cp_banner_on_bk

Apa Yang ‘Celik DSLR’?

Posted on 10 March 2011 by admin

Celik  DSLR ?

Anda telah beralih daripada menggunakan kamera kompak kepada kamera DSLR. Kini anda telah sedari yang kamera DSLR anda tidak seperti kamera kompak anda kerana penggunaannya memerlukan pemahaman teknikal yang lebih mendalam berbanding penggunaan kamera kompak. Kami akan membantu anda untuk memahami aspek teknikal tersebut. Gambar yang baik bergantung kepada pengetahuan teknikal, dan bukan semata-mata kepada peralatan (kamera) atau perisian (software) atau nasib.

Atas permintaan ramai dan bersempena dengan pra-pelancaran studio Cherita Pictures di Prima Saujana Kajang, kami akan menganjurkan sesi perkongsian yang sesuai untuk mereka yang ingin menguasai kemahiran menggunakan kamera DSLR mereka. Di dalam sesi ini kami akan berkongsi pengetahuan dan tips-tips berguna yang kami perolehi sepanjang penglibatan kami di dalam industri ini. Setiap sesi terhad kepada maksimum 10 orang peserta sahaja. Ini untuk memastikan setiap peserta mendapat peluang untuk mendalami pengetahuan ini dengan lebih berkesan. Latihan praktikal akan turut dijalankan sepanjang sesi ini dimana peserta akan mendapat peluang menguji pemahaman mereka dengan bantuan tenaga pengajar.

Pandai DSLR menggunakan konsep yang digunakan di BelajarKamera.com, di mana penggunaan bahasa malaysia mudah ditekankan  dengan tujuan untuk menyenangkan pemahaman aspek-aspek utama dalam fotografi.  Pengisian yang padat dan ringkas ini akan dijalankan dalam tempoh 4 jam di studio kami.

Apa yang akan dikongsikan didalam sesi ini ?

  • Pengenalan Asas Fotografi
  • Exposure Element
  • Exposure Mode
  • Focusing Mode
  • Metering Mode
  • White Balance
  • Composition & Rule of 3rd

Siapa yang patut hadir?. Ianya terbuka untuk pengguna yang baru berjinak dengan DSLR, terutamanya mereka yang ingin mengukuhkan penguasaan skill mereka dalam pengendalian kamera DSLR.

Jadual Sesi :

Lokasi : Studio Cherita Pictures, Prima Saujana, Kajang . (Alamat akan diberikan kepada peserta yang telah mengesahkan tempat)

Tarikh/Masa (Jadual)

Jumlah Peserta : Maximum 10 orang setiap sesi (minimum 5 peserta)

Tempoh Bengkel : 4 Jam setiap sesi

Yuran Penyertaan : RM 100.00 sahaja . (Deposit RM50 diperlukan untuk pengesahan tempat, baki dijelaskan pada hari sesi dijalankan) Nota akan diberikan. Sajian ringan dan minuman disediakan.

Untuk mengesahkan tempat anda, sila isi borang penyertaan dibawah dan lampirkan bukti pembayaran deposit sebanyak RM50.00 . Tempat adalah berdasarkan first come, first serve. Sekiranya berlaku pertindihan, wang deposit akan dipulangkan atau anda akan diberi pilihan untuk menukar sesi.

Pembayaran boleh dibuat ke:

MAKLUMAT AKAUN UNTUK PEMBAYARAN

* No. Akaun :

* Bank : MAYBANK

* Beneficiary : CHERITA PICTURES

* Email : coach[at]belajarkamera.com (sila tukarkan [at] kepada simbol @)

Sesi untuk kali ini telah pun tamat. Kami berterima kasih kepada mereka yang sudi mendaftar. Sesi ini akan mungkin akan dianjurkan lagi pada masa akan datang. Terima Kasih.


   

15 Comments For This Post

  1. kim Says:

    sy ni baru jer beli dslr ni, x smpai sebulan pun lagi…pakai kitlens jer, flash pun xdak..
    leh ker join?…

  2. admin Says:

    kim – sesi ini sesuai utk awak… :)

  3. iQiN Says:

    salam…da tarikh lain x afta tarikh2 yg diberi…
    sy bermint tp tarikh yg diberi clash dgn final exam..

  4. admin Says:

    iQin : buat masa ni belum ada lagi. tapi kalau iQin ada kwn2 lain yang nak join sekali, boleh beritahu kami, mungkin kami boleh pertimbangkan 1 tarikh khas yg lain.

  5. admin Says:

    iQin – Insya Allah ada, tapi kami tak decide lagi datenya… :)

  6. durrani Says:

    Untuk 16hb memang dah full ker? Klu boleh nak reg utk 16hb april..

  7. admin Says:

    durrani – kami terpaksa batalkan atas2 sebab tertentu… 17hb tu masih ada lagi.. tq

  8. ibrahim Says:

    mcm saya pn baru beli kamera dslr nikon d3100.
    petamakali pegang xtau apa2.
    tau cuma main amik aja..
    nak ikot program ni blh??
    lokasi jb ada tak?

  9. admin Says:

    ibrahim – buat masa ni hanya di Kajang je… insyaAllah akan diusahakan utk kawasan luar KL… :)

  10. iena Says:

    saye pn mcm ibrahim jugak.baru beli D3100.tatau pape pn pasal kamera nie.minat memang minat.tp stakat amek gambar je..tp gmbar sume ade yg blur.nk join.tp lokasi di jb tade ke?

  11. WANI Says:

    skang bulan june xdew kea

  12. tun seabass Says:

    saye langsung tak tahu..means 0!!tapi saye betzul2 minta kamera dslr!boleh ker

  13. zino Says:

    bila lagi nak di adakan sesi latihan ini nak di adakan.. teringin nak joint..

  14. mesrarakyat Says:

    assalamualaikum wbt,

    tiada anjuran online course bagi kami di sabah sarawak?

    syukran, wassalam

  15. saiful Says:

    salam cik…saya berminat dengan kelas celik dslr nih…tapi sudah ditutup…saya mohon sekiranya pihak cik ade membuat kelas nih pade mase akan datang minta cik email pade saya…kire macam tempah jugaklah ni kot…terima kasih…

2 Trackbacks For This Post

  1. 'Celik DSLR!' | CHERITA PICTURES™ | It's Our Personal Affair Says:

    [...] Untuk maklumat lanjut, jadual program dan cara-cara pendaftaran, sila rujuk kepada link berikut : http://www.belajarkamera.com/index.php/2011/03/apa-yang-celik-dslr/ [...]

  2. SLR simulator | alatbantu belajar menggunakan DSLR tanpa memiliki DSLR | Belajar Kamera Says:

    [...] kamera DSLR. Jika ada yang belum tahu, Bulan Mac dan April lalu kami telah mengadakan program Celik DSLR yang dibuat dalam kumpulan kecil (maksimum 10 orang) di The Studium (studio Cherita Pictures™) [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION