Archive | Kenali Kamera

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Fasa baru dan Kenali Asas Flash Photography…

Posted on 08 July 2011 by admin

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian…

Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat saya untuk meng-update blog ini kerana kesibukan yang melanda diri ini… :(   Sebenarnya dah banyak entry2 di draftkan, tapi tak punya masa untuk menyiapkan draft2 tersebut…

Fasa baru ? apa yang fasa baru ? ingin saya kongsikan dengan korang sekalian yang saye sudahpun selamat di-ijab kabul kan pada 18 jun 2011 yang lepas… Isteri saya iaitu juga admin belajarkamera.com dan cheritapictures.com /business partner selama ini kini selamat menjadi LIFE PARTNER… :)   Saya sharekan satu gambar yang diambil oleh photographer kami di studio kami.

Ok, berbalik pada tujuan entry ini ditulis… Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan Flash / Speedlite / Lampu Denyar /. Ini antara nama yang selalu kita dengar dikalangan jurugambar. Tapi apa fungsi dia ? Adakah sebagai aksessori tambahan sekadar penghias kamera ? atau mempunyai peranan besar dalam meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan ?

Flash ini berfungsi sebagai sumber cahaya tambahan apabila sumber cahaya tidak mencukupi dan ianya turut berguna untuk mengurangkan bayang-bayang yang tidak diingini yang terhasil daripada sumber cahaya yang lain iaitu matahari mahupun lampu rumah/spotlight dan sebagainya…

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai flash yang terbina dalam kamera sendiri. Ada juga yang tidak mempunyai flash terbina dlm tetapi ianya kebiasanya ialah model2 profesional seperti Canon 1 series dan Nikon profesional series.

Selain daripada itu, terdapat juga flash luaran (external flash) yang mempunyai kuasa yang lebih kuat dan lebih flexible berbanding flash terbina dalam. Flash ini juga boleh di kawal arah cahaya yang dihasilkan dan membenarkan jurugambar menjadi lebih kreatif didalam bermain dengan pengcahayaan.

Entry ini tidak akan menceritakan bagaimana flash berfungsi atau mode apa yang patut korang pakai kerana ianya  agak rumit untuk diceritakan. Walaubagaimanapun, korang boleh lah google sendiri berkenaan TTL  untuk mengetahui dengan lebih detail. Secara asasnya TTL  merupakan bagaimana kamera korang mengambil bacaan exposure melalui lens korang supaya flash tersebut tahu berapa kuat ia patut menyalakan sesuatu scene itu. Disebabkan ianya melalui lens korang maka nama nya ialah TTL . TTL bermaksud  Through The Lens.  Dikalangan pembuat kamera, mereka menamakan sistem ini dengan pelbagai nama. Seperti ETTL, A-TTL, i-TTL dan lain-lain. Mode TTL ini merupakan mode full automatik sepenuhnya untuk flash, korang hanya pasangkan dan ianya akan menyala setiap kali shutter kamera ditekan. Flash turut mempunyai mode manual dimana kekuatan flash tersebut dikawal oleh pengguna sendiri.

Apa yang penting pada saya untuk pengguna flash yang baru ialah, bagaimana korang menggunakan flash korang supaya ianya tidak terlalu terang dan menghasilkan bayang pada subjek korang dan antara teknik2 dan tips berguna didalam flash photography.

1) Bounce Flash – Korang tahu kah semakin besar permukaan sumber cahaya korang semakin lembut cahaya yang dihasilkan ? Disinilan konsep bounce flash ini diguna pakai. Apabila korang menghalakan flash korang ke siling dan membiarkan ianya di pantulkan ke subjek korang, cahaya tersebut akan menjadi lebih lembut dan lebih natural berbanding korang menghalakan flash terus ke subjek korang. Apabila flash dihalakan terus kepada subjek korang, maka akan terhasilah bayang-bayang yang tak hensem di belakang subjek korang. Dan ini, antara perkara yang tidak di ingini di dalam flash photography.  Tak percaya ? cubalah … :)   Tapi biarlah rasional… kalau tiada siling macam mana hendak dipantulkan pula ya ? :P

2) Bounce Kad – Apabila tiada siling atau siling terlalu tinggi untuk menggunakan teknik bounce, photographer biasa akan menggunakan alatan seperti bounce card untuk menggantikan siling dan menghasilkan efek yang lebih kurang sama dengan bounce flash. Beginilah lebih kurang rupa dia…

DIY Bounce card - http://www.themoment2cherish.com/DIY-Bounce-Card/

3) Diffuser – Selalu dikaitkan dengan alat yang disangkut di tutup pada depan flash dimana ianya akan melembutkan atau meng-diffuse cahaya flash korang supaya ianya tidak terlalu kasar atau harsh. Diffuser terdapat dalam pelbagai jenis dan menghasilkan output yang berbeza-beza. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.

www.stofen.com

http://www.jayceooi.com/2008/10/04/gary-fong-whaletail-flash-diffuser-reporter-clone-review/


Universal flash-diffuser - http://camera-shop.co.nz/universal-soft-flash-bounce-diffuser-for-all-flash-p-212.html

lambency flash diffuser : http://lucifer-doom.blogspot.com/2007/12/lambency-flash-diffuser-review.html

Ini lah antara jenis-jenis flash diffuser yang ada dipasaran. Setiap jenis ni akan menghasilkan effect yang berbeza-beza. Jadi tepuk dada tanyalah selera. Sekian untuk kali ini.

Comments (9)

Tags: , , , , , ,

Bokeh Dengan Hanya Kit Lens?

Posted on 13 January 2011 by Aziel Azhar

Entri ini ditulis oleh Aziel Azhar dan boleh didapati di blognya.

.

Kali ni saya nak tulis tentang 1 perkara yang paling kerap ditanya oleh samada pembaca BelajarKamera.com mahupun kawan-kawan yang baru nak nak berjinak-jinak dalam fotografi.  Biasanya pertanyaan tu akan berbunyi macam ni :

Macam mana nak buat subjek yg kita fokus saja yang sharp tapi yang lain semua blur?

Nanti ada yang akan jawap :

Oooh, itu kena pakai lens yang boleh bukak aperture besar (nombor/nilai aperture kecik). 2.8 kah, 1.8 kah, baru boleh…

….dengan penuh keyakinan.

Maka si fulan bin/binti si fulan yang bertanya pun sangatlah teruja untuk menambah lens baru dalam koleksinya kerana sebelum itu dia cuma ada kit lense 18-55mm sahaja, yang bukaan aperturenya cuma boleh pergi setakat 3.5-5.6 sahaja. Malam itu juga tabung ayam terpaksa dinodai sekali lagi demi memenuhi hasrat yang membara. Atau, terus cari kalendar kuda untuk tengok bila bonus keluar dan hitung balance kad kredit yang perlu dilangsaikan untuk tambah kredit baru :D .  Ngeee… *senyum seboleh-boleh sampai ke telinga*.

Tuan-tuan dan puan-puan, ingin effect blur di belakang tanpa menodai tabung ayam anda? Itupun kalau ada tabung ayam lah, kalau tak ada, tabung itik kah, tabung botol susu kah, semua pun boleh jadi mangsa.

Kalau anda belum cuba ini, silakan cuba dulu. Nanti kalau rasa dah bosan dengan effect blur atau bahasa teknikalnya bokeh yang kurang ‘creamy’, baru lah penuhi nafsu serakah anda dengan lense yang boleh buka aperture seluas-luasnya.

Untuk entri ini, semua gambar-gambar dibawah hanya menggunakan lense 18-55mm Canon.

GAMBAR#1

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture: f 5.0
  • ISO : 1600
  • Focal length : 35mm

.

Lense canon 18-55mm ni, dia punya jarak fokus paling minimum (minimum focusing distance) ialah 0.28m/0.9kaki. Jadi, saya boleh pergi sehampir 0.28meter (28 cm) daripada subjek. Kalau pergi dekat hidung, mungkin boleh kira bulu hidung agaknya. Saya tak pernah buat lagi pulak :p.

Ada nampak nilai 2.8, 2.0, 1.8 atau lebih rendah dari itu? Ade? Ade? Takde kan? Untuk gambar-gambar dalam entri ini, saya guna Manual (M) mode untuk dapatkan full-control ke atas kamera saya. Walaupun macam tu, bila saya gunakan focal length yang panjang (in this case 35mm), secara automatik cik kit lens kita ni cuma boleh buka aperture sampai f5.0 saja. Jadi dalam kes ini si fulan bin/binti si fulan yang saya cerita di atas tadi pun gusarlah sebab katanya kawan dia cakap kena guna aperture yang besar-besar dan besar belaka (nilai f sekecil yang boleh), baru boleh dapat blur-blur gitu.

Eh, tapi macam mana saya boleh blurkan muka adik saya kat belakang tu dengan hanya f5.0? Bukan silap mata, tak payah susah-susah tambah blur dalam Photoshop pun. Just move closer to to your subject, dalam kes gambar ni saya nak fokus pada jari adik saya, kat bahagian yang ada bulu tu, sebab saya jeles kenapa bulu jari dia pendek tapi bulu jari saya panjang *tak kena mengena*. Jadi saya pergi sedekat yang mungkin dengan jari dia.

.

GAMBAR#2

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 1600
  • Focal length : 55mm

Untuk Gambar#2 ni lagilah, aperture 5.6 je. Bagi bokeh-mania (penggila bokeh kehkehkeh :p), f5.6 ibarat macam syiling 50sen je. Kalau bagi kat peminta sedekah pun tak rasa apa walaupun lepas tu nampak peminta sedekah tu masuk 7Eleven beli slurpee, tukar duit syiling berbungkus-bungkus dan panggil teksi tanpa bertemankan tongkat si butanya – dengan kata lain, setakat 50 sen, tak heranlah kena tipu dengan peminta sedekah. Jauh gila lari topik ni, kan? :D

So, macam mana dalam gambar kat atas background dia boleh blur sedangkan guna f5.6? Magic kah? Photoshop kah? Dan kenapa blur/bokeh gambar#2 lebih ‘ganas’ daripada gambar#1 sedangkan kalau compare f5.0 dengan f5.6, dah sah-sah f5.0 (gambar#1) lagi besar bukaan aperturenya tapi kenapa gambar#2 ni lagi bokehlicious?

Ahah!. Ada 2 sebab di sini. Pertama, nampak focal length yang saya guna untuk gambar#2? Saya guna focal length paling panjang bagi lens tersebut iaitu 55mm. Kedua, jarak antara subject dengan background dalam gambar#2, lebih besar berbanding gambar#1. Lagi jauh jarak antara subject dengan background, lagi blurrrrrrrrr lah. Itu pun nak ajar ke? :p

.

GAMBAR#3

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f3.5
  • ISO : 1600
  • Focal length : 18mm

.

Gambar ketiga ni pulak, saya guna focal length yang paling pendek pada lens ni, 18mm, sebab saya nak dapatkan gambar wide. Dengan lens 18-55mm ni, bila kita guna focal length yang pendek, barulah dia lembut hati boleh bagi aperture 3.5 :p. Kalau tak, walaupun anda guna Manual mode jangan haraplah anda akan berjaya buat dia jadi f3.5 sekiranya anda gunakan focal length panjang (55mm contohnya).  Sebab tu kat lens tu tulis 3.5-5.6. Kenapa dia macam tu? Err, itu kita cerita lain kali haaa… Jadi jangan ingat dial/button pada kamera anda tu bermasalah, memang nature lense tu macam tu. Kamera anda tak salah tau, kesian dia.

.

Jadi kesimpulan kita hari ini, apa dia kawan-kawan?

Untuk dapatkan blur/bokeh yang ‘ganas’, rahsianya adalah :

  1. Gunakan aperture yang paling besar pada lens anda. Lagi kecik nilai aperture tu, lagi besar bukaannya dan lagi lazatlah bokeh/blur nya – Ini adalah fakta yang paling biasa kita dengar ( I mean, jika anda peminat fotografi lah. Kalau tak, memanglah tak pernah dengar). Dan selalunya ramai yang hanya berpandukan fakta ini semata-mata tapi tak pertimbangkan fakta-fakta lain seperti di bawah.
  2. Minimumkan jarak antara kamera dengan subjek. Move as close as possible to your subject, bergantung kepada minimum focusing distance lens anda. Macam mana nak tau dia punya minimum focusing distance? Tengok je kat bahagian tepi lense tu ada tulis contohnya macam ni “0.28m/0.9ft”.
  3. Maksimumkan jarak antara subject dengan background supaya background tu boleh ‘dibuang jauh-jauh’. – ini logik, kan? makin jauh background tu, makin blurlah dia.
  4. Gunakan focal length paling panjang pada lens anda. Kalau lens anda 16-35mm, gunalah 35mm. Kalau 17-70mm, gunalah 70mm. Bila anda dah fixkan focal length tu begitu, bermakna anda tak daptat nak zzom in/out kan, jadi gunakanlah kaki anda untuk tujuan zooming – maksud saya bergeraklah ke depan or ke belakang kalau perlu. Faham kan maksud saya? Tak faham jugak? Kalau tak faham, tengok contoh kat bawah ni :

.

Kedua-dua gambar ni menggunakan lens dan kamera yang sama, kelajuan shutter yang sama, focal length yang sama, bukaan aperture yang sama , ISO yang sama, dan difokus kepada bahagian yang sama dalam bulatan merah. Saja je saya ulang perkataan ‘yang sama’ tu banyak kali, kalau buat karangan Bahasa Melayu kat sekolah mesti kena potong markah sebab struktur ayat tak bagus.  Tapi cuba tengok apa yang berbeza dan macam mana boleh dapat perbezaan macam tu? :

GAMBAR#4

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 400
  • Focal length : 55mm

.

#GAMBAR5

EXIF

  • Shutter : 1/50
  • Aperture : f5.6
  • ISO : 400
  • Focal length : 55mm

.

Dah dapat apa perbezaannya? Gambar#5 lebih ‘ganas’  bokeh nya berbanding gambar#4 kan? Macam mana boleh dapatkan perbezaan macam tu sedangkan semua settingnya sama? Jawapannya macam yang saya sebut kat point nombor 4 kat atas tadi lah – zoom pakai kaki! Bukan pusingkan focusing ring lens tu guna kaki daaaaa, tapi bergeraklah ke depan-belakang mengikut keperluan. Err, tak semestinya guna kakilah sebenarnya, saya guna roda kerusi je, sebab saya ambil gambar ni kat atas meja saya sambil duduk atas kerusi :p .

Jadi, encik/cik yang bernama si fulan bin/binti si fulan tadi, dah try ni belum? Kalau belum bermakna tak patut anda menodai tabung ayam anda untuk menambah koleksi lens anda selagi anda belum cuba ini. Kesian tabung ayam tu, tak sempat nak penuh. Lagi sedih kalau tabung ayam tu anak anda yang punya. Malam-malam mesti dia mengigau jatuh katil jerit-jerit “Tidaaaaaaaakkkkkkk….” :p.

Kesimpulannya, tak semestinya anda kena berbelanja lebih untuk mendapatkan kepuasan yang anda cari, kerana anda mungkin belum habis explore apa yang anda miliki.

Selamat mencuba! :D

Comments (37)

Tripod? Monopod? yang mana satu?

Posted on 23 December 2010 by admin

Salam sejahtera buat para pembaca yang budiman dan budiwati… :P

Tripod atau Monopod, yang mana satu keperluan korang?  Pada korang yang dah tahu jangan ketawa, kerana entry ini mungkin terlalu mudah untuk difahami untuk korang. Tapi percayalah ada yang tidak tahu apa itu tripod dan monopod.  :) Korang juga kena tahu yang tripod atau monopod mempunyai lagi satu komponen yang penting iaitu kepala tripod. Atau dalam bahasa english nya ialah TRIPOD HEAD.

Kita mulakan dengan perbezaan tripod dan monopod dulu ye… :)

Tripod


Seperti namanya, begitulah rupanya, TRI bermaksud tiga (3). Jadi rupa fizikal nya ianya berkaki tiga. Sejenis peralatan yang digunakan untuk menampung kamera korang sekiranya korang memerlukan bukaan shutter yang lama. Sebagai contoh sekiranya korang ingin mengambil gambar ketika suasana gelap atau situasi ketika itu memerlukan masa exposure yang lebih lama seperti gambar landskap ketika senja atau malam.

Tripod juga terdapat yang mempunyai kaki yang flexible seperti gambar dibawah.

Monopod


Bukan sistem audio Mono, tetapi monopod bermakna ianya mempunya satu kaki sahaja. Kebiasaan nya digunakan untuk menampung lensa korang apabila lens korang membesar sehingga korang tak mampu menampung dengan tangan korang sendiri. Monopod menjadi pilihan kebanyakan sport photographer kerana ianya tidak menghadkan pergerakan seperti tripod. Ianya tidak sesuai untuk digunakan ketika exposure yang lama kerana ianya tidak boleh dibiarkan sendiri tanpa dipegang oleh pengguna. Ianya memang semata-mata untuk menampung berat lensa korang.

By the way, ini gambar seorang kawan saya yang merupakan antara sport photographer terulung di Malaysia, Peter Lim. Perhatikan bagaimana kamera beliau diletakkan di atas monopod. Owhhh dan ini website dan blog beliau ! .

Tripod Head

Terdapat banyak jenis tripod head ni sebenarnya. Antara yang korang akan biasa jumpa ialah jenis Ball Head dan Pan & Tilt head.

  • Ball Head

- Ball head ni ialah antara yang banyak digunakan oleh jurugambar. Ianya membenarkan adjustment yang cepat dibuat ketika mengambil gambar.

  • Pan & Tilt Head

- Agak leceh untuk digunakan, tetapi ianya mempunyai kelebihan kerana ianya tidak akan menggangu setting yang digunakan untuk paksi lain apabila adjustment sedang dibuat di suatu paksi yang lain.

  • Wimberley

- Biasanya digunakan oleh jurugambar yang mengambil gambar burung. Ianya membenarkan kamera di posisikan dengan cepat tanpa perlu melakukan adjustment yang banyak.

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis-jenis tripod head ini. Tetapi asasnya ialah seperti di atas. Korang boleh mencari sendiri dengan meng-google “Tripod Head” untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis2 Tripod Head yang wujud. :)

Antara pembuat-pembuat tripod yang berjaya ialah Manfrotto, Gitzo dan Velbon. Terdapat juga brand2 China yang agak bagus kualitinya seperti….. err… minta maaf, saya kurang pasti namanya pula… :P banyak bebenor brand nye… :D

Ianya pula kebiasaanya dibuat dengan menggunakan material yang ringan seperti Aluminium dan carbon fiber. Dan, haruslah korang tahu yang tripod yang baik kualitinya tidak lah murah. Tripod dan Monopod ini boleh dikata antara peralatan yang penting dalam fotografi. Ianya membantu photographer mendapatkan imej yang lebih sharp dan mengurangkan beban yang dipikul. Bak kata pepatah, Berat mata memandang apatah lagi bahu memikul… chewaahhh…

Ok, sekian selamat maju jaya !

Comments (2)

Memori kad dan kepentingannya…

Posted on 19 December 2010 by admin

Salam Sejahtera kepada para pembaca yang hensem lagi budiman…

Tadi saya baru membantu seorang sahabat saya yang mengalami masalah dengan memori kad beliau dimana ianya tidak boleh di buka di komputer. Didalamnya, terdapat gambar2 yang agak penting buat beliau… Alhamdulillah, ianya berjaya di recover… yay ! Dan timbul lah idea untuk saya menulis blog harini… :)

Memori kad yang biasa digunakan untuk kamera digital SLR terdapat 2 jenis, iaitu Compact Flash (CF) dan Secure Digital (SD) kad. Kita mulakan dengan apa itu memori kad? ianya ialah sejenis solid state memory device(maaf saya tak tahu nak translate bagaimana – ada idea ? :P ) yang mampu menyimpan data walaupun tanpa bekalan tenaga.

Apa yang korang perlu tahu dalam pemilihan memori kad ialah write speed – kelajuan kad menyimpan data daripada kamera. Semakin laju kad tersebut semakin mahal lah ia… :D Dan yang penting sekali ianya membenarkan lebih banyak gambar diambil ketika korang menggunakan burst mode.


Bagaimana ianya mempengaruhi burst mode korang ialah, ketika korang memetik shutter korang, gambar tersebut akan terhasil didalam bentuk data. Data ini kemudian akan diproses didalam kamera dan dihantar ke buffer memory kamera korang. Dari buffer memory ini barulah ianya akan ditulis ke memori kad korang. Jadi, semakin cepat buffer memori korang mampu menulis ke memori kad korang semakin cepatlah kamera korang mampu memproses data-data tersebut.  Buffer memory ini bertindak sebagai pusat tahanan sementara lah untuk data korang sementara menunggu data korang ditulis ke memori kad.

Buffer memory ini pula tak boleh di upgrade kerana ianya sudah ditetapkan oleh pembuat kamera korang, jadi hanya penggunaan memori kad sahaja yang mampu membantu kamera korang untuk bekerja dengan lebih laju.

Bagaimana untuk korang mengenalpasti kad yang mempunyai write speed yang tinggi? ianya bergantung kepada pembuat kad itu… Ini kerana setiap brand mempunyai sistem yang berbeza sebagai contoh Sandisk, menggunakan Extreme II atau Ultra II sebagai contoh untuk melabel tahap kelajuan kad mereka. Jadi tanyalah kepada salesman sebelum membeli kad tersebut ye untuk mendapatkan info berkenaan kelajuan kad tersebut atau rujuk website pembuat kad.

Diharap entry ini mampu membuatkan korang lebih memahami kamera korang… Sekian, terima kasih… :)

Comments (3)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Upgrading ? Lensa atau Flash ?

Posted on 05 November 2010 by admin

Salam sejahtera buat semua pembaca…

Seperti tajuk di atas, (ceh macam nak buat surat rasmi… :P ) , Ok, korang mesti pernah ada dilema dimana korang dapat bonus akhir tahun dan korang tak tahu apa yang patut korang beli… Sama ada flash atau lensa…?

Jadi, entry ini adalah bertujuan untuk meng-guide korang untuk menjadi lebih tahu tentang apa yang korang perlukan atau mahukan… Sekiranya korang mempunyai bajet yang terhad, apa yang saya boleh cadangkan ialah korang beli lah flash / speedlite / lampu denyar dulu… Ini kerana, ianya akan sangat lah membantu dalam mengambil gambar indoor walaupun korang hanya menggunakan kit lens atau lens yang mempunyai bukaan maksimum aperture yang kecil… Mungkin ada sesetengah orang merasakan flash ni agak leceh untuk dipikul ke hulu ke hilir. Tapi, percayalah (baca macam lagu Dato Siti :P ), ianya sangat membantu.  Ataupun, korang belilah flash yang kompak seperti Canon 270EX ini… Untuk pengguna Nikon turut ada, cuma saya tak pasti apakah model nya… Yang third party pun ada seperti Nissin dan sebagainya… Berbelanjalah dengan bijak… :)

Kemudian berkenaan lensa. Mungkin ada yang mempunyai bajet yang besar untuk peralatan fotografi mereka, jadi bolehlah korang upgrade lensa korang kepada yang lebih berkualiti… Juga, lensa korang cukup untuk melitupi dari wide ke telephoto… Membeli lensa pada saya pelaburan yang bijak. Ini kerana, harga lensa tidak jatuh secepat harga body camera. Juga, lensa tidak cepat outdated berbanding body camera…

Jadi, di harap dengan entry yang ringkas ini dapat membantu korang memilih… Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan ye… Bukan mengikut kemahuan… :)

Ada sebarang komen? atau pertanyaan? Tinggalkan di ruangan komen di bawah… owhhh… Belajarkamera.com turut berada di facebook ! Ini linknya… Sama-sama kita berdiskusi ye… :)

Sekian… :)

Comments (41)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Metering Lock…?

Posted on 20 July 2010 by admin

Metering Lock? Kunci meter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi handsome dan cun… :P

Pernah tak korang menghadapi masalah apabila korang nak ambil gambar potret berbaju gelap atau terang? Dimana, bila subjek korang berbaju gelap,muka mereka akan kelihatan terlalu cerah seperti dilimpah cahaya keimanan… :D manakala, kalau subjek korang berbaju putih atau cerah, muka mereka akan kelihatan sedikit gelap bagai baru lepas ber“tanning” di pantai Pulau Perhentian…?

Situasi di atas terjadi apabila kamera korang tidak mengambil bacaan exposure di tempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, apabila subjek korang memakai baju hitam, kamera korang akan mengambil bacaan exposure di baju. Ini kerana, kebanyakan kamera akan mengambil bacaan exposure berdasarkan kawasan yang berada di dalam frame. Dan kebiasaan mereka yang tidak mengetahui berkenaan metering lock, akan terus mengambil gambar tanpa mengambil kira tempat yang sepatutnya untuk mengambil bacaan exposure.

Jadi, entry kali ini akan membantu korang mengatasi masalah di atas dan sebagai panduan untuk korang mendalami fungsi metering lock pada kamera korang. Pertama sekali, korang kena  pastikan yang korang tahu mengenai metering mode. Ianya boleh di baca di ENTRY ini. Lebih baik jangan teruskan membaca entry ni selagi belum baca tahu apa itu metering mode, nanti korang confuse.

Sekiranya kamera korang mempunyai mode spot metering. Apa yang korang boleh lakukan ialah, korang ambil bacaan exposure di muka subjek korang atau dibahagian mana yang korang nak tonjolkan pada subjek korang. Ini supaya subjek korang akan mendapat bacaan exposure yang betul di kawasan yang sepatutnya.

Bagaimana untuk lock bacaan tersebut? SILA RUJUK MANUAL KAMERA. Ianya bergantung pada jenis kamera. Lain jenama/system lain caranya.

Selain daripada menggunakan spot metering, apa yang korang boleh lakukan ialah. Korang boleh zoom in kepada subjek korang dan lock-kan bacaan exposure tersebut. Kemudian recompose semula. Itulah yang kerap dilakukan oleh saya. Ini kerana bukan setiap masa kita perlu menggunakan spot metering. Jadi berdasarkan pengalaman saya, dengan cara meng-zoom in kepada subjek dan lock metering turut membantu dalam mendapatkan bacaan exposure yang betul pada subjek saya.

img_6094-edit-2s

Perhatikan gambar di atas. Ianya tidak menggunakan spot metering. Tetapi, menggunakan teknik yang telah saya kongsikan diatas. Gambar diatas diambil ketika situasi pengcahayaan dimana, cahaya yang mengenai bahagian belakang subjek adalah lebih terang daripada bahagian hadapan subjek. Apa yang saya lakukan ialah. Mengambil bacaan pada bahagian muka sahaja. Dengan cara ini, saya dapat exposure yang betul pada Point of Interest subjek iaitu muka beliau dan pada masa yang sama, menonjolkan pakaian yang dipakai oleh beliau. Dengan sedikit pengetahuan tentang dimana sepatutnya korang mengambil bacaan exposure, korang boleh menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Berbaloi dengan pelaburan korang yang beribu-ribu lemon itu. :P

Sekian, Selamat Mencuba….

Comments (6)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Kenali Automatic Exposure Bracketing (AEB)

Posted on 26 April 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Pernah tak korang mengalami situasi dimana keadaan cahaya di tempat yang korang nak ambil gambar tu susah untuk korang menentukan apakah setting yang sesuai?

Salam satu cara untuk korang menghadapi situasi begini ialah dengan bermain dengan setting kamera korang dan mengambil beberapa shoot dengan setting yang berbeza. Masalah dengan teknik ini ialah, korang hanya membuang masa korang dan pada masa yang sama, korang berkemungkinan akan terlepas moment atau saat-saat berharga korang… cheewaahh… :P

Boleh dikatakan, hampir semua model DSLR mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai Automatic Exposure Bracketing (AEB) dan kamera kompak yang advance juga mungkin mempunyai fungsi ini.

Exposure Bracketing

Apa yang terjadi bila korang menggunakan fungsi ini? ianya akan mengambil beberapa shoots yang mempunyai exposure yang berbeza tanpa memerlukan korang menukar setting kamera… haaa… magic tak? :P   Apa yang dilakukan oleh fungsi AEB ini ialah, apabila fungsi ini diaktifkan, sebagai contoh, korang pakai Mode Aperture priority dan aperture korang di set kan ke f5.6 dan ISO 200. Kamera korang akan menggunakan nilai shutter yang berbeza untuk ianya mendapatkan sekurang-kurangnya 3 shoots yang mempunyai bacaan exposure yang berbeza… bermakna, ianya antara exposure yang di tengah-tengah “0″ (exposure yang betul) tu, -1(gelap sikit) dan +1(terang sikit).

Bagaimana rupa dia nanti? rujuk gambar dibawah dan lihat bagaimana gambar-gambar tersebut mempunyai exposure yang berbeza…  *Kalau tak tahu exposure tu apa, sila semak kembali apa yang telah dikongsikan website ini. Usaha tangga kejayaan… :D

brack

Dan begitulah juga sekiranya korang menggunakan mode shutter priority. Sentiasa rujuk kepada manual korang dimana letaknya fungsi ini.

Apabila fungsi ini di pilih, saya nasihatkan korang pakai lah shutter mode yang macam machine gun tu… supaya korang tak perlu tekan shutter tu banyak-banyak kali.

Diharap dengan apa yang dikongsi kali ini akan membuatkan pengalaman fotografi korang lebih bermakanmakna… :P

Sekian… Selamat mencuba… :)

Comments (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Crop Factor… ?

Posted on 07 January 2010 by admin

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia…

Pernah tak korang dengar berkenaan tajuk di atas? atau korang sendiri tak peduli? isk isk isk… tak baik tauuu…. :P   Crop Factor ni lah antara faktor2 yang akan membantu korang memahami Focal Length korang dengan lebih mendalam…

Apa itu Crop Factor? First of all, korang kena tau Crop Factor ni berkenaan apa… Ianya ialah size sensor Camera DSLR korang… Mesti korang tertanya2 “so ?” & “ape kejadah nye semue ini ? ! ” … :D

Korang mesti tau yang sensor kamera digital korang tu, mempunyai size yang berbeza dan kebiasaannya, lebih kecil dari size negatif filem yang korang boleh beli kat kedai Lim Tat Kedai Gambar™ …  Korang kena tahu yang,  filem – filem itu bersaiz 35mm dan gambar yang dihasilkan bersaiz 36x24mm . Inilah yang dipanggil Full Frame atau kalau korang nak Bahasa Malaysia sangat Frame Penuh… (hah kan tak sedap bunyi die… : P )

Ok, sekarang, korang dah tau saiz filem yang biasa korang tengok tu… bagaimana term crop factor itu wujud? korang refer gambar di bawah :

img_2334-7

Kenapa bulat? ini lah bagaimana lens korang melihat sesuatu pemandangan…  Ok, dan petak yang merah mewakili size 35mm dan yang hijau mewakili 1.6 crop factor… Perhatikan yang 35mm mempunyai coverage yang lebih luas dan yang crop factor tu lebih kecil… Kalau korang berdiri di tempat yang sama menggunakan lens yang sama, tapi, satu sensor kecil dan lagi satu full frame atau 35mm, korang akan dapati, view atau gambar korang akan lebih jauh dengan kamera yang bersensor kecil… Ini bermakna, sensor korang telah meng-crop-kan gambar korang itu… Disinilah Cop Factor punya nama datang…   Dan korang perhatikan gambar dibawah pula :

crop-comparison

Korang perhatikan yang gambar diatas mempunyai view yang lebih luas berbanding di bawah… Sebabnya ? seperti yang telah dijelas kan di atas sebentar tadi…

Dan faktor inilah yang menyebabkan korang harus pertimbangkan bila korang nak beli lens… Kalau lens 24mm, ianya merupakan wide angle  lens untuk 35mm format, tapi tidak untuk crop sensor. Korang harus mengambil kira nilai crop factor korang untuk menentukan jumlah focal length lens korang… Kalau 24mm korang kena lah darab/kali dengan nilai crop factor korang…

Macam mana korang nak tahu crop factor korang? Sila lah rujuk jadual dibawah :

capture

Sekian sahaja kali ini berkenaan crop factor… Sekian terima lah kasih saya… :D

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Dilema DSLR…

Posted on 20 December 2009 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pasti ada diantara korang berada dalam dilema bila korang nak membuat pemilihan untuk membeli kamera digital SLR pertama korang… antara perkara yang selalu bermain difikiran korang pasti seperti “hrmmm Nikon ke Canon eh?”, “Sony ok jugak kan?” gitu-gitu lah… :D

Statement seperti “beli Canon lah… PRO banyak pakai Canon” atau, “Beli Nikon lah… accessories senang, murah… ” . Pada saya, ianya tidak benar sama sekali… Still, apa-apa pun, orang yang dibelakang kamera tu jugak yang menentukan hasil & kualiti sesuatu gambar tu… Kamera semahal mana pun, kalau basic pun korang tak kuat susah lah… kalau malas nak carik resoruce, memang lagi lah kan… ? :P

Berbalik pada topik kita tadi. Sekiranya korang dalam dilema nak pilih camera,  apa yang akan saya recommend atau sarankan kan kat korang ?

Pertama sekali, rujuk lah website DPreview ini… ianya sumber yang korang boleh percaya untuk korang mengcompare model2 kamera yang korang bakal miliki…

Kemudian, korang tengok kawan-kawan korang… majoriti, pakai kamera chap apa? kalau Nikon, saya akan cadangkan belilah Nikon… Kenapa? Accessories kamera DLSR ni mahal, terutama lensa-lensa nye… Jadi kalau korang ade group, korang boleh lah kongsi-kongsi kos hobi korang… boleh lah bertukar2 lensa dengan kawan-kawan korang… ye dak?

Pastikan, sebelum korang beli, test dulu model yang korang berkenan di hati tu… Pegang, peluk, lah kamera tu… ambil “feel”… Kadang-kadang, dah beli baru lah korang rase kamera tu terlalu kecil untuk korang… So, takut lah korang rase rugi kan… Pastu gunalah alasan yang korang dengan kamera tak serasi… jadi gambar pun tak cantik… PooOOodahhh !

Dan saya akan recommend korang rujuklah DPreview tu… Ianya akan menunjukkan statistik yang berupa lebih kurang begini…

Jadual ini di ambil dari DPreview.com . Ianya menunjukkan, brand yang mendapat jumlah klik tertinggi di website tersebut dalam tempoh 5 hari yang lepas.

capture2

Dan jadual di bawah ini pula menunjukkan , model kamera yang mendapat jumlah klik tertinggi dalam tempoh 5 hari yang lepas. Maknanye, popular lah tu… :P

capture

Dan, lepas korang dah decide, korang boleh lah rujuk di sini untuk tips-tips pemilihan kamera korang…  Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah… :) Harap, tips-tips yang ada di website ini membantu korang lah ye…

Sekian…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu filter? penapis minyak? penapis udara? :D

Posted on 29 October 2009 by admin

Salam to everyone… Hari ini, saya akan bercerita tentang filter… Bukan penapis minyak mahupun penapis udara, tapi filter yang digunakan dalam fotografi. Mungkin ada yang tak tahu macam mana rupa filter tu kan… Begini lah rupa die… Ianya mempunyai size yang tertentu… Size tu pula bergantung pada saiz thread lens korang… (bahagian paling depan lens korang tu) , paling besar filter setakat yang saya tahu ialah 82mm… yang paling kecil saya tak tau… Ianya akan di pasang pada depan lens korang… Macam ni, Gambar di atas menunjukkan kedudukan filter tersebut… Kita pergi kepada jenis2 filter yang terdapat di pasaran dan yang kerap digunakan, secara ringkasnya… (nanti korang dah terer korang akan tahu lebih detail part ni… ;) ) UV filter – Filter ni antara accessory wajib untuk kamera korang… Ianya bertujuan untuk memprotect lens element korang yang paling depan tu daripada bercalar…  Selain itu, seperti namanya, ianya turut menapis sinaran UV yang akan menyebabkan haziness… Circular Polarizer Filter (CPL) – Filter ni ada dua fungsi, pertama – ianya membuang reflection pada cermin atau permukaan air dan kedua, ianya mampu menambah contrast pada langit…  Lihat rajah di bawah;

Ihsan - wikipedia.com

Ihsan - wikipedia.com


ihsan wikipedia

ihsan wikipedia

Gambar di atas menunjukan sebelum(kiri) dan selepas(kanan) menggunakan polarizer filter… kan cantik gitu… :D Neutral Density Filter (ND) – Filter ini bertujuan untuk menghad kan kemasukan cahaya kedalam kamera korang… Ianya berguna bila korang nak tangkap gambar portrait pada siang hari menggunakan bukaan aperture yang besar… Atau, kalau korang nak tangkap gambar air tapi nak pakai slow shutter speed supaya air tu nampak macam kapas-kapas gitu… :D ND filter ni di kategorikan dengan nilai ND 2, ND 4, ND 8 kebiasaannya… Semakin besar nombor ND nye, semakin gelap lah filter itu jadi, semakin kurang lah jumlah cahaya yang masuk…

ihsan photoanswers.co.uk

ihsan photoanswers.co.uk

Graduated ND Filter – Ianya sama dengan ND filter… cuma ianya graduated (bukan graduate unversity mana2 eh… :P ) . Begini, filter ini, hanya separuh daripada filter itu yang gelap… bermaksud, atas gelap kemudian ianya semakin terang…Tak faham? gini lah rupa dia…

http://www.nathangriffin.com

http://www.nathangriffin.com

Ada debat yang mengatakan, penggunaan filter ini, akan mengurangkan kualiti gambar korang… Pada pendapat saya, kalau dengan filter ini kita boleh mengimprove gambar secara menyeluruh, kenapa kita perlu risau dengan satu defect yang akan terhasil dek penggunaan filter ini? kan? Saya rasa setakat ini sahaja ringkas berkenaan filter… Sekian, Terimalah kasih… :P

Comments (9)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION