cp_banner_on_bk

Kaitan Shutter, Aperture dan ISO…

Posted on 23 April 2009 by admin

Apakah kaitan antara Shutter, Aperture dan ISO… ? Adakah mereka adik beradik ? sepupu ? atau jiran ???

Ketiga2 ini merupakan faktor paling penting dalam photography… Ianya menentukan exposure sesuatu gambar tersebut. Selain exposure, ianya turut mempengaruhi faktor lain seperti “depth of field” atau keluasan fokus , sharpness dan lain-lain…

Penggunaan ketiga-tiga faktor ini dalam penghasilan sesuatu gambar itu perlulah harmoni memandangkan ianya merupakan faktor penentu kepada exposure sesuatu gambar itu…

Harmoni? mengapa saya kata harmoni? begini… kita bermula dengan kenali apa itu tiga komponen ini dahulu…

1 ) Shutter -

shutter

Satu komponen di dalam kamera dimana ianya berfungsi untuk menentukan  jumlah cahaya yang akan masuk di dalam ke sensor atau filem sesebuah camera itu sendiri pada jumlah masa yang tertentu. Kelajuan nya dikira dalam millisecond atau milisaat… laju tuuu….

2) Aperture

aperture

Aperture juga menjalankan fungsi dimana ianya menentukan jumlah cahaya yang akan masuk melalui lens dan terus ke sensor atau filem. Aperture juga mempengaruhi beberapa perkara lain di dalam photography sebagai contoh depth of field atau darjah subjek di dalam focus dan ianya turut mempengaruhi sharpness sesuatu gambar itu sendiri. Aperture dibaca dalam unit “f” contoh nya, f2.8 , f4, f5.6 gitu… Dan aperture mempunyai bacaan yang terbalik dari keadaan fizikal dia… Semakin besar bukaan aperture itu, semakin kecil lah nombor dia… rujuk rajah di bawah…

462px-aperture_diagramsvg

3) ISO sensitivity atau speed

iso

Setengah orang panggil sensitivity setengah panggil speed… suka hati korang lah nak panggil ape. - Ini pula merupakan tahap ke-sensitif- an sensor atau filem anda terhadap cahaya. Kalau korang masih ingat la kan, masa zaman filem dulu, pegi kedai gambar ah chong beli filem, mesti die cakap “bili ini filem ampat latus punya laa… ini manyak telang punya woOoo… waaa gelenti punyaaa”. 400 Itulah ISO sensitivity or speed. Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200… camera canggih-canggih & mahal-mahal ni ade yang ISO sampai 3200 sampai 6400 pun ade… fuyooOooohhh… ISO ni penting bila korang nak tangkap gambar malam-malam kan… Gelap… jadi korang naik kan la ISO kamera korang tu…

Jadi sekarang, bagaimana mereka berkait… ? korang mesti ingat lagi pasal exposure kan? ingat tak pasal exposure indicator? .  Perhatikan kamera korang, tengok pada exposure indicator tu,  seperti yang kita bincang kan kat dalam entry berkenaan exposure, tiga perkara di atas saling berkaitan antara satu sama lain…

Secara mudah nak faham lah. Bila shutter korang perlahan, jadi ianya membenarkan lebih banyak cahaya masuk mengenai sensor korang… Jadi, aperture pula akan menjalankan tugas untuk mengecilkan bukaan dia untuk mengurangkan jumlah kemasukan cahaya . Macam tu juga lah bila shutter korang laju… Aperture akan membuka lebih besar untuk membenarkan lebih cahaya masuk.

Situasi di atas pula (shutter laju atau slow/aperture besar atau kecil) di tentukan oleh tahap kesensitifan sensor… which is ISO lah… Apabila ISO korang makin sensitif terhadap cahaya . Jadi korang perlulah melajukan shutter dan mengecilkan aperture untuk korang dapat exposure yang ideal… Dan, begitulah juga sebaliknya…

Inilah kaitan antara mereka bertiga secara ringkasnya… jadi korang rasa diorang ni apa?

*Tajuk seperti Depth of Field, dan perkara-perkara yang complicated yang related dengan Shutter, Aperture, ISO ni, saya rase elok di cover dalam entry berasingan… hehehehe

Sekian…

Wassalam…


   

6 Comments For This Post

  1. Aziel Azhar Says:

    Saya tau! Saya rasa dorg ni jiran sebelah menyebelah.. kena hidup muafakat, baru aman harmoni….jadi bile jiran 1 takde kat umah, jiran 2 lagi tolong tengok²kan rumah jiran yang takde. Kalo jiran² tak kenal sesama sendiri, tak neighborhood lah braderrrr.. hihihihihi… =) Saya merapu-rapi…… :D

  2. lanmuda Says:

    Terima ksaih !!!!!!!!!!!!!…………fuh..ni lah website yg memberi manafaat kepada manusia………… bukan yang merapu tak tentu fasal. Bap kaitan tiga stoges ni memang dah lama di cari baru hari ni ketemu….thank u. Semoga panjang umur murah rezeki. Amin. Nak tanya lagi satu yg shutter tu keluar dlm kamera angka 100, 200, 225 ect…. adakah ini menandakan 1/100, 1/200 ambe ni org tua baru belajar…. jadi tanya yg senang2 tak reti nak tanya yg pelik2…sebab tak tahu nak tanya apa… dont give up, always stand up

  3. admin Says:

    terima kasih saudara/saudari lanmuda… yup… shutter speed yang display dalam camera memang bermaksud begitu… :)

  4. firdaus Says:

    salam sejahtera,saya org baru dlm bidang gambar.sy agak pening lagi ttg msalah shutter,iso,aperture..asyik prob je bila amik gambar.minta tlg sangat bro bg contoh agar lebih jelas:

    kalau nak amik gambar formal yg susun2 orang tu pada waktu cerah (11.30am) brape kadar shutter,iso,aperture?

    sy pkai Canon S5IS.masalah saya,gambar yg sy amik tu blur pd side kiri dan kanan,area tgh sharp plak.padahal tak pakai zoom pun.bro yg pakar,bantu sy..

  5. Nico Says:

    sifu..apa perbezaan antara lens AF-S dan AF..??
    adakah kedua dua lens itu boleh digunakan pada mana mana model DSLR nikon..??

  6. admin Says:

    nico - sila rujuk entry ini - http://www.belajarkamera.com/index.php/2009/10/canon-nikon-sony-pentax/ kat bawah sekali….
    saudara firdaus - kalau blur kat kiri n kanan frame, itu kerana bukaan aperture yang terlalu besar… kecil kan ia, dan gunakan tripod untuk group photo… :)

1 Trackbacks For This Post

  1. Apa itu Semi-Auto Mode? | Belajar Kamera Says:

    [...] faham berkenaan aperture.  Kalau nak faham berkenaan aperture, korang boleh tengok kat sini dan sini . Dengan menggunakan mode ini, korang boleh mengawal Depth of field atau keluasan kawasan yang di [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION