cp_banner_on_bk

Apa itu Metering Lock…?

Posted on 20 July 2010 by admin

Metering Lock? Kunci meter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi handsome dan cun… :P

Pernah tak korang menghadapi masalah apabila korang nak ambil gambar potret berbaju gelap atau terang? Dimana, bila subjek korang berbaju gelap,muka mereka akan kelihatan terlalu cerah seperti dilimpah cahaya keimanan… :D manakala, kalau subjek korang berbaju putih atau cerah, muka mereka akan kelihatan sedikit gelap bagai baru lepas ber“tanning” di pantai Pulau Perhentian…?

Situasi di atas terjadi apabila kamera korang tidak mengambil bacaan exposure di tempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, apabila subjek korang memakai baju hitam, kamera korang akan mengambil bacaan exposure di baju. Ini kerana, kebanyakan kamera akan mengambil bacaan exposure berdasarkan kawasan yang berada di dalam frame. Dan kebiasaan mereka yang tidak mengetahui berkenaan metering lock, akan terus mengambil gambar tanpa mengambil kira tempat yang sepatutnya untuk mengambil bacaan exposure.

Jadi, entry kali ini akan membantu korang mengatasi masalah di atas dan sebagai panduan untuk korang mendalami fungsi metering lock pada kamera korang. Pertama sekali, korang kena  pastikan yang korang tahu mengenai metering mode. Ianya boleh di baca di ENTRY ini. Lebih baik jangan teruskan membaca entry ni selagi belum baca tahu apa itu metering mode, nanti korang confuse.

Sekiranya kamera korang mempunyai mode spot metering. Apa yang korang boleh lakukan ialah, korang ambil bacaan exposure di muka subjek korang atau dibahagian mana yang korang nak tonjolkan pada subjek korang. Ini supaya subjek korang akan mendapat bacaan exposure yang betul di kawasan yang sepatutnya.

Bagaimana untuk lock bacaan tersebut? SILA RUJUK MANUAL KAMERA. Ianya bergantung pada jenis kamera. Lain jenama/system lain caranya.

Selain daripada menggunakan spot metering, apa yang korang boleh lakukan ialah. Korang boleh zoom in kepada subjek korang dan lock-kan bacaan exposure tersebut. Kemudian recompose semula. Itulah yang kerap dilakukan oleh saya. Ini kerana bukan setiap masa kita perlu menggunakan spot metering. Jadi berdasarkan pengalaman saya, dengan cara meng-zoom in kepada subjek dan lock metering turut membantu dalam mendapatkan bacaan exposure yang betul pada subjek saya.

img_6094-edit-2s

Perhatikan gambar di atas. Ianya tidak menggunakan spot metering. Tetapi, menggunakan teknik yang telah saya kongsikan diatas. Gambar diatas diambil ketika situasi pengcahayaan dimana, cahaya yang mengenai bahagian belakang subjek adalah lebih terang daripada bahagian hadapan subjek. Apa yang saya lakukan ialah. Mengambil bacaan pada bahagian muka sahaja. Dengan cara ini, saya dapat exposure yang betul pada Point of Interest subjek iaitu muka beliau dan pada masa yang sama, menonjolkan pakaian yang dipakai oleh beliau. Dengan sedikit pengetahuan tentang dimana sepatutnya korang mengambil bacaan exposure, korang boleh menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Berbaloi dengan pelaburan korang yang beribu-ribu lemon itu. :P

Sekian, Selamat Mencuba….


   

6 Comments For This Post

  1. Andy Says:

    Thanks for info .. cheers ;)

  2. dslr Says:

    wah.. info berguna.. lepas baca seolah-olah baru tersedar dari lamunan.. thanks!!

  3. fenderbirds Says:

    nice article, keep the posts coming

  4. saiful Says:

    salam..maaf kalu saya mengulangi soalan..apa tu meter evaluation??

  5. rizalation Says:

    terima kasih atas bantuan

  6. nis Says:

    tengss :)

    maklumat nya sgt bguna !

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION