komposisi atau composition dulu… Ini untuk mengelakan korang confuse lak kang…

Apakah faktor yang perlu korang pertimbangkan kalau nak tangkap gambar portret ?

1) Latar Belakang / Background(BG) – BG yang menarik, dan tak berserabut macam sabut kelapa adalah penting dalam menentukan samada portret korang berjaya ke tak… Sebagai contoh… Jangan lah korang ambil gambar portret dengan memasukan sekali signboard2 yang tak patut… seperti signboard jamban ke… unless, ianya juga turut membantu dalam menguatkan element di dalam gambar tersebut… Ada juga cara lain untuk “membuang” BG korang… hehehehe… refer gambar ini : ( memperkenalkan Prabu ! Dusyum Dush dush ! hero tamil dari chennai… )

img_4703

Dengan menggunakan fokal length yang jauh, saya berjaya membuang BG yang serabut di belakang prabu… BG yang blur jer ini dinamakan Bokeh. Bokeh merupakan lawan kepada sharpness atau fokus… Bokeh berasal dari bahasa jepun boke yang  jika di direct translatekan bermaksud fuzzy… Bagaimana korang nak dapat “bokeh” ni pakai kamera kompak korang? haaa…. camni… kamera korang mesti bole zoom kan? jadi korang zoom in ke subjek korang pada jarak yang paling minimum yang muat untuk korang masuk kan at least setengah badan… Contoh seperti gambar hero kita… Mungkin korang tak dapat kualiti background blur/bokeh yang sama… Tapi kalau korang berjaya dapat blur2 kat belakang tu…  itulah konsep dia…

2) Pengcahayaan – Korang pernah tak ambil gambar membelakangkan matahari?  dan gambar korang jadi gelap? pernah kan… Oleh itu gunakan lah flash untuk situasi tersebut… dan sebaiknya, elak kan daripada membelakangkan matahari… kalau tak, akan terhasil lah effect silhouette . Sebaiknya, korang ambil gambar kat bawah pokok di mana pokok akan bertindak menjadi sebagai pelembut/diffuser untuk mengurangkan keterikan matahari…  Lagi pun, buat ape berdiri tengah panas… ? ehehehehehe….   Walau bagaimana pun, tak semestinya membelakangkan matahari itu tak elok… korang bole membuat effect yang sangat menarik sebenarnye… tapi jangan le time tengah2 hari tu… sebagai contoh…

img_4701

Gambar di atas di ambil kira2 jam 6.30 petang waktu malaysia… bukan jepun ok… perhatikan bagaimana matahari telah menghasilkan outline yang menarik pada belakang  subject saya… pengcahayaan begini di capai tanpa penggunaan sebarang flash… hanya teknik exposure yang betul sahaja…. yang korang boleh capai dengan apa2 kamera sekalipun…. Tapi bukan sahaja membelakangkan matahari atau backlight sahaja menarik, meng-tepi-kan matahari atau side lighting pun boleh menghasilkan effect yang menarik juga… Contoh seperti gambar di bawah… Kedua2 effect ini membantu membuatkan subject korang lebih terampil / stand out dari background dia…

img_4671

Tak Nak Rokok !

*Entry ini akan bersambung Insya Allah dalam minggu ni juga…  Terima kasih… ;)

Comments (6)

Tags: , , , , , , , ,

Selepas beli kamera ?

Posted on 18 April 2009 by admin

Thumbnail dari – http://images.tigerdirect.com

Bagaimana nak improve gambar korang?

OK, selepas korang beli kamera, seperti yang di bincang kan DISINI , sebaiknya, korang belajar pula berkenaan perkara INI .  Gunakan mode2 yang telah dibincangkan DISINI pula. Selepas itu, kaji dengan sedikit mendalam berkenaan mode-mode yang korang guna dan relate kan dengan apa yang di bincangkan DISINI.

Insya allah, kalau korang ikut seperti apa yang saya sarankan di atas . korang akan rasa lebih berbaloi dengan pembelian korang… 

Tips di atas tidak menjanjikan korang boleh dapat result yang cantik, tapi kalau korang usaha sikit. Boleh lah… dan sangat penting untuk korang memahami had kamera korang. Korang mesti pernah mengalami situasi sebagai contoh, korang nak tangkap gambar jauh-jauh tanpa korang aware yang kamera korang itu ialah digital zoom seperti yang telah dibincangkan DISINI , dan gambar korang jadi pecah-pecah dan bila transfer kat computer korang, and korang zoom, jadi lagi pecah. Jadi dengan mengetahui dan tidak melampaui had kemampuan kamera korang. Korang secara tak langsung akan berjaya meningkatkan kualiti gambar korang…

Jadi, selamat mencuba… kalau korang rasa macam nak orang komen gambar korang, email kan gambar tersebut ke admin [at] belajarkamera.com . Saya akan buka satu ruangan mingguan, dimana, saya akan komen gambar-gambar korang macam akademi fantasia tuh… ihihihiih…

sekian,

wassalam… :)

Comments (8)

Tags: , , , , , , , ,

Composition , komposisi, “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?”

Posted on 09 April 2009 by admin

Composition , komposisi, “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?”

Salam readers…

Harini saya akan menulis berkenaan Composition atau “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?” . Mungkin ini berbunyi sedikit rumit , tapi percayalah, ianya tak serumit mane pun…

Bila korang tengok kt LCD camera korang, pernah tak korang terfikir, “macam mana eh, cantik nak tangkap gambar ni…” atau, “ish, macam boring je angle nie… ” Perkara yang korang ragukan inilah yang dipanggil composition.

Otak korang berhempas pulas untuk berfikir dimana patut atau bagaimana anda patut letakkan subjek anda di dalam gambar atau ketika anda framing untuk sesuatu gambar. Harus di ingat, tak semua orang dilahirkan kreatif dan inovatif . :D Jadi, di dalam fotografi, telah ditetapkan kire macam undang-undang lah… or better called Rule Of Thumb.

Ok, jadi bagaimana korang nak dapatkan composition yang terbaik lagi da boommb ?

Pernahkan anda terdengar berkenaan Rule Of Third (RO3) ?

*Jangan confuse dengan Rule of thumb , ianya tiada kena mengena.

RO3 ni ialah peraturan yang telah di tetap kan atau di cadangkan di dalam fotografi dimana, ianya mencadangkan supaya kedudukan subjek korang atau daya tarikan utama di dalam gambar korang harus lah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih . Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 garis tegak dan 2 garis melintang yang korang perlu bayangkan di dalam di dalam framing korang.

Atau secara susahnya ;

The rule of thirds is a compositional rule of thumb in visual arts such as painting, photography and design.[1] The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would

(Source ; wiki – http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds )

Tak faham? Saya tau korang mesti tak faham. Rujuk rajah di bawah .

ruleofthirds

(Sumber grafik dari ; http://photoinf.com/Golden_Mean/Michael_Fodor/Photo_School_-_Rule_of_Thirds/ruleofthirds.jpg)

Perasan bagaimana 2 garis tegak dan melintang itu berada di dalam framing korang? Haaa… tu lah die RO3… Titik yang di maksudkan ialah, Titik di mana garis tersebut bertemu dan membentuk simpang empat. Hehehehe… bukan round about eh… :P

Jadi contohnya kalo korang nak ambil gambar boyfriend ke, girlfriend ke, bini ke, laki ke kan… pastu korang nak memuatkan sekali dengan pemandangan kat belakang korang tu kan. Jangan la letak diorg kat tengah-tengah frame. Letak la tepi sikit… cantik sikit gambar tu…

Lagi satu, kalu korang nak ambil gambar portrait lah kan… Seeloknye, korang compose gambar korang tu supaye bahagian mata subjek korang tu kena pada titik tu. Sebagai contoh ;

img_2177

Dapat tak idea berkenaan composition ni? Line composition ni, ade sesetengah model kamera ade tersedia bina dalam. Ada yang takde… Jadi korang kena bayangkan lah…

Walaupun RO3 ni dikatakan Undang-undang . Cuba korang ikut apa yang dicadangkan, ianya mampu memberikan impak yang tinggi dalam gambar korang. Jika korang masih ragu-ragu, Jangan segan untuk tinggal kan soalan anda di ruangan komen. :)

Percayalah…~ ~ ~ ~ bak lagu dato’ siti nurhaliza kite…

Sekian…

Comments (12)

Tags: , , , , , , ,

Fahami Exposure

Posted on 06 April 2009 by admin

Di bahagian ini, saya akan tulis berkenaan Exposure atau Bahasa Malaysia-nye pendedahan… Cara penyampaian saya lebih kepada kurang formal. Jadi korang takde la boring kan… dengan so called bahasa baku… :p dan saya akan cuba menyampaikan ia dengan cara yang paling simple dan mudah korang faham…

Dalam photography, perkara yang harus, wajib dan semestinya seseorang itu faham untuk mendapat gambar yang cantik or at least decent ialah pengcahayaan atau bahasa orang putih die lighting. Photography ni berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu me-manipulasi@manipulate cahaya yang ada untuk menjadikan ianya suatu gambar.

Dimana sumber cahaya, kadar kekuatan atau intensity cahaya itu sendiri mempengaruhi gambar tersebut. Sebagai contoh, korang mesti pernah melalui pengalaman dimana matahari berada di belakang subjek korang dan apabila gamba dihasilkan, subjek tersebut gelap gelita bak 10 budak hitam. Atau, situasi yang sama, tetapi subjek korang terang clear untuk dilihat tetapi background menjadi putih bak tepung gandum cap sauh beli kat tesco.

Pernah kan? korang pun mula menyalahkan camera yang korang beli mahal-mahal tu. Jangan salahkan camera tu… tak baik… die tak buat salah… korang harus ingat akan hukum alam… apa yang manusia hasilkan tak kan se-perfect ciptaan illahi. Sensor camera korang tidak secekap mata korang. Ianya tidak mampu mengendalikan contrast yang terlalu tinggi.

Jadi, camera hanya mampu membaca situasi pengcahayaan pada satu tempat sahaja.

Part pertama yang korang perlu tau mengenai photography ialah EXPOSURE.

Apakah itu exposure itu ???

Pemahaman Exposure

Exposure ni kalau di ikutkan, macam keterangan sesuatu gambar tu. Kalau korang pernah dengar “gamba ko ni underexpose lah or gamba ko ni overexpose lah… !” tu lah die exposure… tapi, dalam era filem photography dulu, exposure ni kire pendedahan film tu kepada cahaya… jadi sekarang ni kan zaman digital dah, so exposure ni kire macam pendedahan sensor camera kite tu kepada cahaya… ada paham… ? rasenye ni la cara paling senang kot nak explain pasal exposure ni… hehehehhe…

Tapi cara susahnya ialah :

Exposure is the total amount of light allowed to fall on the photographic medium (photographic film or image sensor) during the process of taking a photograph. Exposure is measured in lux seconds, and can be computed from exposure value (EV) and scene luminance over a specified area.

In photographic jargon, an exposure generally refers to a single shutter cycle. For example: a long exposure refers to a single, protracted shutter cycle to capture enough low-intensity light, whereas a multiple exposure involves a series of relatively brief shutter cycles; effectively layering a series of photographs in one image. For the same film speed, the accumulated photometric exposure (H) should be similar in both cases.

Di petik dari WiKi – http://en.wikipedia.org/wiki/Exposure_(photography)

What is ideal/Correct exposure – exposure secukup rase lah kirenye… hehehehhe

Ok, camni, korang mesti biase tgk kt dalam viewfinder atau LCD camera korang tu bende ni .

In-Camera Exposure Indicator

Ok korang perasan kan ? jadi apekebende nye nieh?  Ni lah kire senang cite exposure indicator lah… bende ni yg akan bagitahu yg gamba korang tu akan jadi gelap atau terlebih terang atau sesedap rase… jadi, perhatikan kat tengah-tengah nombor positif dan negative tu. Kan ade macam indicator bentuk macam jarum tu. Tu lah die indicator tu. Kalau indicator tu bergerak ke sebelah nombor-nombor positive tu, maknanye gamba korang akan jadi overexpose sikit lah. Dan secara logiknya, kalau indicator tu bergerak ke sebelah negative, gamba korang akan jadi gelap kelam lah makanya…. Hehehehe

Jadi untuk mendapatkan gambar yang sedap2 rasa darjah keterangan dia, pastikan yang indicator tu akan duduk di tengah-tengah antara nilai positive dan negative.

Korang mesti da faham apa itu exposure konsep dia serba sedikit kan? Jadi sekarang macam mana nak dapatkan exposure yang ngam-ngam ? sesedap-rasa? :P … camni,

*walaubagaimanapun , ideal exposure itu tetap bergantung kepada individu itu sendiri. Di mana, se-setengah effect memerlukan setting exposure yang berbeza.

Untuk mendapatkan ideal exposure, ada 3 faktor utama yang mempengaruhi exposure itu sendiri.

1 - Shutter Speed @ Kelajuan Pengatup

2 – Aperture Opening @ Bukaan Aperture

3 – ISO Sensitivity @ hrmmm ape ye dalam bahasa Malaysia?

Shutter -Satu komponen di dalam kamera dimana ianya berfungsi untuk menentukan  jumlah cahaya yang akan masuk di dalam ke sensor atau filem sesebuah camera itu sendiri pada jumlah masa yang tertentu. Kelajuan nya dikira dalam millisecond atau milisaat… laju tuuu….

Aperture – Aperture juga menjalankan fungsi dimana ianya menentukan jumlah cahaya yang akan masuk melalui lens dan terus ke sensor atau filem. Aperture juga mempengaruhi beberapa perkara lain di dalam photography sebagai contoh depth of field atau darjah subjek di dalam focus dan ianya turut mempengaruhi sharpness sesuatu gambar itu sendiri.

ISO sensitivity atau speedSetengah orang panggil sensitivity setengah panggil speed… suka hati korang lah nak panggil ape. – Ini pula merupakan tahap ke-sensitif- an sensor atau filem anda terhadap cahaya. Kalau korang masih ingat la kan, masa zaman filem dulu, pegi kedai gambar ah chong beli filem, mesti die cakap “bili ini filem ampat latus punya laa… ini manyak telang punya woOoo… waaa gelenti punyaaa”. 400 Itulah ISO sensitivity or speed. Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200… camera canggih-canggih & mahal-mahal ni ade yang ISO sampai 3200 sampai 6400 pun ade… fuyooOooohhh…

Itu lah secara basic-nya penerangan mengenai exposure atau pendedahan. Korang jangan main dedah-dedah je tau… nanti kang takde faedah lak korang beli camera canggih-canggih gambar hasil tak macam iklan kt tv tu…

Comments (17)

Tags: , , , , ,

Silhouette atau bukan silhouette

Posted on 06 April 2009 by admin

Silhouette atau tak silhouette

Silhouette atau tak silhouette

Secara mudahnya, dalam fotografi, silhouette adalah apabila subjek kelihatan sebagai bentuk hitam dengan latar belakang yang lebih cerah. Ia telah menjadi satu ekspresi artistik dalam fotografi, yang mana setiap fotografer mempunyai cara dan citarasa mereka tersendiri untuk melakukannya.

Secara teknikalnya, effect silhouette boleh dicapai dengan apa saja sumber cahaya dan biasanya cahaya matahari adalah contoh penggunaan sumber cahaya yang paling mudah/biasa kita lihat dalam gambar-gambar yang menggunakan effect silhouette.

Dalam penggunaan effect silhouette, sesetengah orang lebih senang untuk mendapatkan imej subjek yang 100% gelap berbanding latarbelakangnya. Ada juga yang mempunyai citarasa yang berbeza dengan hanya memastikan subjeknya separa gelap (rujukan).

Bagi saya, dalam penggunaan effect silhouette ini, kesesuaiannya adalah bergantung kepada apakah mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut. Dalam gambar di atas, saya lebih senang menjadikan subjek itu separa gelap sebab background yang cerah tu bukanla subject utama yang cuba saya tonjolkan. Gambar ini diambil daripada sebuah majlis pertunangan dan sudah tentunya si gadis adalah subjek utama saya. But, anyway, saya create effect silhouette ini just because saya sukakan moodnya.  Jadi, untuk masih mengekalkan penekanan kepada si gadis, saya pilih untuk hanya ‘meng-separa-gelap-kan’ subjek saya.

Tapi, berbeza pulak kalau saya cuba ambil gambar subjek saya berlatarbelakangkan pemandangan sunset. Mungkin, dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil, antara gambar yang akan saya pilih adalah gambar yang menggunakan silhouette effect dengan subjeknya yang 100% gelap. Sebab? Pemandangan sunset itu juga mungkin merupakan satu mesej yang ingin saya sampaikan melalui gambar tersebut.

Jadi, gunakanlah teknik effect silhouette ni mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri. Macam mana nak gunakan/dapatkan effect silhouette? Hmmm..itu kenalah tunggu post yang lain kut?…daaa…

Comments (5)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION