Semoga pembaca BelajarKamera semua berada dalam kesihatan yang baik. Terima kasih kerana masih sudi menjadikan BelajarKamera sebagai medan rujukan untuk belajar serba sedikit tips-tips mengendalikan kamera DSLR. Jika ada yang belum tahu, Bulan Mac dan April lalu kami telah mengadakan program Celik DSLR yang dibuat dalam kumpulan kecil (maksimum 10 orang) di The Studium (studio Cherita Pictures™) yang terletak di Prima Saujana Kajang.
Beberapa orang pernah bertanya jika mereka boleh hadir program/workshop tersebut jika tidak memiliki DSLR. Jawapnya mudah : Kalau kita nak belajar memandu, perlukan kereta. Kalau nak belajar gunakan DSLR?
Saya hargai minat yang yang ditunjukkan, kerana kita sedia maklum memiliki sebuah DSLR bukan macam beli pakaian atau makanan. Bagi saya, ada beberapa perkara yang menyebabkan orang beli DSLR :
- Anda seorang peminat fotografi yang memang betul-betul menghargai fotografi bukan kerana wang tapi kerana kesenian yang dicipta melaluinya.
- Anda seorang gila gadget yang berpotensi menjadi salah seorang yang sanggup beratur dari sebelum subuh untuk membeli iPad supaya anda boleh jadi orang paling cool di kalangan kelompok teman-teman anda
- Anda fikir boleh cepat kaya bila ada title photographer (macam orang yang nak masuk pertandingan realiti nyanyian untuk mengubah nasib/hidup mereka macamlah itu satu-satunya cara untuk mengubah nasib)
- Anda fikir DSLR akan menghasilkan magic yang mana kalau DSLR tu lagi mahal lagi besar magicnya pada gambar yang bakal anda hasilkan kerana sebelum ini anda menggunakan kamera kompak yang kadang-kadang menyebabkan gambar gelap dan bergegar.
- Profession anda adalah : photographer sepenuh masa.
Oops, terlebih jujur sungguh penerangan di atas ya. :p
Ok, berbalik kepada apa yang saya katakan tadi. Saya hargai minat yang anda dan saya faham faktor kewangan adalah kekangan paling utama untuk memiliki sebuah DSLR. Tapi orang kata, kalau tak ada rotan, akar pun berguna (chewah, tau tak peribahasa ni? :p ), kerana baru-baru ini saya discover 1 tool yang mungkin dapat membantu memberi pendedahan awal kepada mereka yang berhajat untuk memiliki DSLR.
Tadaaaa!!!
Sebuah online camera simulator yang sangat sesuai untuk anda ‘godek-godek’ dan play around untuk memahami basic function bagi sebuah DSLR : aperture, shutter,ISO, focal length – function asas yang sangat penting untuk diketahui supaya dapat menggunakan DSLR dengan betul dan sebaiknya. Klik pada gambar untuk pergi ke website CameraSim dan cubalah!












June 22nd, 2011 at 10:31 am
terimaa kasih atas banyak info yang shifu paparkan dilaman ini sangaaat berguna bagi saya yang baru nak berjinak jinak dalam bidang bidang fotografi.harap shifu teruskan penulisan ini,semoga shifu diberikan kesihatan yang baik selalu,amin!
October 21st, 2011 at 5:01 pm
Thank you….taklah malu nak guna DLSR…asyik-asyik auto jer…..