cp_banner_on_bk

Tips-tips pemilihan kamera

Posted on 13 April 2009 by admin

Bagaimana nak pilih camera.

Salam semua…

Mesti korang pernah ada konflik dalam diri korang kan mase korang nak beli camera. Be it kamera kompak ke, Dslr ke.

Harini saya akan bercherita berkenaan apa yang korang perlu ambil kira sebelum membeli kamera.

Jadi, apa yang korang perlu ambil kira? @ consider?

Pixel – Boleh dikatakan, hampir semua amatur photographer atau consumer yang biasa, mengatakan “lagi banyak Megapixel, gambar lagi cantik.” . Jawapan nya

TIDAK ! NEHI !

Pixel bukan lah penentunya… tapi ada factor lain yang mempengaruhi gambar korang… Pixel ni, penting kalau korang nak print gambar besar-besar je. Itu pun, kalau korang print, kalau korang print pun la, besar mana sangat? In fact, megapixel banyak-banyak ni buat makan memory kad dan hardisk space korang je. Jadi Megapixel atau sebenarnya ialah Sensor Pixel ni tak la penting sangat untuk jurugambar amatur ni. Melainkan korang nak print besar-besar lah…

Next point. Jenis zoom. Digital zoom atau optical zoom ? Pilih lah camera yang datang dengan Optical zoom. Kenapa? Optical zoom membenarkan korang mengambil gambar pada jarak yang jauh dengan lebih jelas tanpa menyebabkan gambar korang pecah atau pixelate. Digital zoom ni sama lah macam zoom dalam kamera handphone korang. Bila di zoom, gambar tersebut akan jadi seolah2 pecah. Tapi memang pecah pun atau term yang betol ialah pixelate. Atau lebih tepat lagi, digital zoom ni, membesarkan pixel di dalam gambar, sama macam korang zoom gambar korang kat dalam computer. Kan die jadi tak cantik. Hehehe… haaa… camtu lah… jadi kalau boleh, carilah yang mempunyai optical zoom sekurang-kurangnya 3 X atau lebih…

Jika korang memang minat photography tapi rasa macam DSLR tu terlalu complicated untuk korang. Korang cari lah Prosumer P&S kamera. Seperti canon G series atau S series. Yang mempunyai mode separa automatik. Seperti Av, Tv, M sebagai contoh. Ini kerana, kamera kompak yang seperti dinyatakan di atas mampu melatih korang menggunakan mode yang ada pada DSLR pada kos yang lebih murah. Tanpa mengabaikan kualiti gambar yang bakal terhasil.

Then, korang tengok pula features yang kamera tu ada, sebagai contoh, kamera kompak dari Olympus ada yang bole masuk air, siap kalau kena ketuk, takde apa-apa wooOOoo… Features yang macam tu lah maksud saya, Features yang add value dan mungkin menjadi satu kelebihan untuk korang. Kalau ada kamera yang kalis api pun beli lah… ye laa… mana la tau, mungkin berguna… :D:D

Lepas tu, ke-sedap-pegangan atau erganomik . Cukup sedap tak korang pegang kat tangan korang. Adakah semua button-button function dia senang di tekan. Adakah menu dia sangat complicated untuk korang faham.

Dan tak lupa, harga… hehehe… berbelanja lah ikut kemampuan masing-masing… jangan di ikut nafsu syaitan tu…

Dan bila di rumus kan kepada point form tips diatas, macam nil ah rupa dia….

1) Megapixel – tak semestinya perlu yang besar-besar.

2) Zoom – Seeloknya, korang beli lah yang optical zoom.

3) Mode – Pilihlah yang mempunya mode separa automatik sebaiknya.

4) Features – bergantung kepada keperluan individu

5) Ergonamik – atau kesedap-pegangan…. Ihihihihih’

6) Harga – Berbelanjalah ikut kemampuan…

Sekian coretan untuk kali ini…


   

3 Comments For This Post

  1. yusma Says:

    terima kasih tuan penasihat..saya pun baru beli camera seperti yg tuan penasihat ckpkan tu..camera kompak je..nak beli dslr nnt saya yg kopak pulak..hehe

  2. Anne Says:

    Salam, sy nak beli kamera DSLR - bajet RM 1000 - 4000, jenama Sony (memang suka Sony - dari lappy sampai ke henpon)…sekarang ni tak tau nak beli model apa n camne…pengetahuan tentang DSLR memang ZERO la…saja nak beli sebab minat ambik2 gambar ni…kalau boleh, nak ada koleksi gambar menarik sendiri2 punya…jadi boleh cadangkan tak DSLR jenama Sony yang mana yang terbaik dari segi kualiti dan harga…sepadan dua2…please? Betul2 kosong ni…Thanks in advance :)

  3. juoh Says:

    slmm.. kepada tuan writer, sy pon dilema gak ..delema aper tauu before ni saya pernah pakai D80.. .mmg saya slalu guna dia nyer … .dag wt cm camera sendiri ( jahat kan ) .. so skrng ni brulah sy nak memiliki DSLR sendiri… .so kat cni sy nyer pilihan antara D3000,D70,EOS 450D…ok sy D3000 termasuk dlm choosen list sy coz screen nyer besar ,haaa tu jre sayer minat n lemah nyer ckit D3000 ni function nyer cm trhad ckit coz dia ni upgrade ckit dri D60 kan….( btol kn jika sy slah.) lg sy pilih D70 coz D80 n D70 xjauh sgt function nyer seakan sm.. .ni cuma . eos450d pon ok gak suka gak pakai yg tuu… .coz ia lebih upgrade lg dr eos1000d… .

2 Trackbacks For This Post

  1. Selepas beli kamera ? | Belajar Kamera Says:

    [...] selepas korang beli kamera, seperti yang di bincang kan DISINI , sebaiknya, korang belajar pula berkenaan perkara INI .  Gunakan mode2 yang telah dibincangkan [...]

  2. Dilema DSLR... | Belajar Kamera Says:

    [...] lepas korang dah decide, korang boleh lah rujuk di sini untuk tips-tips pemilihan kamera korang…  Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah… Harap, tips-tips yang ada di website [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION