Secara mudahnya, dalam fotografi, silhouette adalah apabila subjek kelihatan sebagai bentuk hitam dengan latar belakang yang lebih cerah. Ia telah menjadi satu ekspresi artistik dalam fotografi, yang mana setiap fotografer mempunyai cara dan citarasa mereka tersendiri untuk melakukannya.
Secara teknikalnya, effect silhouette boleh dicapai dengan apa saja sumber cahaya dan biasanya cahaya matahari adalah contoh penggunaan sumber cahaya yang paling mudah/biasa kita lihat dalam gambar-gambar yang menggunakan effect silhouette.
Dalam penggunaan effect silhouette, sesetengah orang lebih senang untuk mendapatkan imej subjek yang 100% gelap berbanding latarbelakangnya. Ada juga yang mempunyai citarasa yang berbeza dengan hanya memastikan subjeknya separa gelap (rujukan).
Bagi saya, dalam penggunaan effect silhouette ini, kesesuaiannya adalah bergantung kepada apakah mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut. Dalam gambar di atas, saya lebih senang menjadikan subjek itu separa gelap sebab background yang cerah tu bukanla subject utama yang cuba saya tonjolkan. Gambar ini diambil daripada sebuah majlis pertunangan dan sudah tentunya si gadis adalah subjek utama saya. But, anyway, saya create effect silhouette ini just because saya sukakan moodnya. Jadi, untuk masih mengekalkan penekanan kepada si gadis, saya pilih untuk hanya ‘meng-separa-gelap-kan’ subjek saya.
Tapi, berbeza pulak kalau saya cuba ambil gambar subjek saya berlatarbelakangkan pemandangan sunset. Mungkin, dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil, antara gambar yang akan saya pilih adalah gambar yang menggunakan silhouette effect dengan subjeknya yang 100% gelap. Sebab? Pemandangan sunset itu juga mungkin merupakan satu mesej yang ingin saya sampaikan melalui gambar tersebut.
Jadi, gunakanlah teknik effect silhouette ni mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri. Macam mana nak gunakan/dapatkan effect silhouette? Hmmm..itu kenalah tunggu post yang lain kut?…daaa…









