cp_banner_on_bk

Fasa baru dan Kenali Asas Flash Photography…

Posted on 08 July 2011 by admin

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian…

Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat saya untuk meng-update blog ini kerana kesibukan yang melanda diri ini… :(   Sebenarnya dah banyak entry2 di draftkan, tapi tak punya masa untuk menyiapkan draft2 tersebut…

Fasa baru ? apa yang fasa baru ? ingin saya kongsikan dengan korang sekalian yang saye sudahpun selamat di-ijab kabul kan pada 18 jun 2011 yang lepas… Isteri saya iaitu juga admin belajarkamera.com dan cheritapictures.com /business partner selama ini kini selamat menjadi LIFE PARTNER… :)   Saya sharekan satu gambar yang diambil oleh photographer kami di studio kami.

Ok, berbalik pada tujuan entry ini ditulis… Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan Flash / Speedlite / Lampu Denyar /. Ini antara nama yang selalu kita dengar dikalangan jurugambar. Tapi apa fungsi dia ? Adakah sebagai aksessori tambahan sekadar penghias kamera ? atau mempunyai peranan besar dalam meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan ?

Flash ini berfungsi sebagai sumber cahaya tambahan apabila sumber cahaya tidak mencukupi dan ianya turut berguna untuk mengurangkan bayang-bayang yang tidak diingini yang terhasil daripada sumber cahaya yang lain iaitu matahari mahupun lampu rumah/spotlight dan sebagainya…

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai flash yang terbina dalam kamera sendiri. Ada juga yang tidak mempunyai flash terbina dlm tetapi ianya kebiasanya ialah model2 profesional seperti Canon 1 series dan Nikon profesional series.

Selain daripada itu, terdapat juga flash luaran (external flash) yang mempunyai kuasa yang lebih kuat dan lebih flexible berbanding flash terbina dalam. Flash ini juga boleh di kawal arah cahaya yang dihasilkan dan membenarkan jurugambar menjadi lebih kreatif didalam bermain dengan pengcahayaan.

Entry ini tidak akan menceritakan bagaimana flash berfungsi atau mode apa yang patut korang pakai kerana ianya  agak rumit untuk diceritakan. Walaubagaimanapun, korang boleh lah google sendiri berkenaan TTL  untuk mengetahui dengan lebih detail. Secara asasnya TTL  merupakan bagaimana kamera korang mengambil bacaan exposure melalui lens korang supaya flash tersebut tahu berapa kuat ia patut menyalakan sesuatu scene itu. Disebabkan ianya melalui lens korang maka nama nya ialah TTL . TTL bermaksud  Through The Lens.  Dikalangan pembuat kamera, mereka menamakan sistem ini dengan pelbagai nama. Seperti ETTL, A-TTL, i-TTL dan lain-lain. Mode TTL ini merupakan mode full automatik sepenuhnya untuk flash, korang hanya pasangkan dan ianya akan menyala setiap kali shutter kamera ditekan. Flash turut mempunyai mode manual dimana kekuatan flash tersebut dikawal oleh pengguna sendiri.

Apa yang penting pada saya untuk pengguna flash yang baru ialah, bagaimana korang menggunakan flash korang supaya ianya tidak terlalu terang dan menghasilkan bayang pada subjek korang dan antara teknik2 dan tips berguna didalam flash photography.

1) Bounce Flash – Korang tahu kah semakin besar permukaan sumber cahaya korang semakin lembut cahaya yang dihasilkan ? Disinilan konsep bounce flash ini diguna pakai. Apabila korang menghalakan flash korang ke siling dan membiarkan ianya di pantulkan ke subjek korang, cahaya tersebut akan menjadi lebih lembut dan lebih natural berbanding korang menghalakan flash terus ke subjek korang. Apabila flash dihalakan terus kepada subjek korang, maka akan terhasilah bayang-bayang yang tak hensem di belakang subjek korang. Dan ini, antara perkara yang tidak di ingini di dalam flash photography.  Tak percaya ? cubalah … :)   Tapi biarlah rasional… kalau tiada siling macam mana hendak dipantulkan pula ya ? :P

2) Bounce Kad – Apabila tiada siling atau siling terlalu tinggi untuk menggunakan teknik bounce, photographer biasa akan menggunakan alatan seperti bounce card untuk menggantikan siling dan menghasilkan efek yang lebih kurang sama dengan bounce flash. Beginilah lebih kurang rupa dia…

DIY Bounce card - http://www.themoment2cherish.com/DIY-Bounce-Card/

3) Diffuser – Selalu dikaitkan dengan alat yang disangkut di tutup pada depan flash dimana ianya akan melembutkan atau meng-diffuse cahaya flash korang supaya ianya tidak terlalu kasar atau harsh. Diffuser terdapat dalam pelbagai jenis dan menghasilkan output yang berbeza-beza. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.

www.stofen.com

http://www.jayceooi.com/2008/10/04/gary-fong-whaletail-flash-diffuser-reporter-clone-review/


Universal flash-diffuser - http://camera-shop.co.nz/universal-soft-flash-bounce-diffuser-for-all-flash-p-212.html

lambency flash diffuser : http://lucifer-doom.blogspot.com/2007/12/lambency-flash-diffuser-review.html

Ini lah antara jenis-jenis flash diffuser yang ada dipasaran. Setiap jenis ni akan menghasilkan effect yang berbeza-beza. Jadi tepuk dada tanyalah selera. Sekian untuk kali ini.


   

9 Comments For This Post

  1. oktant Says:

    Selamat pengantin baru buat bro & isteri. Moga kekal berbahagia selamanya.
    Terima kasih juga utk entri berkenaan flash ni.

  2. Sally Says:

    Tahniah dan selamat pengantin baru, semoga bahagia sampai akhir hayat~. Masa saya mula2 mengenali dunia fotografi sy sering tertanya2 bila tgk jurukamera letak bounce card tu…bodoh rasanya time..thanks for sharing this at least tambah lagi pengetahuan saya.

  3. edi Says:

    .. amboi segak bgaya sifu kita ni.. alhamdulillah.. smg pnjang umur+dimurah rezki hingga akhr hayat..

  4. fina fento Says:

    ohh..paham dah paham dah..makasih ye ;)

    p/s – saya pakai kamera kompak je. boleh apply jugak kan walaupun bukan menggunakan alatan2 kat atas?

  5. admin Says:

    fina fento – yup bole, cuma maybe effect die berbeza skit… :)

  6. firdaus Says:

    owh bounce card tu tuk gantikan siling ek,sy ade try diy bounce card tu,try kt luar umah ok,dlm umah smcm lak cahaya dia..ekekek

  7. abd ghafar Says:

    slmt pgtn bru.tq tntg mklmt nie

  8. mohamed zaini Says:

    Satu mata pelajaran yg amat penting dalam menghasilkan gambar yg baik. Terima kasih belajarkamera.com kerana perihatin dengan keperlua2 asas seorang jurugambar amatur…

  9. atomic98 Says:

    kiranya aku masuk dulu blog ni masih bujang la erk..
    taniah..taniah..

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION