Archive | Kedai

Celik DSLR :: Soalan Lazim / Terma & Syarat

Posted on 10 March 2011 by admin

Sila baca sebelum meneruskan tempahan.

1. Siapakah golongan sasaran tutorial ini?

Tutorial ini disasarkan untuk mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka dalam kemahiran untuk mengawal kamera dan mengasah pengetahuan berkenaan fotografi. Ianya disarankan untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dalam bidang fotografi dan merasakan ianya penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal kamera mereka. Ini kerana, pengawalan kamera adalah faktor utama dalam memperolehi foto yang berkualiti.

2. Apa yang perlu di bawa ketika tutorial ini?

Peserta perlu mempunyai kamera DSLR untuk memudahkan pembelajaran. Selain itu peserta digalakkan membawa manual kamera . Peralatan untuk menulis juga perlu di bawa bersama. Laptop tidak diperlukan, ini bertujuan supaya peserta dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika tutorial dijalankan.

3. Dimanakah sesi ini akan berlangsung?

Sesi ini akan dijalankan di Studio Cherita Pictures di Prima Saujana, Kajang.

4. Adakah sesi penggunaan perisian Photoshop akan disertakan sekali?

Tidak, ini kerana, tujuan asal tutorial ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengawalan kamera DSLR. Sekiranya peserta masih lemah dalam pengawalan kamera, tidak bermakna perisian Photoshop akan mampu memperbaiki kelemahan tersebut. Sasaran tutorial ini ialah “to get it right straight from camera” atau mendapatkan gambar yang baik terus dari kamera.Manipulasi atau pengolahan menggunakan Photoshop atau perisian lain tidak terkandung dalam modul tutorial ini.

5. Sekiranya saya tidak dapat hadir, adakah saya akan mendapat pulangan deposit saya?.

Tidak, tetapi, anda boleh mencari orang lain untuk menggantikan tempat anda. Walaubagaimanapun, sekiranya jumlah peserta untuk satu sesi tidak mencapai jumlah minimum (5 orang) pihak penganjur berhak membatalkan  atau meminda sesi dan/atau memulangkan kembali deposit.

6. Berapa lamakah tutorial ini akan berlangsung?

Tutorial ini akan berlangsung sekurang-kurangnya empat (4) jam. Didalam tempoh ini, peserta akan didedah kan dengan teori dan praktikal berkenaan pengendalian DSLR.

Comments (10)

Apa Yang ‘Celik DSLR’?

Posted on 10 March 2011 by admin

Celik  DSLR ?

Anda telah beralih daripada menggunakan kamera kompak kepada kamera DSLR. Kini anda telah sedari yang kamera DSLR anda tidak seperti kamera kompak anda kerana penggunaannya memerlukan pemahaman teknikal yang lebih mendalam berbanding penggunaan kamera kompak. Kami akan membantu anda untuk memahami aspek teknikal tersebut. Gambar yang baik bergantung kepada pengetahuan teknikal, dan bukan semata-mata kepada peralatan (kamera) atau perisian (software) atau nasib.

Atas permintaan ramai dan bersempena dengan pra-pelancaran studio Cherita Pictures di Prima Saujana Kajang, kami akan menganjurkan sesi perkongsian yang sesuai untuk mereka yang ingin menguasai kemahiran menggunakan kamera DSLR mereka. Di dalam sesi ini kami akan berkongsi pengetahuan dan tips-tips berguna yang kami perolehi sepanjang penglibatan kami di dalam industri ini. Setiap sesi terhad kepada maksimum 10 orang peserta sahaja. Ini untuk memastikan setiap peserta mendapat peluang untuk mendalami pengetahuan ini dengan lebih berkesan. Latihan praktikal akan turut dijalankan sepanjang sesi ini dimana peserta akan mendapat peluang menguji pemahaman mereka dengan bantuan tenaga pengajar.

Pandai DSLR menggunakan konsep yang digunakan di BelajarKamera.com, di mana penggunaan bahasa malaysia mudah ditekankan  dengan tujuan untuk menyenangkan pemahaman aspek-aspek utama dalam fotografi.  Pengisian yang padat dan ringkas ini akan dijalankan dalam tempoh 4 jam di studio kami.

Apa yang akan dikongsikan didalam sesi ini ?

  • Pengenalan Asas Fotografi
  • Exposure Element
  • Exposure Mode
  • Focusing Mode
  • Metering Mode
  • White Balance
  • Composition & Rule of 3rd

Siapa yang patut hadir?. Ianya terbuka untuk pengguna yang baru berjinak dengan DSLR, terutamanya mereka yang ingin mengukuhkan penguasaan skill mereka dalam pengendalian kamera DSLR.

Jadual Sesi :

Lokasi : Studio Cherita Pictures, Prima Saujana, Kajang . (Alamat akan diberikan kepada peserta yang telah mengesahkan tempat)

Tarikh/Masa (Jadual)

Jumlah Peserta : Maximum 10 orang setiap sesi (minimum 5 peserta)

Tempoh Bengkel : 4 Jam setiap sesi

Yuran Penyertaan : RM 100.00 sahaja . (Deposit RM50 diperlukan untuk pengesahan tempat, baki dijelaskan pada hari sesi dijalankan) Nota akan diberikan. Sajian ringan dan minuman disediakan.

Untuk mengesahkan tempat anda, sila isi borang penyertaan dibawah dan lampirkan bukti pembayaran deposit sebanyak RM50.00 . Tempat adalah berdasarkan first come, first serve. Sekiranya berlaku pertindihan, wang deposit akan dipulangkan atau anda akan diberi pilihan untuk menukar sesi.

Pembayaran boleh dibuat ke:

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

* No. Akaun :

* Bank : MAYBANK

* Beneficiary : CHERITA PICTURES

* Email : coach[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)

Sesi untuk kali ini telah pun tamat. Kami berterima kasih kepada mereka yang sudi mendaftar. Sesi ini akan mungkin akan dianjurkan lagi pada masa akan datang. Terima Kasih.

Comments (17)

Shoot iN Style Ver 2 | New Design Camera Straps!

Posted on 09 August 2010 by admin

Salam Sejahtera kepada semua,

Kali ini kami akan memperkenalkan produk baru khas untuk mereka yang inginkan style/gaya, dan mahukan yang lain dari yang lain. Gaya , Mutu, Keunggulan… :D . Produk kali ini terbahagi kepada 3 series. Ornament Series, Elegant Series dan Funky Series. Jom tengok dan beli! ;)

ORNAMENT SERIES

(Klik pada gambar untuk lebih jelas )

Mempunyai 5 design yang berbeza lagi anggun, kacak dan bergaya… :p .

Outer Material -Embroided Motive on Jacquard (sulaman)
Inner Material -Suede (baldu)
Dimension: Length – 140cm , Width – 4cm

Jumlah stok akan diupdate disini dari masa ke semasa- Sila rujuk ruangan ini sebelum membuat pesanan.

MODEL BILANGAN STOK
SO1 Out of Stock
SO2 Out of Stock
SO3 Out of Stock
SO4 Out of Stock
SO5 Out of Stock

______________________________________________________________________________________

FUNKY SERIES

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

5 design yang funky sesuai untuk mereka yang berjiwa muda :D .

Outer Material – For model SF5 (Rainbow), material is elastic . Others: Polyester
Inner Material -PU Leather except model SF5 (Rainbow)
Dimension: Length : 135cm , W – 3.8cm

Jumlah stok akan diupdate disini dari masa ke semasa – Sila rujuk ruangan ini sebelum membuat pesanan.

MODEL BILANGAN STOK
SF1 Out of Stock
SF2 Out of Stock
SF3 Out of Stock
SF4 1 (daripada 3)
SF5 Out of Stock

_________________________________________________

ELEGANT SERIES

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Mempunyai 3 design yang elegant dan simple sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang simple dengan sedikit gaya kelainan.
Outer Material – For white Color (SE1), material is cotton . Others : PU leather
Inner Material -Suede (baldu)
Dimension: Length : 140cm , Width : 4cm

Jumlah stok akan diupdate disini dari masa ke semasa – Sila rujuk ruangan ini sebelum membuat pesanan.

MODEL BILANGAN STOK
SE1 Out of Stock
SE2 3 (daripada 4)
SE3 2 (daripada 4)

______________________________________________________________________________________

MAKLUMAT HARGA

  • HARGA :RM 65.00 setiap satu -Termasuk penghantaran RM 35.00 (self collect) RM 40.00 (with postage)
  • SELF-COLLECT :
  1. Boleh dilakukan di sekitar Bandar Sri Permaisuri (Cheras) & Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang) sahaja The Studium (studio Cherita Pictures™) yang terletak di Prima Saujana Kajang. Walaubagaimanapun, masih perlu buat pembayaran penuh dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form, sebab kami tak dapat reservekan strap anda tanpa bayaran penuh. Sila nyatakan anda mahu self-collect item berkenaan, di bahagian pesanan dalam order form. Pihak kami akan menghubungi anda untuk mengatur masa dan tarikh untuk self-collection.
  2. Penjualan adalah berdasarkan first come, first serve . Jadi untuk mengelakkan anda terlepas strap idaman anda, sila buat pembayaran terus mengikut maklumat akaun diaatas dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form di bawah. Sekiranya berlaku kehabisan stok, pihak kami akan segera menghubungi anda dan memulangkan wang anda 100%. Hanya order form yang dilampirkan dengan bukti pembelian sahaja dianggap sebagai pesanan yang sah.
  3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Syed Fadhil : 012 – 244 1573

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

  • No. Akaun : 562526116557
  • Bank : MAYBANK
  • Beneficiary : CHERITA PICTURES
  • Email : shop[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)
  • Sekiranya ingin membeli lebih daripada satu unit, sila tinggalkan pesanan didalam Order Form dibawah. Sertakan kuantiti dan modelnya sekali.
BORANG ORDER STRAP SiS ver.2
  1. BORANG ORDER STRAP SiS ver.2
BUTIRAN PEMBELI
  1. BUTIRAN PEMBELI
  2. *Butiran wajib **Email yang sah diperlukan
BUTIRAN PESANAN
  1. BUTIRAN PESANAN
  2. Kod barangan untuk dipesan


PENGESAHAN
  1. PENGESAHAN
LAIN-LAIN
  1. LAIN-LAIN
HANTAR PESANAN
  1. HANTAR PESANAN
 

cforms contact form by delicious:days

______________________________________________________________________________________

Team Cherita Pictures™ pun sekarang syok menggayakan Shoot iN Style Camera Straps:

Model tak berbayar menggayakan Shoot iN Style Camera Strap model SO3 ketika jalan-jalan (sila abaikan gaya muka 'kontrol ayu' tu) :p

Satu lagi model tak berbayar mengenakan Shoot iN Style Camera Straps model SO4 ketika bertugas.

Model SF5 dari Funky Series dikenakan pada kamera Instax.

Jangan terlepas!

Comments (13)

Tags:

Soalan Lazim (FAQ) | Pre-Order

Posted on 13 July 2010 by admin

1) Apa itu Pre-Order?

Pre-order adalah order/tempahan yang dibuat untuk item yang belum di-release oleh supplier. Cherita Pictures selaku pengasas BelajarKamera.com akan menjadi pihak yang bertanggungjawab atas proses ini untuk memastikan semua proses tempahan dan penghantaran berjalan dengan lancar.

2) Berapa lama tempoh Pre-Order akan dibuka?

Tempoh pre-order akan dibuka bergantung kepada keperluan dan kesesuaian. Setiap batch pre-order mempunyai tempoh masa yang berbeza, jadi sila rujuk kepada entry yang berkenaan.

3)Selepas tempoh pre-order ditutup, berapa lama barangan akan sampai kepada saya?

Apabila tempoh pre-order ditutup. Pihak kami akan memproses tempahan dan akan memesan kepada pengilang. Sekiranya stok mencukupi, barangan tersebut akan dihantar kepada kami dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Dan kami akan mengambil masa 1-2 hari untuk membungkus dan menghantar kepada pembeli. Secara kasar, keseluruhan proses akan mengambil masa kurang 2 minggu. Sekiranya ada kelewatan pada pihak kami atau pengilang, kami akan memaklumkan kepada para pembeli.

4) Bagaimana untuk membuat tempahan ?

Tempahan boleh dibuat melalui entry yang dibuat khas untuk pre-order tersebut. Di entry tersebut, terdapat borang tempahan dimana pembeli boleh mengisi butiran dan pada masa yang sama melampirkan bukti pembayaran. Sekiranya ingin menempah lebih daripada satu unit, anda boleh meninggalkan pesanan di “ruangan pesanan kepada kami “di borang pesanan tersebut.

5) Berapakah jumlah yang perlu di bayar untuk pre-order?

Pihak kami akan mengambil deposit sebanyak 50% daripada nilai barangan. Deposit ini tidak akan dikembalikan sekiranya pembeli menarik diri setelah membuat tempahan. Apabila barangan sampai ke pihak kami, kami akan memberitahu kepada pembeli untuk membuat pembayaran baki lagi 50% daripada nilai barangan beserta dengan kos pos.

6) Bagaimana untuk membuat pembayaran?

Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau pun manual, bergantung kepada keselesaan dan kemudahan pembeli. Setelah pembayaran dibuat, sekiranya melalui internet, print creen resit transaksi sebagai bukti pembayaran kepada kami. Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cash Deposit Machine, scan atau ambil gambar resit tersebut dan lampirkan sekali ketika membuat pesanan. Bukti pembayaran perlu dilampirkan sekali ketika membuat tempahan dengan menggunakan butang  BROWSE yang terdapat pada borang pesanan kami.

7) Adakah deposit termasuk kos pengeposan?

Tidak. Apabila pembeli membuat pembayaran 50% yang kedua iaitu baki harga barangan, pembeli hendaklah membayar sekali kos pengeposan. Kos pengeposan ada ditulis pada entry pre-order berkenaan.

8 ) Adakah saya boleh mengambil sendiri barangan yang ditempah?

Boleh, hanya dua lokasi sahaja yang dibenarkan untuk pengambilan sendiri iaitu dikawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada hari bekerja atau Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada hujung minggu.

9) Adakah deposit saya akan dipulangkan sekiranya saya menarik diri selepas membuat tempahan?

Harap maaf, TIDAK. Ini kerana pihak kami akan terus membuat tempahan kepada pihak pengeluar selepas menerima tempahan daripada pembeli. Apabila anda menarik diri, kami terpaksa menanggung kerugian apabila terdapat lebihan produk yang dihantar oleh pihak pengeluar.

Comments (1)

Tags:

Terma & Syarat

Posted on 25 June 2010 by admin

  1. Jualan dibuat atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’. Sila buat pembayaran terus mengikut butiran akaun bank yang telah dinyatakan dan lampirkan bukti pembayaran anda ketika mengisi borang pesanan. Sekiranya berlalu kehabisan stok, pembeli akan dimaklumkan melalui email dan  wang akan dikembalikan 100% (kecuali untuk pesanan pre-order).
  2. Pesanan hanya disahkan apabila pembeli membuat bayaran penuh dan melampirkan bukti pembayaran.
  3. Pembayaran boleh dibuat secara online atau kaedah bank-in (secara manual atau melalui mesin ATM) kepada akaun penjual. Maklumat akaun akan diberikan melalui email kepada pembeli.
  4. Harga tidak boleh di runding.
  5. Mereka yang mengisi borang pesanan tetapi tidak membuat pembayaran atau membuat pesanan palsu akan disenarai-hitam kan.
  6. Barangan yang dijual tidak boleh di kembalikan atau ditukar melainkan ianya dengan jelas menunjukkan barangan tersebut mempunyai kerosakan yang telah disebabkan oleh pengilang.
  7. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya barangan tersebut hilang/rosak semasa penghantaran.
  8. Penghantaran dibuat menggunakan Pos Laju. Kod untuk menjejak barangan akan diberikan setelah barangan di pos. Kos pengeposan adalah seperti yang dinyatakan. Sila semak kos pengeposan ketika membuat pesanan.
  9. Barangan akan di pos secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.
  10. Barangan yang dijual adalah baru.
  11. Barangan akan diterima oleh pembeli sekitar 2-3 hari bekerja (kecuali bagi barangan yang dikategorikan sebagai ‘pre-order’).
  12. Barangan akan dipos ke alamat yang diberikan ketika tempahan di buat.

Comments (3)

Tags: , , , , , , , ,

Shoot in Style camera strap…

Posted on 25 June 2010 by admin

Stok baru dah pun sampai ! Jadi, selamat membeli belah… !

Pernah tak korang rasakan yang kamera korang ni perlukan make-over ? dah la warna hitam je, bosan lah tengok !… Tapi tak kan la korang nak hantar kamera korang tu pergi buat airbrush kan? hehehehhe…

Memperkenalkan aksesori untuk kamera korang ! Double Sided Camera Strap ! atau Strap kamera Dua Belah… errr… bunyi macam pelik kan? :P Strap ini mempunyai design yang funky lagi fancy gitu… Sesuai untuk mereka yang energedikgetic lagi ceria. Strap ini berukuran 21.6″ x 1.6″ x 0.4″ . Dibuat khas untuk muat kebanyakan kamera DSLR.  Hanya flip untuk menyesuaikan dengan mood dan pakaian korang ! :D

Turut disertakan PERCUMA ialah pengelap skrin ! Jadi, sekiranya skrin korang terkena kotoran atau korang terpegang skrin korang, tak perlulah panik untuk cari kain pengelap. :D

Sekiranya korang tertanya bagaimana korang nak order bende yang kiutmiut macam korang ni?

Begini caranya,

Pilih salah satu design yang korang berkenan dari di bawah ini.

a

Kod Strap : A -  OUT OF STOCK !

Code Strap E

Kod Strap : E  - OUT OF STOCK !

Code Strap I

Kod Strap : I 

Code Strap K

Kod Strap : OUT OF STOCK !

Code Strap I

Kod strap :  L – OUT OF STOCK !


MAKLUMAT HARGA

  • HARGA :RM 55.00 setiap satu -tidak termasuk kos pos
  • KOS POS:
  1. Semenanjung Malaysia: RM 10.00
  2. Sabah & Sarawak: RM 15.00
  • SELF-COLLECT :
  1. Boleh dilakukan di sekitar Bandar Sri Permaisuri (Cheras) & Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang) sahaja The Studium (studio Cherita Pictures™) yang terletak di Prima Saujana Kajang. Walaubagaimanapun, masih perlu buat pembayaran penuh dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form, sebab kami tak dapat reservekan strap anda tanpa bayaran penuh. Sila nyatakan anda mahu self-collect item berkenaan, di bahagian pesanan dalam order form. Pihak kami akan menghubungi anda untuk mengatur masa dan tarikh untuk self-collection.
  2. Penjualan adalah berdasarkan first come, first serve . Jadi untuk mengelakkan anda terlepas strap idaman anda, sila buat pembayaran terus (harga strap+kos pos(jika ada)) mengikut maklumat akaun dia atas dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form di bawah.  Sekiranya berlaku kehabisan stok, pihak kami akan segera menghubungi anda dan memulangkan wang anda 100%. Hanya order form yang dilampirkan dengan bukti pembelian sahaja dianggap sebagai pesanan yang sah.

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

  • No. Akaun : 562526116557
  • Bank : MAYBANK
  • Beneficiary : CHERITA PICTURES
  • Email : shop[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)
  • Sekiranya ingin membeli lebih daripada satu unit, sila tinggalkan pesanan didalam Order Form dibawah. Sertakan kuantiti dan modelnya sekali.

Selamat menjamu mata dan membuat pesanan… . Cepat-cepat, sebelum habis :) .

BORANG ORDER STRAP SiS ver.1
  1. BORANG ORDER STRAP SiS ver.1
BUTIRAN PEMBELI
  1. BUTIRAN PEMBELI
  2. *Butiran wajib **Email yang sah diperlukan
BUTIRAN PESANAN
  1. BUTIRAN PESANAN
  2. Kod barangan untuk dipesan
PENGESAHAN
  1. PENGESAHAN
LAIN-LAIN
  1. LAIN-LAIN
 

cforms contact form by delicious:days

Comments (27)

Tags:

Ingin sesuatu yang berbeza dan ‘Shoot in Style’?

Posted on 24 June 2010 by Aziel Azhar

Hello, hari ni yang menulis BK adalah saya, Aziel Azhar, bukan admin BK (Syed Fadhil) seperti selalunya. Senang cerita, hari ini saya ‘mempoyokan’ diri sendiri untuk ‘enter frame’ di BK.com setelah sekian lama hanya di belakang tabir dan lebih banyak luangkan masa di blog Cherita Pictures dan blog super perasan saya sendiri.

Owh, jika ada yang belum tahu, di weblog Cherita Pictures kadang-kadang kami kongsikan tips tentang pengalaman atau apa yang kami lakukan dalam tugas kami sebagai photographer. Kami bukanlah sifu, tapi cuma berkongsi tips-tips yang kadang-kadang nampak remeh tapi boleh bawa perbezaan yang besar, untuk dimanfaatkan bersama.  Kalau nak intai, jemputlah jenguk ke weblog Cherita Pictures, cari ruangan “Thoughts & Tips“.

Ok, I digress :p . Tujuan entri kali ni adalah untuk memperkenalkan ini:

strap-promotional-material2

Tak lama lagi, ini boleh didapati daripada BelajarKamera.com. Apa tu? Camera straps. Jadi anda tak perlu jadi ‘duta tidak berbayar’ kepada brand kamera yang anda gunakan. Hihihi.. Tak lama je lagi, beberapa hari je. Limited ni. So pastikan anda jenguk BelajarKamera.com lagi untuk tahu details lebih lanjut, kalau anda mahu sesuatu yang lain daripada orang lain dan nak ‘Shoot in Style’. Strap yang kiut-miut ni SUDAH MULA DIJUAL. Checkout ENTRY TERBARU ni untuk tengok model yang ada.    Ok? Ciao!

Comments (3)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION