cp_banner_on_bk

Sempena Ramadhan Ini

Posted on 20 August 2010 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harap-harap tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada pembaca yang beragama islam.

Entry ini hanya setakat untuk saya berkongsi cerita bersama para pembaca sekalian…

Semenjak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kes-kes pembuangan bayi yang boleh dikatakan semakin meningkat dari hari ke hari. Dan paling menyedihkan sekali apabila sempena bulan yang mulia ini, masih terdapat kes-kes pembuangan bayi dilaporkan. Mohon supaya mereka ini ditunjuk kan jalan dan dibukakan hati oleh yang maha esa untuk bertaubat… AMIN.. :)

Ingin saya kongsikan kali ini ialah sedikit cerita bergambar yang diambil pada tahun 2008 (Entry asal boleh dilihat di SINI)… Diharap kita yang cukup segalanya dapat luangkan sedikit masa untuk berfikir sejenak betapa bertuahnya kita dapat hidup dibumi ini… :)

Bila pulang ke rumah, rak kasut dari IKEA akan menyambut kasut kita… Tapi, tidak mereka…

Kata-kata hikmat dari mereka…

Bila kita mempunyai gambar keluarga tercinta bersaiz A3 di dinding, mereka hanya ada yang kecil, ditepi katil…

Apabila kita duduk dimeja yang tersusun rapi, mereka hanya ada meja kecil yang dikongsi 10 yang lain…

Apabila kita berebut 2-3 ketul KFC, satu cukup untuk membuatkan mereka tersenyum… :)

Apabila kita mempunyai maid untuk mencucikan pinggan, mereka prefer buat sendiri …

Bila syawal menjelma, kita mempunyai keluarga tercinta disamping, mereka hanya punya sahabat…

dan secebis kenangan…

Entry ini adalah dedikasi saya kepada semua anak-anak yatim dan kepada mereka yang terlibat secara langsung didalam aktiviti sukarelawan untuk membantu anak-anak ini… Sekiranya para pembaca budiman ingin membuat sumbangan kepada rumah-rumah ini, boleh lah merujuk kepada link INI…

Sekian…

Salam Ramadhan…


   

4 Comments For This Post

  1. cepiau & ctambaguz Says:

    Salam kepada moderator serta selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ya. memang pilu apabila menatap foto-foto mereka.Sayu serta sebak dikalbu tambah lagi menjelang ramadhan serta Aidilfitri 1431H ini. Namun ini lah hakikatnya kita mahluk Allah s.w.t. yang sederhana kehidupan ada hikmaknya, kaya pula ada tanggungjawap dan amanahnya maka bagi yang daif serta susah lebih besar dugaan serta hikmah yang Allah s.w.t. uji serta terima. Doa saya sekeluarga sempena Ramadhan Al-Mubarak ini semoga anak-anak yatim piatu ini mendapat Rahmat,Rezeki serta segala kebaikan dariNYA. Amin.

  2. samuel Says:

    tersentuh hati membaca entry ini…..walau pun dah lama gambar yang diambil memang mengusik jiwa…..bersyukur kepada ALLAH sebab limpahan kurnia nya kepada diriku….

  3. admin Says:

    samuel – alhamdulillah… segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dtg dari kita sendiri…

  4. hafiz Says:

    terasa sayu melihat gambar2 mereka ini.. bersyukur sangat dengan kurniaan illahi dgn rezki yg dikurnikannya kepada aku & keluaga..

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION