Salam semua…
Pernah kan situasi macam ni terjadi kepada korang… ? Korang tangkap-tangkap gambar, tiba-tiba gambar korang jadi gelap… Tambah memburukkan keadaan, korang tak boleh nak tangkap semula gambar tersebut… Jadi apa yang korang boleh lakukan?
Kali ini, saya akan berkongsi berkenaan bagaimana untuk menyelamatkan gambar anda yang gelap atau term yang sebetulnya ialah “underexposed” . Masih ingat berkenaan “exposure” ?
Jadi, apa yang korang boleh lakukan? Nak delete, sayang… Dengan sedikit pengetahuan mengenai penggunaan software seperti Adobe Photoshop (PS) atau Microsoft Office Picture Manager (MOPM), korang boleh menyelamatkan gambar-gambar korang yang underexpose tu… Kenapa saya mention MOPM? biasa PS je bila orang berbicara berkenaan gambar? PS ialah software yang boleh dikatakan sangat complicated… Interface yang mengelirukan, di samping pembabitan penggunaan layer yang mengelirukan. Oleh itu, setakat nak adjust brightness je, pakai MOPM pun bolehhhh…. hehehehe… lagipun, MOPM saya pasti semua orang ada… Walau bagai manapun, hari ini, saya akan berbicara berkenaan pengguna PS untuk menyelamatkan gambar anda.
Contoh ini menggunakan software Adobe Photoshop CS 3…
1) Ini contoh gambar saya yang gelap tu…
2) Then korang bukak gambar korang yang gelap tu kat PS dengan menggunakan command ( ctrl + o ) atau File > Open .
3) Selepas itu, korang pergi ke, Layer > New Adjustment Layer > Level
4) Lepas tu, akan ade window kecik keluar. Itulah menu untuk korang adjust Level korang.
* Kenapa Level? Bukan Brightness & Contrast? . Begini, korang perasan tak bende yang macam graf kat window baru tu? Itulah “histogram” . Histogram ni berfungsi untuk memberitahu jurugambar kadar detail yang terdapat di dalam Shadow atau Highlight sesebuah gambar atau lebih tepat lagi dynamic range sesebuah gambar… Bila historgram ni berat ke kiri seperti gambar di atas, bermakna gambar anda gelap atau underexpose dan sekiranya ianya berat ke kanan pula, ianya bermakna gambar anda terlebih terang. Jadi, maklumat tonal range korang terkandung pada histogram ini. Jadi function Level kat PS akan membenarkan korang meng-adjust kadar highlight mahupun shadow anda berdasarkan histogram itu tadi.
5) Korang perhatikan bulatan merah pada gambar di bawah. Yang dekat levels punya window tu. OK, itu lah di mana kita adjust slider highlight (paling kanan) / shadow (paling kiri) / atau midtone (tengah) untuk mendapatkan kecerahan gambar yang ideal.
6) Korang juga boleh check sebelum dan selepas dengan meng - OFF- kan Adjustment Layer korang balik seperti gambar di bawah.
* Gambar ini ialah animated gif. Sila tunggu sebentar…
Dan hasilnya…
Sekian sahaja buat masa ini. Selamat mencuba…















April 20th, 2009 at 1:25 pm
caya la abammm
April 20th, 2009 at 2:29 pm
terima lah kasih encik yaktukiss
April 30th, 2009 at 11:12 am
selama ni bab2 photoshop ni mmg terang n gelapkan gambar je aku tau..tu pun setelah dapat tunjuk ajar dari “sifuku”..walaupun dah diajar2 berkali2 yg lain tapi still bengap gak..haahaha..
pasni leh la letak ajaran lain lak..hik! senang nak tinottt..
May 7th, 2009 at 9:25 pm
comel je budak dlm gambar ni….
July 11th, 2009 at 11:16 am
Kalau kita edit guna curve ok juga kan kalau mahu bagi terang gambr tu.. cuba Ctrl-M. atau guna cara new adjustment level lebih sesuai?
July 11th, 2009 at 12:16 pm
adjustment layer tu, ialah satu layer yg lain yg kt telah assign utk adjust layer yg asal… supaye, kalo ade masalah ape2, bole re-adjust semula ape sahaja yang kite buat kat layer tu…
gamabar gelap boleh jugak pakai curve…
November 20th, 2009 at 4:27 pm
Salam.
Terima kasih atas usaha pihak Tuan menerbitkan blog ini.Byk ilmu yang amat bermanafaat.Tahniah..
p/s kat mana nak cari photoshop cs4? berapa regenya? TQ
February 28th, 2010 at 12:27 pm
salam.dah lama nisa nak cari web macam nie yang beri tunujk ajar tentang cemra,fotoshop dan banyak lagi. nisa ader fotohsop tapi tak pandai guna hihihi dengan adenye blog nie nisa boleh belajar. nisa minat fotografer nie.
March 3rd, 2010 at 9:14 pm
ada banyak sumber2 nisa boleh dapat di internet ni… tinggal nak cari je… =)