cp_banner_on_bk

Tips Ambil Gambar Portret…

Posted on 12 May 2009 by admin

Salam semua…

Pernah tak korang terfikir untuk menangkap gambar portrait korang dengan lebih elok? Supaya kamera yang korang beli mahal2 tu tak membazir? Mesti pernah kan?…

Sebelum saya mulakan, sekiranya korang ni baru kat website ini. Saya cadangkan korang baca berkenaan komposisi atau composition dulu… Ini untuk mengelakan korang confuse lak kang…

Apakah faktor yang perlu korang pertimbangkan kalau nak tangkap gambar portret ?

1) Latar Belakang / Background(BG) – BG yang menarik, dan tak berserabut macam sabut kelapa adalah penting dalam menentukan samada portret korang berjaya ke tak… Sebagai contoh… Jangan lah korang ambil gambar portret dengan memasukan sekali signboard2 yang tak patut… seperti signboard jamban ke… unless, ianya juga turut membantu dalam menguatkan element di dalam gambar tersebut… Ada juga cara lain untuk “membuang” BG korang… hehehehe… refer gambar ini : ( memperkenalkan Prabu ! Dusyum Dush dush ! hero tamil dari chennai… )

img_4703

Dengan menggunakan fokal length yang jauh, saya berjaya membuang BG yang serabut di belakang prabu… BG yang blur jer ini dinamakan Bokeh. Bokeh merupakan lawan kepada sharpness atau fokus… Bokeh berasal dari bahasa jepun boke yang  jika di direct translatekan bermaksud fuzzy… Bagaimana korang nak dapat “bokeh” ni pakai kamera kompak korang? haaa…. camni… kamera korang mesti bole zoom kan? jadi korang zoom in ke subjek korang pada jarak yang paling minimum yang muat untuk korang masuk kan at least setengah badan… Contoh seperti gambar hero kita… Mungkin korang tak dapat kualiti background blur/bokeh yang sama… Tapi kalau korang berjaya dapat blur2 kat belakang tu…  itulah konsep dia…

2) Pengcahayaan – Korang pernah tak ambil gambar membelakangkan matahari?  dan gambar korang jadi gelap? pernah kan… Oleh itu gunakan lah flash untuk situasi tersebut… dan sebaiknya, elak kan daripada membelakangkan matahari… kalau tak, akan terhasil lah effect silhouette . Sebaiknya, korang ambil gambar kat bawah pokok di mana pokok akan bertindak menjadi sebagai pelembut/diffuser untuk mengurangkan keterikan matahari…  Lagi pun, buat ape berdiri tengah panas… ? ehehehehehe….   Walau bagaimana pun, tak semestinya membelakangkan matahari itu tak elok… korang bole membuat effect yang sangat menarik sebenarnye… tapi jangan le time tengah2 hari tu… sebagai contoh…

img_4701

Gambar di atas di ambil kira2 jam 6.30 petang waktu malaysia… bukan jepun ok… perhatikan bagaimana matahari telah menghasilkan outline yang menarik pada belakang  subject saya… pengcahayaan begini di capai tanpa penggunaan sebarang flash… hanya teknik exposure yang betul sahaja…. yang korang boleh capai dengan apa2 kamera sekalipun…. Tapi bukan sahaja membelakangkan matahari atau backlight sahaja menarik, meng-tepi-kan matahari atau side lighting pun boleh menghasilkan effect yang menarik juga… Contoh seperti gambar di bawah… Kedua2 effect ini membantu membuatkan subject korang lebih terampil / stand out dari background dia…

img_4671

Tak Nak Rokok !

*Entry ini akan bersambung Insya Allah dalam minggu ni juga…  Terima kasih… ;)


   

3 Comments For This Post

  1. edy Says:

    ASKUM… Terika kasih kerana pengetahuan yg saya perolehi di sana byk membantu saya yg baru dlm bidang photografy. Saya wedding photographer sepenuh masa. Dgn modal yg sedikit dan menggunakan DSLR yg paling basic , ilmu yg diperolehi di sini byk menolong saya. Moga Allah sajalah yang akan membalas jasa baik saudara ni.. Minta Halalkan Ilmu yang saya ambil disini. Edy K.terengganu..

  2. noname Says:

    saya nak tahu,exposure untuk d3000 nak ejas macam mana?/saya bru je guna dslr so,not pro lah dalam bidang ni..

  3. hafiz Says:

    Assalammualaikum,
    kepada tuan admin, saya baru beli nikon D3000, sekarang ni dalam proses pembelajaran, belajar kamera byk membantu untuk memahirkan pengatahuan dalam penggunaan DSLR,
    kalau blh saya nak bertanya kepada tuan admin berkenaan setting mengambil gambar potret seperti di atas, saya telah beberapa kali mencuba, tp x berjaya.. background tak nampak blur.. harap tuan admin sudi memberi tunjuk ajar..
    sekian terima kasih..

2 Trackbacks For This Post

  1. Tips Ambil Gambar Portret… V2 | Belajar Kamera Says:

    [...] di bincangkan sedikit di sini. Kali ini, saya akan menulis berkenaan bagaimana korang nak ambil gambar dengan penggunaan fokal [...]

  2. Bokeh Dengan Hanya Kit Lens? | Belajar Kamera Says:

    [...] Gunakan focal length paling panjang pada lens anda. Kalau lens anda 16-35mm, gunalah 35mm. Kalau 17-70mm, gunalah 70mm. Bila anda dah fixkan focal length tu begitu, bermakna anda tak daptat nak zzom in/out kan, jadi gunakanlah kaki anda untuk tujuan zooming – maksud saya bergeraklah ke depan or ke belakang kalau perlu. Faham kan maksud saya? Tak faham jugak? Kalau tak faham, tengok contoh kat bawah ni : [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION