Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
First of all mari kita bersama2 meluangkan sedikit masa untuk membaca al-fatihah buat saudara kita yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu… Al-Fatihah…
Mungkin ada antara korang yang tertanya2… Apa kena mengena Metering Mode (MM) dengan tribute? Ini kerana, seorang sahabat saya yang pernah saya kongsi berkenaan fotografi ini telah meninggal dunia pada ahad 26/7/2009 yang lepas… Perkara terakhir yang saya kongsikan bersama arwah ialah berkenaan metering… Saya pun terfikir yang saya tak pernah lagi berkongsi berkenaan metering jadi eloklah saya kongsikan disini untuk tatapan umum…
OK… Pertama sekali, perkara yang korang mesti tahu ialah, apa itu metering?. Metering ini bertujuan supaya camera dapat mendapatkan bacaan exposure yang sesuai untuk sesuatu keadaan…
Secara amnya, MM ini terbahagi kepada tiga iaitu Spot Metering, Center-weighted Metering dan Multizone Metering (nama ini akan berbeza mengikut kepada pengeluar kamera). Kepelbagaian ini digunakan untuk pelbagai situasi yang memerlukan jenis MM yang berbeza bergantung kepada situasi…
1) Spot Metering – Ianya kebiasaan merangkumi 1-5% viewfinder(viewfinder-merupakan tempat yang korang tengok tu…
) . Dan kebiasaanya berada ditengah-tengah viewfinder. Yang berwarna biru tu mewakali kawasan yang diliputi oleh spot metering. Untuk memahami lebih lanjut, pada mode spot metering, camera hanya akan membaca nilai exposure yang sesuai berdasarkan kawasan yang mengenai titik spot metering itu. Jadi kemungkinan untuk korang mendapat gambar yang mempunyai nilai exposure yang lebih tinggi atau rendah dikawasan lain adalah tinggi. Jadi, sesetengah camera(kebiasaanya pro-model) mempunyai function Multi-spot metering. Dimana korang boleh lock metering korang di lebih daripada satu titik dengan cara meng-recompose dan lock metering di kawasan yang korang inginkan.

Tetapi alternatif yang korang boleh buat ialah kalau kamera korang tiada multispot metering ialah, korang boleh lah mendapatkan bacaan exposure korang berasingan. Sebagai contoh, 2 exposure di tempat yang berbeza, kemudian gunakan exposure yang sepatutnya berada di tengah2 antara dua bacaan tersebut.
2) Partial Metering – Sama seperti Spot Metering. Tapi, ianya mempunyai titik coverage yang lebih besar iaitu 10-15% daripada keseluruhan viewfinder. Seperti juga Spot Metering, mode ini sangat sesuai penggunaannya bila korang ingin mendapatkan bacaan exposure pada situasi yang mempunyai kontrast exposure yang tinggi

Partial Metering coverage. Sumber dari – http://www.mir.com.my
3) Average Metering - Ianya meliputi keseluruhan viewfinder. Dimana, bacaan exposure akan diambil dari keseluruhan frame tanpa mengambil kira sebarang titik di dalam frame. kemudian camera akan mengambil bacaan exposure yang paling sesuai untuk situasi tersebut. Mode ini, bagus untuk merekan yang belum lagi mahir berkenaan metering mode dan applikasinya. MM inilah yang banyak digunakan dalam automatik mode sesebuah camera.
4) Center-weighted average metering – MM ini pula mengambil bacaan dari keseluruhan frame, tetapi 60-80% daripada bacaan, datang daripada tengah. Dimana, ianya seperti partial atau spot metering, tetapi, kemudian coverage metering itu berkembang keseluruhan frame.
Center-Weighted Average Metering coverage
5) Multizone/Matix Metering - Dipelopori oleh pembuat kamera Nikon, ianya boleh dikatakan antara sistem metering yang sangat berkesan. Dikenali sebagai Matrix Metering di Nikon, ianya mengambil kira nilai bacaan exposure dari pelbagai zon di dalam kamera. Kemudian menggabungkan bacaan tersebut untuk mendapat bacaan yang paling ideal. Mode ini juga lebih menumpukan bacaan exposure di kawasan yang berada di dalam fokus.
Matrix/Multizone Metering
Ini kerana, bacaan exposure bukan sahaja dipengaruhi oleh input yang diberi oleh sistem metering. Ianya turut di pengaruhi oleh contrast/hue warna subject, jarak antara subject dan backlighting.
Setakat ini sahaja yang saya rasa cukup untuk korang mengenali dan memahami sedikit berkenaan metering. Insya Allah dalam bahagian kedua berkenaan metering, saya akan kongsikan berkenaan penggunaan metering mode yang sesuai untuk sesuatu situasi.
Sekian…













November 16th, 2009 at 10:05 pm
salam sejahtera
terima kasih atas info yg berguna terutamanya yg newbie mcm sy..