cp_banner_on_bk

Tips-tips untuk mat dan minah bunga… :D

Posted on 02 June 2010 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian. Mungkin ramai pembaca blog ini tergolong dari mereka yang meminati bidang macro fotografi atau close up. Entry kali ini saya akan berkongsi dengan korang tips-tips untuk mengambil gambar bunga

1) Ini merupakan yang paling penting sekali. Gunakan tripod. Tripod akan membantu dalam mendapatkan hasil yang lebih sharp di mana ianya akan mengurangkan kemungkinan gambar korang akan kelihatan bergegar. Dan korang juga boleh gunakan shutter kawalan jauh atau cable release shutter. Melainkan korang mempunyai tangan yang kuat seperti Cik Aziel daripada AzielAzhar.CheritaPictures.com :D .

_25w9132

2) Aperture yang besar tidak membantu, jadikan gunakan aperture yang kecil seperti f8. Kenapa? , Penggunaan aperture yang kecil sangat membantu dalam mendapat hasil yang lebih sharp. Ini kerana kawasan yang akan berada di dalam fokus lebih luas atau Depth of Field yang lebih luas.

3) Dapatkan background yang kemas dan tidak terlalu terang. Background yang terang akan membuatkan subjek korang kurang menonjol. Jadi pemilihan background yang mempunyai warna gelap adalah paling sesuai.

4) Dekatkan lens korang dengan subjek. Dan gunakan fokal length yang jauh. Sebagai contoh, gunakan zoom lens (contoh 18-200mm) dan gunakan 200mm. Ini akan membantu korang membuang sebarang gangguan di background subjek korang dan membantu menghasilkan bokeh.

5) Berhati-hati dengan composition korang. Gunakan rule of third sebagaimana yang pernah dibincangkan.Sebagai contoh gambar di bawah.

4284463011_4656914b41

6) Terakhir, jadi lebih kreatif. Close up atau macro memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Inilah faktor yang membuatkan gambar korang lebih menonjol daripada orang lain. Sentiasa peka terhadap bentuk-bentuk abstrak, warna dan garisan pada subjek korang.

4282214246_4b1e8b22df

Diharap korang dapat menfaatkan bersama ilmu yang dikongsi di sini. Gambar-gambar yang digunakan untuk entry kali ini di taja oleh Fadhlan Faizal Nuruddin, antara macro photographer terulung di Malaysia. Hasil karya beliau boleh di lihat di SINI.

Sekian…


   

2 Comments For This Post

  1. Sheikh Haji Paklan Says:

    Terima kasih diatas penghormatan.
    Semoga usaha kalian dirahmatiNya.

  2. Aziel Azhar Says:

    Oooo…patut rasa macam ada orang mengumpat. :p

1 Trackbacks For This Post

  1. Tweets that mention Tips-tips untuk mat dan minah bunga... :D | Belajar Kamera -- Topsy.com Says:

    [...] This post was mentioned on Twitter by Syed Fadhil, Syed Fadhil. Syed Fadhil said: Tips-tips untuk mat dan minah bunga… :D : Entry kali ini saya akan berkongsi dengan korang tips-tips untuk mengambi… http://bit.ly/9uFrXZ [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION