cp_banner_on_bk

Fahami Exposure

Posted on 06 April 2009 by admin

Di bahagian ini, saya akan tulis berkenaan Exposure atau Bahasa Malaysia-nye pendedahan… Cara penyampaian saya lebih kepada kurang formal. Jadi korang takde la boring kan… dengan so called bahasa baku… :p dan saya akan cuba menyampaikan ia dengan cara yang paling simple dan mudah korang faham…

Dalam photography, perkara yang harus, wajib dan semestinya seseorang itu faham untuk mendapat gambar yang cantik or at least decent ialah pengcahayaan atau bahasa orang putih die lighting. Photography ni berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu me-manipulasi@manipulate cahaya yang ada untuk menjadikan ianya suatu gambar.

Dimana sumber cahaya, kadar kekuatan atau intensity cahaya itu sendiri mempengaruhi gambar tersebut. Sebagai contoh, korang mesti pernah melalui pengalaman dimana matahari berada di belakang subjek korang dan apabila gamba dihasilkan, subjek tersebut gelap gelita bak 10 budak hitam. Atau, situasi yang sama, tetapi subjek korang terang clear untuk dilihat tetapi background menjadi putih bak tepung gandum cap sauh beli kat tesco.

Pernah kan? korang pun mula menyalahkan camera yang korang beli mahal-mahal tu. Jangan salahkan camera tu… tak baik… die tak buat salah… korang harus ingat akan hukum alam… apa yang manusia hasilkan tak kan se-perfect ciptaan illahi. Sensor camera korang tidak secekap mata korang. Ianya tidak mampu mengendalikan contrast yang terlalu tinggi.

Jadi, camera hanya mampu membaca situasi pengcahayaan pada satu tempat sahaja.

Part pertama yang korang perlu tau mengenai photography ialah EXPOSURE.

Apakah itu exposure itu ???

Pemahaman Exposure

Exposure ni kalau di ikutkan, macam keterangan sesuatu gambar tu. Kalau korang pernah dengar “gamba ko ni underexpose lah or gamba ko ni overexpose lah… !” tu lah die exposure… tapi, dalam era filem photography dulu, exposure ni kire pendedahan film tu kepada cahaya… jadi sekarang ni kan zaman digital dah, so exposure ni kire macam pendedahan sensor camera kite tu kepada cahaya… ada paham… ? rasenye ni la cara paling senang kot nak explain pasal exposure ni… hehehehhe…

Tapi cara susahnya ialah :

Exposure is the total amount of light allowed to fall on the photographic medium (photographic film or image sensor) during the process of taking a photograph. Exposure is measured in lux seconds, and can be computed from exposure value (EV) and scene luminance over a specified area.

In photographic jargon, an exposure generally refers to a single shutter cycle. For example: a long exposure refers to a single, protracted shutter cycle to capture enough low-intensity light, whereas a multiple exposure involves a series of relatively brief shutter cycles; effectively layering a series of photographs in one image. For the same film speed, the accumulated photometric exposure (H) should be similar in both cases.

Di petik dari WiKi - http://en.wikipedia.org/wiki/Exposure_(photography)

What is ideal/Correct exposure – exposure secukup rase lah kirenye… hehehehhe

Ok, camni, korang mesti biase tgk kt dalam viewfinder atau LCD camera korang tu bende ni .

In-Camera Exposure Indicator

Ok korang perasan kan ? jadi apekebende nye nieh?  Ni lah kire senang cite exposure indicator lah… bende ni yg akan bagitahu yg gamba korang tu akan jadi gelap atau terlebih terang atau sesedap rase… jadi, perhatikan kat tengah-tengah nombor positif dan negative tu. Kan ade macam indicator bentuk macam jarum tu. Tu lah die indicator tu. Kalau indicator tu bergerak ke sebelah nombor-nombor positive tu, maknanye gamba korang akan jadi overexpose sikit lah. Dan secara logiknya, kalau indicator tu bergerak ke sebelah negative, gamba korang akan jadi gelap kelam lah makanya…. Hehehehe

Jadi untuk mendapatkan gambar yang sedap2 rasa darjah keterangan dia, pastikan yang indicator tu akan duduk di tengah-tengah antara nilai positive dan negative.

Korang mesti da faham apa itu exposure konsep dia serba sedikit kan? Jadi sekarang macam mana nak dapatkan exposure yang ngam-ngam ? sesedap-rasa? :P… camni,

*walaubagaimanapun , ideal exposure itu tetap bergantung kepada individu itu sendiri. Di mana, se-setengah effect memerlukan setting exposure yang berbeza.

Untuk mendapatkan ideal exposure, ada 3 faktor utama yang mempengaruhi exposure itu sendiri.

1 - Shutter Speed @ Kelajuan Pengatup

2 – Aperture Opening @ Bukaan Aperture

3 – ISO Sensitivity @ hrmmm ape ye dalam bahasa Malaysia?

Shutter -Satu komponen di dalam kamera dimana ianya berfungsi untuk menentukan  jumlah cahaya yang akan masuk di dalam ke sensor atau filem sesebuah camera itu sendiri pada jumlah masa yang tertentu. Kelajuan nya dikira dalam millisecond atau milisaat… laju tuuu….

Aperture – Aperture juga menjalankan fungsi dimana ianya menentukan jumlah cahaya yang akan masuk melalui lens dan terus ke sensor atau filem. Aperture juga mempengaruhi beberapa perkara lain di dalam photography sebagai contoh depth of field atau darjah subjek di dalam focus dan ianya turut mempengaruhi sharpness sesuatu gambar itu sendiri.

ISO sensitivity atau speedSetengah orang panggil sensitivity setengah panggil speed… suka hati korang lah nak panggil ape. - Ini pula merupakan tahap ke-sensitif- an sensor atau filem anda terhadap cahaya. Kalau korang masih ingat la kan, masa zaman filem dulu, pegi kedai gambar ah chong beli filem, mesti die cakap “bili ini filem ampat latus punya laa… ini manyak telang punya woOoo… waaa gelenti punyaaa”. 400 Itulah ISO sensitivity or speed. Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200… camera canggih-canggih & mahal-mahal ni ade yang ISO sampai 3200 sampai 6400 pun ade… fuyooOooohhh…

Itu lah secara basic-nya penerangan mengenai exposure atau pendedahan. Korang jangan main dedah-dedah je tau… nanti kang takde faedah lak korang beli camera canggih-canggih gambar hasil tak macam iklan kt tv tu…


   

7 Comments For This Post

  1. azera Says:

    wah…bagusla info kat sini……… baik utk orang yg baru menggilai kamera seperti aku…hehe….tq for the info mr web…

  2. kanai Says:

    bagus kongsi ilmu ni. pahala tu ..
    nway gud info jelas terang bagaikan iso 64000

  3. lutfi dzolmi Says:

    salam bos..
    saye nie mmg minat dgn dslr..
    baru je ambil nikon d70s..
    lens 178-70mm~

    soalan saye..
    sampai sekarang saye xpaham kat mane menu:

    1 - Shutter Speed @ Kelajuan Pengatup

    2 – Aperture Opening @ Bukaan Aperture

    3 – ISO Sensitivity @ hrmmm ape ye dalam bahasa Malaysia?

    tue sumer..
    if ader contoh gmbr menu dekat control panel harap tuan boleh tunjukkan~

    tq

  4. admin Says:

    menu2 tersebut boleh cari di manual atau download manual tersebut di internet…

  5. anak malaysia Says:

    TQ..Aku suka semua info dalam web ni..tq tuan punya web..web anda memang berguna

  6. admin Says:

    thanks bro…

  7. arfah Says:

    info dalam ni senang sangat difahami..siap ada contoh2 lagi.best nak baca n senang nak simpan dalam kepala.thanks..luv BelajarKamera.com

7 Trackbacks For This Post

  1. Sepetang bersama… | Belajar Kamera Says:

    [...] ambil gamba kawan2 korang waktu malam…  Mode ni, akan membuatkan kamera korang akan mengira Exposure yang balance untuk meng-expose-kan subjek korang iaitu kawan2 korang beserta background korang [...]

  2. Selepas beli kamera ? | Belajar Kamera Says:

    [...] OK, selepas korang beli kamera, seperti yang di bincang kan DISINI , sebaiknya, korang belajar pula berkenaan perkara INI .  Gunakan mode2 yang telah dibincangkan DISINI pula. Selepas itu, kaji dengan sedikit mendalam berkenaan mode-mode yang korang guna dan relate kan dengan apa yang di bincangkan DISINI. [...]

  3. Alamakkk ! Gambar Gelap… ! =( | Belajar Kamera Says:

    [...] gelap atau term yang sebetulnya ialah “underexposed” . Masih ingat berkenaan “exposure” [...]

  4. Kaitan Shutter, Aperture dan ISO… | Belajar Kamera Says:

    [...] ini merupakan faktor paling penting dalam photography… Ianya menentukan exposure sesuatu gambar tersebut. Selain exposure, ianya turut mempengaruhi faktor lain seperti “depth [...]

  5. tips ambil gambar portret | Belajar Kamera Says:

    [...] saya… pengcahayaan begini di capai tanpa penggunaan sebarang flash… hanya teknik exposure yang betul sahaja…. yang korang boleh capai dengan apa2 kamera sekalipun…. Tapi bukan [...]

  6. Metering Mode | Belajar Kamera Says:

    [...] mesti tahu ialah, apa itu metering?. Metering ini bertujuan supaya camera dapat mendapatkan bacaan exposure yang sesuai untuk sesuatu [...]

  7. Apa itu Semi-Auto Mode? | Belajar Kamera Says:

    [...] mesti faham berkenaan aperture.  Kalau nak faham berkenaan aperture, korang boleh tengok kat sini dan sini . Dengan menggunakan mode ini, korang boleh mengawal Depth of field atau keluasan kawasan [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION