Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia…
WTS ? , ianya bermaksud Want To Sell atau ingin menjual… Term yang banyak digunakan masyarakat internet di seluruh dunia… Kebanjiran model-model DSLR di pasaran kini, kita dapat lihat pasaran turut dibanjiri dengan kamera DSLR terpakai… Bagi yang mampu, sudah tentu korang akan memilih untuk membeli yang baru… Manakala, untuk mereka yang kurang berkemampuan atau merasakan dengan kamera terpakai pun korang boleh ambil gambar yang cantik, kamera terpakai inilah yang menjadi pilihan korang… Ini kerana selain harga barangan terpakai adalah jauh lebih murah daripada yang baru, ianya tetap mampu memberikan hasil yang setara dengan model yang lebih advance dan baru… Provided, korang tahu pakai lah kan…
Entry kali ini ialah berkenaan tips yang sangat berguna untuk korang dalam memilih dan menilai kamera DSLR terpakai… Ok, apa yang korang perlu dan wajib tengok dalam pemilihan kamera DSLR ni? Mesti ada di antara korang pernah dengar berkenaan “Shutter Count” ? saya terangkan sikit untuk mereka yang tak tahu… Shutter count merupakan jumlah pengatup atau shutter korang pernah bergerak untuk menghasilkan gambar… Semakin banyak nilainya, semakin susut lah nilai kamera tersebut kebiasaannya… Nilai ini bergantung pada tuan punya kamera, ada yang kedekut shutter count, ada yang belasah kamera cukup-cukup…
Shutter count kebiasaannya menjadi faktor utama yang korang perlu pertimbangkan untuk menilai sesuatu kamera DSLR… macam mana nak tengok? ada sesetengah model DSLR yang lama, korang perlu pergi ke pusat servis untuk mengetahui nilainya… manakala, untuk model yang baru korang boleh tengok sendiri menggunakan software khas… (Korang google sendiri lah ye..
) .
kemudian, korang lihat pula keadaan luaran kamera tersebut, calar balar di bahagian bawah dan atas kamera (bahagian sangkut flash tu - “flash hot shoe”) menandakan ianya selalu digunakan secara extream…
Sebagai contoh, sahabat saya ini… * Gambar ini di supply oleh beliau - ini hasil kerja beliau > LINK . Korang jangan manjakan sangat kamera korang… Ianya hanyalah sebuah tools… Tapi saya tak galakkan lah mengikut sahabat saya ini… Jangan jadikan contoh ye… :P
Kemudian, korang check pula segala butang - butang yang ada… Takut nanti ade pula yang tercabut kan… Dan test lah ambil gambar pula pakai camera tersebut… Pastikan ianya masih berfungsi dengan baik. Pastikan jugak lens mount ketat… Bila korang pasang lens dan locked, ianya tak bergerak melampau-lampau… Sikit2 tu standard lah kan… Tanya sekali penjual tu sekiranya kotak dan segala aksessori yang datang sekali dengan kamera dibekalkan sekali ke tidak… Sekiranya tidak, korang try lah negotiate sikit… hehehehhe… Berkenaan harga, tu saya tak boleh nak cakap… Ianya bergantung kepada harga pasaran semasa… Sebaiknya, korang bawak lah kawan - kawan korang yang berpengalaman… Boleh la kawan tu tolong tengok kan…
Dan sebelum saya terlupa, saya tak galakkan korang membeli kamera terpakai secara online atau posting, terbaik ialah korang jumpa sendiri penjual tu… banyak kes dah jadi… Jadi, berhati-hatilah dalam bertransaksi… Dan, tak lupa juga, korang boleh mencari kamera terpakai di www.mudah.my atau di FTZ .
Sekian, di harap info di atas membantu korang…










May 9th, 2010 at 11:30 pm
helo.i’m new in the dslr camera and very interested to get it one,however..i dont have any friends who really know and experts on the camera characteristic.
and so on, i would like to have some of your advices in order to buy a quality dslr camera.
my budget is under rm 18++.
thank you,
May 11th, 2010 at 9:31 am
hi ayie,
When i started in photography, i dont have many friends that can really assist me on this… Thank god there’s internet… I done most of my research thru the net… I advise you to browse photography forum such as photomalaysia.com or other local forum…
As for your budget, i highly suggest you a used unit of entry level DSLR camera… I’m not sure what is the current market value at the moment… But just browse around at MIR.com for a used unit locally…
Hope it helps…
May 22nd, 2010 at 4:49 pm
penat sy survey kamera online ni. tp nnt kalau dh beli kang x puas hati. kalaulah boleh tengok sendiri & try test sbelum beli, kan bagus.. sy pulak x knal sapa2 yang nak jual DSLR dia kat area kami ni. Ish, knapa laa lecturer saya terer sgt taruk DSLR camera dia tepi laut.. baik dia bagi kat saya… Huuu.. penat mencari~
May 23rd, 2010 at 11:22 am
pergi je kat kedai dan ambil feel… tak salah pun…
June 4th, 2010 at 11:56 pm
hai,,
sy nk beli dslr baru dgn budget rm1800..sy ni bru nk berjinak2 dlm fotgrafi ni..tp sy memang minat giler dgn fotgrafi ni.takut xmampu nk beli…
Bleh x senaraikan dslr jenama ape yg terbaik untuk beginner cam sy ni..
July 29th, 2010 at 7:32 pm
banyak jugak benda nk kene tgk klu beli kamera terpakai nie… huhu dpt ilmu baru hari ni. nnt klu cukup baget nak beli satu dslr gak… dh lama mengidam
July 30th, 2010 at 4:58 pm
hye.i wanna buy canon camera..but i cant get the cheapest..how can i ?
July 30th, 2010 at 4:59 pm
hye..sy nak beli camera terpakai , tapi say x jumpe nak beli kat kedai mane.can you help me ?
July 30th, 2010 at 8:09 pm
hi sheila…
can try either online or YL camera service at pudu plaza, KL