cp_banner_on_bk

Composition , komposisi, “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?”

Posted on 09 April 2009 by admin


   

Composition , komposisi, “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?”

Salam readers…

Harini saya akan menulis berkenaan Composition atau “dimana nak letak subjek korang dalam gambar?” . Mungkin ini berbunyi sedikit rumit , tapi percayalah, ianya tak serumit mane pun…

Bila korang tengok kt LCD camera korang, pernah tak korang terfikir, “macam mana eh, cantik nak tangkap gambar ni…” atau, “ish, macam boring je angle nie… ” Perkara yang korang ragukan inilah yang dipanggil composition.

Otak korang berhempas pulas untuk berfikir dimana patut atau bagaimana anda patut letakkan subjek anda di dalam gambar atau ketika anda framing untuk sesuatu gambar. Harus di ingat, tak semua orang dilahirkan kreatif dan inovatif . :D Jadi, di dalam fotografi, telah ditetapkan kire macam undang-undang lah… or better called Rule Of Thumb.

Ok, jadi bagaimana korang nak dapatkan composition yang terbaik lagi da boommb ?

Pernahkan anda terdengar berkenaan Rule Of Third (RO3) ?

*Jangan confuse dengan Rule of thumb , ianya tiada kena mengena.

RO3 ni ialah peraturan yang telah di tetap kan atau di cadangkan di dalam fotografi dimana, ianya mencadangkan supaya kedudukan subjek korang atau daya tarikan utama di dalam gambar korang harus lah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih . Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 garis tegak dan 2 garis melintang yang korang perlu bayangkan di dalam di dalam framing korang.

Atau secara susahnya ;

The rule of thirds is a compositional rule of thumb in visual arts such as painting, photography and design.[1] The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would

(Source ; wiki - http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds )

Tak faham? Saya tau korang mesti tak faham. Rujuk rajah di bawah .

ruleofthirds

(Sumber grafik dari ; http://photoinf.com/Golden_Mean/Michael_Fodor/Photo_School_-_Rule_of_Thirds/ruleofthirds.jpg)

Perasan bagaimana 2 garis tegak dan melintang itu berada di dalam framing korang? Haaa… tu lah die RO3… Titik yang di maksudkan ialah, Titik di mana garis tersebut bertemu dan membentuk simpang empat. Hehehehe… bukan round about eh… :P

Jadi contohnya kalo korang nak ambil gambar boyfriend ke, girlfriend ke, bini ke, laki ke kan… pastu korang nak memuatkan sekali dengan pemandangan kat belakang korang tu kan. Jangan la letak diorg kat tengah-tengah frame. Letak la tepi sikit… cantik sikit gambar tu…

Lagi satu, kalu korang nak ambil gambar portrait lah kan… Seeloknye, korang compose gambar korang tu supaye bahagian mata subjek korang tu kena pada titik tu. Sebagai contoh ;

img_2177

Dapat tak idea berkenaan composition ni? Line composition ni, ade sesetengah model kamera ade tersedia bina dalam. Ada yang takde… Jadi korang kena bayangkan lah…

Walaupun RO3 ni dikatakan Undang-undang . Cuba korang ikut apa yang dicadangkan, ianya mampu memberikan impak yang tinggi dalam gambar korang. Jika korang masih ragu-ragu, Jangan segan untuk tinggal kan soalan anda di ruangan komen. :)

Percayalah…~ ~ ~ ~ bak lagu dato’ siti nurhaliza kite…

Sekian…

4 Comments For This Post

  1. Kuniks Says:

    Macam pernah ku belajar dari sifu ku sebelum ini….hmmm….

  2. Nice Says:

    EEmm toturial yg bagus.. :D composition bukan saje digunakan dalam photography malah ianya digunakan dalam apasaja seni yg melibatkan penglihatan seperti filem, lukisan,dan web design.
    Selain Rule of thirds, terdapat juga Rule of Odds (http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_odds) dan juga Rule of Spaces (http://en.wikipedia.org/wiki/Composition_(visual_arts))…

    Thanks for the tutorial… :D

  3. bk Says:

    yes… thanks Mr/ms Nice… sgt menghargai input saudara/sedari…

  4. Nuril Says:

    Ok penerangan yang bagus tp perlu ditambah sket dari bab saintifik yah. Teknik RO3 ini diaplikasikan dalam photography, setelah melalui beberapa kajian bagaimana mata kita melihat sesuatu imej.

    Secara mudah..bola mata manusia memandang dari arah kiri ke kanan atau sebaliknya, dari atas kebawah atau sebaliknya. Bila kita letak sesuatu subjek di tengah mata manusia akan memberi tekanan di bahagian tengah tanpa arah yang khusus untuk bola mata kita melihat ke tempat lain…dan diringkaskan lagi RO3 ini sebenarnye for easy viewing.

    sbenar ade banyak lagi..lein kali la yer padil…aahahahhaha~

4 Trackbacks For This Post

  1. Selepas beli kamera ? | Belajar Kamera Says:

    [...] beli kamera, seperti yang di bincang kan DISINI , sebaiknya, korang belajar pula berkenaan perkara INI .  Gunakan mode2 yang telah dibincangkan DISINI pula. Selepas itu, kaji dengan sedikit mendalam [...]

  2. tips ambil gambar portret | Belajar Kamera Says:

    [...] saya mulakan, sekiranya korang ni baru kat website ini. Saya cadangkan korang baca berkenaan komposisi atau composition dulu… Ini untuk mengelakan korang confuse lak [...]

  3. Tips Ambil Gambar Portret… V2 | Belajar Kamera Says:

    [...] dengan meng-compose-kan gambar tersebut dengan cara yang betul seperti yang telah di bincangkan di sini . Tapi [...]

  4. Bagaimana ambil gambar hari sukan sekolah? | Belajar Kamera Says:

    [...] dimainkan…  Composition, still tertakluk dalam akta rule of third yang pernah saya kongsi di SINI.  Dan timing sangat penting… Bila korang akan menekan shutter korang, akan menentukan [...]

Leave a Reply

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

INFORMATION