Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jangan salah faham dengan tajuk kali ini, maksud saya dengan tajuk di atas ialah bagaimana korang nak ambil gambar aksi, atau dengan lebih detail, gambar sukan. Ramai ibu bapa kini mempunyai camera yang mempunyai keupayaan seperti DSLR… malangnya, tak di-fully-utilize-kan , Rugi kan?…Korang sedar tak camera korang mampu menghasil kualiti yang hampir setara dengan profesional? Ada caranya… dengan teknik yang betul korang mesti boleh… Malaysia Boleh maaa ! …
Ok, untuk gambar aksi yang elok… kamera korang seeloknya mempunyai focal length yang jauh (telephoto lens/zoom lens) yang mempunyai focal length seperti 70-200mm, 55-200mm atau untuk yang bukan SLR, yang mempunyai optical zoom 10x gitu… dan yang sewaktu dengannya… kenapa? takkan la korang nak ambil gambar orang main bola kat depan2 korang kan… hehehehhe
Kemudian, mode untuk auto-focusing korang, hendaklah di tukar kepada jenis focusing yang untuk sukan tu… Seperti, mode yang mempunyai continuous focusing di mana sistem autofocus akan mengikut subject korang yang berada di dalam zon fokus korang… Ini untuk memastikan subject korang akan sentiasa berada di dalam fokus… Mode ini di kenali sebagai AI SERVO untuk sistem camera canon. Nama ini berlainan untuk sistem camera yang lain…hanya nama sahaja berlainan, tapi, fungsi yang sama.
Ok, kali ini kita masuk bab berkenaan shooting mode apa yang korang kena pakai, pada saya, the best ialah Tv atau Shutter Priority Mode… Di mana korang control shutter speed korang… Korang mesti nak shutter speed yang laju kan? takut nanti slow sangat gambar gegar atau shake… Shutter speed yang bersesuaian? bergantung kepada pengcahayaan… kalau korang kat dalam bangunan, kalau pakai shutter speed 1/1000 memang tak nampak ape lah nanti kan… Jadi, guna lah shutter speed yang cukup rendah untuk mendapatkan exposure yang elok, dan cukup laju untuk me-minimize-kan camera shake. Aperture akan di pilih secara automatik oleh camera… Ingat, shutter priority kan…
Dan tak lupa, gunakan burst atau continuous shutter mode atau yang shutter macam machine gun tu…
Ok, cukup berkenaan teknikal, kite beralih kepada composition dan what do and donts… Sebagai contoh, kalau gambar tersebut ialah permainan bola sepak, korang masukkan kan lah gambar bola tu sekali… barulah nampak jenis sukan yang dimainkan… Composition, still tertakluk dalam akta rule of third yang pernah saya kongsi di SINI. Dan timing sangat penting… Bila korang akan menekan shutter korang, akan menentukan ekspresi wajah subject korang… sila rujuk gambar di bawah:
Gambar ini juga mempunyai kelemahan, iaitu background yang kurang menarik. Jadi kalau korang ambil gambar sukan, pastikan korang berada di lokasi yang sesuai… supaya gambar korang mempunyai background yang menarik…
Rasanya, cukup untuk tips kali ini… Korang try lah ye…
Selamat mencuba… Sekian, wassalam…














March 2nd, 2010 at 10:33 am
saudara,mcm mana saudara blur kan latar belakang gmbr ni.
boleh tak sedara kasi tips or setting yg betul?
April 28th, 2010 at 1:23 pm
@atomic98 : Tak ada 1 setting yang tetap untuk mendapatkan blur latar belakang dalam sesuatu gambar, atau pun dipanggil sebagai ‘bokeh’. Semuanya bergantung kepada 3 perkara yang sling berkait :
• focal length
• bukaan/nilai aperture
• jarak dengan subjek
Mungkin saya akan buat 1 topik untuk terangkan tentang ini. Kan Encik Admin?
August 16th, 2010 at 6:30 am
tq sebab ada tips yg mcm nih
November 25th, 2010 at 1:20 pm
ada perbezaan tak antara kamera yg guna bateri 2AA ngan kamera yg guna bateri pack
November 26th, 2010 at 3:41 pm
Kamera ape guna battery AA?
January 31st, 2012 at 3:11 pm
last buka 2010,tetiba teringat balik blog yg jadi rujukan..
thanks Aziel Azhar cos buat topik pasal bokeh tuh..