Salam Semua…
Tajuk yang saya akan bicarakan hari ini ialah berkenaan lensa dan focal length… Korang mesti pernah dengar mase korang beli kamera, orang kedai kamera tu cakap pasal lens-lens ni semua kan… ?Perkara biasa yang korang akan dengar ialah berkenaan bukaan maximum Aperture sesuatu lens tu, dan focal length dia…
Apa yang korang perlu tahu berkenaan lens korang ?
First of all, saye akan terangkan berkenaan apa itu maximum aperture (MA). MA merupakan jumlah bukaan aperture yang paling besar pada sebuah lens itu… keyword dia is “the bigger the better !” hehehehe… betul… tak tipu… To date, MA yang paling besar setakat ini ialah f0.95 , iaitu pada lens Leica Noctilux 50mm . Masih ingat tentang exposure? Rasional bukaan aperture yang besar ini ialah di mana korang berhadapan dengan situasi yang gelap dan memerlukan jumlah cahaya yang banyak untuk menangkap gambar… Jadi mempunyai lens yang mempunyai MA yang besar merupakan satu advantage yang tinggi untuk korang…
Kedua, Focal length (FL) atau selepas di bahasa malaysia kan oleh saya dipanggil jarak fokal… hehehehe… FL ni secara mudahnya merupakan jarak penglihatan korang bila korang menggunakan lens tersebut… Masa korang beli kamera korang, korang perasan tak yang “zoom 10X la 20X la… ” haaa… bende tu lah ekceli …
FL ni dikira dalam unit milimeter (MM) . Sebagai contoh, bila korang tengok kat depan lens korang tu, kan ade 24mm – 70mm , 15mm – 60mm … Itu lah yang dimaksudkan dengan FL… Itu merupakan indication untuk bagitahu korang berkenaan FL lens tersebut… Semakin kecil nombor tersebut, semakin lebarlah jarak penglihatan korang… dan semakin tinggi nombor tersebut, semakin tiruslah jarak penglihatan korang… atau dalam kate lain nya, semakin jauh korang boleh lihat melalui lens tersebut… Rujuk gambar di bawah… 
Kalau korang pernah dengar wide angle lens, Ultra wide angle lens, zoom lens, telephoto lens. itu lah cara mudah untuk memberitahu orang lens ape yang korang ade…
Ketiga, perbezaan zoom lens dengan prime lens. Zoom lens ni ialah lens yang korang baca macam kat atas tadi, lens yang ade pelbagai FL dalam satu lens… Macam 18-55mm atau 24-70mm gitu… manakala, prime lens ni ialah, lens yang mempunyai satu FL length sahaja dan ianya tetap ! ngak bisa berubah… atau fix focal length… seperti 24mm , 35mm, 50mm gitu…kenapa nak kena buat gitu pulok ? gini, perbezaan antara dua di atas ialah, berat lens tersebut… Zoom lens lebih berat daripada Prime lens disebabkan zoom lens memerlukan lebih banyak lens element di dalam pembinaan dia… Tapi, prime lens tak… Selain daripada itu, prime lens lebih sharp daripada zoom lens pada bukaan aperture yang maksimum… Kedua faktor diatas jugalah yang menyebabkan kedua2 jenis lens tersebut mempunyai peminat yang tersendiri… Masing2 ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tepuk dada tanya selera… Jangan tepuk kuat2 sangat pulak…
Saya rasa setakat ni je dulu berkenaan lens ni kot… Pada hemat saya, 2 perkara ni je yang penting basic yang korang perlu tahu atau wajib tahu berkenaan kamera… hehehehe…











July 21st, 2010 at 11:13 pm
skang ni memang la die da bagitau die punye focal length.. tapi cane nak tau itu adalah wide lense ke x?
July 23rd, 2010 at 2:45 am
Amanrossi : http://en.wikipedia.org/wiki/Wide-angle_lens