1) Apa itu Pre-Order?
Pre-order adalah order/tempahan yang dibuat untuk item yang belum di-release oleh supplier. Cherita Pictures selaku pengasas BelajarKamera.com akan menjadi pihak yang bertanggungjawab atas proses ini untuk memastikan semua proses tempahan dan penghantaran berjalan dengan lancar.
2) Berapa lama tempoh Pre-Order akan dibuka?
Tempoh pre-order akan dibuka bergantung kepada keperluan dan kesesuaian. Setiap batch pre-order mempunyai tempoh masa yang berbeza, jadi sila rujuk kepada entry yang berkenaan.
3)Selepas tempoh pre-order ditutup, berapa lama barangan akan sampai kepada saya?
Apabila tempoh pre-order ditutup. Pihak kami akan memproses tempahan dan akan memesan kepada pengilang. Sekiranya stok mencukupi, barangan tersebut akan dihantar kepada kami dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Dan kami akan mengambil masa 1-2 hari untuk membungkus dan menghantar kepada pembeli. Secara kasar, keseluruhan proses akan mengambil masa kurang 2 minggu. Sekiranya ada kelewatan pada pihak kami atau pengilang, kami akan memaklumkan kepada para pembeli.
4) Bagaimana untuk membuat tempahan ?
Tempahan boleh dibuat melalui entry yang dibuat khas untuk pre-order tersebut. Di entry tersebut, terdapat borang tempahan dimana pembeli boleh mengisi butiran dan pada masa yang sama melampirkan bukti pembayaran. Sekiranya ingin menempah lebih daripada satu unit, anda boleh meninggalkan pesanan di “ruangan pesanan kepada kami “di borang pesanan tersebut.
5) Berapakah jumlah yang perlu di bayar untuk pre-order?
Pihak kami akan mengambil deposit sebanyak 50% daripada nilai barangan. Deposit ini tidak akan dikembalikan sekiranya pembeli menarik diri setelah membuat tempahan. Apabila barangan sampai ke pihak kami, kami akan memberitahu kepada pembeli untuk membuat pembayaran baki lagi 50% daripada nilai barangan beserta dengan kos pos.
6) Bagaimana untuk membuat pembayaran?
Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau pun manual, bergantung kepada keselesaan dan kemudahan pembeli. Setelah pembayaran dibuat, sekiranya melalui internet, print creen resit transaksi sebagai bukti pembayaran kepada kami. Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cash Deposit Machine, scan atau ambil gambar resit tersebut dan lampirkan sekali ketika membuat pesanan. Bukti pembayaran perlu dilampirkan sekali ketika membuat tempahan dengan menggunakan butang BROWSE yang terdapat pada borang pesanan kami.
7) Adakah deposit termasuk kos pengeposan?
Tidak. Apabila pembeli membuat pembayaran 50% yang kedua iaitu baki harga barangan, pembeli hendaklah membayar sekali kos pengeposan. Kos pengeposan ada ditulis pada entry pre-order berkenaan.
8 ) Adakah saya boleh mengambil sendiri barangan yang ditempah?
Boleh, hanya dua lokasi sahaja yang dibenarkan untuk pengambilan sendiri iaitu dikawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada hari bekerja atau Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada hujung minggu.
9) Adakah deposit saya akan dipulangkan sekiranya saya menarik diri selepas membuat tempahan?
Harap maaf, TIDAK. Ini kerana pihak kami akan terus membuat tempahan kepada pihak pengeluar selepas menerima tempahan daripada pembeli. Apabila anda menarik diri, kami terpaksa menanggung kerugian apabila terdapat lebihan produk yang dihantar oleh pihak pengeluar.










