cp_banner_on_bk

Camera Mode VII

Posted on 08 August 2009 by admin

Salam everyone…

Last time saye pernah berkongsi berkenaan Kenali Mode Camera korang kan? Tapi yang tu lebih kepada fully automatik punya mode. Kali ini saya akan berkongsi berkenaan mode-mode semi-automatik pula.

Apa itu Semi-Auto Mode?

Ianya mode yang memerlukan input daripada tukang ambil gambar (iaitu KORANG). Dimana, korang yang akan menentukan input seperti Shutter Speed atau Aperture Opening.  Bagaimana korang nak kenal semi-auto mode tu? korang perasan tak dekat camera korang ada dial yang mempunyai simbol abjad seperti Av, Tv, A atau P (*ianya akan berbeza mengikut pembuat kamera. ) . Sebelah kiri merupakan dialler untuk kamera Nikon dan kanan dari camera Canon.

Kenapa korang kena tahu menggunakan mode ini? Sebab, menggunakan kamera DSLR tak menjanjikan gambar yang cantik kalau korang tak tahu apa kegunaan mode2 ini. Kalau tak, rugi la beli kamera Dslr… hehehehe…  Selain itu, mode2 ini yang akan membenarkan korang menjadi lebih kreatif dalam penghasilan gambar korang. Sebagai contoh, penggunaan mode Tv atau S, korang sendiri yang tentukan kelajuan shutter yang korang ingin kan. Kelajuan shutter ni apabila di fahami, akan membenarkan korang menghasilkan imej yang seperti ini ,

Gambar di atas dihasilkan dengan menggunakan shutter speed yang sangat perlahan di mana saya dapat menghasilkan gambar air yang kelihatan seperti kekapas (:P). Sebagai contoh, gambar diatas menggunakan setting seperti berikut : Kelajuan shutter antara 1″ ke 15″. Korang boleh trial & error lah. Setting yang saya bagi ni tak semestinya korang kena ikut, korang cubalah pelbagaikan setting korang. Manakala, penggunaan shutter speed yang lebih laju akan membenarkan korang meng”freeze” atau membekukan sesuatu pergerakan seperti gambar2 sukan yang biasa kita lihat.

Kita beralih pada penggunaan Aperture Priority Mode (Av / A) . Untuk membolehkan korang menggunakan mode ini, korang mesti faham berkenaan aperture.  Kalau nak faham berkenaan aperture, korang boleh tengok kat sini dan sini . Dengan menggunakan mode ini, korang boleh mengawal Depth of field atau keluasan kawasan yang di dalam fokus . Sebagai contoh, korang nak ambil gambar pemandangan, korang mesti mahu keseluruhan pemandangan tersebut berada didalam fokus. Jadi, korang mestilah menggunakan bukaan aperture yang kecil seperti f8 dan ke atas. Dan satu fakta yang harus korang ingat. Aperture mempengaruhi sharpness gambar korang. Jadi semakin kecil bukaan aperture korang, semakin sharp lah gambar korang dan begitulah sebaliknya.

Dan korang kena ingat, bila korang menggunakan mode di atas, camera akan select secara automatik nilai shutter atau aperture bergantung pada mode yang korang gunakan. Kalau Aperture Priority camera akan select nilai shutter yang bersesuaian bergantung pada keadaan pengcahayaan ketika itu untuk mendapatkan Exposure yang sesuai. Korang harus berhati-hati dengan nilai shutter yang diberikan oleh kamera kerana, akan ada kemungkinan nilai shutter yang diberi sangat perlahan dan akan membuatkan gambar korang menjadi kabur atau gambar napak bergegar (camera shake). Dan begitulah sebaliknya kalau korang menggunakan mode Shutter Priority.

Jadi sekarang di harap korang faham apa yang cuba saya sampaikan… Selamat mencuba dan kalau gagal… Cuba lagi… heheheh :D

sekian.


   

8 Comments For This Post

  1. keroneroz Says:

    sgt byk dpt diperolehi dr belajar kamera ni as im a newbie,,,
    hope dpt diteruskan.

  2. zura Says:

    TQ! banyak ilmu yg sy dpt… im a newbie tooo… :) Now u r my sifu… `tunjuk ajar ku sifu!’

  3. admin Says:

    saye bukan sifu… siput ye lah… hehehehe

  4. impul2249 Says:

    bagus n sgt berguna input kek sini… tengkiu krn sudi berkongsi

    tq for otai2

  5. atomic98 Says:

    TQ bro, bila bro nak ajar tips bokeh plak..

  6. admin Says:

    entry berkenaan bokeh boleh di baca di entry yang berkenaan portret… :)

  7. yuz Says:

    Alhamdulillah.ader jugak yang nak kongsi ilmu kat sini.sbb bnyk yg dalam fb semua tunjuk hasil2 diorang jer.xde citer pasal ni pun.anyway,thanx a lot laa kat admin sbb sudi mengajar saya yg dah 5 bulan pakai tapi amik gambor sume Cam hampeh…huhu.tq..tq..tq..tq..tq..tq

  8. munah Says:

    salm.sgt mmbantu..kalo taw ada nota yg sgt mmbntu mcm ni xde la sy fail paper ni~huhu

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION