cp_banner_on_bk

Bermain dengan White Balance ?

Posted on 10 June 2009 by admin

Salam readers…

Minggu lepas saya ada menulis berkenaan White Balance… Dan saya ada nyatakan bagaimana korang nak bermain dengan white balance untuk mendapatkan effect warna yang lebih menarik…  Walaubagai manapun, ianya hanya terhad di applikasikan pada sesetengah gambar sahaja… To be specific, gambar2 sunset atau sunrise… Ini kerana, ianya melibatkan tone2 warna, dan jika tone2 warna pada kulit manusia di ubah, ianya akan menyebabkan orang itu kelihatan seperti alien… :D

Berbalik pada topik kita…  Bila korang pergi ke tepi pantai, dating ke, family day ke etc2… Mesti korang nak tangkap gambar sunset atau sunrise sebagai kenang kenangan kan?  Tapi korang tau tak, yang dengan camera digital korang, korang boleh enhance warna langit tanpa korang perlu edit kat dalam photoshop?  Tapi bagaimana? Ingat kan dalam kamera korang ade setting untuk white balance seperti yang dibincangkan disini ? Sekarang saya akan tunjuk kan apa yang saya maksudkan… *saya menggunakan software adobe photoshop lightroom supaya memudahkan penyampaian… Konsepnya sama sahaja… Semua setting tersebut ada di dalam kamera korang…

wwl20041
1) Gambar yang ini ialah dari default camera saya iaitu - Auto White Balance
wwl2005
2) Dan ini di tukar kepada White Balance untuk Daylight - Perhatikan bagaimana ianya kelihatan lebih kebiru-biruan sedikit.
wwl2006
3)Yang ini pula di tukar kepada White balance Shade - Perhatikan ianya lebih ke-Oren-Oren-an sedikit… :D

Begitulah seterusnya… Korang cuba relatekan apa yang saya dah terang kan dalam entry White Balance yang lepas dan cuba applykan… Tak perlu tunggu nak dating tepi pantai untuk mencuba… kat depan rumah pun bole… janji ada langit… jangan test dekat siling  rumah sudah… hehehehehe Dan melangkah lebih lanjut sedikit… (*sikit je heheheh ) ialah untuk mereka yang mempunyai kamera yang mempunyai setting untuk kelvin korang boleh lah cuba untuk bermain2 dengan nilai kelvin tersebut pada kamera korang…

4) Perhatikan saya telah menaik kan bacaan kelvin saya… Dan perhatikan perubahan warna yang lebih ketara…

wwl2007

Selamat mencuba ye… ;) Sekian terima kasih…


   

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION