Salam,
Petang tadi saya ade bertanyakan beberapa orang sahabat berkenaan, ape yang korang nak tau berkenaan kamera korang?… kemudian sorang tu jawap,
“mesti la pasal MODE2 yang ade dalam kamera aku….”
then lagi sorang cakap…
“mesti la kaler die… gambar mesti clear”
pastu lagi sorang lak jawap…
“ish aku tak tau la pasal camera-camera nieh bk… sambil tersipu2… ngeh ngeh ngeh”
Sebenarnya, apa yang diQuote pertama sekali di atas yang benar. Kenali MODE yang ada didalam kamera korang so that korang boleh achieve effect da hasil yang korang mahukan… tak bermakna kamera anda punya jumlah PIXEL yang besar tu menjanjikan gamba yang memuaskan.
Ianya lebih kepada bagaimana korang mengguna mode yang betul pada masa yang betul. Jadi bagaimana nak setting mode yang ada pada camera anda? Biarpun ianya hanya camera kompak biasa mahupun DSLR.
Ok, begini, rujuk rajah di bawah,

(sumber gambar dari - http://www.informationaddicts.com/camera-modes-made-easy)
saya akan terangkan secara mudah apa dan bagaimana mode-mode ini mempengaruhi gambar yang akan anda hasilkan. *memandangkan penerangan kali ini tertumpu kepada kes-kes macam kawan saya itu, jadi saya akan tekankan kepada penggunaan mode automatic. Abaikan mode-mode yang M, A, S, P atau Tv, Av semua tu ok…
1 -
- Mode Portrait atau Potret : Seperti namanya, ianya berguna untuk anda mengambil gambar portrait di “siang” di mana sumber pengcahayaan lebih kuat. Siang kan… mesti la ade matahari atau, Indoor portrait di kawasan yang terang. Ianya juga akan turut mempengaruhi sistsem Auto Focus anda. Memandangkan kini, kebanyakan kamera kompak mempunyai teknologi Face Detection .
2-
- Mode Landscape atau Pemandangan : As the name implies, cheewaahhh ! Ianya sangat berguna ketiak ketika anda mengambil gambar2 pemandangan yang indah ciptaan tuhan… Kenapa pakai mode ni? pakai mode lain pun keluar gamba? Begini, dalam lens anda tu, ada satu mechanism bernama Aperture. Bila mode landscape digunakan, aperture tersebut akan mengecil untuk membolehkan gambar yang dihasilkan mempunyai kawasan yang berada dalam focus seluas mungkin atau lebih dikenali sebagai Depth of Field . Apabila aperture yang digunakan kecil, Ianya akan turut mempengaruhi sharpness gambar tersebut.
3-
- Night Portrait Mode - Mode ini pula bersesuaian untuk digunakan jika korang nak ambil gamba kawan2 korang waktu malam… Mode ni, akan membuatkan kamera korang akan mengira Exposure yang balance untuk meng-expose-kan subjek korang iaitu kawan2 korang beserta background korang sekali. Ianya bukanlah membuatkan background korang terang sebagaimana subjek korang, tetapi, ianya membuatkan background korang tak la gelap gelita… Ianya juga akan menyebabkan kamera anda menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing2… Walaubagai manapun, saya menasihatkan korang supaya menggunakan tripod sekiranya anda perlu menggunakan mode ini.
4-
- Night Mode - Night mode ini bersesuaian jika korang nak ambil gambar ketika malam… Ataupun sumber cahaya yang malap… Ianya juga akan menyebabkan kamera korang menggunakan tahap sensitiviti ISO yang tinggi bergantung pada kamera masing2…
5-
- Macro Mode - Mode macro ini akan membenarkan camera korang mencapai jarak fokus yang lebih dekat. Dimana, camera s korang akan mampu untuk fokus pada objek2 yang berdekatan dengan lensa. Ianya secara tak langsung membuatkan subjek korang kelihatan lebih besar dan dekat.
6-
- Sport Mode - Mode ini sangat berguna jika s korang di dalam situasi dimana s korang perlu meng-freeze-kan subjek s korang. Contohnya, ketika anak2 s korang sedang berlari-lari di taman, pasti korang nak ambil gambar diorg untuk kenangan masa depan kan…? kalau pakai mode portrait, nescaya akan kabur lah gamba tersebut… *kenapa & mengapa? akan diterangkan later dalam entry yang lain…
Gunakan mode ini untuk mengambil gambar sukan ataupun candid… Kerana kamera korang akan menggunakan kelajuan shutter yang lebih laju untuk meng-freeze-kan subjek korang… Tak percaya? ambil kamera s korang dan tangkap gambar kipas korang yang sedang berpusing.
Sekian buat masa ini… Selamat mencuba…
regards
BK…










February 17th, 2010 at 4:47 pm
Trimas!!!!Info yang sangat berguna!!Yosh!!
February 26th, 2010 at 1:05 pm
thanks for da info…boleh tak apply tip2 diatas keatas kamera biasa non DSLR mcm sy pakai skang?..agak2 brp budget utk kamera DSLR untuk beginner mcm saya..tq
March 3rd, 2010 at 9:16 pm
info diatas memang saya tulis untuk pengguna kamera selain Dslr zura… =)
March 3rd, 2010 at 9:16 pm
trimas kembali untuk melawat website ini.. =)
March 5th, 2010 at 9:57 pm
thanks bro pasal penerangan….. saya baru jer beli d3000 tadi…. and nak start amek gambar….
hopefully dapat belajar banyak lagi…. thanks again…
March 16th, 2010 at 10:06 am
tq bro,1st time buka laman ni..beli kamera dslr member sbb dia upgrade…selama ni pkai mode auto…buta kamera…dgn ada info camni,amat berguna kpd saya…tqvm
March 16th, 2010 at 12:24 pm
thank admin, sy br jer beli dslr Nikon D3000, so mmg bergunala info yg ade, nak start amik kelas dah, sbb mmg tak tau ape2 pun pasal dslr nie,…