Salam semua,
First of all saya minta maaf sebab tak update blog hampir 2 minggu sudah… huhuhuh… busy lately dengan dengan jemputan shooting. Ni semua kerana Cik Aziel telah dapat jemputan sebagai representative untuk media pada konsert pesta malam indonesia. :D Nak tengok gambar boleh lah singgah disini. Lepas tu dapat pula jemputan untuk pelancaran album terbaru Disagree (alaa… band yang famous dengan lagu ‘crumbs’ tu) . Nak tengok gambar boleh lah ke sini pula… Ok, cukup saye intro untuk kali ini…
Kali ini saya akan menulis berkenaan exif data. Apa itu exif data? ianya merupakan data atau info yang terkandung di dalam sesuatu gambar. Ianya mengandungi data berkenaan kelajuan shutter, bukaan aperture, ISO dan lain2… Apa yang pentingnya exif data ni? Melalui exif data, korang boleh lah mengetahui berkenaan setting yang telah digunakan dalam penghasilan sesuatu gambar. Dan korang boleh lah belajar dengan memahami kenapa setting2 tersebut digunakan dalam penghasilan sesuatu gambar…
Macam mana korang nak tahu exif data ni ? terdapat beberapa software yang korang boleh gunakan. Tapi setakat ini, yang terbaik ialah Opanda Exif viewer for Firefox browser. Ianya percuma sahaja…
Korang ikut lah arahan yang ada di website tu untuk cara2 meng-install software berkenaan… Selepas korang install, begini lah korang akan dapat…
hehehehe
Right Click kat gambar di dalam browser korang.
Then korang akan dapatlah Exif data nye…
*klik pada gambar untuk full size…
Senangkan…? Selamat mencuba…
Sekian, Wassalam…











