Archive | Servis

Apa Yang ‘Celik DSLR’?

Posted on 10 March 2011 by admin

Celik  DSLR ?

Anda telah beralih daripada menggunakan kamera kompak kepada kamera DSLR. Kini anda telah sedari yang kamera DSLR anda tidak seperti kamera kompak anda kerana penggunaannya memerlukan pemahaman teknikal yang lebih mendalam berbanding penggunaan kamera kompak. Kami akan membantu anda untuk memahami aspek teknikal tersebut. Gambar yang baik bergantung kepada pengetahuan teknikal, dan bukan semata-mata kepada peralatan (kamera) atau perisian (software) atau nasib.

Atas permintaan ramai dan bersempena dengan pra-pelancaran studio Cherita Pictures di Prima Saujana Kajang, kami akan menganjurkan sesi perkongsian yang sesuai untuk mereka yang ingin menguasai kemahiran menggunakan kamera DSLR mereka. Di dalam sesi ini kami akan berkongsi pengetahuan dan tips-tips berguna yang kami perolehi sepanjang penglibatan kami di dalam industri ini. Setiap sesi terhad kepada maksimum 10 orang peserta sahaja. Ini untuk memastikan setiap peserta mendapat peluang untuk mendalami pengetahuan ini dengan lebih berkesan. Latihan praktikal akan turut dijalankan sepanjang sesi ini dimana peserta akan mendapat peluang menguji pemahaman mereka dengan bantuan tenaga pengajar.

Pandai DSLR menggunakan konsep yang digunakan di BelajarKamera.com, di mana penggunaan bahasa malaysia mudah ditekankan  dengan tujuan untuk menyenangkan pemahaman aspek-aspek utama dalam fotografi.  Pengisian yang padat dan ringkas ini akan dijalankan dalam tempoh 4 jam di studio kami.

Apa yang akan dikongsikan didalam sesi ini ?

  • Pengenalan Asas Fotografi
  • Exposure Element
  • Exposure Mode
  • Focusing Mode
  • Metering Mode
  • White Balance
  • Composition & Rule of 3rd

Siapa yang patut hadir?. Ianya terbuka untuk pengguna yang baru berjinak dengan DSLR, terutamanya mereka yang ingin mengukuhkan penguasaan skill mereka dalam pengendalian kamera DSLR.

Jadual Sesi :

Lokasi : Studio Cherita Pictures, Prima Saujana, Kajang . (Alamat akan diberikan kepada peserta yang telah mengesahkan tempat)

Tarikh/Masa (Jadual)

Jumlah Peserta : Maximum 10 orang setiap sesi (minimum 5 peserta)

Tempoh Bengkel : 4 Jam setiap sesi

Yuran Penyertaan : RM 100.00 sahaja . (Deposit RM50 diperlukan untuk pengesahan tempat, baki dijelaskan pada hari sesi dijalankan) Nota akan diberikan. Sajian ringan dan minuman disediakan.

Untuk mengesahkan tempat anda, sila isi borang penyertaan dibawah dan lampirkan bukti pembayaran deposit sebanyak RM50.00 . Tempat adalah berdasarkan first come, first serve. Sekiranya berlaku pertindihan, wang deposit akan dipulangkan atau anda akan diberi pilihan untuk menukar sesi.

Pembayaran boleh dibuat ke:

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

* No. Akaun :

* Bank : MAYBANK

* Beneficiary : CHERITA PICTURES

* Email : coach[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)

Sesi untuk kali ini telah pun tamat. Kami berterima kasih kepada mereka yang sudi mendaftar. Sesi ini akan mungkin akan dianjurkan lagi pada masa akan datang. Terima Kasih.

Comments (17)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION