Archive | Featured

Tripod? Monopod? yang mana satu?

Posted on 23 December 2010 by admin

Salam sejahtera buat para pembaca yang budiman dan budiwati… :P

Tripod atau Monopod, yang mana satu keperluan korang?  Pada korang yang dah tahu jangan ketawa, kerana entry ini mungkin terlalu mudah untuk difahami untuk korang. Tapi percayalah ada yang tidak tahu apa itu tripod dan monopod.  :) Korang juga kena tahu yang tripod atau monopod mempunyai lagi satu komponen yang penting iaitu kepala tripod. Atau dalam bahasa english nya ialah TRIPOD HEAD.

Kita mulakan dengan perbezaan tripod dan monopod dulu ye… :)

Tripod


Seperti namanya, begitulah rupanya, TRI bermaksud tiga (3). Jadi rupa fizikal nya ianya berkaki tiga. Sejenis peralatan yang digunakan untuk menampung kamera korang sekiranya korang memerlukan bukaan shutter yang lama. Sebagai contoh sekiranya korang ingin mengambil gambar ketika suasana gelap atau situasi ketika itu memerlukan masa exposure yang lebih lama seperti gambar landskap ketika senja atau malam.

Tripod juga terdapat yang mempunyai kaki yang flexible seperti gambar dibawah.

Monopod


Bukan sistem audio Mono, tetapi monopod bermakna ianya mempunya satu kaki sahaja. Kebiasaan nya digunakan untuk menampung lensa korang apabila lens korang membesar sehingga korang tak mampu menampung dengan tangan korang sendiri. Monopod menjadi pilihan kebanyakan sport photographer kerana ianya tidak menghadkan pergerakan seperti tripod. Ianya tidak sesuai untuk digunakan ketika exposure yang lama kerana ianya tidak boleh dibiarkan sendiri tanpa dipegang oleh pengguna. Ianya memang semata-mata untuk menampung berat lensa korang.

By the way, ini gambar seorang kawan saya yang merupakan antara sport photographer terulung di Malaysia, Peter Lim. Perhatikan bagaimana kamera beliau diletakkan di atas monopod. Owhhh dan ini website dan blog beliau ! .

Tripod Head

Terdapat banyak jenis tripod head ni sebenarnya. Antara yang korang akan biasa jumpa ialah jenis Ball Head dan Pan & Tilt head.

  • Ball Head

- Ball head ni ialah antara yang banyak digunakan oleh jurugambar. Ianya membenarkan adjustment yang cepat dibuat ketika mengambil gambar.

  • Pan & Tilt Head

- Agak leceh untuk digunakan, tetapi ianya mempunyai kelebihan kerana ianya tidak akan menggangu setting yang digunakan untuk paksi lain apabila adjustment sedang dibuat di suatu paksi yang lain.

  • Wimberley

- Biasanya digunakan oleh jurugambar yang mengambil gambar burung. Ianya membenarkan kamera di posisikan dengan cepat tanpa perlu melakukan adjustment yang banyak.

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis-jenis tripod head ini. Tetapi asasnya ialah seperti di atas. Korang boleh mencari sendiri dengan meng-google “Tripod Head” untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis2 Tripod Head yang wujud. :)

Antara pembuat-pembuat tripod yang berjaya ialah Manfrotto, Gitzo dan Velbon. Terdapat juga brand2 China yang agak bagus kualitinya seperti….. err… minta maaf, saya kurang pasti namanya pula… :P banyak bebenor brand nye… :D

Ianya pula kebiasaanya dibuat dengan menggunakan material yang ringan seperti Aluminium dan carbon fiber. Dan, haruslah korang tahu yang tripod yang baik kualitinya tidak lah murah. Tripod dan Monopod ini boleh dikata antara peralatan yang penting dalam fotografi. Ianya membantu photographer mendapatkan imej yang lebih sharp dan mengurangkan beban yang dipikul. Bak kata pepatah, Berat mata memandang apatah lagi bahu memikul… chewaahhh…

Ok, sekian selamat maju jaya !

Comments (2)

Memori kad dan kepentingannya…

Posted on 19 December 2010 by admin

Salam Sejahtera kepada para pembaca yang hensem lagi budiman…

Tadi saya baru membantu seorang sahabat saya yang mengalami masalah dengan memori kad beliau dimana ianya tidak boleh di buka di komputer. Didalamnya, terdapat gambar2 yang agak penting buat beliau… Alhamdulillah, ianya berjaya di recover… yay ! Dan timbul lah idea untuk saya menulis blog harini… :)

Memori kad yang biasa digunakan untuk kamera digital SLR terdapat 2 jenis, iaitu Compact Flash (CF) dan Secure Digital (SD) kad. Kita mulakan dengan apa itu memori kad? ianya ialah sejenis solid state memory device(maaf saya tak tahu nak translate bagaimana – ada idea ? :P ) yang mampu menyimpan data walaupun tanpa bekalan tenaga.

Apa yang korang perlu tahu dalam pemilihan memori kad ialah write speed – kelajuan kad menyimpan data daripada kamera. Semakin laju kad tersebut semakin mahal lah ia… :D Dan yang penting sekali ianya membenarkan lebih banyak gambar diambil ketika korang menggunakan burst mode.


Bagaimana ianya mempengaruhi burst mode korang ialah, ketika korang memetik shutter korang, gambar tersebut akan terhasil didalam bentuk data. Data ini kemudian akan diproses didalam kamera dan dihantar ke buffer memory kamera korang. Dari buffer memory ini barulah ianya akan ditulis ke memori kad korang. Jadi, semakin cepat buffer memori korang mampu menulis ke memori kad korang semakin cepatlah kamera korang mampu memproses data-data tersebut.  Buffer memory ini bertindak sebagai pusat tahanan sementara lah untuk data korang sementara menunggu data korang ditulis ke memori kad.

Buffer memory ini pula tak boleh di upgrade kerana ianya sudah ditetapkan oleh pembuat kamera korang, jadi hanya penggunaan memori kad sahaja yang mampu membantu kamera korang untuk bekerja dengan lebih laju.

Bagaimana untuk korang mengenalpasti kad yang mempunyai write speed yang tinggi? ianya bergantung kepada pembuat kad itu… Ini kerana setiap brand mempunyai sistem yang berbeza sebagai contoh Sandisk, menggunakan Extreme II atau Ultra II sebagai contoh untuk melabel tahap kelajuan kad mereka. Jadi tanyalah kepada salesman sebelum membeli kad tersebut ye untuk mendapatkan info berkenaan kelajuan kad tersebut atau rujuk website pembuat kad.

Diharap entry ini mampu membuatkan korang lebih memahami kamera korang… Sekian, terima kasih… :)

Comments (5)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Upgrading ? Lensa atau Flash ?

Posted on 05 November 2010 by admin

Salam sejahtera buat semua pembaca…

Seperti tajuk di atas, (ceh macam nak buat surat rasmi… :P ) , Ok, korang mesti pernah ada dilema dimana korang dapat bonus akhir tahun dan korang tak tahu apa yang patut korang beli… Sama ada flash atau lensa…?

Jadi, entry ini adalah bertujuan untuk meng-guide korang untuk menjadi lebih tahu tentang apa yang korang perlukan atau mahukan… Sekiranya korang mempunyai bajet yang terhad, apa yang saya boleh cadangkan ialah korang beli lah flash / speedlite / lampu denyar dulu… Ini kerana, ianya akan sangat lah membantu dalam mengambil gambar indoor walaupun korang hanya menggunakan kit lens atau lens yang mempunyai bukaan maksimum aperture yang kecil… Mungkin ada sesetengah orang merasakan flash ni agak leceh untuk dipikul ke hulu ke hilir. Tapi, percayalah (baca macam lagu Dato Siti :P ), ianya sangat membantu.  Ataupun, korang belilah flash yang kompak seperti Canon 270EX ini… Untuk pengguna Nikon turut ada, cuma saya tak pasti apakah model nya… Yang third party pun ada seperti Nissin dan sebagainya… Berbelanjalah dengan bijak… :)

Kemudian berkenaan lensa. Mungkin ada yang mempunyai bajet yang besar untuk peralatan fotografi mereka, jadi bolehlah korang upgrade lensa korang kepada yang lebih berkualiti… Juga, lensa korang cukup untuk melitupi dari wide ke telephoto… Membeli lensa pada saya pelaburan yang bijak. Ini kerana, harga lensa tidak jatuh secepat harga body camera. Juga, lensa tidak cepat outdated berbanding body camera…

Jadi, di harap dengan entry yang ringkas ini dapat membantu korang memilih… Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan ye… Bukan mengikut kemahuan… :)

Ada sebarang komen? atau pertanyaan? Tinggalkan di ruangan komen di bawah… owhhh… Belajarkamera.com turut berada di facebook ! Ini linknya… Sama-sama kita berdiskusi ye… :)

Sekian… :)

Comments (41)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Pameran Fotografi III oleh Photomalaysia.com

Posted on 01 November 2010 by admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Korang pernah pergi pameran fotografi? Pernah tertanya bagaimana satu gambar yang bagus dari segi teknikal dan turut mempunyai makna yang tersirat atau artistic mat salleh kata…? Jadi korang harus lah pergi ke pameran fotografi yang di anjurkan oleh forum fotografi Malaysia yang terbesar iaitu PhotoMalaysia.com.

Sedikit penerangan berkenaan pameran ini yang di petik dari forum tersebut.

We are proud to announce the opening of the exhibition today. A soft launch and ceremony will be held soon to mark the 3rd time PhotoMalaysia had taken the initiative to put forward work and photographs of their member to public.

78 participants had submitted a total of 275 photographs during the 3 months submission period. Curators Mr Alex Moh and Azrul had a tough time selecting the materials for the exhibition. Finally 25 pictures were selected and printed before being mounted to the exhibition panels.

Members are welcome to view the exhibition. Apart from being inspired by the amazing photographs by the members, take this opportunity to meet fellow members and grab the chance to pick up valuable tips from others.

We thank the advisors En. Yusof, Mr. Maxby and En Noordin , the organising committee led by eddieputera for organising this annual event.

We also value the efforts of Mr. Alex Moh and En Azrul for their contributions. Mr Alex of Nikon centre had been the pillar to the success of the exhibition and his assistance had been phenomenal. Original entry HERE.

Dey cakap banyak,  mana la itu pameran? hehehehe sorry terlupa pula… Dibawah ialah butiran nya…

Pameran photomalaysia yang ke 3 ini akan berlangsung di Nikon Center, Berjaya Times Square.

Tarikh : 1st November hingga 12th December
Masa : 10 pagi  – 10 malam setiap hari
MASUK PERCUMA

Comments (2)

Sempena Ramadhan Ini

Posted on 20 August 2010 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harap-harap tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada pembaca yang beragama islam.

Entry ini hanya setakat untuk saya berkongsi cerita bersama para pembaca sekalian…

Semenjak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kes-kes pembuangan bayi yang boleh dikatakan semakin meningkat dari hari ke hari. Dan paling menyedihkan sekali apabila sempena bulan yang mulia ini, masih terdapat kes-kes pembuangan bayi dilaporkan. Mohon supaya mereka ini ditunjuk kan jalan dan dibukakan hati oleh yang maha esa untuk bertaubat… AMIN.. :)

Ingin saya kongsikan kali ini ialah sedikit cerita bergambar yang diambil pada tahun 2008 (Entry asal boleh dilihat di SINI)… Diharap kita yang cukup segalanya dapat luangkan sedikit masa untuk berfikir sejenak betapa bertuahnya kita dapat hidup dibumi ini… :)

Bila pulang ke rumah, rak kasut dari IKEA akan menyambut kasut kita… Tapi, tidak mereka…

Kata-kata hikmat dari mereka…

Bila kita mempunyai gambar keluarga tercinta bersaiz A3 di dinding, mereka hanya ada yang kecil, ditepi katil…

Apabila kita duduk dimeja yang tersusun rapi, mereka hanya ada meja kecil yang dikongsi 10 yang lain…

Apabila kita berebut 2-3 ketul KFC, satu cukup untuk membuatkan mereka tersenyum… :)

Apabila kita mempunyai maid untuk mencucikan pinggan, mereka prefer buat sendiri …

Bila syawal menjelma, kita mempunyai keluarga tercinta disamping, mereka hanya punya sahabat…

dan secebis kenangan…

Entry ini adalah dedikasi saya kepada semua anak-anak yatim dan kepada mereka yang terlibat secara langsung didalam aktiviti sukarelawan untuk membantu anak-anak ini… Sekiranya para pembaca budiman ingin membuat sumbangan kepada rumah-rumah ini, boleh lah merujuk kepada link INI…

Sekian…

Salam Ramadhan…

Comments (4)

Shoot iN Style Ver 2 | New Design Camera Straps!

Posted on 09 August 2010 by admin

Salam Sejahtera kepada semua,

Kali ini kami akan memperkenalkan produk baru khas untuk mereka yang inginkan style/gaya, dan mahukan yang lain dari yang lain. Gaya , Mutu, Keunggulan… :D . Produk kali ini terbahagi kepada 3 series. Ornament Series, Elegant Series dan Funky Series. Jom tengok dan beli! ;)

ORNAMENT SERIES

(Klik pada gambar untuk lebih jelas )

Mempunyai 5 design yang berbeza lagi anggun, kacak dan bergaya… :p .

Outer Material -Embroided Motive on Jacquard (sulaman)
Inner Material -Suede (baldu)
Dimension: Length – 140cm , Width – 4cm

Jumlah stok akan diupdate disini dari masa ke semasa- Sila rujuk ruangan ini sebelum membuat pesanan.

MODEL BILANGAN STOK
SO1 Out of Stock
SO2 Out of Stock
SO3 Out of Stock
SO4 Out of Stock
SO5 Out of Stock

______________________________________________________________________________________

FUNKY SERIES

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

5 design yang funky sesuai untuk mereka yang berjiwa muda :D .

Outer Material – For model SF5 (Rainbow), material is elastic . Others: Polyester
Inner Material -PU Leather except model SF5 (Rainbow)
Dimension: Length : 135cm , W – 3.8cm

Jumlah stok akan diupdate disini dari masa ke semasa – Sila rujuk ruangan ini sebelum membuat pesanan.

MODEL BILANGAN STOK
SF1 Out of Stock
SF2 Out of Stock
SF3 Out of Stock
SF4 1 (daripada 3)
SF5 Out of Stock

_________________________________________________

ELEGANT SERIES

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Mempunyai 3 design yang elegant dan simple sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang simple dengan sedikit gaya kelainan.
Outer Material – For white Color (SE1), material is cotton . Others : PU leather
Inner Material -Suede (baldu)
Dimension: Length : 140cm , Width : 4cm

Jumlah stok akan diupdate disini dari masa ke semasa – Sila rujuk ruangan ini sebelum membuat pesanan.

MODEL BILANGAN STOK
SE1 Out of Stock
SE2 1 (daripada 4)
SE3 Out of Stock

______________________________________________________________________________________

MAKLUMAT HARGA

  • HARGA :RM 65.00 setiap satu -Termasuk penghantaran RM 35.00 (self collect) RM 40.00 (with postage)
  • SELF-COLLECT :
  1. Boleh dilakukan di sekitar Bandar Sri Permaisuri (Cheras) & Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang) sahaja The Studium (studio Cherita Pictures™) yang terletak di Prima Saujana Kajang. Walaubagaimanapun, masih perlu buat pembayaran penuh dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form, sebab kami tak dapat reservekan strap anda tanpa bayaran penuh. Sila nyatakan anda mahu self-collect item berkenaan, di bahagian pesanan dalam order form. Pihak kami akan menghubungi anda untuk mengatur masa dan tarikh untuk self-collection.
  2. Penjualan adalah berdasarkan first come, first serve . Jadi untuk mengelakkan anda terlepas strap idaman anda, sila buat pembayaran terus mengikut maklumat akaun diaatas dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form di bawah. Sekiranya berlaku kehabisan stok, pihak kami akan segera menghubungi anda dan memulangkan wang anda 100%. Hanya order form yang dilampirkan dengan bukti pembelian sahaja dianggap sebagai pesanan yang sah.
  3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Syed Fadhil : 012 – 244 1573

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

  • No. Akaun : 562526116557
  • Bank : MAYBANK
  • Beneficiary : CHERITA PICTURES
  • Email : shop[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)
  • Sekiranya ingin membeli lebih daripada satu unit, sila tinggalkan pesanan didalam Order Form dibawah. Sertakan kuantiti dan modelnya sekali.
BORANG ORDER STRAP SiS ver.2
  1. BORANG ORDER STRAP SiS ver.2
BUTIRAN PEMBELI
  1. BUTIRAN PEMBELI
  2. *Butiran wajib **Email yang sah diperlukan
BUTIRAN PESANAN
  1. BUTIRAN PESANAN
  2. Kod barangan untuk dipesan


PENGESAHAN
  1. PENGESAHAN
LAIN-LAIN
  1. LAIN-LAIN
HANTAR PESANAN
  1. HANTAR PESANAN
 

cforms contact form by delicious:days

______________________________________________________________________________________

Team Cherita Pictures™ pun sekarang syok menggayakan Shoot iN Style Camera Straps:

Model tak berbayar menggayakan Shoot iN Style Camera Strap model SO3 ketika jalan-jalan (sila abaikan gaya muka 'kontrol ayu' tu) :p

Satu lagi model tak berbayar mengenakan Shoot iN Style Camera Straps model SO4 ketika bertugas.

Model SF5 dari Funky Series dikenakan pada kamera Instax.

Jangan terlepas!

Comments (13)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu Metering Lock…?

Posted on 20 July 2010 by admin

Metering Lock? Kunci meter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi handsome dan cun… :P

Pernah tak korang menghadapi masalah apabila korang nak ambil gambar potret berbaju gelap atau terang? Dimana, bila subjek korang berbaju gelap,muka mereka akan kelihatan terlalu cerah seperti dilimpah cahaya keimanan… :D manakala, kalau subjek korang berbaju putih atau cerah, muka mereka akan kelihatan sedikit gelap bagai baru lepas ber“tanning” di pantai Pulau Perhentian…?

Situasi di atas terjadi apabila kamera korang tidak mengambil bacaan exposure di tempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, apabila subjek korang memakai baju hitam, kamera korang akan mengambil bacaan exposure di baju. Ini kerana, kebanyakan kamera akan mengambil bacaan exposure berdasarkan kawasan yang berada di dalam frame. Dan kebiasaan mereka yang tidak mengetahui berkenaan metering lock, akan terus mengambil gambar tanpa mengambil kira tempat yang sepatutnya untuk mengambil bacaan exposure.

Jadi, entry kali ini akan membantu korang mengatasi masalah di atas dan sebagai panduan untuk korang mendalami fungsi metering lock pada kamera korang. Pertama sekali, korang kena  pastikan yang korang tahu mengenai metering mode. Ianya boleh di baca di ENTRY ini. Lebih baik jangan teruskan membaca entry ni selagi belum baca tahu apa itu metering mode, nanti korang confuse.

Sekiranya kamera korang mempunyai mode spot metering. Apa yang korang boleh lakukan ialah, korang ambil bacaan exposure di muka subjek korang atau dibahagian mana yang korang nak tonjolkan pada subjek korang. Ini supaya subjek korang akan mendapat bacaan exposure yang betul di kawasan yang sepatutnya.

Bagaimana untuk lock bacaan tersebut? SILA RUJUK MANUAL KAMERA. Ianya bergantung pada jenis kamera. Lain jenama/system lain caranya.

Selain daripada menggunakan spot metering, apa yang korang boleh lakukan ialah. Korang boleh zoom in kepada subjek korang dan lock-kan bacaan exposure tersebut. Kemudian recompose semula. Itulah yang kerap dilakukan oleh saya. Ini kerana bukan setiap masa kita perlu menggunakan spot metering. Jadi berdasarkan pengalaman saya, dengan cara meng-zoom in kepada subjek dan lock metering turut membantu dalam mendapatkan bacaan exposure yang betul pada subjek saya.

img_6094-edit-2s

Perhatikan gambar di atas. Ianya tidak menggunakan spot metering. Tetapi, menggunakan teknik yang telah saya kongsikan diatas. Gambar diatas diambil ketika situasi pengcahayaan dimana, cahaya yang mengenai bahagian belakang subjek adalah lebih terang daripada bahagian hadapan subjek. Apa yang saya lakukan ialah. Mengambil bacaan pada bahagian muka sahaja. Dengan cara ini, saya dapat exposure yang betul pada Point of Interest subjek iaitu muka beliau dan pada masa yang sama, menonjolkan pakaian yang dipakai oleh beliau. Dengan sedikit pengetahuan tentang dimana sepatutnya korang mengambil bacaan exposure, korang boleh menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Berbaloi dengan pelaburan korang yang beribu-ribu lemon itu. :P

Sekian, Selamat Mencuba….

Comments (6)

Tags: , , , , , , , ,

Shoot in Style camera strap…

Posted on 25 June 2010 by admin

Stok baru dah pun sampai ! Jadi, selamat membeli belah… !

Pernah tak korang rasakan yang kamera korang ni perlukan make-over ? dah la warna hitam je, bosan lah tengok !… Tapi tak kan la korang nak hantar kamera korang tu pergi buat airbrush kan? hehehehhe…

Memperkenalkan aksesori untuk kamera korang ! Double Sided Camera Strap ! atau Strap kamera Dua Belah… errr… bunyi macam pelik kan? :P Strap ini mempunyai design yang funky lagi fancy gitu… Sesuai untuk mereka yang energedikgetic lagi ceria. Strap ini berukuran 21.6″ x 1.6″ x 0.4″ . Dibuat khas untuk muat kebanyakan kamera DSLR.  Hanya flip untuk menyesuaikan dengan mood dan pakaian korang ! :D

Turut disertakan PERCUMA ialah pengelap skrin ! Jadi, sekiranya skrin korang terkena kotoran atau korang terpegang skrin korang, tak perlulah panik untuk cari kain pengelap. :D

Sekiranya korang tertanya bagaimana korang nak order bende yang kiutmiut macam korang ni?

Begini caranya,

Pilih salah satu design yang korang berkenan dari di bawah ini.

a

Kod Strap : A -  OUT OF STOCK !

Code Strap E

Kod Strap : E  - OUT OF STOCK !

Code Strap I

Kod Strap : I 

Code Strap K

Kod Strap : OUT OF STOCK !

Code Strap I

Kod strap :  L – OUT OF STOCK !


MAKLUMAT HARGA

  • HARGA :RM 55.00 setiap satu -tidak termasuk kos pos
  • KOS POS:
  1. Semenanjung Malaysia: RM 10.00
  2. Sabah & Sarawak: RM 15.00
  • SELF-COLLECT :
  1. Boleh dilakukan di sekitar Bandar Sri Permaisuri (Cheras) & Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang) sahaja The Studium (studio Cherita Pictures™) yang terletak di Prima Saujana Kajang. Walaubagaimanapun, masih perlu buat pembayaran penuh dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form, sebab kami tak dapat reservekan strap anda tanpa bayaran penuh. Sila nyatakan anda mahu self-collect item berkenaan, di bahagian pesanan dalam order form. Pihak kami akan menghubungi anda untuk mengatur masa dan tarikh untuk self-collection.
  2. Penjualan adalah berdasarkan first come, first serve . Jadi untuk mengelakkan anda terlepas strap idaman anda, sila buat pembayaran terus (harga strap+kos pos(jika ada)) mengikut maklumat akaun dia atas dan lampirkan bukti pembayaran ketika mengisi order form di bawah.  Sekiranya berlaku kehabisan stok, pihak kami akan segera menghubungi anda dan memulangkan wang anda 100%. Hanya order form yang dilampirkan dengan bukti pembelian sahaja dianggap sebagai pesanan yang sah.

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

  • No. Akaun : 562526116557
  • Bank : MAYBANK
  • Beneficiary : CHERITA PICTURES
  • Email : shop[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)
  • Sekiranya ingin membeli lebih daripada satu unit, sila tinggalkan pesanan didalam Order Form dibawah. Sertakan kuantiti dan modelnya sekali.

Selamat menjamu mata dan membuat pesanan… . Cepat-cepat, sebelum habis :) .

BORANG ORDER STRAP SiS ver.1
  1. BORANG ORDER STRAP SiS ver.1
BUTIRAN PEMBELI
  1. BUTIRAN PEMBELI
  2. *Butiran wajib **Email yang sah diperlukan
BUTIRAN PESANAN
  1. BUTIRAN PESANAN
  2. Kod barangan untuk dipesan
PENGESAHAN
  1. PENGESAHAN
LAIN-LAIN
  1. LAIN-LAIN
 

cforms contact form by delicious:days

Comments (27)

Tags:

Ingin sesuatu yang berbeza dan ‘Shoot in Style’?

Posted on 24 June 2010 by Aziel Azhar

Hello, hari ni yang menulis BK adalah saya, Aziel Azhar, bukan admin BK (Syed Fadhil) seperti selalunya. Senang cerita, hari ini saya ‘mempoyokan’ diri sendiri untuk ‘enter frame’ di BK.com setelah sekian lama hanya di belakang tabir dan lebih banyak luangkan masa di blog Cherita Pictures dan blog super perasan saya sendiri.

Owh, jika ada yang belum tahu, di weblog Cherita Pictures kadang-kadang kami kongsikan tips tentang pengalaman atau apa yang kami lakukan dalam tugas kami sebagai photographer. Kami bukanlah sifu, tapi cuma berkongsi tips-tips yang kadang-kadang nampak remeh tapi boleh bawa perbezaan yang besar, untuk dimanfaatkan bersama.  Kalau nak intai, jemputlah jenguk ke weblog Cherita Pictures, cari ruangan “Thoughts & Tips“.

Ok, I digress :p . Tujuan entri kali ni adalah untuk memperkenalkan ini:

strap-promotional-material2

Tak lama lagi, ini boleh didapati daripada BelajarKamera.com. Apa tu? Camera straps. Jadi anda tak perlu jadi ‘duta tidak berbayar’ kepada brand kamera yang anda gunakan. Hihihi.. Tak lama je lagi, beberapa hari je. Limited ni. So pastikan anda jenguk BelajarKamera.com lagi untuk tahu details lebih lanjut, kalau anda mahu sesuatu yang lain daripada orang lain dan nak ‘Shoot in Style’. Strap yang kiut-miut ni SUDAH MULA DIJUAL. Checkout ENTRY TERBARU ni untuk tengok model yang ada.    Ok? Ciao!

Comments (4)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Apa itu sharp dan soft?

Posted on 17 June 2010 by admin

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi baik hati. :D

Mungkin ada antara korang yang keliru berkenaan berapa jelas atau sharp sesuatu gambar itu. Faktor ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kualiti sesuatu gambar itu.

Jadi, apa itu Sharp? Adakah gambar itu tajam seperti pisau? Kali ini saya biarkan gambar gambar ini yang menjelaskan.

Pertama, buka gambar korang kat dalam komputer korang. Kemudian, zoom kan gambar tersebut hingga 100%. Dan perhatikan detail-detail pada gambar tersebut.

Gambar yang sharp ialah dimana korang boleh melihat dengan jelas detail-detail pada gambar tersebut. Seperti contoh di dibawah.

comparison2

Manakala, sekiranya gambar korang soft atau tidak sharp seperti yang sepatutnya, korang tidak akan dapat melihat detail-detail nya. Sebagai contoh gambar kucing yang comel di bawah.

comparison3

Jadi diharap dengan penjelasan yang tak seberapa ini, dapat membantu korang dalam memahami apa antara faktor yang menentukan kualiti sesuatu gambar.

Sekian… :)

Comments (6)

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION